ANDA SEDANG MEMBACA

4

Ulasan ringkas Super Sunday

pojak Isnin, Januari 14, 2013
Manchester United vs Liverpool

Persaudaraan kelab kelab yang mempunyai trofi liga lebih dari 17

Perlawanan antara dua kelab yang mempunyai trofi liga lebih dari 17 trofi ini memang dinantikan oleh penyokong Liverpool terutamanya, penyokong Manchester mana ambik port sangat lawan kelab kelab pelengkap liga ni. Separuh masa pertama, dengan bermain di tahap sebenar, Manchester menguasai perlawanan dan mendahului Liverpool hasil jaringan anak didik Arsene Wenger. Pemain Liverpool dilihat terkapai kapai di dalam padang dan gagal membuat sebarang percubaan tepat.

Separuh masa kedua, hasil sifat belas ihsan Sir Alex yang masih menghormati seteru tradisi mereka, atau boleh dikatakan seteru sepanjang zaman mereka sejak zaman penyokong penyokong Manchester City dan Chelsea belum bercambah, United bermain sedikit rilek rilek. 

Hasil didikan Arsene Wenger dan staf kejurulatihan kelab penyumbang bakat 

Pada minit ke 55 Vidic menambah jaringan hasil dari freekick dari anak didik Arsene Wenger, jaringan yang dikatakan offside oleh penyokong penyokong Kop. Selang dua minit kemudian, Daniel Sturridge menjaringkan gol untuk Liverpool bagi memberi sedikit harapan "ISTANBUL COMEBACK" kepada seluruh penyokong Liverpool .

Liverpool terus mencuba dan mencuba sambil United terus mengambil pendekatan main rilek rilek sehinggalah wisel penamat dibunyikan dan harapan Gerrard untuk sekali lagi mencium kamera tidak kesampaian.

Arsenal vs Manchester City

Satu lagi perlawanan Super Sunday adalah diantara pasukan dari london menentang pasukan Manchester yang klaim "Manchester is Blue" jenis macam indon, perangai klaim klaim. Arsene Wenger melihat city bukan ancaman melalui percaturannya menurunkan Abou Diaby yang kali terkahir bermain adalah pada bulan September.

Enam minit perlawanan bermula, reffere Mike Dean dengan tegasnya telah mengeredcardkan Koscielny yang dilihat melakukan kekasaran keatas Dzeko. Dzeko yang menyedari penalti itu adalah penalti kontrovesi dengan gentlemannya telah sengaja menyepak perlahan kearah sczezeny . Penalti gagal.

Gol jaringan Milner dan Dzeko meletakkan city didepan sehingga tamat perlawanan walaupun City turut kehilangan seorang pemain apabila Kompany dibuang padang pada minit ke 75.

Penyokong kelab kaya yang memprotes tentang harga tiket


4 Ulasan:

benz zee berkata...

harga tiket liga super pun kena protes. apsal mahal?!

Badang berkata...

Mcm cibet...

cisse berkata...

Apesal entry xcukup menganjing, mcm drama melayu ptg2 je..predictable.

LAn berkata...

Live Streaming malam ni Liga Super Kelantan vs Johor Darul Takzim hanya di http://sepaktonjol.blogspot.com.

dapatkan juga update dan video Liga Super, Liga Premier dan Liga FAM hanya di http://sepaktonjol.blogspot.com.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...