ANDA SEDANG MEMBACA

69

.

LuciusMaximus Jumaat, Februari 17, 2012


"Saya tidak faham mengapa kita perlu membahagikan keupayaan kita. Kita sepatutnya mengembeleng semua kekuatan terhadap satu pasukan sahaja, dengan hanya satu pasukan negeri sahaja yang bertanding"
- Tunku Mahkota Johor sejurus selepas dipilih sebagai Presiden Johor FA


Sebenarnya aku pun tak faham. Negara lain dalam dunia ini bermati-matian tubuhkan kelab bola sepak sebanyak mungkin supaya lebih banyak peluang untuk rakyat bermain bola secara kerap hingga dapat ke Piala Dunia, tetapi di Malaysia ada satu negeri nak bubarkan pasukan kelab macam Johor FC, MP Muar FC dan MBJB FC supaya hanya Johor FA dapat bermain dalam liga kebangsaan.

Juga aku tak faham, hanya Malaysia ini satu-satunya negara dalam dunia yang pasukan negeri bermain dalam liga. England dah beratus tahun main guna kelab, semua negara Eropah pun sama. Di Amerika Selatan pun mereka main ikut kelab. Orang Amerika Syarikat yang gila American football pun dah buat kelab bola sepak untuk main 'soccer'. Jepun sekitar 20 tahun dulu mulakan liga mengikut kelab bola sepak dan sekarang setiap 4 tahun main Piala Dunia. Indonesia, Singapura dan Thailand yang merupakan jiran sebelah rumah kita pun main liga guna kelab bola sepak.

Lagi aku tak faham, di Malaysia ini kita masih percaya kena ada satu pasukan bola setiap negeri supaya stadium penuh. Kita masih percaya dengan ada 13 pasukan negeri dan satu pasukan wilayah persekutuan bola sepak kita akan maju. Kita masih percaya rakyat setiap negeri mesti sokong pasukan negeri dan biarkan pasukan kelab lingkup. Kita masih percaya kalau nak buat juga kelab bola sepak mesti guna nama yang bangang nak mampus macam Felda United atau T-Team. Kita masih percaya pasukan negeri mesti kekal tapi pada masa sama berharap akan ada orang baik hati keluar duit untuk tubuhkan kelab bola sepak.

Paling aku tak faham, ada juga rakyat Malaysia yang menyokong idea macam Presiden Johor FA. Ada juga rakyat Malaysia yang mahu hanya pasukan negeri dibiarkan bertanding dalam liga bola sepak. Dan pada masa yang sama, semenjak berita hal ini keluar semalam, kuasa-kuasa ultra di Malaysia masih lagi sibuk berniaga mafla dan flare di Facebook serta Twitter dengan tak ada seekor pun nak bersuara hal yang akan menggelapkan masa depan bola sepak Malaysia ini. Ultra kepala bana dia!

**********

Bola sepak ini asalnya sukan rakyat kebanyakan, sukan kaum buruh, sukan golongan proletariat. Ia masih kekal sukan untuk semua orang hingga ke hari ini. Untuk rakyat kebanyakan macam kita yang tak mampu beli kuda untuk bermain polo atau beli kapal layar untuk lumba layar, bola sepak inilah sukan yang paling mudah buat kita. Sepasang but bola, sebiji bola, sebuah padang dan bersama kawan-kawan yang kita suka dah boleh main tendang terajang apa semua.

Adakah kegilaan kita kepada bola sepak ini mesti ditentukan atau ditetapkan oleh seseorang?

Adakah bila keluar titah hanya satu pasukan dalam satu negeri, ini bermakna akan berkubur segala usaha untuk menubuhkan kelab bola sepak?

Aku ada rancangan untuk menubuhkan sebuah kelab bola sepak, mungkin di Perak atau mungkin di Selangor. Kalau di Perak aku mahu namakan ia Ipoh City Football Club (ICFC), kalau di Selangor mungkin di Sepang dengan usaha sama Tony Fernandes dan kami namakan ia Sepang Rangers. Bayangkan jika kelab bola sepak ini berjaya dan tiba-tiba keluar titah mengatakan hanya perlu ada satu pasukan di negeri Perak atau Selangor. Dan titah ini pula keluar setelah pasukan Perak FA atau Selangor FA itu bermain bangang serta hanya mampu menarik 30 orang penonton ke stadium?

