Memaparkan catatan dengan label liga super malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label liga super malaysia. Papar semua catatan
16
PKNS FC (11) lawan Sabah (10)
Prebiu Liga Super: Perlawanan 5
PKNS FC (11) lawan Sabah (10)
Jurulatih Sabah, Justin Ganai dipetik berkata semalam bahawa beliau agak gusar dengan perlawanan yang bakal disiarkan secara langsung oleh Astro Arena ini. Puncanya kerana pada musim lepas kesemua 4 perlawanan Sabah yang disiarkan secara langsung berakhir dengan kekalahan, dan minggu lalu pula perlawanan menentang Lions XII yang disiarkan juga berakhir dengan nasib yang serupa.
![]() |
| Awas PKNS, awas PKNS, awas gerak langkahmu ooo... |
Tapi berdepan PKNS FC adalah peluang terbaik untuk Sabah kembali mengutip 3 mata. Juara Liga Premier ini masih belum menang dan tercari-cari rentak bersaing dalam Liga Super. Namun peluang Sabah untuk menang bergantung pada keupayaan penyerang seperti Michael Baird dan Bobby Gonzales untuk menghasilkan gol. Dukacita dimaklumkan ketajaman serangan Sabah setakat ini agak tumpul (2 gol dari 4 perlawanan).
Rekod 2011: Tiada
Tilikan: Sabah menang
Felda United (7) lawan Perak (3)
Kekalahan tipis kepada Negeri Sembilan minggu lalu bukan saja membuatkan Felda United berputih mata, tetapi turut kehilangan beberapa pemain tonggak seperti Farid Ramli dan Hardi Jaafar. Dan tugas lebih berat menanti The Settlers apabila menyambut kunjungan skuad Seladang yang kini menghuni posisi ke-3 Liga Super.
Tidak ada banyak masalah buat Cikgu Jan selaku jurulatih Perak. Penyerang Akmal Rizal telah membuktikan sentuhan berbisa beliau walaupun digelar pemain veteran, sementara Lazar Popovic yang masih belum menjaringkan gol kini selesa dilihat sebagai pengumpan kepada Akmal Rizal. Selain dari itu, gandingan tengah antara Shahrulnizam Mustapa dan Michal Kubala terbukti berkesan buat Yob.
Rekod 2011: Felda United 0-1 Perak, Perak 1-0 Felda United
Tilikan: Perak menang
Sarawak (9) lawan Negeri Sembilan (5)
Ketika zaman Awang Mahyan dan Ngap Sayot dulu, mana-mana pasukan yang bertandang ke Kuching pastinya berdepan tugas getir. Hari ini tempat Awang Mahyan diganti oleh Robert Alberts, tetapi sudah wujud tanda-tanda awal munculnya kembali semangat Ngap Sayot yang pastinya boleh menggugat keupayaan Jang mencatat kemenangan di sana.
![]() |
| Robert Alberts menyeru semangat Ngap Sayot |
Pertembungan menarik pastinya antara dua pemain Cameroon, Jean Effa Owona dari Negeri Sembilan yang akan beradu tenaga dengan pemain pertahanan Sarawak, Guy Bwele yang kini telah pulih dari kecederaan. Ketiadaan Shakir Ali yang dipanggil menyertai kem skuad Olimpik mungkin sedikit sebanyak menjejaskan rentak serangan Jang, tetapi pengalaman Azraai Khor dan anak buahnya mungkin boleh menjadi kelebihan untuk mengatasi Sarawak.
Rekod 2011: Tiada
Tilikan: Negeri Sembilan menang
T-Team (4) lawan Selangor (8)
Selangor yang masih tidak tentu hala terpaksa bertandang ke Kuala Terengganu untuk berdepan T-Team, yang tewas minggu lalu dan kini pastinya bengis ibarat seekor yang penyu luka (tak dapat aku bayangkan penyu luka bengisnya macam mana). Satu lagi kekalahan malam ini bakal meletakkan kerjaya Irfan Bakti selaku jurulatih Selangor dalam bahaya.
![]() |
| Pilihan utama untuk menjadi jurulatih pertama dipecat musim ini jika kalah lagi |
Dan jika dilihat dari keadaan semasa, serta rekod T-Team musim lepas yang cemerlang dalam menentang Selangor, tidak mustahil Yunus Alif mampu tersenyum biar pun Zachariah Simukonda mungkin gagal menjaringkan gol. Tidak apa kerana T-Team ada Zairo Anuar, pemain tengah yang sedang mendahului senarai penjaring gol buat masa ini.
Rekod 2011: T-Team 2-1 Selangor, Selangor 0-2 T-Team
Tilikan: T-Team menang
Lions XII (6) lawan Terengganu (2)
Lions XII kembali ke Stadium Jalan Besar, padang tiruan kesayangan mereka dan ngauman lantang penyokong Singapura. Satu kelebihan yang boleh menghantui mana-mana pasukan lawan yang bertandang ke sana dan kali ini yang bakal diuji ialah pasukan tangga ke-2 Liga Super dan juara Piala FA 2011, Terengganu.
Terengganu mempunyai barisan serangan yang gah. Francis Doe cemerlang setakat ini dengan 3 gol dari 2 perlawanan. Selain itu Mat Zan Mat Aris mempunyai penyerang pilihan lain terdiri dari Manaf Mamat dan Hadi Yahya, selain barisan tengah berbahaya seperti Ismail Faruqi, Joseph Kalang dan Ashaari Shamsuddin. Cuma satu isu yang mungkin menjadi penghalang ialah hakikat bahawa pertahanan Lions XII juga tidak kurang hebatnya dibawah teraju Baihakki Khaizan.
