Memaparkan catatan dengan label Pak Alex Gayo Pejuang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pak Alex Gayo Pejuang. Papar semua catatan
47

All hail Sir Alex Ferguson!

Jorji Isnin, Disember 20, 2010 , ,



Sir Alexander Chapman Ferguson


Sir Alex Ferguson menjadi pengurus paling lama berkhidmat di Old Trafford melepasi rekod Sir Matt Busby pada hari Ahad, 19 December 2010.

24 tahun, 1 bulan dan 13 hari.

Tidak boleh dipertikaikan lagi kehebatan Pak Alex dalam dunia bolasepak moden sekarang ini. Untuk mencari satu sebab utama akan kehebatan beliau dalam menjadikan Manchester United paling unggul adalah mustahil. 30 kejuaraan dan kejuaraan itu pula dimenangi dengan penuh bergaya bersama pasukan pemain yang berbagai lagi lagenda adalah bukti keunggulan Pak Alex. Kejayaan Pak Alex adalah phenomenal! Ianya satu tradisi yang tidak mungkin akan dapat diulangi oleh mana-mana jurulatih pun di era bolasepak moden selepas ini. Period.

Bolasepak Sebenar yang diamalkan oleh Pak Alex kebal dari sebarang permasalahan yang banyak melanda Manchester United dan kelab-kelab lain seperti pertukaran pemain, jurulatih dan sebagainya. Pak Alex dan Manchester United berdepan dengan segala macam serangan, taktikal dipadang dan 'mind games' dimedia; namun tetap muncul sebagai juara dipenghujung musim. Inilah Pak Alex bersama bolasepak sebenarnya dimana banyak pengurus lain kecundang dan berhijrah (atau dibuang). Rafa Benitez, Maurinho, Big Sam dan ramai lagi pengurus kelab yang pernah berdepan dengan Pak Alex dipadang dan akhirnya insaf lalu bertaubat dan berhijrah.

Apakah rahsia KEKEBALAN Pak Alex?

Pak Alex boleh memeluk bahu Nani dan menenangkannya ketika pemain tersebut memprotes akan kedudukannya dalam kesebelasan utama dan Pak Alex juga membelasah Nani sampai lurus rambut kerintingnya seminit kemudian.

Only last week Ferguson had to contend with Nani, the United winger who has failed to make an impact at the club, complaining about how the manager was "breaking" his confidence and making him "sadder by the day" for not starting him in the big matches. Nani also accused Ferguson of being a "very complicated guy" and said "he can go from complimenting you to just plain trashing you in a question of minutes" in the dressing room.

Sumber : The Australian.com Nov 19. 2009

Ancelloti ada buat macam tu pada Drogba? Arsene Wenger tidak pernah salahkan pemainnya, sebaliknya menuduh padang di Old Trafford menjadi punca kekalahan Arsenal. Duh!


Mencapai orgasm setiap minggu adalah antara rahsia kekebalan Pak Alex


Sepanjang menjadi pengurus keramat di Old Trafford, Pak Alex telah menukar sebanyak 8 kali penolong pengurusnya. Bagi aku, itulah sebenarnya rahsia kekuatan Pak Alex. Beliau kebal, orang lain tidak.

Archie Knoxx, Brian Kidd (terbaik dan terlama!), Steve Mclaren (kemudian melatih England), Jimmy Ryan, Carlos Quieroz (juga terbaik dan 2 kali menjadi penolong Pak Alex dan menjadi pengurus Portugal kemudiannya), Walter Smith dan sekarang, Mike Pheelan.

Walau bertukar penolong dan pemain, Pak Alex tetap kehadapan dan tiada siapa mampu menahan gelombang beliau walau Franco Baresi sekalipun!

Fergie Time

Pak Alex dengan pengadil memang terbaik. Masa tambahan yang diberikan oleh pengadil kepada United juga sangat mengujakan. Selagi Manchester United tidak menang, pengadil tidak akan tiup wisel. Kenapa? Kerana mereka tak sanggup di insult oleh Pak Alex. Banyak pengadil telah insaf. Mike Dean dah lama senyap, mungkin merumput dibelakang rumah saja sekarang. Pak Alex kene gantung 2 perlawanan dan denda 10k pound kes dengan Mike Dean. Alan Wiley mendaftar Fitness First selepas dihina oleh Pak Alex akan staminanya ketika mengadili perlawanan. 4 touchline, 2 gantung dan denda 20k pound kepada Pak Alex untuk kes itu dan banyak lagi la.

Neville menenangkan Pak Alex yang dah naik gila


Siapa selepas Pak Alex?

Jika Chelsea ada Ayah Pin sebagai pengganti Ancelloti, Manchester United akan terus bersama Pak Alex selama-lamanya. David Moyes adalah pilihan Pak Alex sendiri. Bukan Maurinho kerana Maurinho tidak kekal lama pada satu-satu kelab.

Sir Matt Busby akan terus dikenang sebagai lagenda yang membawa United kembali 'hidup' selepas Munich dan menjadi juara Eropah pertama Manchester United. Pak Alex pula adalah Bapa Permodenan Manchester United dan lagenda unggul yang membentuk Manchester United menjadi unik dan mempunyai jutaan pengikut diseluruh dunia serta piala-piala kejuraan yang berbagai.

Pak Alex adalah lagenda terunggul Manchester United dan EPL. Setan Merah sangat menghormati Pak Alex dan bertuah kerana masih bersama beliau untuk terus mengecapi kejuaraan secara 'real' dan fizikal tanpa mistik (Ayah Pin) atau spirit ( Bill Shankly)

All hail Sir Alex.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...