Inilah sebabnya bola sepak Malaysia tidak pernah maju dan kita tidak akan pernah ke Piala Dunia. Kerana bola sepak kita dipasung oleh FA negeri yang dipimpin ahli politik atau orang istana yang bertindak mengikut keinginan mereka sendiri. Jangan salahkan orang kaya seperti Tony Fernandes atau syarikat gergasi macam Genting jika mereka memilih untuk memartabatkan bola sepak Inggeris. Lihat nasib yang menimpa Johor FC, susah payah tubuhkan kelab dan kini diberi titah hanya boleh ada satu pasukan saja untuk negeri Johor.

**********

Nampaknya bola sepak Malaysia memang tidak dapat diselamatkan lagi. Kita akan hanya berpuas hati dengan 13 pasukan negeri dan 1 pasukan wilayah persektuan serta kelab-kelab bola yang bangang serta hidup segan mati tunggu masa je.

Melainkan FAM dirombak, pasukan negeri sedia ada dibubarkan, liga kebangsaan direvolusikan serta kelab-kelab bola sepak yang sebenar diwujudkan; bola sepak kita akn terus ke laut dengan masa depan yang gelap.

Dengan ini aku menarik sokongan terhadap mana-mana pasukan negeri termasuklah Perak FA serta memulakan kempen menghentam liga bola sepak kebangsaan serta semua pasukan negeri.

Sekian, majulah bola sepak untuk semua negara kecuali Malaysia.

69 Ulasan:

redzabes berkata...

terbaik!!!!!! LM for president FAM!!!

mdfaizal berkata...

Rakyat Johor ada 3 Juta, cth yg minat bola 500 ribu, yg terer main bola 500 orang... yg betul2 power 100 org..

100 orang nak main utk 1 pasukan.. rugi2...

LuciusMaximus berkata...

Dengan ini juga saya akan kembali memartabakan bola sepak negara asing

Apik Power berkata...

Saya amat setuju dengan Encik Lucius Maximus.

LuciusMaximus berkata...

Saya tertunggu-tunggu kalau ada Ultra Johor FC nak bakar jersi Johor FA

pizli.mw berkata...

Aku pun tak faham kenapa dekat Malaysia ni Menteri Besar, Sultan semua nak jadi pemimpin persatuan bola.

City Laundry Cafe berkata...

\o/...\o/...\o/...\o/...\o/
ZAMBIA MAJU 2012!!!!

Cesc Luzeza berkata...

haha..tk terlayan bola malaysia la lps ni....mkim mundur bola kat malaysia ni.

Red Doss berkata...

aduyai..makin ke belakang pulak...kembali layan bolasepak luar la lepas ni...bengong

Jojoe Ali berkata...

Aku nampak je artikel ni kat paper, terus teringat Luci.

Memang benar belaka, telahan aku dan tulisan dia.

Dah sampai masa, untuk bukan hanya BOLA yang diSEPAK di Malaysia.

ayobkelubi berkata...

dalam erti kata lain yang tersembunyi.

Pasukan negeri itu yang akan dapat duit yang banyak sekali. Jadi boleh dah berkira-kira nak tukar kereta apa untuk semua EXCO FA negeri tu.

Aku "roots" dari negeri tu. Selagi negeri tu mahu kekal dengan keputusan 1Pasukan saja. Selagi tu, aku ban negeri tu. Aku malas nak ngaku aku orang negeri tu lagik!.

Dasar melayu busuk hati!.

cantona79 berkata...

Mohon Sultan Bola (SB) ambil peduli luahan LM. Rasanya dah terlalu lama SB memanaskan kerusi presiden, dan jgn smp rakyat malaysia bagi kad merah dan terpaksa duduk di stand penonton.

Ramlan berkata...

betul... bola sepak penjajah jugak yang best...

lara nur berkata...

kepala johor ni memang tak berapa nak cerdik, tamak dan short sighted atau lebih tepat lagi tak berpandangan jauh kaedahnye. mungkin ini juga langkah desperate mengenangkan johor yang makin lama makin malap pasukan negerinya.

f.islahi berkata...

baru bercita-cita nk jd player bola.tapi tgk bola malaysia dah mcm2 krisis.cancel lah camni.mana sultan bolaaaa?