Rekod 2011: Tiada
Tilikan: Seri
Kelantan (1) lawan Kuala Lumpur (14)
Kuala Lumpur telah pun berjaya mengutip mata pertama mereka untuk musim ini pada minggu lalu. Tetapi perlawanan berikutnya menentang Kelantan di Kota Bharu bakal menjadi satu lagi tugas hampir mustahil buat City Boys dalam usaha mereka keluar dari dasar Liga Super.
Keputusan perlawanan ini memang sudah boleh dicongak dengan mudah (melainkan Razip Ismail ada strategi hebat yang lain). Yang agak suakr dicongak ialah sama ada perlawanan di Stadium Sultan Mohammad IV ini boleh bermula tepat pada masanya atau lewat berpanjangan.
Rekod 2011: Kelantan 2-0 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur 0-2 Kelantan
Tilikan: Kelantan menang
Kedah (13) lawan Johor FC (12)
Pertembungan antara 2 pasukan yang melengkapkan 3 pasukan tercorot Liga Super. Kedua-duanya mempunyai rekod bolos yang hebat (6 bolos setiap satu) tetapi di mana satu pasukan telah pun berjaya menjaringkan 3 gol, satu pasukan lagi masih kemarau gol.
Persoalannya adakah jurulatih sementara Kedah, Nidzam Adzha bakal terus bersandar kepada taktik 'long ball' disebalik barisan pemain berkemahiran yang dimilikinya? Dan adakah K Devan yang sebelum ini gagal bersama Selangor bakal terus gagal bersama Johor FC pula?
Rekod 2011: Kedah 1-2 Johor FC, Johor FC 0-1 Kedah
Tilikan: Seri
20
Sabah 0-1 Lions XII
Kesimpulan Perlawanan 4
Rangkuman Liga Super: Perlawanan 4
Sabah 0-1 Lions XII
Kedatangan Singapore Lions XII ke Stadium Likas setelah 18 tahun berlalu disambut dengan kain rentang 'Singa Pork Dibunuh Saja' oleh North Borneo Ultras.
Sikap penyokong di sebelah utara Borneo ini berdasarkan pemerhatian aku adalah begini. Mereka meraikan pertembungan Derbi Borneo dengan Sarawak atas semangat 1Borneo, tetapi agak fanatik dan lantang bila mana-mana pasukan dari Semenanjung datang untuk menentang Sabah di Likas. Dalam kes Singapura atau Lions XII pula, ianya disambut sebagai musuh yang dibenci.
Dua kad merah dilayangkan kepada Mafry Balang (Sabah) dan Irwan Shah (Lions XII), sebiji mercun dibaling kepada 3 pemain simpanan Lions XII yang sedang memanaskan badan dan jeritan 'Singapore Anjing!' mewarnai perlawanan ini sampaikan buat kali pertama musim ini FRU dikerah membuat perimeter di keliling padang sepanjang separuh masa kedua.
Tetapi 3 mata milik Lions XII itu pun selepas tendangan percuma diberikan di penjuru padang setelah pemain Lions XII, Yasir Hanapi diterajang bontotnya. Sepakan percuma mirip dari posisi sepakan penjuru berjaya ditanduk masuk Hariss Harun pada minit ke-19. Pun begitu Sabah tetap cuba bangkit, beberapa kali cubaan merbahaya dari Brendan Gan, Michael Baird dan Sumardi Hajalan hampir membuahkan hasil tetapi pertahanan dan penjaga gol Lions XII cemerlang menepis sebarang cubaan.
Kemenangan dalam perlawanan tempat lawan ini yang pertama buat Lions XII musim ini dan Hariss Harun mencatat nama sebagai pemain Singapura pertama menjaringkan gol di tempat lawan setelah kali terakhir dilakukan oleh Fandi Ahmad 18 tahun yang lalu. Tetapi jika dinilai dari reaksi penyokong Sabah di stadium, tidak mustahil Lions XII bakal berdepan 'hostile crowd' dalam setiap perlawanan tempat lawan mereka khususnya ketika menentang pasukan negeri.
Sabah bermain lebih baik tetapi Lions XII bijak untuk bermain secara bertahan dan membuang masa dengan gol pendahuluan mereka. Dan sayang, kain rentang North Borneo Ultras yang bersifat provokasi akhirnya makan tuan, sementara insiden balingan mercun dikatakan bakal melibatkan denda berjumlah RM10,000 oleh FAM ke atas Sabah.
Negeri Sembilan 1-0 Felda United
Kacau bilau di Likas turut berjangkit ke seberang Laut China Selatan di STAR of Paroi. S Kunalan (Negeri Sembilan), Farid Ramli (Felda) dan Hardi Jaafar (Felda) mencatat nama dalam buku kad merah pengadil sementara Hamsani Ahmad (Felda) dilaporkan bergaduh dengan penyokong Jang di luar bilik persalinan.
S Kunalan dan Farid Ramli khabarnya bertumbuk ketika waktu kecederaan separuh masa pertama. Hardi Jaafar pula bertekak dengan Jean Effa Owona sebelum kemudiannya menyerang penyokong Jang yang didapati cuba membaling botol kepada Hardi Jaafar kerana mahu menuntut belas atas awang Afrika kesayangan. Hamsani Ahmad pula katanya bergaduh dengan penyokong Jang ketika menuju ke bilik persalinan.
![]() |
| Gol tunggal jaringan Shahurain tidak cukup untuk meredakan api kemarahan ke atas Felda dan mantan MB Nogori, Isa Samad |
Akhirnya pasukan keselamatan terpaksa dipanggil untuk mengiringi pemain Felda United keluar dari stadium menuju ke bas mereka. Gol tunggal Shahurain Abu Samah yang memberi 3 mata buat Jang masih tidak dapat membendung kemarahan penyokong negeri beradat itu. Apa yang pasti, FAM sedang perati je insiden Jang dan Felda bergaduh ini.
