ANDA SEDANG MEMBACA

3

Tahniah Chelsea : Solidariti Buat Lucius Maximus

racYnc Khamis, Mei 16, 2013


Saksikanlah Liverpool!!

1 - Disebabkan rasa cinta kepada bolasepak (dan respect buat Lucius), perlawanan akhir Ueropa League tetap juga gua tengok walaupun Chelsea ataupun Benfica, dua dua pasukan bukan kegemaran gua. Berlangsung di Amsterdam Arena, perlawanan ini lebih penting buat Chelsea yang mengalami deretan kegagalan musim ini termasuk di dalam saingan BPL.

2 - Chelsea kini perlu menang dengan Everton untuk mengekalkan tempat ke-3 di dalam saingan liga. Ya, dengan bajet dan bakat besar yang dimiliki, nombor 3 sahaja yang mereka mampu lakukan musim ini. Bangang kan? Berbanding Benfica, yang berpeluang menjadi juara Liga Portugal jika menang dengan pasukan Moreirense sementara dalam masa sama FC Porto pula seri ataupun tewas pada perlawanan terakhir mereka.

3 - Perlawanan berlangsung dengan agak perlahan di separuh masa pertama. Benfica lebih kelihatan bertenaga dengan beberapa percubaan dari dalam kotak penalti. Percubaan terbaik Chelsea pula hadir dari pakcik power, Frank Lampard namun dapat diselamatkan oleh Artur. Perlawanan kekal tanpa jaringan sehingga tamat separuh masa pertama. 2-3 kali jugak la gua terlelap.

Percubaan dari Lampard.

4 - Separuh masa kedua berlangsung dengan lebih garang dari kedua pasukan. Tandukan Cardozo (minit-51) hampir memberikan gol buat Benfica namun telah dipersalahkan terlebih dahulu kerana offside.

Offside dari Cardozo. Halus gila.

5 - Kebuntuan jaringan akhirnya dipecahkan oleh Fernando Torres (minit-59) yang berjaya melepaskan diri dari pertahanan Benfica sebelum mengelecek goalkeeper seterusnya menyepak mudah jaringan pertama. Ok, sebenarnya masa ni gua dah tertidur, tapi pengulas punya menjerit buat gua terbangun balik. Setan!


Jaringan Torres.

6 - Namun gol itu tidak bertahan lama apabila Benfica berjaya menyamakan kedudukan menerusi penalti oleh Cardozo (minit-68) setelah handball dari Azpilicueta. Perlawanan semakin rancak di akhir perlawanan dan akhirnya abang tonggek Ivanovic berjaya menjaringkan gol kemenangan menerusi tandukan pada masa kecederaan seterusnya membolehkan gua tidur awal.

Tandukan kemenangan Ivanovic.


7 - Sebenarnya perlawanan agak seimbang dan kedua pasukan berpeluang memenangi perlawanan. Bagi pasukan Benfica, gua berikan pujian terhadap beberapa player yang bermain cukup baik seperti Cardozo dan Nicholas Gaitan. Power mamat dua ni. Chelsea pula menang hasil beberapa pemain yang on form seperti Cahill, Ivanovic, Mata dan tak lupa Torres. Babi, rasa janggal pulak bila puji Torres ni.

8 - Tahniah Chelsea, tahniah Lucius Maximus.

3 Ulasan:

PutraBorneo berkata...

Nicholas Gaitan ni yang Johor darul Takzim 3 bintang nak beli kan? kahkah

Mohamad Zailee berkata...

Kahkahkah..liverpool

Madafakkka™ berkata...

taniah buat celsi
takziah buat benfica sebab malang mereka bertingkat2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...