Unknown berkata...

kecewa aku kalau benda ni betul happen.. last year kata nak gabungkan FA ngn FC, nasib xjadi. Ni nak gabungkan semua empat2 kelab. Memang hancurla bola kat Johor ni.. kata la next season Johor FA xdapat g Liga Super, then kena layan liga Perdana je ke? Atleast sekarang ni nak layan Liga Super boleh, layan Liga Perdana pun boleh..



wv: wastew - memang waste la johor pasni..

Adam Ruslan berkata...

Sandarkan bolasepak kepada RAKYAT!

r i J a L berkata...

Teramat setuju dengan butir-butir yang dihujahkan.. amat memberangsangkan..

mengapa harus jadi begitu.. Tunku tu mesti x penah dapat main bola dengan kelab.. tu yg nak ban smua kelab kat Johor..

apa rasionalnya?.. berpikir panjangkah sebelum membuat keputusan begini?.. aduyai bola sepak Malaysia..

jiwa sifar berkata...

falsampah orang istana.

btw..aku johorean..LOL.

Fahmi Ismail berkata...

Mohon kongsi, Lucius !

mdazlnshkni berkata...

Sedih betul keadaan mcmni. Bangang! Bangang! Bangang! Zaman gelap bolasepak Malaysia, bakal bermula bila-bila masa.

FU TMJ! Selagi tak dpt pepet Fazura, selagi tu tunjuk pailang macam gampang.

Mista Maman berkata...

I've been join academy Johor FC since 15-17 years old. Academy Johor FC sgt berwawasan. Even aku xdpt main peringkat tertinggi, tp aku tau, Johor FC boleh pergi lebih jauh. Masakan boleh digabungkan. Aku faham, Tengku nak tgk Stadium penuh tp nk camane, songlap lebih, xclean, sape nk sokong. Ape pun, yg ini lg parah. Kawan2 yg komen kat atas semua rata2 lebih berpandangan jauh, termasuk Lucy skli. Johor FC & kelab2 sptnya bnyk bantu anak2 muda mempertingkatkan kemahiran dari peringkat sekolah. Realitinya, kalau dilaksanakan, makin ke laut la Johor pasni. Dulu segagah Selangor, Pahang, Kedah... Lemah syahwat mcm ni beb.

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

Yes! Lucy dah kembali ke jalan yang benar...

El berkata...

aku setuju 100%.

aku orang Muar and sokong MP Muar walaupun pemain MP Muar sepatah haram aku tak kenal. aku sokong sebab Muar yang kecik ni pun ada kelab bola, and makin lama makin naik sampai boleh belasah Perlis.

Semalam aku tengok buletin Utama, kata suruh bubar supayan penyokong bersatu sokong Johor Fa. babi apa?


lagipun ingat ada ke orang muar sanggup turun Johor Baru just untuk tengok diorang kalah? bubar FAM, and suruh kaum kerabat raja main polo jauh2 sana.

Tanpa Nama berkata...

Kalau begini, akan keluarlah titah-titah daripada pihak berkuasa supaya hanya 1 pasukan negeri yang akan bertanding. Huuhuhuhuhuhu, aku tambah lah ne satu pasukan lagi nak sokong di LaLiga. malas dah nak tengok pasukan dalam negara.

dzulfinger berkata...

arap² sekadar kata² janji selepas menang jadi presiden je la.. mohon share LM..

lara nur berkata...

Satu lagi hal yang perlu dipertimbangkan, nak tubuhkan apalagi nak kendali sebuah kelab bola sepak bukan semudah menyedia kan car wash service. Asal ada parking lot kosong, sabun, vacuum dan paip air dah boleh jalan. Bagi je bangladeshi handlekan.

Tapi sebenarnya susah/mudah itu lain hal pula sebab kalau nak buat boleh saja, tapi biar sungguh2. FAM kena up dekree dan standard sama sepertimana pasukan negeri ditadbir, seperti itulah pasukan kelab juga perlu ditadbir. Jangan kualiti pengurusan, pemain, permainan yang sekadar ada, bak kata Lucius hidup segan mati tunggu masa.

Juga hakikatnya, mentaliti double standard kita selalunya meletakkan pasukan kelab sebagai pasukan yang melukut di tepi gantang. Main sekadar melengkapkan jadual. Kalau menang, nasib. Kalau kalah tak ada pun yang peduli. Takkah itu menyedihkan?

