ANDA SEDANG MEMBACA

27

Cerekarama: Revolusi Bola Sepak Johor

LuciusMaximus Jumaat, Februari 17, 2012



"Saya tidak faham mengapa kita perlu membataskan keupayaan kita. Sebagai sebuah pertubuhan sukan, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) atau Johor FA perlu menjalankan tanggungjawab penuh untuk memajukan bola sepak di seluruh negeri Johor, bukan sekadar fokus terhadap satu pasukan sahaja.

Maka oleh itu, mulai musim hadapan pasukan negeri Johor FA akan dibubarkan dan tidak lagi bertanding dalam liga bola sepak tempatan. Sebaliknya Johor FA akan menumpukan usaha untuk mewujudkan satu liga bola sepak dalam negeri Johor yang akan ditandingi oleh kelab-kelab bola sepak sekitar Johor. Johor FA akan membantu dalam menubuhkan kelab-kelab bola sepak ini di setiap bandar-bandar utama negeri Johor.

Untuk pasukan kelab sedia ada seperti Johor FC, MP Muar FC dan MBJB FC mereka bolehlah kekal dan terus bersaing dalam liga kebangsaan. Tetapi kita akan ubah nama-nama kelab ini supaya ianya lebih berupaya untuk menarik minat penyokong tempatan. 

Oleh kerana Johor FC bermain di Pasir Gudang, maka eloklah ianya dinamakan Pasir Gudang FC dan kekal bermain di Stadium JCorp. Penduduk Pasir Gudang yang berjumlah sekitar 100,000 orang harapnya dapatlah memberikan sokongan padu kepada Pasir Gudang FC. Pengurusan kelab ini biarlah kekal dibawah pengurusan pihak swasta seperti sedia ada tetapi mestilah turut melibatkan kepentingan masyarakat di Pasir Gudang.

MP Muar FC pula mungkin boleh dinamakan sebagai Muar Maharani, bersempena nama lainnya iaitu Bandar Maharani. Mereka akan terus kekal bermain di Stadium Sultan Ibrahim di Muar dan terus menjadi kebanggaan buat sekitar 150,000 penduduk Muar. Pengurusan kelab kekal di bawah Majlis Perbandaran Muar dengan peluang dibuka kepada komuniti Muar untuk terlibat sama.

MBJB FC pula akan diubah kepada Johor Bahru United dan muncul sebagai kelab mewakili seluruh bandaraya Johor Bahru yang kini sudah melebihi 1.4 juta penduduk. Mereka akan kekal bermain di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, stadium keramat di negeri Johor dan bolehlah dianggap sebagai pewaris pasukan negeri Johor FA yang dibubarkan. Pengurusan kelab diletak bawah Majlis Bandaraya Johor Bahru dengan penglibatan aktif dari masyarakat setempat.

Ketiga-tiga kelab ini yang sudah pun membuktikan keupayaan mereka akan menjadi kelab bola sepak teras negeri Johor, mewakili Johor dalam saingan liga kebangsaan demi mengharumkan nama negeri. Mereka akan diurus secara profesional, mendapatkan tajaan dari pihak swasta dan berfungsi sebagai kelab yang membangunkan bakat bola sepak di bandar masing-masing. Pihak Johor FA akan memantau ketiga-tiga kelab ini demi memastikan ianya diurus baik dan ditadbir dengan telus.

Seterusnya diharap bandar-bandar lain di negeri Johor akan merasa tercabar dengan kejayaan Pasir Gudang FC, Muar Maharani dan Johor Bahru United hingga mencetus semangat menubuhkan kelab bola sepak mereka. Batu Pahat, Kluang, Kota Tinggi, Segamat, Pontian Kechil, Mersing, Kulai, Tangkak, Rengit, Yong Peng dan Labis semuanya akan mempunyai kelab bola sepak mereka sendiri dan bakal bersaing dalam Liga Negeri Johor yang diwujudkan kelak. Juara Liga Negeri Johor akan dihantar oleh Johor FA untuk bersaing pula dalam liga peringkat kebangsaan, bermula dari Liga FAM ke Liga Premier dan harapnya terus berjaya hingga ke Liga Super.

Dengan banyaknya kelab bola sepak di negeri Johor, akan wujud lebih banyak peluang untuk anak negeri Johor bermain dan mengasah bakat mereka dalam bola sepak secara konsisten. Johor FA akan memantau aktiviti semua kelab bola sepak ini supaya tidak lari dari landasan sebenar selain terus menguruskan Liga Negeri Johor. Kelab-kelab ini pastilah mendapat sokongan padu dari penyokong di bandar masing-masing, kerana kelab ini merupakan wakil bandar mereka dan para penyokong mampu memberi fokus kepada kelab kerana tiadanya lagi pasukan negeri untuk disokong.

