ANDA SEDANG MEMBACA

6

Sehati Sakit Jiwa

Jorji Selasa, Disember 23, 2014
Ada banyak pujian dan kata-kata semangat aku baca di beberapa blog dan website serta laman sosial lain tentang kekalahan secara aggregat Harimau Malaya di final AFF Suzuki Sabtu lepas. Ramai kecewa, ada yang menangis sebak, tak kurang terus menyanyi dan bergendang. Sebilangan memuji dan berpuashati dengan usaha dan kesungguhan pemain dan yang baran akan terus memaki, memaki dan memaki.

Bravo kepada yang baran.

Bagaimana Malaysia boleh kalah? Ada ke yang tanya macam tu? Selalunya 'dah agak dah..mesti kalah!" atau "Main macam setan, ada hati nak menang".

Kalau aku nak bercerita tentang taktikal, aku tak berapa mahir sangat. Nanti nampak sangat dangkalnya. Lagipun, orang lain dah banyak bercakap tentang tu. Tapi walau tak mahir, aku tahu juga yang Harimau Malaya punya taktikal berlayar jauh kelaut dalam. Bagi aku dan juga Ken Worden dan pendapat ini juga di kongsi oleh seorang jurulatih import Pahang yang aku tak ingat lagi namanya, taktikal apa yang nak di suapkan ke kangkang pemain jika 'basic football' mereka pun teruk. Ken Worden sabar juga melatih Selangor selama beberapa musim. Jurulatih Pahang tu bila dia tengok ekor rambut Azizul Kamaludin, terus dia tempah tiket balik semula ke negaranya. Kain baju pun belum sempat keluar lagi dari begnya. Dia kata, dia nak Rebung, boleh di lentur, kalau dah jadi buluh tebal, baik di buat meriam saja.

Menahan bola dengan baik, membuat lorongan dengan berakal, menanduk tak lelap mata, membuat percubaan ke arah gawang gol, semua itu 'basic football' tapi pemain kita tidak mahir perkara itu. Ini Ken Worden sendiri cakap dekat aku semasa kami tinggal berjiran di Putra Kondo. Aku sampaikan aje kepada pembaca yang banyak memuji kesungguhan dan usaha pemain tadi.

4-2-4, 4-3-3, 4 x 4. pat-pat siku lipat, set piece, one piece semua tu hanya berlaku di padang latihan semasa bersama jurulatih. Bila waktu permainan, jurulatih dah putus hubungan. Yang bijaksana macam Pak Alex, dia serapkan ke jiwa pemain ketakutan jika melakukan kesilapan. Ada jurulatih hanya duduk berpeluk tubuh, ada yang hempas botol air, ada yang masukkan 2 jari telunjuk dalam mulut bersiul memberi arahan tetapi bangang tak patut juga. Pemain dalam padang mungkin dah penat, tekanan serta sorakan penyokong membuatkan mereka lupa tentang taktik dan teknik. Tapi menahan bola atau membuat hantaran mesti 90% tepat. 'first ball' mesti nampak seperti pemain yang berlatih setiap pagi dan petang.

Pemilihan pengurus, jurulatih, pemain hatta abang medik juga semua memberi impak. Selalu sangat aku tengok medik berlari ke dalam padang dengan 'ice pack' dan botol mineral serta spray dalam kocek seluar (bukan di perlawanan Harimau Malaya). Kalau boleh biarlah bergaya sedikit, beg medik, sarung tangan getah, dan ketika sampai ke pemain yang sedang terbaring cedera, jangan mencangkung atau membongkok.blablabla.

KRONI-K

Banyak aku baca tentang jurulatih Dollah Salleh memilih pemain yang tidak sesuai atau lebih kurang sama dengan barisan Rajagopal. Tiada muka baru. Kenapa ambil pemain yang hanya simpanan sepanjang musim tetapi pemain yang perform dan cergas tidak di pilih. Ini rahsia Dollah. Entah apa dia nampak pada Safee atau Mat Yo, kita tak tahu. Mungkin dia pilih berdasarkan prestasi kedua pemain ini suatu ketika dahulu. Mungkin mereka kroni Dollah. Mungkin pemain ini pilihan bersama dengan FAM. Banyak la kemungkinan. Semua ini bukan tidak berlaku dalam liga gred A ke atas jurulatih kelab terkemuka. Arsene Wenger beli Welbeck 16 juta pound untuk ganti Persie. Siapa nampak kemungkinan ini? Brendan Rodgers beli Balotelli untuk ganti Suarez, akal fikiran genius mana yang nampak kemungkinan ini?

Tapi pedulik apa kita dengan Wenger dan Rodgers kan? Kita nak bercerita tentang Harimau Malaya, bukan kelab midtable.

