ANDA SEDANG MEMBACA

24

Penyokong dan JDT

Unknown Ahad, Januari 19, 2014
"Ketiga-tiga individu itu telah diharamkan daripada memasuki mana-mana stadium yang mempunyai kaitan dengan pasukan Johor untuk seumur hidup." - Tengku Mahkota Johor

Kaedah yang diaplikasikan oleh TMJ dengan mengharamkan penyokong yang membuat onar untuk memasuki stadium ni baru pertama kali aku dengar dalam sejarah hidup aku di dalam Liga Malaysia ni. Aku tak tahu onar apa yang dilakukan penyokong JDT semalam sampai diharamkan seumur hidup.

Lepas tu, aku kurang jelas cara bagaimana TMJ ni melakukan kawalan di setiap pintu masuk bagi menghalang individu yang diharamkan ini untuk tidak terlepas masuk ke stadium dikemudian hari. Apakah dengan menampal gambar wajah  individu tersebut di setiap pintu masuk?

Atau, melakukan pengecaman terhadap setiap penyokong yang masuk di stadium mengunakan CCTV? atau mungkin kena tunjuk IC? kena thumbprint? atau kena scan badan?

Mintak maaf sebab aku kurang jelas tentang hal ini, tapi komen aku begini;

Sejak Liga Malaysia ni bermula pada tahun 1982 sehingga la sekarang, aku belum pernah mendengar ada penyokong diharamkan dari memasuki stadium di Malaysia ni, kalau ada tolong betulkan balik. Kalau pemain tu pernah la dengar, kes rasuah 1994.

Penyokong ni manusia, manusia ni pula dia ada pelbagai level, pemikiran, umur, jantina dan cara berfikir. Yang datang ke stadium pula niatnya sudah pasti untuk melihat pasukan yang disokong bermain dan mencatat kemenangan. Aku jamin tak ada satu penyokong pun yang datang ke stadium dari rumah dah pasang niat "Aku nak pergi stadium nak buat onar, nak pukul orang tu, nak pancitkan tayar orang tu, nak baling pasu dekat cermin kereta dia."

Paling koman pun dia niat sebelum datang ke stadium ialah nak berjoget dengan atras je.

Tapi bila dah ada di stadium, kau tak boleh jamin dengan niat penyokong kau tu, suasananya berbeza, emosi main peranan. Bergaduh, baling selipar, tuju bekas air ke penyokong lawan ini sebenarnya lumrah dalam Liga M, kau tak boleh nak capai seratus peratus perfect dalam cara sokongan penyokong kau. Rating luar padang tu penting dalam sebuah pasukan selain dari nilai komersil.

Mendidik penyokong lain dengan hukuman mengharamkan penyokong yang membuat onar ke stadium bagi aku buang masa dan kurang berkesan. Aku faham niat TMJ, ingin melakukan perubahan besar, bukan dari segi sokongan saja tapi cara pengurusan dan pembentukan pasukan. Tapi TMJ perlu ingat, ini Malaysia bukan England. Nak didik penyokong yang bukan penyokong sejati ni bukan mudah.

Tak percaya tanya penyokong Selangor, 32 kali menang piala, tetap ada penyokong serupa baghal dikalangan mereka yang membuat onar di stadium, benda ni kita tak perlu nak kupas mendalam sangat, khususnya di Malaysia ni.


Apa salahnya diubah hukuman tu kepada ganti rugi yang harus dibayar oleh individu tersebut, atau diberi kaunseling yakni lepak dalam lokap dua hari.


Tapi tak tahu la kalau memang jenis penyokong JDT ni susah nak dilentur. Nasihat berkali-kali tak makan makan juga, kerja memang nak lipat orang saja. Itu memang aku setuju diharamkan, bukan saja di stadium seluruh Johor, tapi di seluruh Malaysia juga. 


