ANDA SEDANG MEMBACA
23
Mungkin ini entri terakhir aku berkenaan Johor Darul Takzim FC kerana aku dah bosan mengulang cakap perkara yang sama. Kekecohan di Pahang malam tadi tidak termasuk dalam entri ini kerana benda remeh-temeh bukanlah makanan aku. Benda murahan ni mat saleh dah lama tolak tepi. Diorang lagi suka fikir cara nak buat ubat penyakit kanser atau cipta jet roket. Di sini ada beberapa perkara yang perlu dijelaskan dari penulisan pengulas terdahulu iaitu Lucius Maximus. Aku akan tulis cara Mahathir supaya aku yang Melayu ni susah lupa isi.
1. Penentangan Sokernet ke atas penubuhan JDT bermula sekitar suku terakhir 2011 dahulu bukanlah atas sentimen dengki atau cemburu. Malah, Sokernet menyokong penubuhan kelab bolasepak dengan pelaburan besar. Cuma, laluan penubuhan JDT itu yang dicemuh Sokernet. Laluannya salah kerana memberikan kesan negatif ke atas perkembangan bolasepak di perigkat kebangsaan. Memansuhkan kelab-kelab, menyatukan Johor FC dengan Johor FA di bawah satu bumbung PBNJ, dan banyak lagi yang tak perlulah aku bangkitkan. Sila periksa entri lama dari saudara Lucius (klik nama beliau). Sebelum saingan Liga Monyet 2014 bermula, FAM ada mengeluh betapa susahnya mencari kelab untuk disertakan dalam Liga FAM atas kuantiti kelab yang terhad. Ini sebab kelab yang sedia ada sudah dimansuhkan dan ini menimbulkan kesukaran kepada mereka. Kekurangan kelab mengurangkan saingan. Kekurangan saingan mengurangkan peluang mencari bakat.
2. Penentangan Sokernet dan sekelompok penyokong Johor FC seperti saudara Khuzrin Kamaruddin (klik nama beliau) dalam tempoh itu juga menemui kegagalan apabila JDT tetap ditubuhkan dan majoriti rakyat Johor menerima dengan terbuka kemasukan JDT ke kancah bolasepak tanah air. Aku anggap kegagalan ini biarlah jadi seperti kegagalan sebuah percintaan. Tidak perlu move on. Just live with it. The damage was done. HANYA MASA YANG AKAN TENTUKAN BAHAWA SOKONGAN MEREKA SELAMA INI BERADA DI LANDASAN YANG SALAH. Banyak perkara negatif pasal JDT ni sedang hangat diceritakan di Facebook. Aku tak mau cerita yang tu. Aku nak cerita lain. Sebagai individu yang berfikiran positif, aku lebih suka untuk menceritakan hikmah-hikmah di sebalik penubuhan JDT setakat ini.
3. Hikmah yang pertama, sudah ramai rakyat Johor yang sudah mula bercerita dan berpolemik tentang liga tempatan meskipun kebanyakan perbincangan adalah tentang gosip pemain, kehebatan import, kehandalan mereka mendapatkan khidmat pemain bertaraf bintang. Tanpa disedari, polemik seumpama itu sedikit sebanyak mengenepikan fundamental asas bolasepak seperti player rotation, taktikal, dan formasi. Apa boleh buat. Dah mereka menyokong atas sentimen kenegerian. Bukan atas sentimen bolasepak. Namun begitu, tidaklah boleh kita nafikan polemik yang masih berada atas paksi bolasepak sedikit sebanyak menambahkan kemeriahan. Itulah wajah kemeriahan liga kita selama ini.
4. Hikmah kedua, kejebatan FAM dirungkai dari sudut yang lain. Apa yang dilakukan Presiden PBNJ mencelikkan mata orang ramai bahawa sesebuah kelab sebenarnya tidaklah perlu bergantung kepada FAM semata-mata untuk memajukan bolasepak. Menaik taraf infrastruktur stadium, mencari publisiti dari luar (kes Guiza dan Aimar), jualan merchandise, dana kelab, dan banyak lagi diusahakan oleh Presiden PBNJ sendiri. Berdasarkan usaha-usaha ini, kita ada lagi satu sebab kenapa Presiden FAM sudah boleh berundur. Selama berada di tampuk pemerintahan FAM, tuan Presiden tidaklah mengambil berat akan perkara-perkara asas seperti itu. Kesannya, Barcelona datang Malaysia kena main di Shah Alam. Aku malu ada Presiden yang meminggirkan faktor asas sebegini.