Kedah 0-3 Kelantan
Malang yang menimpa skuad Kenari diburukkan lagi dengan kali ini dipijak lunyai oleh The Red Warriors. Mohammed Ghaddar, Norshahrul Idlan dan Denny Antwi bergilir mencetak 3 gol. Kedah pula terus memperbaiki rekod dengan bermain selama 360 minit tanpa sebarang gol dijaringkan.
Sebaliknya pemain Kedah seperti Sabre Abu dan V Thirumurugan cemerlang menunjukkan bagaimana hendak menakik kaki atau memijak tubuh lawan di atas padang. Helmi Eliza pula membuktikan bahawa jersi penjaga gol Harimau Malaya sudah pasti mustahil bakal disarung kembali oleh beliau dengan aksi cemerlang menghadiahkan bola buat Denny Antwi menjaringkan gol ke-3 Kelantan.
Wan Jamak khabarnya digantung 7 perlawanan dan kini masih berbaki 3 lagi perlawanan sebelum beliau dapat mengambil alih tugas kejurulatihan dari Nidzam Adzha. Kedah memerlukan keajaiban atau tidak bakal senasib dengan jiran-jiran Utara mereka seperti Pulau Pinang dan Perlis yang kini tidak lagi bermain dalam Liga Super.
Selangor 0-0 Sarawak
Sekali lagi Red Giants gagal menjaringkan gol dan terpaksa berpuas hati dengan 1 mata dikongsi bersama Sarawak yang nampaknya sudah mula menemui kembali semangat Ngap Sayot mereka yang telah lama menghilang.
The Crocs pastinya lebih berpuas hati dengan membawa pulang 1 mata dari tempat lawan dan menamatkan 2 kekalahan berturut mereka sebelum ini. Dikhabarkan juga perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil ini rata-rata dikuasai oleh Sarawak dengan Selangor terus tumpul dan buntu.
![]() |
| Misi 33 bermakna ada 33 orang ultra |
Dengan keputusan seri ini, kerusi jurulatih Selangor yang diisi oleh Irfan Bakti kini semakin panas. Melainkan kemenangan dicapai dalam perlawanan berikutnya tidak mustahil Irfan Bakti bakal menjadi jurulatih pertama bakal kehilangan jawatan musim ini. Sementara bagi Sarawak pula, tweet dari @ultracrocs berbunyi "#MSL2012 Tiket mahal RM15 , Tol mex RM1.50, Aik Tin RM2, Aik Mineral, Kacang, Kopok Leko RM 8, nangga Selangor ponek, PRICELESS" cukup untuk menggambarkan kepuasan mereka.
Terengganu 2-1 T-Team
Derbi Terengganu agaknya, pasukan abang bertemu pasukan adik dan macam lazimnya si abang berjaya mengatasi si adik.
Pun begitu T-Team terlebih dulu di depan melalui penalti oleh penjaring utama mereka Zairo Anuar. Namun 2 gol oleh penyerang import Francis Doe memastikan 3 mata milik Terengganu sekaligus menjatuhkan T-Team dari puncak klasemen Liga Super.
![]() |
| Francis Doe, 2 perlawanan dan 3 gol, patutlah MB Ahmad Said sanggup berjuang untuk budak Afrika ini |
Francis Doe setakat ini telah menghasilkan 3 gol dari 2 perlawanan yang disertai beliau membuktikan perjuangan MB Ahmad Said untuk kebajikan Francis Doe dan nasib Terengganu tidak sia-sia. Jurulatih T-Team, Yunus Alif pula khabarnya semakin panas dengan prestasi hambar Zachariah Simukonda.
Kuala Lumpur 1-1 PKNS FC
Ada cahaya di hujung terowong buat Kuala Lumpur yang akhirnya berjaya mendapatkan mata pertama mereka selepas 4 perlawanan musim ini.
Tetapi PKNS FC terlebih dulu di depan hasil jaringan Fauzan Dzulkifli setelah perlawanan ditangguh selama 3 jam akibat bah di padang. Ketika PKNS FC hampir dilihat bakal muncul pemenang, Afiq Azmi muncul penyelamat dengan gol penyamaan Kuala Lumpur pada minit ke-84.
Walau bagaimanapun skuad kendalian Razip Ismail masih kekal menghuni dasar Liga Super dan kekal calon utama penyingkiran musim ini.
Johor FC 0-1 Perak
Entah apa percaturan Cikgu Jan untuk Yob, meletakkan gandingan Shafiq Jamal dan Lazar Popovic pada mulanya tetapi kemudian memasukkan Akmal Rizal pada minit ke-31 menggantikan Shafiq Jamal. Tidak lama diperlukan oleh Akmal Rizal untuk meledak satu lagi bol buat Yob tetapi sayang sekali ia dikatakan ofsaid oleh penjaga garisan.
Namun jika Akmal Rizal gagal mencari penyudah buat Yob, hero datang dari sumber yang tidak disangka-sangka. Berpunca dari Michal Kubala yang menggelecek beberapa pemain Johor FC dalam kotak penalti, bola kemudian dihantar kepada pemain pertahanan baru Yob, Shahrom Kalam untuk gol tunggal perlawanan dan memastikan Yob pulang dengan 3 mata penuh.
![]() |
| Don't Mess With The Yob! |
Kemenangan ketiga dari empat perlawanan cukup untuk meletakkan skuad Yob ditangga ke-3 Liga Super, berkongsi mata dengan Terengganu dan hanya kurang satu mata berbanding Kelantan di puncak klasemen.
Kesimpulan Perlawanan 4
Penguasaan Pantai Timur masih jelas dengan Kelantan kini merampas takhta Liga Super dari T-Team sementara Terengganu rapat di posisi ke-2 liga. Perak muncul pasukan bukan dari Pantai Timur tunggal untuk melengkapkan kedudukan 3 pasukan teratas, terpisah dari Terengganu melalui perbezaan jaringan.
