ANDA SEDANG MEMBACA

0

[REVIEW] Malaysia 0 - 1 Vietnam, Clear Bola Macam Liga Belia 4B? Lok Dan Veenod Tak Berfungsi?

pkpkknlh videos Khamis, November 24, 2016

Malaysia nampaknya sudah merancang untuk ‘memboikot’ AFF Suzuki Cup 2016 setelah tumpas kepada Vietnam, 0-1 semalam. Apa yang lebih mengejutkan, Datuk Ong Kim Swee sebenarnya salah seorang ‘mastermind’ kekalahan Malaysia ke atas Vietnam. Buktinya? Mari kita sama-sama selusuri artikel ini!

DATUK ONG KIM SWEE DALANG DISEBALIK KEKALAHAN PERTAMA MALAYSIA?

Sejak temubual pra-perlawanan lagi, Datuk Ong Kim Swee telah menegaskan bahawa beliau hanya memerlukan seri pada perlawanan ini. Tidak lebih daripada itu, Datuk Ong juga menggunakan formasi 4-2-3-1 yang merupakan formasi defensif dengan menolak Shahrul ke posisi DM dan menggantikan Irfan dengan Fakri yang akan saya terangkan fungsinya pada isu berikutnya. Baddrol pula bermain di posisi CM yang mana beliau menjadi man-in-the-middle dan juga box-to-box midfielder. Secara tidak langsung, tiga pemain ini hanya menumpukan tugas untuk ‘protect the defensive line’ sahaja. Inilah salah satu sebab mengapa kita tidak banyak menyerang dengan efisien.

FAKRI SEBAGAI PEMAIN TENGAH : APAKAH PERANAN SEBENAR BELIAU?

Fakri (aka Lord Fakri) merupakan pemain yang versatile dan mampu untuk membantu mengisi sebarang posisi di bahagian serangan seperti Amri. Namun, Fakri bukanlah pemain yang akan digunakan di bahagian penyerang dek kelasakannya. Jadi, Datuk Ong telah menggunakan beliau sebagai ‘destroyer’ dalam perlawanan semalam. Apa itu ‘destroyer’? Destroyer atau lebih dikenali sebagai ball-winner bertindak sebagai defensive protection di middle third agar serangan lawan dapat dihentikan sebelum tiba di kotak penalti. Fakri bermain baik di posisi itu dan menyebabkan Vietnam terpaksa menggunakan kaedah ‘laser passes’ ke hadapan untuk mengelakkan sebarang pertembungan dengan ‘destroyer’ Malaysia (Shahrul & Fakri).

PRESSING DAN CLEARANCE DARIPADA MALAYSIA SANGAT LEMAH!

Malaysia jarang sekali melakukan sebarang pressing dan clearance daripada pertahanan Malaysia sangat lemah dan menyebabkan Khairul Fahmi terpaksa ‘terbang’ untuk menolak bola keluar daripada kotak penaltinya. Sebelum saya teruskan, saya hendak bertanya satu soalan. Apakah asas ‘clearance’? Bukankah clearance bertindak untuk mengeluarkan bola daripada kawasan bahaya? Clearance daripada pertahanan Malaysia sangatlah lemah sehinggakan bola hanya keluar daripada kotak penalti dan Vietnam dapat semula bola untuk melancarkan serangan. Malaysia juga melakukan beberapa passive defending ketika diserang dan hampir menyebabkan Malaysia bolos lebih daripada satu gol. Kesan gabungan pressing & clearance yang lemah serta passive defending menyebabkan gol tunggal perlawanan terhasil! Pertahanan Malaysia mengeluarkan bola namun singgah di kaki Xuan Truong sebelum dilorongkan kepada Trong Hoang yang tidak di-man marking-kan oleh Matthew dan Trong Hoang bijak melepasi beberapa passive defending daripada pertahanan Malaysia  dan gol tunggal terhasil.

KEMASUKAN DARREN & VEENOD MEMBURUKKAN LAGI KEADAAN?

Darren, seperti yang kita lihat pada perlawanan sebelum ini, memiliki workrate yang tinggi serta kelebihan fizikalnya yang tegap namun tiada sebarang sumbangan. Veenod pula, memiliki kekuatan stamina serta ciri defensif yang baik. Namun, adakah relevan bagi mana-mana pasukan yang ingin menang, untuk memasukkan lagi pemain berciri defensif untuk membantu pasukan? Lagipun, Darren sangat tak membantu kerana dengan kemasukan beliau, beliau menolak Hazwan yang merupakan pure no.9 untuk bermain di posisi AM. Sangat tak berguna!

Artikel ini ditulis oleh Seladang Tacts Amirul. Ikuti kami untuk lebih artikel mengenai pasukan Malaysia yang sedang bertanding di Piala AFF 2016.

0 Ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...