ANDA SEDANG MEMBACA

3

Gergasi Merah patah kaki di Shah Alam

Jali Bah Rabu, April 17, 2013

Dalam bola sepak, kalah melawan pasukan power itu satu perkara yang suci, tapi bila melawan pasukan bana dan masih tercari-cari arah, bermain pulak di kandang sendiri aku ingat satu team tu patut bertukar jadi anjing. Berhenti main bola dan buat reban ayam.

Selangor tampil dengan reputasi hebat di Shah Alam, 2 perlawanan terakhir menang dalam liga super dan piala AFC sudah cukup untuk jadi tonik terbaik skuad Irfan Bakti.

Seperti di Larkin, Mahalli kereta kebal selangor sekali lagi mencetuskan gundah di hati penyokong  JDT yang datang berserta sepanduk “ kami bukan lagi pasukan bana”. Tasha Shilla menjerit gembira di depan tv LCD di rumahnya. Aggregat 3-1. Kelebihan untuk the red giants. Irfan yang tiba-tiba menjadi simpati terhadap nasib JDT memasukkan Ramzul Zahini menggantikan Forkey Doe yang nyaris maut diserang Helmi Eliza and the gang tempoh hari. Selangor menjadi 100% pasukan orang asal menentang JDT pasukan bana dari selatan. Itu satu kerja mulia.

Di barisan depan JDT, 3 striker utama cukup berbisa untuk merogol Nor Azlan bertubi-tubi di gawang gol. Gabungan bumper mantap belakang Mat Yo dan bumper depan import baru, Leonel Nunez mencetuskan satu gelombang tenaga yang cukup kuat untuk dihalang back four selangor. seperti dijangka, Nunez  menjaringkan gol untuk menjadikan aggregat 2-3. Selangor resah tapi masih tenang, tidak mahu bermain kotor seperti Manchester City. 

Penyokong JDT bersorak riang, kedengaran seperti nama Guiza dilaung. Sah mereka memang penyokong palsu. Irfan resah, belakang baju kemejanya basah menahan resah dan gementar. Sementara itu, JDT semakin bernafsu mencari gol untuk menyamakan aggregat. Perlawanan berbaki beberapa minit lagi. Di facebook dan twitter, fans Selangor mula menaik status-status angkuh, merah kuning warna kebanggaan. Tasha shilla memeluk kuat bantal menahan gementar di rumahnya. Ahhhh..

Tapi langit tak selalu cerah. Nunez dibantu satu tenaga ajaib yang datang dari dalam perutnya bijak memperdaya pertahanan Selangor mencari sudut kiri Nor Azlan, GOALL. Asrarudin Putra menggeleng kepala tidak percaya. 3-3 aggregat di Shah Alam. Penyokong JDT yang sudah keluar stadium tiba-tiba masuk balik. Sah memang penyokong palsu. Tambahan masa, namun Selangor dan JDT masih buntu mencari gol. Penalty shootout!.

Pemain JDT begitu tenang mengawal emosi. sempurna, tiada masalah untuk mereka menewaskan Nor Azlan dari jarak 12 ela di gawang gol. Pemain silih berganti mengambil sepakan, Mahalli mengambil sepakan, konfiden dan tenang mengawal gemuruh, memang layak bermain untuk Malaysia. Di gawang gol, seperti ada bayangan Tasha Shilla yang tiba-tiba menjadi goalkeeper JDT. Mahalli tiba-tiba bertukar menjadi lelaki mithali, bimbang untuk tercedera, Mahalli menyepak dengan penuh kasih sayang dan belas ihsan. Tiba-tiba penyokong JDT bersorak riang, Mahalli terpinga-pinga bingung. Tasha Shilla sekali lagi menjerit, tapi kali ini jeritannya lebih panjang.

FT: SELANGOR 3-JDT 3 ( AET: 2-4). 

"jangan salahkan abg Mahali kita tau"

3 Ulasan:

hantuLongkang berkata...

team bangang lawan team bangang...kompom la benda bangang jugak yang terhasil...
dalam malaysia ni, team2 dari tghanung je yang tak bangang..paham ke tak ni? :D

zaileeLC berkata...

Kahkahkah..sah penyokong palsu!!!!

racYnc berkata...

jalibah.macam mana nak contact ko ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...