Hanya 11 gol dijaringkan untuk Perlawanan 4 dengan kedudukan penjaring terbanyak kekal milik pemain T-Team, Zairo Anuar dengan sejumlah 4 gol. Di kalangan pemain import, Jean Effa Owona dan Francis Doe mendahului senarai penjaring masing-masing dengan 3 gol.
Jumlah keseluruhan gol dijaringkan setakat ini ialah 54 gol (purata 1.9 gol setiap perlawanan), Kelantan muncul pasukan paling ofensif dengan 8 gol sementara Perak, Terengganu dan T-Team paling defensif dengan hanya 2 bolos. Rekod bolos terburuk milik Kuala Lumpur (8 bolos) dan Kedah pula kekal pasukan tunggal yang masih belum menjaringkan gol musim ini.
24
Rangkuman Liga Super: Perlawanan 3
Perak 2-1 Negeri Sembilan
Ramai yang khabarnya tidak puas hati bila Astro Arena memilih untuk menyiarkan siaran langsung perlawanan antara Perak dan Negeri Sembilan, hingga ada yang memerli bahawa Astro Arena patut ditukar nama kepada Astro Owona (sempena Jean Effa Owona, pemain import Jang). Tetapi tindakan Astro sebenarnya adalah satu langkah yang tepat.
Pertemuan antara Yob dan Jang sebenarnya sentiasa menjanjikan aksi menarik. Menarik kerana setiap kali Jang bergelar juara satu-satu piala, mereka pasti akan tersungkur disondol oleh Yob.
Musim 2010, Negeri Sembilan yang baru dinobat juara Piala FA rebah 2-1 di Stadium Perak. Ketika musim 2011, kali ini selaku juara Piala Malaysia tahun sebelumnya sekali lagi Negeri Sembilan tunduk 2-0 kepada Yob di Stadium Perak. Dan musim 2012 juga menyaksikan kisah yang sama, biarpun bergelar juara Piala Malaysia dan Sumbangsih, Jang tewas lagi 2-1 apabila bertandang ke kandang Yob.
![]() |
| Jurulatih Jang memang sporting! |
Yang pasti, Stadium Perak merupakan badi buat Jang. Sekali pun kali ini Jang turun dengan dubuk liar mereka sendiri, Effa Owona.
Syukur pada Tuhan, sepak mula perlawananan dapat dimulakan setepat mungkin. Yob selaku tuan rumah memberi penghormatan buat Jang dengan memainkan lagu Berkatlah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang terkandung ungkapan keramat "Musuhnya habis binasa", kemudian diikuti lagu Allah Lanjutkan Usia Sultan, satu-satunya lagu negeri yang nadanya sama seperti lagu Negaraku yang menyusul sebagai lagu terakhir.
Cikgu Jan selaku jurulatih Yob memilih gandingan penyerang muda Failee Ghazli dan penyerang import Lazar Popovic, sementara pertahanan Khairi Zainuddin tidak diturunkan, mungkin sedikit sebanyak berpunca dari kesilapan beliau yang menjadi penyebab gol Selangor di Bukit Jalil tempoh hari. Untuk tugas mengawal Effa Owona, Cikgu Jan meletak kepercayaan pada pemain tengah defensif, K Nanthakumar yang mempunyai fizikal setaraf Effa Owona.
Tetapi hanya 4 minit diperlukan oleh Jang untuk berada di depan. Dubuk liar mereka Effa Owona melepaskan rembatan padu dari sepakan percuma di luar kotak penalti Yob. Nasril Nourdin yang agak berisi cuba terbang menepis bola tapi sayangnya tidak kesampaian. Yob dari Alor Pongsu hingga ke Yong di Trolak semuanya tersentak. Yang di stadium apatah lagi.
Dengan Jang selesa mendahului, Yob pula nampak goyah. Lazar Popovic terus menyeksa jiwa raga penyokong di stadium dan di depan TV. Failee Ghazli walaupun lincah dan bertenaga masih lagi tidak mampu mengatasi kekangan hebat pertahanan Jang yang dikepalai Norhafiz Zamani. Segala usaha Yob mencari gol penyamaan terus dinafikan oleh Jang, sementara Effa Owona dan Shakir Ali sekali-sekala terus menguji pertahanan Yob.
Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, entah bagaimana ketika mengejar bola yang dilorongkan, Failee Ghazli tiba-tiba ditimpa kecederaan hamstring. Yob muda ini tersungkur kesakitan di tengah padang dan terang lagi bersuluh, beliau terpaksa dikeluarkan segera.
Namun kata orang, ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Cikgu Jan pantas memanggil Akmal Rizal untuk bersiap siaga masuk ke padang. Kerap dilabel ramai sebagai penyerang yang sudah senja, tetapi bagi Yob, AR14 tetap mempunyai kelebihan tersendiri.
Hanya sentuhan pertama diperlukan Akmal Rizal untuk meledak gol pertama Yob, melalui sepakan gunting dari luar kotak pada minit ke-38. Jang tersentak dan Yob pula kembali bernyawa. Kedudukan kekal 1-1 hingga tamat separuh masa pertama.
Apabila masuk separuh masa kedua, Yob lebih banyak menguasai perlawanan. Jang pula merosot permainannya, mengulang kembali tabiat dari dua perlawanan sebelumnya hingga kini kerap dilabel sebagai pasukan separuh masa pertama (separuh masa kedua terus hancur). Effa Owona dikawal baik oleh K Nanthakumar, pemain import Jang yang pernah bermain di Perancis ini langsung tenggelam pada babak kedua.