Jadi pasukan2 kelab yang sedia ada ni, biarkan mereka main. Jika dapat ditadbir baik, cukup penajaan, hence pemain lebih semangat bermain, tak bimbang kalau2 gaji tak dibayar. Biar sama naik dan yang penting kita main bukan semata2 mau menang, bukan semata2 mau stadium penuh. Kita main sebab itu passion kita, itu minat sebenar kita dan kejayaan seterusnya akan pasti datang menyusul. Kerana benda baik, kalau istiqamah, hasilnya juga pasti baik.

Tapi satu benda yang tak boleh di sangkal lagi, sifat kenegerian kita memang dah tebal sangat dan itu adalah satu perkara yang menuntut revolusi bukan kecil2 anak kalau nak dihapuskan. Tak payah hairan kalau para ultras negeri diam seribu bahasa.

Tapi lara juga boleh bayangkan Cheras Selatan atau Kajang Army FC. Wow!

Ah, entah bila mimpi itu boleh jadi nyata. Tapi pesan lara kepada kepala Johor, janganlah jadi kerbau bawa lumpur. Jangan jadi awak seekor berkubang, sekandang kena luluknya. Awak teruskan lah dgn polo, yatching atau golf. Tinggalkan bola sepak untuk kami marhaen urus dan mainkan!

Akhir kata, majulah bolasepak Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

xde button share pulak..

faridzainal berkata...

Teringat aku ape prakata yg ditulis pipi kt CMTKPD..
itu sultan bola pnye ckp.bubar harimau malaya terus..
sultan johor plak nk 1 team je..
kemungkinan berita semalam ini lah bermulanya era angan-angan pipi..

kepale sultan tiap2 negeri mmg nk musnahkan bola sepak malaysia ke ape?

-KingSyahmi- berkata...

ak ubaru rancang nak tubuhkan kelab kat Kuantan bile aku dah kaya - raya...adeii..kalau johor leh wat mcm tu...pahang lagi laa

Hazwan berkata...

Yang pertamanya, Johor FC perlu tukar nama... Lebah FC misalnya. Baru pemimpin Johor FA segan nak bagi arahan..

shahrul berkata...

betul tu bro,..lagi 1 aq harap lepas nie biar pengurus yg uruskan semue,..kalu x tgk r mcm peter butler,..ksian dye kene latih player ikowt org atas,..bukan ikut pilihan sendiri,..kalau macam nie,..mimpi je lah malaysia nak main piala dunia,..

kobetz berkata...

menyahut seruan LM.

selepas leeds united tersingkir sehingga trun smpai 3 divisyen.. aku tetap menyokong.. aku cuba menghafal setiap nama pemainnya, mengikuti setiap transfer window sbb aku tau akn ada player baru masuk dan player akademic mereka yg dipancing kelab atas mereka.. dis season leeds da masuk ke championship blk.. tggu masa nk ke EPL balik..walaupun penah jatuh dari tingkat satu ke tingkat 3(cm pelik jika dibayangkan), leeds terus membangun tanpa ada kuasa sultan atau lord2 tempatan di huddersfield, bradford atau leeds sendiri yg mahukan mereka bergabung dan bersatu utk memecahkan record 19 title liga Man Utd.

** aku ke stadium Jcorp PG sbb aku rasa aku kat Stdium Elland Road.

last season - bergabung xdpt.
dis season - kongsi stadium.
nex season - ni negeri aku!

taktik dikesan!

Si tAmPAn berkata...

bodoh apa TMJ ni...aku nak LM jadi presiden FAM.jom ramai ramai buat revolasi.jatuhkan sultan bola..babi!

Comel Macam ^@^ berkata...

kalau dok komen dlm blog x guno doh poit..eden dah nek muak dah ni......komen bejelo-jelo tapi apo dapek?...x do...co ekau sumo penulis2 blog dgn penulis2 sukan yg lain ni dok kumpol samo2 bincang samo2...buek kato putus...buek liga lain...mulo2 biar kocik ala2 semi-pro dulu....biar org koba liga kampung.....lantak...janji suci dari kaum2 klorga rajo dgn politik ni......biar org koba liga tu xdo halo tuju......sok2 lamo2 majulah...nak koba liga MSL skang ni ado halo tuju..den tgk xdo pun...halo ko laut ado la....apo guno eh tu?....baik buek liga lain....janji kito yg pecinto bola sepak sejati ni pueh hati....janji kito bebas nak halo tujukan liga kito sendiri..ini tidak manjang politikkkkkkkkkkkkk ajo........kalau x mulo dari sekarang..100 tahun akan datang sokanak cucu kito yg kutok kito balik..knapo x mulokan dari dulu....apopuntakboleh la....

