Kalau ikut teori logik akal bola
sepak moden sekarang, mana ada team baru promote terus jadi juara dalam satu
musim. Logik ke Cardiff City yang baru naik dari liga kejuaraan terus jadi juara
EPL musim ni langsung menidakkan kepoweran Chelsea yang makin menjadi-jadi
power dia sekarang.
Kelantan pun ambik masa tahu
sebelum naik jadi juara liga super. Ini kan pula JDT, atau Cardiff City sebagai
perumpamaan mudah.
Dalam catatan sejarah, hanya FC
Kaiserslautern yang membuat sejarah besar ni. Ya kelab yang bermain di Bundesliga,
liga bola sepak terbaik sekarang dekat dunia. Budak-budak yang baru tengok bola
semalam mana tahu kisah-kisah cerita mahsyur klasik ni. Pung pang pung pang
cakap Barcelona, Real Madrid dan Man.United paling power sebab ada Messi,
Ronaldo, dan Van Persie. Kepala bana dia.
Musim 1997/98 ni boleh lah
diibaratkan zaman paling gemilang FCK di bawah kendalian pengurus fenomena, Otto Rehhagel yang membawa Greece juara Euro 2004 apabila langsung saja
menjuarai Deutscher Meister walaupun terelegasi setahun sebelum itu ke divisyen 2 meninggalkan Bayern di
belakang dengan beza 2 mata. Kekalahan yang cukup hina untuk team sebesar
Bayern memandangkan FCK baru sahaja naik ke Bundesliga dalam musim yang sama
langsung menjadi juara liga. Paling diingat, kemenangan masyhur FCK 1-0 menentang
The Bavarians di kandang lawan.
Otto Rehhagel angkuh mengangkat trofi DM 1997/1998 |
FCK juga dikenali dengan nama
manja Rote Teufel von Deutschland (Red Devil of Germany).
Rival utama kelab ini adalah Werder Bremen dan Bayern Munich sendiri. Musim ini
lah muncul bakat baru seperti Michael Ballack dan pemain veteran Olaf Marschall
yang menjadi top scorer untuk FCK musim tersebut. Pencapaian terbaik di pentas
Eropah iaitu di suku akhir UCL tersingkir selepas dibelasah Bayern Munich tanpa
belas kasihan 6-0 secara aggregat musim 1998/99 yang masih menyimpan dendam kesumat
dekat FCK.
Macam biasa lah, lepas masyhur mesti
akan jatuh tersembam ke bumi seperti The Red Giants di Malaysia. Akibat dari
pengurusan kelab yang bangang, masalah kewangan yang teruk dan hutang yang
banyak, perpindahan ramai pemain utama, kelab ni terumbang-ambing dan mengalami
penurunan prestasi bermula pada tahun 2002 dan konsisten terus menjadi bangang
dan kemudian terelegasi sekali lagi pada tahun 2006 dan kekal di divisyen 2
selama 4 tahun.
Tenggelam dengan reputasi hebat
Bayern Munich, Bayer Leverkusen, Schalke 04 dan Borrusia Dortmund, FC
Kaiserslautern sekarang tidak ubah seperti pasukan Melaka di Malaysia.
Terumbang ambing dan tiada hala tuju yang realistik untuk kembali menjadi
pencabar utama Bundesliga macam dulu. Sejarah tidak mungkin berulang lagi untuk
The Red Devils Jerman ni.
Kalau ikut teori moden bola sepak
sekarang pun, mustahil ada lagi kelab bola sepak boleh buat macam FC Kaiserslautern.
Kalau bajet kurang, pemain pun tidak sehebat mana, dapat kekal terus main dekat
liga utama musim-musim berikutnya sebenarnya sudah cukup baik.
1 Ulasan:
bahasa macam indon.gunakalah bahasa melayu tu elok-elok.relegasi.pui
Catat Ulasan