Sebaliknya, Akmal Rizal yang satu masa dulu pernah juga bermain di Perancis kembali menggegar jaring. Mendapat hantaran cantik dari Lazar Popovic, Akmal Rizal tidak menghadapai masalah untuk menjaringkan gol kedua Yob melepasi penjaga gol Jang, Farizal Marlias.
![]() |
| Don't Mess With The Yob! |
Kedudukan 2-1 kekal hingga wisel penamat, biar pun Jang cuba bangkit pada saat akhir untuk mencari gol penyamaan. Apa yang pasti, percaturan Cikgu Jan untuk meletak K Nanthakumar buat merantai Effa Owona terbukti berkesan, hanya melalui 'dead ball situation' dubuk liar Jang ini dapat mengganas. Dan yang lebih pasti lagi, Stadium Perak kekal badi buat Jang.
PKNS FC 0-0 Kedah
Fanatik Hijau Kuning hari ini pasti sesal kerana tidak mendapatkan Akmal Rizal ketika penyerang berpengalaman ini dilepaskan dari Kelantan pada tahun 2010 dulu. Atau sesal kerana melepaskan Shafiq Jamal untuk menyertai Perak pada tahun yang sama kerana pada hari ini, Kedah tumpul ibarat Kenari tanpa paruh.
Walaupun cuba memasukkan Baddrol Bakhtiar di separuh masa kedua, ia belum cukup untuk Kedah merobak barisan pertahanan PKNS. Terikat 0-0 hingga wisel penamat dan Kedah kini muncul pasukan tunggal dalam Liga Super yang masih belum menjaringkan sebarang gol walaupun sudah 3 perlawanan berlalu.
Wan Jamak pasti berbulu, hanya mampu melihat ketumpulan Hijau Kuning tapi tidak mampu berbuat apa-apa.
Felda United 1-0 Selangor
Gergasi Merah tumpas di tangan Peneroka? Felda United selamba mensawitkan Selangor?
![]() |
| Cap Traktor |
Inilah yang berlaku di Stadium Hang Jebat. Hanay satu atau dua peluang hadir buat Felda United tapi itu sudah cukup untuk Azrul Ahmad muncul wira menjentik telinga Gergasi Merah. Barisan bintang elit Selangor yang dihidangkan banyak peluang bagaimana pun gagal untuk menjaringkan sebarang gol sekaligus memberi tekanan buat jurulatih Irfan Bakti.
Usai perlawanan, Irfan Bakti dilapor menyalahkan faktor padang, cuaca dan waktu bermain petang sebagai punca kekalahan Selangor. Amboi, nak jadi Arsene Wenger lettew!
Sarawak 0-1 Terengganu
Terengganu membuktikan kenapa perjuangan jihad mereka untuk mendapatkan pemain import sehingga MB Ahmad Said turut meroyan adalah penting melalui perlawanan di Kuching ini. Berdepan Sarawak yang semakin meningkat naik, pemain kesayangan Terengganu dari Liberia, Francis Doe.
Francis Doe ini bukan sembarangan pemain import. Berumur 26 tahun, penyerang ini pernah bermain untuk Liberia dan pernah juga bermain untuk kelab bola seperti New York Red Bulls dan DC United di Amerika Syarikat serta Al-Ahly, kelab paling berjaya di Mesir. Pendek kata dalam kebanyakan pemain import Liga Super musim ini, Francis Doe antara yang memiliki 'resume' paling gah.
![]() |
| Macam iras-iras Drogba pun ada si Doe ni! |
Pemain Liberia ini turut membuktikan dia juga paling gah di atas padang dalam perlawanan yang dikuasai oleh pasukan lawan Sarawak. Gol tunggal beliau sudah cukup untuk membuat penyokong Terengganu dan MB Ahmad Said senyum sokmo.
T-Team 0-0 Sabah
Tapi lain ceritanya untuk pasukan adik Terengganu, T-Team.
Jika pasukan abang terbang ke Borneo dan pulang dengan 3 mata penuh, pasukan adik pula menyambut kunjungan lawan dari Borneo tetapi terpaksa berpuas hati untuk berkongsi mata.
Ketajaman barisan serangan T-Team yang sebelum ini telah menyumbat 6 gol tiba-tiba tumpul berdepan Sabah. Pun begitu, keputusan seri sudah memadai buat T-Team untuk kekal di puncak klasemen dan mengekalkan rekod masih belum bolos. Yunus Alif bagaimana pun dikatakan naik angin dengan keputusan seri ini.
Lions XII 2-1 Kuala Lumpur
Perlawanan menentang calon relegasi pilihan musim ini merupakan peluang terbaik untuk anak buah V Sundramoorthy mencatat kemenangan pertama dan ianya memang tidak disia-siakan oleh mereka.
Pun begitu jaringan sendiri pertahanan Kuala Lumpur, Aiman Syazwan yang meletakkan Lions XII di depan pada minit ke-41. Hanya pada separuh masa kedua barulah Lions XII dapat menggandakan jaringan melalui Shahdan Sulaiman pada minit ke-57.
![]() |
| Shahdan Sulaiman - Sang Singa akhirnya mengaum |
Kuala Lumpur bagaimana pun berjaya merapatkan jurang apabila dihadiahkan penalti yang disempurnakan oleh Fazuan Abdullah. Tetapi ia masih tidak cukup untuk menghalang kekalahan ketiga buat pasukan kendalian Razip Ismail, yang terus kekal di dasar Liga Super.
Kelantan 2-1 Johor FC
Red Warriors terus menunjukkan permainan yang kurang meyakinkan dalam perlawanan ketiga dan sekali lagi terpaksa diselamatkan oleh penyerang handalan, Norshahrul Idlan.
