ANDA SEDANG MEMBACA

2

Analisis Psoriasis : Malaysia vs Qatar



Jersi kaler ni mana?

Entri ini di apungkan lambat bersesuaian dengan tema seperti header di atas, yang entah bila agaknya akan ditukar. Ya, gua hanya mengikut tema.

Separuh masa pertama :
1-    Dengan pemain yang ada, coach Raja memulakan permainan dengan formasi 4-4-1-1. Sedikit kejutan, Mahali dipasangkan dengan Shakir sebagai defensive midfielder. Amri sebagai shadow striker dan Koji, kena tipu hidup-hidup dan tenang di tepi padang.
 
Apek
Reuben – Aidil – Fadhli – Asra
Alex – Mahali – Shakir – Ashaari
Amri
Khyril

2-    Formasi di atas hanya untuk sedap cerita sahaja, kerana kebanyakan masa Harimau Malaya hanya bermain dengan posisi 8-1-1. Permainan anti football yang bosan dipamerkan dan para penyokong dan coach Qatar berpakat ketawa berdekah dekah melihat cara kita bermain.
3-     Kelemahan paling ketara pada side back kita. Reuben dan Asra tak berdaya menyerap tekanan. Pendek cerita mereka bermain semacam gampang. Ini menyebabkan Alex dan Ashaari terpaksa track back flanker dan side back Qatar sehingga ke bawah. Bila Mahali dan Shakir dapat bola, flanker kita masih di bawah menyebabkan skill menyepak bola mengikut arah telur terpaksa digunakan.
4-    Ok, gua puji part Mahali. Walaupun di posisi baru, Mahali dapat memainkan peranan sebagai ball winning midfielder dengan padu. Shakir pula nampak tenggelam sebagai deep lying playmaker. Tak boleh salahkan mereka juga, bila dapat bola forward kita entah di mana mana.
5-    Perlawanan berkesudahan tanpa jaringan sehingga tamat separuh masa pertama.

Separuh masa kedua :
1-    Tiada perubahan formasi dari coach Raja. Qatar pula sedikit menganjing dengan mengeluarkan left winger ( no. 11 ) iaitu pemain paling menyerlah mereka.
2-     Malaysia bermain dengan lebih berani untuk push forward. Baru nampak gerakan off ball movement dari Amri dan Khyril. Kemasukan Hadi Yahya dan Farhan selepas itu memberi sedikit tenaga tambahan di hadapan.
3-    Reuben dan Asra kekal bermain entah macam mana gua nak kutuk pun tak reti.
4-    Nak cerita apa lagi? Perlawanan berkesudahan, kita kalah 2-0. Kenapa kalah? Pendek cerita kerana presiden FAM yang macam jahanam. Tahu mabuk, berjudi dan bergaduh sahaja. Sekarang gaduh dengan Kelantan dengan menggunakan Johor sebagai proksi. Babi!


* Ulasan preview di SINI.

2 Ulasan:

kobetz berkata...

gud sign.. tp nie xperimen je kn..hik3..

hgg berkata...

bagus raycnc.. hang punya entri mmg terbaik..ulasan yang tepat mengenai bola dgn gaya sarkastik..

aku pelik mcm mana danny armando bole tinggi undian.. entri selupa cilaka tau?? mau tulis pasa bola ka mau bikin cerpen?? bodohhh..

mohon danny jgn sentap..kahkahkah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...