Kurast berkata...

Bagus Lucy, mohon panjangkan article ini kepade tunku mahkote...goodluck!

mankaran berkata...

saya sokong penulis, penduduk johor 3 juta,(lebih kurang sama dgn penduduk uruguay ),takkan la dalam 3 juta tu 11 org je yg pandai main bola. uruguay yg kurang penduduk pon boleh buat berpuluh puluh kelab bola sampai boleh eksport player ke eropah. Nasib baik jugak la malaysia ni ada 14 negeri, kalau ditakdirkan malaysia ade 4-5 negeri je, lawan la 4-5 team tu sampai muntah...........sentiasa mendoakan Perak FA (atau mungkin akan dtg ada ipoh fc , batu gajah fc , taiping fc , parit fc dll ) ditadbir oleh org yg bijak & berwawasan

Jojoe Ali berkata...

Betul jugak tu Comel.
Aku nak sokong boleh?

Kalau Astro ARENA, FA, FC, Mizi, Al Ikhsan yang semuanya mengaku jenama sukan terpower negara pun takleh buat revolusi, apa kata Lawan Web Rasmi Bolasepak Dunia yang mulakan?

Puluh ribu pembaca Sokernet dah gerenti sokong dah kot.

MOFASAD berkata...

aku rasa nak ulas gak. tapi takut orang tak faham. erm. luci. smart

Comel Macam ^@^ berkata...

mulokan dari sekarang...sok2 dah dokek nak kiamat baghu tehegeh2 nak buek...baik x payah.......dah tibo maso eh dah kito kono ado revolusi.....dari 1511 sampai 2011...dah 500 tahun dah ulangtahun kito kono jajah..kono tipu idop2 baik dari sogi sejarah kito..jatidiri kito....warisan kito ..sumo eh kono gulo2kan....skang ni apo tggu laie x kan nak tggu ulangtahun 500 yg keduo kot sok baru nak mulo an.....dah la yg byk mian bola org melayu...sok kalu dah sumo kelab jadi satu ajo..apo player yg lain nak buek....x kan nak jual beger....koba nak rakyat malaysia ado pendapatan perkapita puluh2 ribu dolar setahun.....x ko lagi mundur ekonomi org melayu......adooooiiii ado rajo melayu yg otak camni pun payah.......camno nak maju...kalau kepalo eh camni.....tu la elok2 blaja masuk U amik degree master phd ...ni tidak pi masuk kolej askar.....apo dapekkkk......xdo apo..x membantu membangunakan negaro lansung....kito bukan nak poie beporang..negaro dah aman..bek main bola.....adoiii kecewo la den dgn org melayu camni...den mintak johorfc tarik diri lopeh tu main liga singapore lagi baik...xpun liga brunei...ado gak pekdah eh......
APOAPOPUNSUMOEHPOLITIK la malaysia ni......bana boto....

*kick politician out of football....

Taufiq Sani berkata...

perak jenderata.haha

dzulfinger berkata...

tu kat gamba seblah tu, jais sardin kan? dia la ncucuk TMJ tu kot? TMJ t ubukan tau ape, aku kompem...

buat revolusi cam Sun yat Sen nak? haha... kite ni golongan rakyat biase ape sangat la berdaye nak wat... nak tunjuk support kat Johor FC dengan beli jersi dorg, bergamba pastu masuk paper pun, kalo itu TMJ mau cantas, akan di cantas jua..

Pulaukan je MSL nie je la yg mampu dibuat.. x tau ade cdgn lain.. selase mlmku akan diisi dengan slot drama swasta la gamaknye..

aku buruh, xde astro.... huhu

Asrulsani berkata...

lari tajuk. mohon gambar baginda dengan fazura... kuikuikui

blogtakterbatas berkata...

Anak Soltan ni masih berbau pupuk jerangau lagi dalam arena sukan bolasepak.Kah Kah Kah!

Jojoe Ali berkata...

Baru perasan. Fandi Ahmad kat tepi tu macam tunggu nak tumbuk TMJ je. Huhuhuu...