Oleh kerana Johor merupakan negeri pertama yang melakukan revolusi berani ini, tidak mustahil dalam tempoh 10 tahun kelab-kelab bola sepak dari Johor bakal memenuhi Liga Premier dan Liga Super, semuanya bermain untuk bandar masing-masing dan merupakan wakil yang memartabatkan bola sepak negeri Johor.

Pada masa itu, rakyat negeri lain akan hanya ada satu pasukan negeri yang mereka sokong di stadium tetapi berharap alangkah baik jika mereka juga mempunyai banyak kelab bola sepak di negeri mereka agar ada peluang untuk mereka bermain bola sepak secara konsisten seperti yang dinikmati oleh rakyat negeri Johor."


(Ucapan di atas ini ialah imaginasi liar penulis semata-mata. Tapi kalau real, power juga ye tak?)

27 Ulasan:

redzabes berkata...

idea yang bernas

Apik Power berkata...

Kan bagus kalau macam ni.. Hurmm, tapi hakikatnya sebaliknya. Kenapalah kepala otak dia tak genius macam encik lucius maximus.

rashideeshukri berkata...

kah kah kah kah kah! ini sungguh power!

Ajeossi berkata...

patutlar cerekarama..haiyaaaa

keli berkata...

Kalau ada KALAU semua benda boleh jadi...muahaha

Lion-O (Thundercats) berkata...

Fandi: aku nmpk kecik besar kecik besar je TMJ ni....

Amirul Idham berkata...

Batu Pahat akan diwakili oleh kelab bernama Dobee FC

Unknown berkata...

Terbaik la lucius. Aku doakan impian kau jd kenyataan. Sbg org muar, aku setuju nama muar maharani. Terbaik.

che epy berkata...

aku pun berpandangan sama dgn LM. Dulu ada MPPJ Sgor, berapa kerat sgt la staff MPPJ nak pi tgk team depa main kat stadium. Kalo letak nama PJ United mesti tokei2 kelab mlm kat PJ teringin nak jadi title sponsor kat jersi team. Kalo aku kaya lebih dr TF, nak je aku buat liga lain.

Amir Shariffuddin berkata...

Ada negeri ada dah, yang aktif KL dan Selangor yang dah lama ada sistem ni, macam Selangor ada 3 divisyen - Liga Super, Premier dan Divisyen 1. Tu pasal Selangor dan KL selalu ada kelab dalam liga kebangsaan sejak dulu - Public Bank, MK Land, MPPJ, PKNS (semua Selangor), KL Malay Mail, KL Plus (semua KL). Tapi bila depa masuk liga kebangsaan tak dapat cope dengan belanja besar yang diperlukan (gaji players pro, maintain 3 team - senior, piala presiden, belia) dan lain2, end up bungkus. Ni contoh struktur Liga Super Selangor: http://faselangor.my/liga-fas/liga-super-2011

_akmalraman berkata...

amirul:kelab batu pahat diwakili oleh The Hammer Stones.rival dia konfirm2 Muowall.peh,dah macam Milwall-West Ham seyyhhh.

ephelisss berkata...

mohon LM mengadap sultan polo dan bentangkan idea bernas itu..harap sgt jd kenyataan..

Aziz Nasution berkata...

apa lah korang marahkan si TMJ tu.. korg igt dia tahu ke apa yg dia cakapkan tu? aku percaya skrip ucapan tu dia baru hafal malam sebelum majlis perlantikkan dia tu.. dia layankan je tu.. benda selain askar India, polo, kereta sport dan cik pajura, korang ingat dia ambik port meh? heh

Luci, kalaulah satu hari nnt ko jd presiden FAM, tolong jgn buat perkara yg sama mcm presiden baru PPSI iaitu haramkan liga super.. tapi haramkan penglibatan mana2 ahli2 politik mahupun kerabat dalam urusan bolasepak negara.

Pauzi Kassim Rancid berkata...

dah macam bunyi pembuka kata buku CMTKPD

kobetz berkata...

saya rakyat johor yang menyokong pembangunan bola sepak johor.. tahniah LM..!kau memberi gambaran jelas.. tp knapa masih ada org yg xnmpk lg benda2 camni..

**ni yg tulis sultan bola ke?
menanam tebu ditepi bibir..

Azam berkata...