5. Hikmah terakhir, ada rakyat Johor yang sudah mula minat bola Malaysia. Tak dinafikan, ramai penyokong JDT ke stadium atas sentimen kenegerian dan menyokong Tengku Mahkota Johor. Bukan ke stadium atas sebab betul-betul minat bola. Tapi kau fikirlah. Dalam setiap 100 orang Johor ke stadium atas sentimen kenegerian, mesti ada seorang dua yang mula nampak kecantikan bola sepak. Mesti ada seorang dua yang sudah mula sedar akan kepoweran menjadi pemain bola. Contohnya, aku namakan orang yang berubah sentimen itu sebagai Mamat. Mungkin untuk kali seterusnya, Mamat bukan lagi ke stadium atas sentimen kenegerian semata-mata tapi sebab minat. Mungkin selama ini Mamat yang hanya bermain Call of Duty akan main FIFA. Mamat masa ada Johor FC ni tak ke stadium sebab tak minat bola. Macam mana nak minat, takde dorongan. Satu-satunya dorongan Mamat ke stadium hanyalah sikap kenegerian beliau. Manusia ni boleh berubah niat bila-bila masa.
6. Apa yang aku nampak dari satu sisi, usaha Presiden PBNJ selama ini bukanlah untuk menang piala sangat sebenarnya. Bukan juga untuk menambahkan kacau bilau Liga Monyet kita. Presiden PBNJ hanya mahu buat orang-orang Johor yang selama ini tidak minat bola menjadi minat bola. Bila minat, kesannya boleh dilihat untuk satu jangka masa yang panjang. Mungkin selepas Presiden PBNJ tiada lagi, orang Johor masih memenuhi stadium sebab minat yang dah disemai. Menyediakan infrastruktur yang baik pula menunjukkan bahawa kita semua patutnya mendapat lebih dari yang kita dapat selama ini. Malaysia ni best. Tapi boleh best lagi. Presiden PBNJ dah tunjuk. Silapnya, jalan yang dipilih untuk mereovolusi bolasepak Johor adalah SALAH. Diharapkan Presiden PBNJ memperbetulkannya semula seperti mana kesilapan-kesilapan sebelum ini. Kesilapan bawak askar ke stadium Kota Bharu misalnya. Kunjungan kali kedua tidaklah kesilapan itu diulangi.
7. Mungkin ada yang akan cakap ini entri bodek. Entri jilat. Entri kipas. Namun, percayalah, sebagai Mat Kelate, aku boleh faham perasaan rakan-rakan JDT sekarang. Mereka sedang melalui jalan yang penyokong Kelantan lalui pada 5,6 tahun dahulu. Dikecam, dihina, disindir, dan banyak lagi di media sosial akibat tindakan segelintir penyokong perangai beruk. Sebagai pendatang baru, perkara itu amatlah menyebalkan hati mereka yang tidak bersalah. Mereka dihukum atas kesalahan orang lain. Semua ini hanya akan lenyap perlahan-lahan setelah JDT memenangi piala. Untuk ke arah itu, kritikan membina anda ke atas pasukan adalah wajib. Sokongan membabi buta dan menjadi pak angguk tidak akan ke mana-mana. Kritiklah untuk kebaikan.
8. Akhir kata, arwah Johor FC tidak akan kembali. Itu memang menyedihkan. Namun hidup mesti terus. The damage was done. Live with it. Hanya masa yang boleh membuktikan kebenaran yang diutarakan Sokernet tentang perkara ini beberapa tahun dahulu.
p/s : Liverpool lawan Arsenal malam karang aku ramal 1-3. Semua Mertesacker sumbat. Gila lemah nak mampos Liverpool sampai defend pun boleh hat trick.
Johor Darul Takzim : The Damage Is Done!
zaileefd2
Sabtu, Februari 08, 2014
fam tolong la bertindak tegas,
JDT terus maju untuk kemaslahatan umat,
Liga Monyet

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
23 Ulasan:
harapan aku, cepatla JDT menang cup, menang liga. so after that harap2 nya TMJ terbuka hati untuk membenarkan lebih banyak kelab2 bolasepak kat Johor.