Separuh masa pertama berlalu tanpa sebarang gol. Hanya pada minit ke-55 Indra Putra berjaya meletakkan Kelantan di depan tetapi berselang 8 minit Khairul Ismail menyamakan kedudukan untuk Johor FC. Sekali lagi Kelantan dilihat seperti bakal diikat di gelanggang sendiri seperti perlawanan sebelumnya.
![]() |
| Lagi-lagi kawe yang jadi penyelamat, guane? |
Namun gerakan solo oleh Norshahrul Idlan pada minit ke-72 menghasilkan gol kedua Kelantan dan memberikan 3 mata penuh serta senyuman lega buat Peter Butler.
Kesimpulan Perlawanan 3
Pasukan dari Pantai Timur mengekalkan cengkaman ke atas Liga Super dengan T-Team di puncak diikuti rapat oleh Kelantan dan Terengganu (Pahang khabarnya turut mengganas di Liga Perdana tapi itu cerita budak-budak).
Hanya 11 gol dijaringkan dalam Perlawanan 3, membawa kepada jumlah keseluruhan jaringan gol setakat ini kepada 43 gol. Pemain tengah T-Team, Zairo Anuar terus kekal sebagai penjaring terbanyak dengan 3 gol setakat ini.
17
Rangkuman Liga Super 2012: Perlawanan 2
Selesai sudah Perlawanan 2 untuk Liga Super 2012. Sebelum bermulanya Perlawanan 2 ini, dunia bola Malaysia dikejutkan dengan kisah ugutan dari Terengganu FA yang mahu menarik diri dari Liga Super kerana merasa ditipu oleh FAM dalam hal pemain import. Kemudian kita dikejutkan pula dengan kisah pemain import Selangor, Ramez Dayoub yang khabarnya juga tidak layak untuk beraksi dalam Liga Super.
Hanya selepas FAM bermesyuarat di hari Jumaat hingga ke 5.30 petang, ditemani bihun goreng dan karipap barangkali, barulah satu keputusan dibuat berhubung isu pemain import. Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JPT) FAM yang dipengerusikan oleh Hamidin Amin bersetuju untuk melanjutkan pendaftaran pemain import ke 13 Februari sekaligus mengukir senyuman di muka ahli bola seperti Ahamad Said selaku MB Terengganu. Harus diingat juga, Hamidin Amin ini orang kuat Selangor FA dan keputusan ini muncul selepas kecoh hal Ramez Dayoub, pemain import Selangor.
Apa pun, itu cerita lain.
![]() |
| Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa - Tok Midin |
Tujuh perlawanan Liga Super berlangsung dengan satu perlawanan ditetapkan pada hari Jumaat sementara selebihnya pada hari Sabtu. Pahang seperti biasa tidak terlibat dalam saingan bola sepak antara pasukan elit tanah air.
Kelantan 1-1 PKNS FC
Perlawanan ini disiarkan secara langsung oleh Astro Arena jadi aku ambil kesempatan untuk menonton dan mencongak kekuatan kedua pasukan yang beraksi. Tetapi kemudiannya aku sedar alangkah lebih baiknya kalau aku layan cerita Indon di Astro Pelangi dari membuang masa aku selama 32 minit.
Perlawanan ini dijadualkan bersepak mula pada 8.45 malam. Tetapi pengadil hanya meniupkan wisel pada pukul 9.17 malam mengikut waktu jam Astro. Selama 32 minit masa terbuang hanya kerana Sultan Kelantan khabarnya lewat tiba ke stadium. Padahal Sultan Kelantan bukannya ada main bola atau jadi pengadil, maka perlawanan boleh saja dimulakan dari membuang masa menunggu baginda selama 32 minit.
Ada bermacam alasan atau teori yang aku dengar tentang kelewatan Sultan Kelantan. Ada yang beritahu polis tidak membenarkan kereta baginda masuk ke perkarangan stadium kerana masalah tertentu. Ada juga yang mendakwa baginda lewat kerana terpaksa menunaikan solat Isyak berjemaah terlebih dulu.
Apa pun alasannya, bagi aku isu di sini ialah jika perlawanan sudah dijadualkan bermula pada jam 8.45 malam, maka eloklah sepak mula itu dibuat menepati waktu. Kenapa mesti kita buang masa selama 32 minit sedangkan masa itu emas? Tidak bolehkah seorang sultan cuba berjiwa rakyat dan memberikan saja lampu hijau untuk perlawanan bermula awal setelah menyedari baginda bakal tiba lewat dan mencuri masa emas rakyatnya? Tidak kasihankah pada 22 pemain yang sudah memanaskan badan tetapi kini sejuk di tengah padang, atau kepada 4 pegawai perlawanan yang terpacak macam tunggul, atau 6 budak Milo yang mengusung bendera 'My Game Is Fair Play'? Atau paling sedih, 22 anak-anak kecil yang selama 32 minit itu dibiar saja oleh pengurus perlawanan berdiri sampai lenguh kaki di tengah padang?
Bola sepak Malaysia boleh hidup tanpa Sultan, baik Sultan Bola atau pun Sultan bukan bola. Dan kalau bola kita hendak maju benda kecil seperti menepati masa itulah yang perlu kita beri perhatian terlebih dulu. Tak perlu cakap pasal nak ada liga 'power' tahap Jepun atau Australia kalau sepak mula sendiri terpaksa dilewatkan 32 minit hanya sebab hendak menunggu VVVVVVVVVVVVVIP yang gagal menepati masa.
Kelantan yang dijangka menang mudah, bagaimanapun seri perlawanan ini selepas gol pendahuluan oleh Badhri Radzi dinafikan oleh jaringan penalti pemain PKNS, Fauzan Dzulkifli. Aku anggap ini karma kerana Sultan Kelantan yang melewatkan perlawanan.