Aku dari dulu dh terpikir pasal liga dlm negeri ni yg teamnya ikut parlimen negeri masing2 ..pastu champion negeri (mungkin boleh bagi naib champion jugak) layak ke liga ke-3 kebangsaan

Kalau team kena turun division dalam liga ke-3 kebangsaan kena turun balik ke liga negeri masing2 ..kalau terer boleh terus sampai liga super

So, tiap parlimen kena ada stadium derang seniri ..kecik macam stadium temerloh yg jadi tuan rumah piala emas raja2 pon takpa

the uncle berkata...

mohon LM bg link sokernet bg TMJ bc. mudah mudahan TMJ menerima pendapat. perghh kalo da TMJ bubar johor fa, berebut rebut sultan bolo laen nk tiru.

kalo berani bg la link kt tweeter TMJ tu..

Tanpa Nama berkata...

Boleh dijadikan blue print FTP (Football Transformation Program) peringkat negeri Johor. Taubat gua mmg jeles dgn Johor kalu jd lagu ni.

Jojoe Ali berkata...

Artikel ni memang berjaya buat aku terliur.

Yupp2, Selangor dan KL dah mula awal; dan risiko yang terpaksa dihadapi - macam yang MALAY SPORTSMAN cakap kat atas tadi.

Alhamdulillah, pasukan negeri aku yang konon power sangat nak haria orang tapi la ni cuma selesa berkubang kat Liga FAM, rasanya dah mulakan langkah-langkah kecil yang pertama dengan mewujudkan beberapa pasukan bertaraf kelab, walaupun semangat lokalnya belum cukup dan lebih berprinsip korporatif.

Walaupun setakat ni hanya USM saja yang berjaya ke Liga Premier, namun harapnya kelab-kelab lain seperti Perbadanan Air Pulau Pinang FC, SDM Navy FC dan tentunya abang sulung Penang FA (kini Penang AUCMS) mampu mengikut jejak yang sama; hasil suntikan dana beberapa juta baru-baru ini (need citation).

Walau bagaimanapun, betul jugak macam yang Luci baru je Tweet tadi : "Nak ke orang istana dengar cakap kita ni?"

Huhuu.. cerpen plak dah aku ni...

zulhilmi berkata...

mati2 aku ingat TMJ ubah statement dia semlm...tapi rupa2nya..hai..

Amirul Idham berkata...

_akmalraman:

Dobee FC ni team legend kat Batu Pahat. Jangan main-main!

Jimmy Stracqualursi berkata...

bubarkan semua kecuali kolumpo, perlis, penang & melaka.

Tanpa Nama berkata...

TMJ ni aku tengok makin hensem pulak bila dah akil baligh!

idea yang ramai orang sedar sejak dulu, tapi ramai pemimpin bola yang takde otak masih lagi mengamalkan sistem dan yang sama. manakala, TMJ pulak tau apa kegunaan otak bagi seorang pemimpin, iaitu menonjolkan diri dengan idea bernas...

daulat tuanku...

Skudal berkata...

kalau macam ni kan ok...mana main bagus dalam daerah ..serapkan dalam pasukan negeri... jangan ada kroni...ORANG DALAM atau ORANG POLITIK... Insya Allah... jika ikut cara macam ni...saya tak heran kalau Malaysia boleh beat Brazil...

apenzz tensai berkata...

Mimpi la beb diorg nak ada idea best camni... kalau dah patung tu, patung la jugak...

apenzz tensai berkata...

mimpi la diorg nak bagi idea best camni... kalau dah patung tu, patung la jugak...

Mista Maman berkata...

Terbaik Lucy. Aku asal Johor Bahru, 10 minit nak ke Danga Bay. Cuma aku xpasti apakah Stadium Hj Hassan Yunos kat Larkin tu dikekalkan, tempat parking pun kecik bai. 1.5 juta org JB..Xpayah, (kapasiti 30k) taruk 30k org dtg tgk, tutup dah jalan Larkin-Bandar semua. Nak meriah mcmne? Letak 6 Bas je dah penuh. Kalau benar, TMJ nak daulatkan balik Johor FA, kenapa kemudahan bola sepak kat Johor masih diragui, tidak sempurna. Walhal pernah jd stadium utk Piala Kejohanan Dunia Remaja FIFA 1997 Malaysia yg ke-11, dah kene sound tepek kat muka dah, tp Harem nak adjust. Skrg sebok nak bubar kelab lak. Tak makin jahanam namanya tuh. Stadium Melawati tu pun 80k org nya kapasiti, parking siap leh wat jualan keta & clear stock gudang Metrojaya lg, kat situ pun dah kalah dgn Jawa Selangor. Nak compete biar telus. Entri kali ni sepatutnya boleh diusulkan. Aku xkan bantah sebab entri kali ni mmg buka mata.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...