ANDA SEDANG MEMBACA

3

Piala Konfederasi: Prebiu Separuh Akhir

Jali Bah Rabu, Jun 26, 2013
Di sebalik protes rakyat Brazil tentang penganjuran Piala Dunia 2014 yang dituduh ada unsur korupsi dan pembaziran, kejohanan ini berlangsung dengan aman, tiada balingan batu dalam stadium, tiada penonton jatuh dan khabarnya tiada satu pun kelibat kucing kelihatan di Maracana, Castelao atau di Arena Pernambuco.

Separuh akhir piala konfederasi, Brazil yang layak atas tiket tuan rumah melawan Uruguay juara Copa America manakala Sepanyol juara dunia dan Eropah beradu kekuatan dengan Italy di Fortaleza, naib juara Euro 2012 ( Sepanyol menang WC dan Euro 2012).

Ok, tak ada Jerman, Argentina atau Belanda. Jangan sibuk nak tanya aku mana Ronaldo, Messi, atau Robben tak pasal-pasal aku sumpah jadi azkal.

Brazil vs Uruguay

Derby klasik Amerika Selatan, the Celesta melawan the Selecao
Brazil

Pertemuan klasik derby Amerika Selatan ini yang sudah berjumpa 72 kali untuk semua pertandingan sebelum ini,  the Selecao menang 33 kali, Uruguay 20 dan selebihnya seri. Sekarang Brazil berbeza dengan Brazil zaman Pele ke Ronaldo gemuk. Rentak Samba sekarang sumbang dan tak mengancam macam dulu, ranking pun jauh terpelosok bertangga-tangga ke bawah.

Brazil cukup kuat di gelanggang sendiri, England seri di sini, begitu jugak Perancis kena titik 3-0. Group stage, Samba masih kekal dengan rekod 100% menang, dengan wonderkid Neymar menjaringkan gol dalam semua perlawanan. Jelas, Brazil dalam kondisi top form sekarang menentang Uruguay dan langsung saja layak ke final.

Uruguay

Uruguay bukan lawan mudah, walaupun diayamkan sepanyol dengan penguasaan bola 27%-73%, anak-anak buah Oscar Tabarez bangkit menang ke atas Nigeria, wakil Afrika 2-1 sebelum menyemadikan newcomer, Tahiti 8-0 dengan tenang di Arena Pernambuco.

Di barisan depan, gandingan hebat 3 serangkai cukup berbahaya untuk menggempur Brazil, Suarez, Forlan dan Cavani siapa sedia meng’threesome’kan Julio Cesar bertubi-tubi awal pagi Jumaat nanti.

Ramalan: Brazil 3- Uruguay 1

Sepanyol vs Itali


Itali

Bermula goyah menang tipis 2-1 ke atas Mexico sebelum nyaris dibunuh Jepun 4-3 dan kalah dengan tuan rumah, Brazil 2-4 selepas itu. Itali sudah melepaskan 8 goal dengan Buffon semakin dimamah usia di gawang gol. Tanpa Andrea Pirlo, maestro yang macam biasa bermain sebagai deep lying playmaker, siapalah Italy. Hilang punca, kurang menyengat dan tiba-tiba Itali bermain seperti Melaka FA yang beraksi di Liga FAM.

Timbul tanda tanya keberkesanan taktikal Catenaccio. Atau buang saja taktik Catenaccio dan meniru corak permainan JDT yang sudah pun layak ke final piala FA.

Sepanyol

Sepanyol sebenarnya masih belum anzal dan bermain sekadar memanaskan badan setakat ini. Dengan rekod bersih menang 100%, 15 jaringan gol dan hanya melepaskan satu gol setakat ini, La Roja calon pilihan juara Piala Konfederasi edisi kali ni. Tak kira team Sepanyol A atau B, La Roja tetap cemerlang seperti biasa.

Sepanyol cukup complete sebagai satu pasukan yang kuat, aliran pergerakan bola yang cukup lancar di atas padang dengan prinsip total football, tanpa syak Sepanyol sekarang adalah jelmaan Belanda di Piala Dunia 1974 di Jerman. Dibantu kualiti pemain yang seimbang tak kira yang duduk menonton saja di bench atau yang sedang menggentel bola di atas padang, terlalu banyak pilihan untuk Del Bosque.

Tanpa prejudis dan ragu-ragu lagi, Sepanyol akan terus mengekalkan legasi kuasa besar bola sepak dunia sekurang-kurangnya sampai Malaysia layak bermain di Piala Dunia.

Ramalan: Sepanyol 4- Italy 0




3 Ulasan:

En Lampu berkata...

tumpang tanya. azkal tu spesis indon ke?

aRief berkata...

"Sampai Malaysia main Piala Dunia" Maksud nya sampai kiamat la tu.

hantuLongkang berkata...

Anda buntu dengan masalah K-Pop pasangan anda? Berdepan tekanan gaji-ciput-haram-tak-naik? Gusar CGPI merudum akibat tangga kolej anda yang kini ber-CCTV tidak lagi berbau cengkih? Atau anda sekadar terkilan regu anda bengap bermain 400?

USAH LAGI BUNTU, TERTEKAN, GUSAR MAHUPUN TERKILAN!

∗ Kami ada menyediakan khidmat makian secara luar/atas talian ♦♦ Pasangan K-Pop anda pasti terusik lantas bertaubat!
∗ Kami juga terkenal dalam khidmat berkaitan ugutan (surat, simbah-cat, cabut-atap, dll) ♦♦ Kenaikan gaji anda, kebanggaan kami!
∗ Kerja menggodam sistem 'kacang' kerajaan/pembangkang/NASA/cafe-kuda turut ditawarkan ♦♦ *Di tangga? Bilik dekan? Cengkih anda selamat!
∗ Malah, khidmat tipu daun terup pun kami buat ♦♦ 400 tekup, 400, tani, spring; berselang-selang!
∗ Lain-lain khidmat: fitnah, laga, belit, auta, tabur janji, buat bising, merepek, ludah, dan banyak lagi...

**KAMI SANGGUP BUAT APA YANG ANDA TAK SANGGUP BUAT ASALKAN ANDA SANGGUP TERIMA AKIBAT
Laman: www.spam2u.com.my
Facebook: Khidmat Bertuah Untuk Anak Bertuah
Twitter: orang01kini01main01twit
————————————————————————————————————————
*   Tidak termasuk khidmat godak-data (data tampering) CGPI. Haram!
** Usaha kami diiktiraf dunia. Kami di tangga ke-2 - hanya kurang 98,000,000 mata - selepas ahli-politikus sejagat. Terima kasih, dunia!
(ref: Akhbar Ha'aretz, 30/06/2013 - שיתוף תמונות פרטיות ברשת הוא עבירה פלילית)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...