Masalahnya kelantan bangkit bermula dari liga FAM,ke liga perdana dan seterusnya ke liga super. Dengan tidak mengubah imej mana2 pasukan secara short cut. Lagi satu, Johor DT 2 bila TMJ ditemuramah seakan2 tak peduli pun kat JDT2, katanya nak bg peluang pemain muda johor main secara pro, tp time transfer berduyun-duyun player Kelantan dan Selangor dia borong.
@Apostolos Velios Itu pun salah satu silap Presiden PBNJ yang mana perlu sangat baginda betulkan. Kalau nak cakap pasal silap orang ni sampai bila tak habis. Lagi baik kita mintak dibetulkan benda tu. Macam aku cakap atas sana. "The damage is done. Shit happened."
aku lagi suke JDT relegate sampai ke liga FAM, main balik dr awal,
2014 - MSL
2015 - MPL
2016 - LFAM
2017 - MPL
2018 - MSL
2019 - MSL/ AFC
2020 - MSL/ AFC/ ACL
Yes Zailee.. i like this.. sad but true.. please Johorean... read this...!!!
-Johorean Hustle-
Padan muka arsenal kena 5 1
Yang paling aku marah mp muar fc pun dilenyapkan apa hal? Aku memang takde selera nak sokong JDT.itu bukan jdt.itu johor fc.johor fc asal dari pasir gudang.tak layak nak represent negeri johor.
arsenal ayam.... defend liverpool score dowh....
Nk komen biar sdp skit.yg komen tu pun main ckp mcm anjing salak gunung.nk jd pawang ramal pon salah.lbh baik brdiam dr brkata2.ada fhm
Ulasan ini telah dialih keluar oleh Arsene Wenger
haha bodoh arsenal kena 5!!!!
tolong terangkan lagi detail part no5. Aku kurang jelas.
Tapi firasat penulis salah..sebaliknya liverpool yang memebelasah arsenal ngan 5 berbalas 1..hahhaha
ulasan ini telah diretweet oleh Zailee Ramsey di twitter beliau.
p/s : Liverpool lawan Arsenal keputusan 5-1. 4 gol dalm 20 minit pertama. Gila lemah nak mampos Arsenal sampai defend pun boleh skor 2 gol.
1-3 konon kah kah dasar looser...
ko ingat skertel tu apa partner sturidge ker?
Sterling budak baru nak tumbuh bulu ko tau!! Score 2 bijik mcm jumlah telur ko gak...
satu gol pon penalti..sian
Mertesucker lah sgt
Gila babi lemah!!!!
KAH3,,, KEPALA BUT ARSENAL BELASAH LIVER..... KENA TIBAI ADE LAAAAAA.... CKP NAK A JEK..... KAH3
Ulasan ini tak perlu di alih keluar sebab ko dgn JDT + ARSENGAL mmg bangang...
ko insaf lah!! cukup cukup lah besara mcm mentor2 ko tu..pastu sila angkat kaki, jalan terus ,belok kiri le lepas tu sila pergi mampos.
tutup lah sokernet ni dah gaya pelacur tua dah oi
yang orang tak nampak apa yang TMJ cuba buat adalah menjadikan JDT bukan kelab kenegerian...dia macam Arsenal bukan untuk khas pada orang london...duk kodiang ker duk kajang ker duk bintulu pun boleh sokong...merchandise boleh jual merata...kelab boleh dapat pulangan banyak...time tu macam2 benda lain lagi boleh buat...akademi...stadium lagi canggih....
patut semua pasukan kat Malysia kena pikir cam tu...macamaner nak tarik supaya orang Johor boleh sokong Kelantan...orang Selangor boleh sokong Pahang...bukan sibuk kenegerian sahaja...
kekadang pelik...puak Sokernet yang kononnya true dan hebat dengan bola pun tak boleh nampak....jangan pikir duk dalam sokernet semua pikiran anda adalah betul...
sedih...bola luar dah maju...org malaysia masih sibuk hal kenegerian...mcm ni lagi 100 tahun pun tak layak main world cup...
hebat anda berkata2..puiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
woi mane ulasan Champions League ni woi..
just nk komen..tarikh entri ni same dgn trikh lahir aku..ok bye..
Catat Ulasan