Kita nak bercakap tentang Safee Sali yang tak banyak berlari, tentang Mat Yo yang di lambungkan bola tetapi langsung tak dapat terimanya kerana di apit oleh dua pertahanan Thailand yang punyai susuk tubuh lebih tinggi dan solid. dah kau nampak begitu, kenapa di lambung lagi bola ke Mat Yo? Sampai satu tahap, aku nampak ini bukan salah Mat Yo, tapi salah midfields dan bek yang suka membuat long ball tinggi 'mencari' Mat Yo. Kenapa Dollah biarkan ini terus berlaku. Maki la sampai keluar anak tekak bagitau jangan lambung bola lagi, cuba kaedah hantaran rendah dan pendek pula, tapi jangan simpan lama-lama sebab lawan kau semuanya pemain muda dan macam-macam la. Kita nampak semua itu sebab kita menonton setiap saat apa yang berlaku.

Kaedah long ball, short pass, tika taka dan sebagainya ini bergantung kepada taktikal dan lawan kita, atau apa misi kita, kata NorHafiz Zamani Misbah ketikaaku tanyakan dalam satu temubual dengannya Januari lepas. Kita mungkin mahu melambatkan permainan atau mempercepatkan permainan, tambahnya lagi. Walau aku suka ketenangan dia, tapi aku kurang bersetuju. Sama macam aku kurang setuju dengan ayat di suratkhabar;

'Rahsia Vietnam dalam tangan Dollah'
'Amri tahu kelemahan Thailand'
'Kita di undi dalam pasukan maut'

Rumpun Asean sama saja negaranya. Kalau tak satu grup dengan Thailand, kita di undi dengan Indonesia. Fizikal kita pun tak banyak bezanya. Jadi konsep atau gaya permainan bukan alasan lagi, sepatutnya mesti sama perginya. Kalau pun berbeza hanya dari segi ketahanan mental, stamina dan umur. Semua itu sepatutnya di jaga dan di latih ke tahap sepatutnya. Soalnya, kenapa Harimau Malaya masih sama rentak permainannya?

Sebab tradisi? sebab liga gred D menghasilkan pemain gred D juga? dah terbiasa jerit "clear ball!!!" semenjak sekolah, jadi asal di serang, bek akan clear ball dulu? Jawapannya ada dalam Wisma FAM dan pembangunan sukan. Tapi, kalau nak bercerita hal development, sampai esok pun tak habis, jadi kita bicara hal itu di lain masa.

Malam itu aku 'berdiri' bersama Ultras di sudut paling bawah kiri sekali. Satu chants pun aku tak tahu dan malam itu juga baru jelas sedikit apa yang mereka jeritkan selama ini. Ada chants yang aku tak setuju, tak kene dan tak sodap, ada yang baik. Tapi itu hal ultras lah. Kita Sokernet, kita di sini bercakap tentang hal bolasepak sebenar.

Di sudut kiri bawah sekali itu, aku melihat dengan lebih jelas dan dekat tendangan Chopot menerjah gawang Thailand. Manisssssss...memang manis. Chopot menunjukkan yang beliau telah matang, berusaha keras dan tidak mahu mengalah. Sekurang-kurangnya jika kita nak bandingkan dengan kesemua pemain lain la.

Dalam beberapa perlawanan AFF ini juga aku dapat merasakan pemain kita bermain dengan kasar. Di sini aku rindukan Aidil, dia robust dan 'fizikal' tetapi bukan kasar. Main kasar dapat kad dan hadiahkan tendangan percuma pada lawan. Robust, langsung tak kasi chance pada lawan nak masuk kawasan kita. Beza tu. Pertahanan Harimau Malaya banyak lakukan kesilapan tapi semua itu salah Dollah. Takkan salah K.Devan pulak. Kehadiran Shukor Adan mengajar satu perkara, kita perlu pemain senior yang banyak mulut dan suka mengarah. Ini penting untuk buat pemain lain tak tidur. Kalau semua senyap, penjaga gawang pun senyap saja, tak marah pemain pertahanan yang memberi ruang kepada pemain lawan mencuba, alahai, pergi berburu pun ada arahan yang kene beri secara berterusan supaya tak tertembak rakan sendiri la bang.

Di akhir perlawanan, Shukor dan Chopot datang memberi hormat kepada penonton sementara pemain lain entah kat mana. kecewa agaknya. Inilah aku nak bagitau, ada penonton bawak motor dalam hujan dari Sabak Bernam nak tengok korang main. Kau datang tepuk tangan tunjuk penghargaan sekejap apa salahnya? Benda macam ini pun benak ke, nak kene bagitau banyak kali jugak ke? itu pun susah nak faham, benda mudah pun susah kau nak ingat dan buat, camna nak kasi taktikal pat-pat siku lipat? NAMPAK?