Ketahuilah, dalam pada pemain pemain di tengah padang itu menahan bola mengunakan keting, sepak hanya angin dan hanya menendang bola mengikut arah telur, disebalik itu kita harus mengakui kesuraman itu ditutupi oleh cerita yang menghiburkan yang membolehkan kita bercerita lebih mengenai pasukan masing-masing. Kita mampu cipta satu topik yang membolehkan kita berbual, iaitu provokasi dan pergaduhan.

Kau mampu ke hari-hari nak bercerita soal pemain itu tahan bola guna keting? sambil menyepak bola meliar jauh sampai keluar stadium?

Jadi, teruskanlah dengan suasana yang semamangnya sebati dan menjadi budaya bolasepak di Malaysia. Nikmati sepuas-puasnyalah. 

24 Ulasan:

Apostolos Velios berkata...

kelakar bolasepak malaysia ni, ingat dengan banned penyokong seumur hidup,bawak banyak stars,tukar logo,buat stadium baru tu boleh jd kan bolasepak malaysia ni setaraf dengan kuasa besar bolasepak dunia.

Tanpa Nama berkata...

sekurang kurangnya ade gak usaha,takkan setiap 4tahun skali engkau nak sokong negara lain kat world cup

Tanpa Nama berkata...

lagi kelakar bila liga malaysia buat semua xkena.tapi bila epl buat semua nak kagum..

Unknown berkata...

Rasa tindakan TMJ tu ada betulnya... Pengharaman utk masuk stadium memg agak berat... Disebabkan beratla org lain akan takut nk buat salah... Bila org dh tkut dgn hukuman mcm tu ianya akan jd satu cara pencegahan... Tgok pulak kesalahan mamat yg kena ban tu... Kalau setakat palit chewing gum kat kerusi then kena ban memg la x ptut... Tp kalau mengganggu kemaslahatan penyokong yg lain pendekatan yg efesien ptut diambil... Dalam stadium yg ramai, 3 or 4 org provoke dh ckup nk influence the crowd n huru harakan keadaan.. Kalau brg rosak ok la kalau nk ganti rugi... Kalau kepala pecah, tgn patah nak ganti kepala n tgn baru?... Or nanti dh ad kepala pecah baru nk apply pengharaman ke stadium.. Mgkin kita rasa x adil, kita sokong bagai nak rak then kena ban... Support bukan dgn hati ja, akal tu kena guna jugak...

QIRAF berkata...

Engkau tahu tak pesen team baru nak naik kat malaysia ni kejap je..meletop 3 4 5 season..pastu melingkip...masa tgh top form stadium penuh la..semua pakat datang bawak anak pinak.. ngko tgk la bila dh x power nnt..player maki reff tgh padang pun bole dgr siap bergema lg..masa tu nnt ko tayang la muka manusia yang kene ban dr masuk stadium tu..x guna bai..

Apostolos Velios berkata...

aku perhati komen QIRAF je yang power dan mantap.

Unknown berkata...

Masa team power memang la ramai yang nak sokong. Semua nak bercakap pasal bola sepak. Daripada budak tadika sampai ke menteri besar kalut tunjuk muka sebagai penyokong setia. Oh ya. Bola sepak malaysia ni power tang kosmetik saja. Kulit nampak macam power tapi isi lemau.

Unknown berkata...

Kau boleh ceritakan macam mana kaedah nak haramkan 2-3 kutu berahak daripada masuk stadium tak? Jangan nak sokong membabi tuli saja cadangan anak raja tu.

Unknown berkata...

Matlamat hukuman pengharaman ke stadium lebih kpd soal keselamatan... Memg dengan banned seumur hidup x mmbantu bolasepak malaysia ni setaraf kuasa besar bolasepak yg lain... Tapi adakah dgn membiarkan atau menjatuhkan hukuman yg berbaloi utk mereka melakukan kesalahan berulang kali mampu menyebabkan safiq rahim boleh gentel bola mcm messi... Sudah tentu tidak kerana matlamatnya bukan ke arah itu... Stadium ban ni dah digunapakai oleh byk negara n pasti ad cara kalo niat kita baik... Niat nak menjaga kemaslahatan sekiling... X kisah la sesuatu usul yg baik tu dtg dari sapa pun... Yg kita nk amek usul dia bukannya org yg tu... Jgnla impression kita terhadap seseorg itu menjadikan kita cuai dalam menilai...