Nik Zulkhairi berkata...

mohon lucy diANUgerahkan darjah tan sri oleh tunku bola johor..

Nik Zulkhairi berkata...

mohon lucy diANUgerahkan darjah tan sri oleh tunku bola johor..

blogtakterbatas berkata...

Hari tu kerabat Soltan Kelantan buat hal nak tengok bola datang lambat,ni anak Soltan Johor pulak bagi fikiran macam budak mentah!Kah Kah Kah..perangai masing-masing kalau orang Nogori kobaan 'tak somonggah boto'!

khyrule_anuar berkata...

gua betul2 stju.. ada saja nak buat masalah.. sampai bila nak maju.. team sendiri xkuat salahkan rasuah.. damn..

mdazlnshkni berkata...

Bersih 2.1 utk turunkan Sultan Bola dari FAM. pfftt!

Lion-O (Thundercats) berkata...

TMJ takut Johor main dlam liga yg negeri2 tak ada sultan..welcome to FAM league losers...

aranhellstorm berkata...

Mohon Hartal untuk Liga M. Ini masa terbaik.

keli berkata...

Agak-agak lu dapat masuk rancangan Kafe Sukan lagi ke Lucy. Takpun rancangan 'Dengan izin'. Boleh sembang panjang dengan Rizal Hashim pasal isu ni.

Pasal isu bolasepak Malaysia ni memang dah bosan nak komen mahupun kompelin banyak2. Masa Kelantan vs Terengganu dengan Man United vs Liverpool korang rasa rakyat Malaysia ramai tengok yang mana satu? Kahaaaakkkaka

rashideeshukri berkata...

entah la Lucy. kalau dah macam ni punya hal, gua pun setuju dengan lu kalau lu hentam diorang hatta sampai kiamat sekalipun.

salah satu solution, kita kena ada orang macam Mahathir yang boleh limitkan kuasa sultan-sultan supaya diorang tak campur tangan dalam hal ehwal sukan macam ni.

ni cerita pasal rasuah pun tak habis-habis lagi ni, walaupun dengar cerita Singapore saja nak cucuk jarum. FAM memang tak pernah professional dalam menangani isu-isu macam ni.

gua tak heran kalau Fandi Ahmad boleh tahan enam bulan je dalam Johor FA tu sebab punya la tak professional liga kita ni. pendek kata, FAM boleh pergi mampus.

b0an berkata...

aku rase bek bubarkan je smua pasukan berstatus negeri...bia smue yng main tu berstatus kelab..lagi adi persaingan g2...bru xde campur tangan dari org2 berkenaan..hahahaha

_akmalraman berkata...

secara automatiknya tim negeri aku ni tiba2 jadi femes sekarang.kehkehkeh

fiq berkata...

bro Lucius...beri kami "share " bro punyer harapan, cita-cita dan impian dalam artikel ini.biar orang luar, masyarakat lihat . Jika ini benar, pasti kebenaran akan bangkit. bola tak kan maju, jika hanya pikir isi perut sesetengah orang sahaja,

anakmemberontak berkata...

Aku setuju dengan penulisan brader Lucius nih..sememangnya akal beliau lebih panjang dan lebih luas pandangannya dari mereka-mereka yang berada dalam pengurusan bolasepak di Malaysia nih..TAHNIAH!!

Ini adalah petikan dari twitter TMJ;

Jangan melatah! Jangan kelirukan Rakyat! Nak 10 team pun saya tak kesah. Tapi jangan pakai nama Majlis Daerah Daerah saya dan terlibat dengan rasuah! Saya tahu apa yang saya nampak semasa Taklimat dengan PDRM. Adakah awak mengatakan PDRM Tipu? Nak main bola, main Bola. Tapi jangan Oleh kerana Kepentingan Diri Sendiri awak busuk kan nama Negeri Saya. Rakyat Johor boleh mengadap Saya bila bila Masa sahaja kalau nak tahu cerita sebenarnya. Rumah saya sentiasa terbuka kepada Rakyat Johor. Tk guna nak buat Propaganda dalam Net. Ask me question. Don't Bark like a Dog! -TMJ

Saya cadangkan memandang Ultras semuanya kepala bana di Malaysia nih..apa kata brader Lucius membuat temujanji dengan TMJ dan kemukakan idea-idea bernas brader Lucius kepada TMJ..mungkin dengan penerangan dari orang yang berkaliber dan berpengetahuan luas dalam bolasepak seperti brader Lucius boleh membuka mata TMJ untuk memajukan bolasepak Johor dengan cara yang lebih baik dan menguntungkan semua pihak..saya lihat brader Lucius adalah orang yang paling layak untuk menerangkan akan perkara ini kepada TMJ kerana nak harapkan Ultras..diaorang apa pun tak boleh kan..insyaALLAH bolasepak Malaysia akan lebih maju jika ada lebih ramai orang seperti brader Lucius nih..

