ANDA SEDANG MEMBACA

7

R.I.P Sir Alex Ferguson (1986-2013)

Jali Bah Khamis, Mei 09, 2013


Orang kata, bangsa Scotland ni boleh tahan hebat dia kalau jadi manager walaupun main bola sebenar diorang main biasa-biasa je. Apa pun, good bye Sir Alex Ferguson. 27 tahun yang gemilang (ya gemilang, dengan bantuan reffree dan FA) dengan 49 trofi kesemuanya bersama United. Khabarnya David Moyes is on his way to Old Trafford, the theatre of dream, orang Scotland jugak dia ni.

Man United dengan Sir Alex ni sebenarnya satu entiti. Sebati menjadi satu unsur yang sangat sukar untuk dihapuskan ikatannya. Orang tengok MU, mesti nampak bayangan Ferguson. Orang tengok Rooney mesti ingat Ferguson, tengok dahi Beckham koyak mesti ingat Ferguson, tengok pengadil ingat Ferguson sampailah ke ahli tertinggi FA Inggeris pengaruh SAF begitu dominan. Aku berani cakap 90% peratus kejayaan united selama ni datang dari kebijakan taktikal Ferguson, selebihnya hanya nasib dan ya bantuan pengadil yang dibeli jugak tidak lupa.

Kejam tak kejam Ferguson ni tengok berapa tahun Arsenal kemarau tanpa trofi, City walaupun habis juta-juta masih bergelut untuk jadi kelab terbaik di Manchester, berapa banyak nyawa manager yang sudah terkorban di Stamford Bridge?. Liverpool pula masih berkabung sampai sekarang. Hebat betul penangan SAF ni sebenarnya.

Jatuh bangun Ferguson bersama Manchester United tempoh 3 tahun pertama yang begitu sukar untuk SAF yang hampir dipecat, dari era Steve Bruce, Cantona sampailah ke Robin Van Persie, SAF tetap steady.
 Banner yang naik tahun 1989. 
Maka apa yang aku boleh kata, United dalam perjalanan menuju ke zaman kegelapan dan kehancuran, macam Liverpool. The rest is history. Pernah tengok macam mana hebat tak Malaysia satu masa dulu main bola, pernah tengok hebat tak Kelantan 1,2 tahun lepas? Sekarang semua main bola macam anak anjing main kan. Macam tu lah Man United sebenarnya aku nak khabar nanti bila Sir Alex ni berambus.

Apa-apapun tunggu dan lihat. David Moyes is quite okay, aku tengok bila Moyes jadi manager Everton pun boleh tahan walaupun bajet kecil. This is the right time to go Sir Alex, dari tak ada uban sampai beruban, kurus ke gemuk, statue pun sudah siap, title ke-20 pun sudah dapat, aku nasihat cukup-cukuplah. Mahathir pun sudah lama bersara.
angkuh

7 Ulasan:

Fahmi Ismail berkata...

Terima kasih, Sir Alex Ferguson...apa-apapun, no one is bigger than the club. Adios!

Madafakkka™ berkata...

#ThanksSIRALEX!

keli berkata...

No one is bigger than the club tak boleh statement ni bila cakap pasal MU sebab SAF is bigger than his club :D

mikhaelahmad berkata...

Aku harap ada admin yang rajin tukar list pemenang EPL kat belah kanan blog ni.

alquinin berkata...

yup selain aku suka makan keli goreng, aku suka komen daripada keli. untuk manchester united, mereka tak boleh guna slogan no one bigger than the club. saf sendiri lebih hebat daripada kelab yang dia pegang. ya, aku akui memang agak menjengkelkan orang tua hidung merah ni, tapi dia memang seorang manager yang bagus. bayangkan kalau dia di pecat selepas 3 musim pertama yang tak memberangsangkan tu. aku yakin tak ada orang malaysia yang lahir rata-rata 1982 ke atas akan menyarung jersi manchester united. termasuklah sepupu aku yang bangga gila dengan manchester united sampai sanggup buang saudara mara yang sokong liverpool f.c. tak salah bangga tapi jangan la sampai buang saudara mara yang sokong team lain. sporting la sikit. eh aku dah melalut hal keluarga pulak. okay apa pun saf memang patut dikenang walaupon aku sokong team yang saf targer untuk jatuhkan dan dia berjaya.

p/s: keli, berat ko berapa kilo? goreng sedap tak?

flamez berkata...

Manchester United yang kita semua kenal hari ini adalah diri Sir Alex Ferguson sendiri. Tapi aku masih berpegang kepada slogan no one is bigger than the club. Tapi Sir Alex adalah calon yang paling hampir untuk menenggelamkan perkataan keramat tersebut bila tengok rekod kemenangan sepanjang bersama Manchester United.
Apa-apa pun sekarang semua akan tertumpu kepada David Moyes.

p.s: Sila jangan terpengaruh dengan dakyah palsu dari keli. Dia penyokong Liverpool. Niat dia memang nak menganjing. hahahaa

Sii fieqar berkata...

keli is back...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...