Unknown berkata...

Peace bro... Ayat ni penting... Hehe..

Unknown berkata...

Jadi, apa kaedah terbaik nak halang seseorang yang buat onar dari memasuki stadium?

Tanpa Nama berkata...

kalau kena ban dalam stadium pun bukan ada guna kalau depa boleh tunggu luar stadium. niat kalau nak buat onar semua tempat boleh. jadi guna pendekatan di Italy, negara yang bola sepaknya penuh dengan semangat pukul dan gaduh. saman team yang penyokongnya bertindak membabi buta, dan next game main dalam stadium kosong. haaa kata nak ikut eropah kan?

Niv berkata...

Lama dh aku perati Apostolos ni...bile nk up artikel brader...aku dgr kau kencang mcm Martinez wakaka

Tanpa Nama berkata...

Walau sekelakar-kelakar bola sepak Malaysia dan bajet ingat bawak ramai star, buat stadium baru tu boleh jadikan setaraf kuasa bola sepak dunia,setidak-tidaknya dengan bola sepak Malaysia yang kelakar ini mampu untuk menarik minat kamu ambil tahu pasal bola sepak Malaysia amnya dan JDT khususnya. Nampak tak permainannya di situ. Kutuk-kutuk pun tapi ambik tahu juga..kahkahkah

Apostolos Velios berkata...

tanpa nama ni ingat geng2 sokernet hadap sangat ke dengan Jdt ni ?? majoriti geng2 sokernet ni dah muncul sebelum jdt tu wujud lagi. apa dia ingat orang tak pergi stadium ke sebelum jdt ada ?? kalau jdt ada pun berapa kerat je stadium full ?? shah alam,mbpj tak full house pun.

Unknown berkata...

Entah. aku tengok Liberpul elok je banned fans dia yang buat salah dari masuk stadium seumur hidup. Tak ada pun aku tengok Queen Elizabeth tu meroyan marah pengurusan kop buat gitu. Tapi itu EPL lah. Liga M ni aku tak berani sangat nak komen. Kau taulah mentaliti fans liga M ni macam mana. Pesen2 macam petai ni, fakta datang dari kaki.

Sebab tu aku minat tengok bola EPL je kot. kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

tak der isu lain yang lebih penting ker?

Tanpa Nama berkata...

liga malaysia dah lah mundur, jumud lak tu...


Tanpa Nama berkata...

Loic Martel ni nak samakan bangsa Malaysia ni dengan bangsa UK. Bodo punya Loic...

Tanpa Nama berkata...

Teman rasa penyokong-penyokong yg kritikal macam ni, janganlah dibanned dari masuk stadium, kesian dia, punah semangat tinggi dia tu.

Teman cadangkan supaya mereka2 ini dikenalpasti, dan dibenarkan masuk stadium TETAPI diwajibkan kena amik seat di area penyokong lawan. Masa tu rasanya Insya Allah mereka akan berkelakuan baik. Kalau jadi huru-hara jugak, memang tabik spring la atas semangat juang mereka yg tinggi tu. Kena bagi seat khas pulak lain kali.

Tanpa Nama berkata...

komen ini telah dialihkan oleh TMJ

Tanpa Nama berkata...

dey mariappan peliaq kecik!

Tanpa Nama berkata...

dey u dickhead!

-Tun Mari Mariappan-

Tanpa Nama berkata...

yang terajang kat Terowong tu dikira buat onar gak tu.. apa tindakan yang telah dibuat. Itu pun korang nak pertahankan.. lancaula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...