So what say you brader Lucius?? demi bolasepak negara yang dicintai??

Aku akan jadi orang kedua dibelakang brader Lucius jika brader Lucius mahu membawa perkara ini kepada pihak TMJ demi bolasepak Malaysia supaya tak lebih teruk ranapnya..that is my promise!! :-)

Usagi9898 berkata...

memang trend ke di zaman moden ni untuk bagi jawatan tertinggi untuk orang yang tak tau sepatah haram dalam bidang berkenaan? ke hanya di Malaysia je jadi macam ni?

bila orang yang bengap bola pegang jawatan tinggi organisasi bola.

kelaut la nampaknya bola sepak Malaysia. baik aku layan la liga

Ozgur Cek berkata...

ops bro lucy...gua rasa nama t-team tu dah elok la..
nama pnjang PBDKT T-Team FC...Persatuan Bola Sepak Daerah Kuala Terengganu T-Team
cuma nama Kuala Terengganu tu yg x di komersilkan seperti ipoh city or sepang rangers...
kbai gua bkn peminat t-team or trengganu pn..

mr dimaz berkata...

aku lg respek dgn bola sepak endon,,walaupon game biase je tp suasana da mcm final..semangat bola sepak tempatan masih kuat berbanding dgn malaysia..rasenye sbb tu la safee stay kt sane..

RPK berkata...

Tony Fernandez dah lama nak invest dalam bola sepak ASEAN secara am dan Malaysia khususnya. Tapi sebab politik, benda tu terkubur so instead Tony invest dekat bola keranjang dengan tertubuhnya Air Asia Asean Basketball League. Bola keranjang? Ada ke orang main bola keranjang dekat Malaysia ni?

arboqskii berkata...

sutanbalum18....sulatan kelantan datang lambt tgk bola sbb die singgah masjid sembahyang dulu...

aqli berkata...

Ada betulnya kata TMJ ni aku rasa. Tengok Spain juara dunia, hampir separuh ada dalam Barcelona.. Mesir juara afrika, hampir separuh ada dalam pasukan Ahly. Pemain yang power2 letak dalam satu team.

Phosphorescent berkata...

Kenapa Malaysia Tidak Layak Ke Piala Dunia from Lucius the best reason :) Sebab ade orang2 bodoh seperti FAM. Hanya boneka. Di mane integriti mereka. Bodoh!

Phosphorescent berkata...

Kenapa Malaysia Tidak Layak Ke Piala Dunia from Lucius the best reason :) Sebab ade orang2 bodoh seperti FAM. Hanya boneka. Di mane integriti mereka. Bodoh!

Maniax berkata...

bola ni mcm main game PES or FIFA jugak...

kalau main banyak2, kita akan automatik tahu dekat mane nk passing, sudut mana yg sesuai nk rembat n jaringkan goal...

kalau dalam setaun main kurang perlawanan, macamana nk dapat match experience...

ini pasukan bola sepak negara dah jadi macam kelab bola tabika, mcm2 nk experimen...

Maniax berkata...

kelab inggeris sampai ada 7-8 liga bawah EPL...

Lately, tidak pernah nampak diorang menang World Cup

tetapi Mereka ada CERITA ENGLAND KE PIALA DUNIA (ramai stars pula tuh)

kalau cerdik pandai, da lama idea banyak kelab dan liga ini di import, kualiti permainan bola kita sepatutnya akan semakin meningkat selepas zaman super mokhhhh.

hari ini kalau Malaysia main mesti long ball, long ball, long kang....

palabana berkata...

hari inkbulan mac 2018. team FAMJ dikalahkan sekadar seri 2-2 dgn Monggolia. dan aku menangisi mengenang kembali saat2 bolasepak mula dibangangkan oleh bakal presidem FAM pada tahun 2012 ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...