Terengganu 3-0 Felda United
Aku tekankan sebelum ini, Terengganu tanpa import memang sudah merupakan sebuah pasukan yang mantap, tidak seperti Pahang. Entah apa yang merungsingkan fikiran MB Ahmad Said sehingga beliau bersungguh-sungguh mahukan pemain import, sedangkan pemain seperti Ismail Faruqi dan Ashaari Shamsuddin sudah cukup untuk membawa Penyu ke puncak klasemen.
Trio pemusnah Hadi Yahya, Manaf Mamat dan Joseph Kalang Tie tidak menyinar sekali lagi, tetapi pemain tengah Ismail Faruqi yang terlebih dulu memberi kejutan buat Felda United pada minit ke-11. Apabila Felda United dipaksa pula bermain dengan 10 pemain selepas pemain pertahanan Nazri Ahmad dibuang padang, Terengganu tidak membuang masa untuk menambah jaringan, kali ini Ashaari Shamsuddin muncul wira dengan dua gol pada 20 minit terakhir perlawanan.
Kekalahan Felda United memberi renjatan realiti buat anak buah E Elavarasan yang sebelum ini melakukan kejutan dalam perlawanan pertama mereka. Sementara buat Terengganu, kemenangan pertama ini berita gembira kedua dalam minggu yang sama selepas keputusan FAM melanjutkan tempoh pendaftaran pemain import.
Kedah 0-0 Lions XII
Wan Jamak rupanya masih digantung tak bertali oleh FAM, maka satu-satunya harapan buat Kedah ialah menyandarkan tugas pada Nidzam Adzha, bekas pemain Kedah yang satu masa dulu dicuri dari Perak.
Sebagai bekas pemain, Nidzam Adzha menyambut ketibaan seorang lagi bekas pemain Kedah, senior beliau sendiri iaitu V Sundramoorthy yang melatih pasukan Lions XII. Ini kepulangan pertama V Sundramoorthy ke Stadium Darul Aman selepas berpuluh tahun lamanya.
Namun apa yang dijangka pertembungan menarik antara kedua pasukan sekadar dihiasi dengan tendangan ke arah bulan oleh kedua belah pihak. Bagus untuk perlawanan ragbi, tetapi tidak untuk bola sepak. Bila melihat kepada aksi sebegini aku tertanya-tanya kenapa Kedah membeli pemain import seperti Daniel Soares Neves dan kenapa agaknya Singapura sanggup memberi kerakyatan kepada Agu Casmir kalau kedua-duanya main tak setara mana.
![]() |
| Agu Casmir - Entah tang mana bagusnya sampai Singapura boleh bagi kerakyatan bola |
Ini perlawanan yang bagus jika kita berniat hendak membiar televisyen menengok kita tidur.
Kuala Lumpur 0-3 T-Team
Aku difahamkan bahawa Stadium KLFA di Cheras sedang dalam proses pembaikan maka atas sebab itu perlawanan ini terpaksa diadakan di Stadium Hang Jebat yang letaknya di Melaka. Masalahnya di sini kalau di Cheras pun jarang ada yang turun menyokong City Boys, apatah lagi kalau di Melaka?
Berdepan T-Team yang sebelum ini telah merobek Kenari, anak buah Razip Ismail membuktikan kenapa mereka patut dipilih sebagai relegasi utama musim ini. Kuala Lampur langsung tidak melawan, sebaliknya tunduk mudah 3-0 kepada T-Team melalui dua gol oleh Zairo Anuar dan satu lagi oleh Zachariah Simukonda.
Kesimpulannya ialah Kuala Lumpur turun hingga ke Melaka untuk 'home game' mereka sendiri dengan jaminan mereka akan kehabisan wang untuk kos pengangkutan tanpa mendapat sebarang keuntungan dari segi jualan tiket. T-Team pula bertandang untuk satu 'away game' yang pastinya turut tidak memberi sebarang pulangan buat mereka, melainkan 3 mata penuh. Macam mana bola kita nak maju?
Johor FC 0-2 Negeri Sembilan
Stadium JCorp memang dikenali sebagai gelanggang keramat pasukan kelab 'underdog', Johor FC. Namun ianya tidak membantu skuad Lebah dalam berdepan juara Piala Malaysia 2011, Negeri Sembilan.
Jang yang menaruh keyakinan pada penyerang muda Shakir Ali (yang sebelum ini digugurkan dari skuad kebangsaan) mendapati kepercayaan tersebut ditebus apabila pemain tersebut meledak dua gol untuk Jang pada minit ke-32 dan 48.
![]() |
| Jang & Afrika berpisah tiada |
Johor FC yang pastinya mengharapkan untuk bangkit seperti Selangor mengikat Negeri Sembilan sebelumnya bagaimanapun kecewa apabila gagal merobek pertahanan utuh anak buah Azraai Khor. Kedudukan kekal hingga wisel penamat dan Jang akhirnya beroleh kemenangan yang pertama.
Selangor 1-0 Perak
Yob bertandang ke Bukit Jalil untuk bertemu Selangor, musuh tradisi Yob sejak azali lagi. Berdepan Red Giants, skuad Seladang milik Yob tetap tenang seperti biasa.
Gol tunggal Safiq Rahim menyelamatkan maruah Red Giants dari disondol Seladang. Bagi Yob, kekalahan pertama ini adalah adat berbola sepak. Apa yang penting, jangan sampai jatuh ke Liga Perdana macam Pahang sudah.