Jadikan habit selepas game mesti hargai penyokong yang datang. Jenis tak hargai penyokong ni selalunya ahli parlimen aje buat. (akhirnya mereka semua datang juga tapi dah tak best la)

Sepatutnya Harimau Malaya mempertahankan kelebihan 3 gol mereka, walau 2 darinya dari penalti dan tendangan percuma (bukan gol permainan ini kurang sikit la markahnya) tetapi membenarkan Thailand menghasilkan 2 gol yang cantik adalah satu kesilapan gaya permainan. Gaya menyimpan bola untuk melewatkan permainan ini TAKDA dalam jiwa pemain. Mereka cuma tahu bertahan reramai dan clear ball! clear ball, clear ball. Janji clear.

Aku salahkan konsep menyediakan banyak bola di luar padang bersama budak pengutip bola sebagai punca utama kegagalan Malaysia mempertahankan gawang mereka dari di bolosi. Siapa la punya idea ni? Kat eropah aku tengok mereka guna sebiji bola saja. Kalau bola terkeluar, pengutip bola akan ambil bola yang sama untuk pemain membuat lontaran ke dalam. Tahu tak apa kelebihan menggunakan hanya sebiji bola saja?

10 minit terakhir, ketika Thailand menyerang dari kawasan kiri padang, Amri Yahyah berjaya menghalang dengan menendang tinggi bola keluar padang. Inilah clear ball paling tinggi dan paling jauh. Tapi belum sempat bola yang di tendang Amri jatuh ke tanah, dan belum sempat Amri mengatur pernafasan semula, pemain Thailand telah membuat lontaran ke dalam dengan bola lain yang di beri oleh budak pengutip bola. Thailand menyerang lagi. Amri yang tak sempat telan air liur mudah di tewaskan dan bola di bawa masuk ke kawasan penalti Harimau Malaya.

Nah! bayangkan kalau hanya guna sebiji bola saja, sudah tentu Amri dan barisan pertahanan lain dapat menyusun semula pertahanan dan mengambil nafas sedikit. Pepe dan Ramos pun guna kaedah sama juga. Lain lah kalau pemain kita, dalam keadaan genting pun mampu mengawal bola,membuat hantaran pendek dan tepat dan cepat melarikan bola ke atas semula sebelum di bawa ke sudut penalti pihak lawan dan cuba melengahkan permainan di situ, ini kita tidak pernah di ajar permainan begitu, guna pula banyak bola, mati la wei!

hmmm..jauh betul aku meroyan ni. Tadi rasanya nak cerita lain tapi takpa, aku hanya nak keluarkan rasa yang terbuku dalam dada ni. Aku nak meroyan pasal kebangangan pengurusan Stadium Bukit Jalil yang jual tiket RM50 tapi belum tentu dapat tengok bola lagi. Babi pengurusan semua ni tau tak ada berpuluh penyokong tak dapat tengok bola dengan baik atau selesa walau dah bayar RM50? Upah la steward bayar gaji jam jaga penonton, duduk sepanjang tangga, jangan bagi penyokong duduk dekat tangga atau bersidai depan palang menghalang penonton lain. Kau ingat kau pakai baju Kot berjalan keliling stadium, orang nak pandang kau? puiii! Stadium kapir dan penyokong kapir luar negara itu elok je aku tengok kat TV ruang tangga kosong, takda yang berdiri depan palang menghalang penonton lain, takda penonton kene bersila,meniarap nak dapat sedikit view padang, ada ruang untuk warga tua, warga berkerusi roda dan semua duduk, aman aje. Kau semua berdiri belakang VVIP buat muka tegang. Abah kau la!

Nanti ada la tu nak buat lawatan sambil belajar ke stadium-stadium ternama Eropah untuk kaji bagaimana stadium sana beroperasi. Bukan stadium la, sikap kau tu! bahalol!

Dahla, aku dah panas balik ni. Ayat pun dah mula nak memaki je.









6 Ulasan:

Tanpa Nama berkata...

best...write up j or ji shj yg aku boleh baca dlm sokernet sekarang ni..yg lain, x lalu selera...kembalikanlh geng2 penulis lama yg lain mcm pipi, lucius, jannah, fdaus samad, saudagar garam...

Tanpa Nama berkata...

aku malas baca..macam taik gaya bahasa..

jinkalewa berkata...

sebab kau bodoh sakai,sampai nama pon mak bapak tak sempat bagi,inikan nak membaca ?

talkIZcheap! berkata...

J Or Ji! Kekalkan ke-legenda-an anda! haha!

Bab bayar tiket tapi tak dapat tengok bola tu dulu lagi aku dah kena. Time TRW lawan Terengganu final Piala FA dulu, lama dah, huhu...

Time tu jugak team Kelantan cuba lengah-lengahkan game dengan tahan bola kat penjuru jugak, tapi fail, Terengganu balas last minute, dan menang extra time, huhu...

Apostolos Velios berkata...

mengalir air mata, dah lama tak baca sokernet yang penuh penghayatan dan puitis

tsubasa berkata...

terbaik jorji.. lama xbaca sokernet. mane pi pidomat luci pp semua?? la ni minat baca hang punya post jer.. hehe.. team midtable tu mmg bikin panas. hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...