Memaparkan catatan dengan label CSR Sokernet UYA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CSR Sokernet UYA. Papar semua catatan
25

Sokernet Corporate Social Responsibility (CSR)

Abdul Sokernet Jumaat, September 03, 2010


Ini bukan IKLAN, tetapi CSR dari Sokernet.

UYA! adalah entiti perniagaan berkonsepkan Distro yang mementingkan ketrampilan remaja selaras dengan akhlak dan budaya indie yang murni. Premise UYA! kini dibuka (seperti alamat di atas) dengan aktiviti sulungnya 'Baazar Raya' bermula 3-5th September 2010. Nak beli baju raya, seluar raya, beg raya, topi raya, handbag raya..semua ada jual di UYA!. Semua cun, semua lawa, semua daboommm!.

Apa kaitan UYA! dengan Sokernet?

Untuk pengetahuan adik adik,
Sokernet melalui proxinya The Ismaelist memiliki syer dalam UYA! (undisclosed percentage).

Langkah membeli syer sebegini amat penting demi memantapkan kelangsungan Sokernet dalam menempuhi cabaran dan dugaan dari pesaing pesaing samada dari dalam atau luar negara.

Sokernet bukan sekadar BLOG adik adik, malah kami mempunyai rancangan masa depan yang strategik lagi dinamik demi mencapai status media bolasepak nombor satu negara.

Bermula di UYA!, Selain main Futsal, InsyaAllah lepas raya kita akan anjurkan tontonan perlawanan EPL secara beramai ramai, perlawanan Winning Eleven dan penjualan cenderahati (masih dalam penelitian Contract Approval Comittee).

Di UYA!, kami ketepikan segala sentimen kelab, yang ujud cuma perpaduan dan keharmonian dikalangan pengulas dan semua pembaca Sokernet. Di sana kita boleh melepak, pekena teh, makan roti canai, beli baju baju yang trendy, tengok bola, tonton movie dan sebagainya.

Dan persoalan lebih penting sekarang..untuk siapa semua nikmat ini?, untuk siapa?

Jawapannya mudah..


UNTUK KITA BERSAMA.


Jadi, datanglah beramai ramai malam ini! malam esok! dan malam lusa!

Pengulas yang akan berada di sana:

Lucius Maximus (VVIP)
Jorji
Pipi
Awi
fdaus
Obe (tbc)
Bart (tbc)
Saudagar (tbc)
Dingin (tbc)

Nazri dan Jannah tak dapat hadir sebab ada oversea assigment.

p/s: Pembeli baju Sokernet dilembah Klang, boleh juga dapatkan baju anda secara live di UYA! mulai malam ini
Sebelum datang ambik, emel ke hilangpunca@gmail.com, bagitau pipi supaya dia boleh cross-check berapa dan siapa yang nak datang ambik. Emelkan segera!

"Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk akhbar KOSMO hari ni mukasurat 55."

Lu orang tengok tu masuk segmen Sukan! beb...

Once Sokernet always Sokernet.

Jumpa di sana!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...