Sabah 2-1 Sarawak
Derbi Broneo kembali lagi musim ini dan amatlah rugi jika tidak turun ke Stadium Likas meraikan kedatangan skuad Bujang Senang bertemu skuad Sabahawks. Apatah lagi bila Sabah memastikan hampir kesemua kaunter tiket di stadium dikendalikan oleh sumandak-sumandak begini.
| Sumandak penjual tiket - WIN! |
Antara kedua kuasa bola sepak Borneo ini, Sabah terlebih dulu menghuni Liga Super apabila dipromosi naik pada musim lepas sedang Sarawak masih bergelut dalam Liga Perdana. Tetapi dalam Perlawanan 1 Liga Super 2012, Sabah kecundang kepada Felda United 2-0 sedang Sarawak yang merupakan pendatang baru menang dengan jaringan yang serupa ke atas Kuala Lumpur.
Pertemuan kedua pasukan adalah kali ketiga dalam tempoh dua bulan selepas keduanya mengadakan perlawanan ujian pra-musim di Kuching yang berkesudahan seri dan satu lagi kemenangan buat Sarawak. Tetapi Derbi Borneo yang sebenar ialah dalam saingan Liga Super ini.
Bagi jurulatih Sabah, Justin Ganai, kemenangan ke atas Sarawak adalah penting demi mengembalikan reputasi Sabah sebagai juara Borneo.Begitu juga sebaliknya buat jurulatih Sarawak, Robert Alberts yang mahukan kemenangan kedua Sarawak dalam musim sulung mereka di Liga Super.
Seramai sekitar 10,000 penyokong memenuhi Stadium Likas di hari perlawanan. Cuaca yang cerah sepanjang hari menjamin malam yang tidak hujan. Oleh kerana Sabah negeri yang tidak bersultan, maka sepak mula dimulakan hanya beberapa minit lewat dari jadual asal tetapi ianya boleh diterima akal.
Justin Ganai seperti biasa menurunkan kedua pemain import Sabah, Brendan Gan di bahagian tengah dan Michael Baird di bahagian serangan. Gandingan Michael Baird ialah penyerang Bobby Gonzales, anak Sabah yang musim sebelumnya bermain untuk Sarawak.
Sabah lebih banyak menguasai perlawanan, namun di peringkat awal prestasi Michael Baird agak mengecewakan. Tetapi pada minit ke-20, bola muntah dari penjaga gol Sarawak disambar pantas oleh Michael Baird untuk gol pertama perlawanan.
Sabah meneruskan penguasaan sepanjang separuh masa pertama, dengan Brendan Gan perlu diakui cemerlang menggerakkan jentera tengah serta mengkucar-kacirkan pertahanan Sarawak. Ketika dalam masa tambahan separuh masa pertama, larian tepi padang oleh Michael Baird yang disusuli hantaran lintang ditanduk padu oleh Bobby Gonzales untuk gol kedua Sabah.
Sarawak bagaimanapun bangkit dalam separuh masa kedua dan tindakan Robert Alberts memasukkan K Ravindran membuahkan hasil untuk gol pertama Sarawak. Tetapi ianya tidak cukup untuk Sarawak menafikan Sabah dari merampas kembali gelaran jaguh Borneo apabila kedudukan kekal 2-1 hingga wisel penamat.
![]() |
| Hanya di Sabah berita bola keluar di muka surat pertama |
Perlawanan 'home game' pertama Sabah ini juga menarik kerana buat kali penyokong Sabah dapat melihat kelibat pemain Juffry Omopor diturunkan untuk perlawanan kompetitif pertama beliau. Siapa Juffry Omopor ini? Beliaulah pemain yang digembar-gemburkan di seluruh Borneo Utara sebagai Messi Sabah. Dan dalam perlawanan menentang Sarawak ini kelincahan beliau terbukti malah hampir menghasilkan gol ketiga Sabah namun rembatan beliau hanya beberapa inci melepasi palang gol.
Secara kasar, Sabah sebenarnya boleh menjadi 'darkhorse' dalam Liga Super musim ini. Dan apa lagi selepas menghantar Bujang Senang balik tidak berekor ke Kuching.
Perlawanan 3
Perlawanan 3 Liga Super malam ini adalah seperti berikut:
Perak lawan Negeri Sembilan (Perak menang) *Astro Arena
Felda United lawan Selangor (Selangor menang)
Sarawak lawan Terengganu (seri)
T-Team lawan Sabah (T-Team menang)
Lions XII lawan Kuala Lumpur (Lions XII menang)
PKNS FC lawan Kedah (seri) *RTM TV1
Kelantan lawan Johor FC (Kelantan menang)
13
Kedah lawan Lions XII
Prebiu Liga Super: Perlawanan 2
Kelantan lawan PKNS FC
Juara bertahan Liga Super lawan pendatang baru yang sudah pun tumbang dalam perlawanan pertama mereka. Dengan Kelantan dalam keadaan terbaik selain prestasi Norshahrul Idlan Talaha yang meletup sementara Mohammed Ghaddar biasa-biasa saja, Red Warriors pasti tidak berdepan masalah meratah pasukan kelab seperti PKNS FC.
Verdik: Kelantan menang
Kedah lawan Lions XII
V Sundramoorthy bakal kembali ke Stadium Darul Aman setelah 22 tahun meninggalkan Kedah tempat beliau mula mencipta nama sebagai pemain bola hingga diberi jolokan The Dazzler. Tetapi kali ini The Dazzler kembali sebagai jurulatih Lions XII dan bakal berdepan dengan bekas pemain idola Yob, Nidzam Adzha yang memangku tugas Wan Jamak selaku jurulatih Kenari. Siapakah antara dua bekas pemain hebat ini yang mampu menjadi arkitek strategi pasukan masing-masing yang lebih hebat dari lawannya? Adakah Sang Singa bakal menjadi lebih ganas selepas terluka atau mampukah Kenari terbang kembali?
Verdik: Kedah menang
Kuala Lumpur lawan T-Team
Anak buah Razip Ismail berdepan tugas maha berat menentang pasukan di puncak klasemen, T-Team. T-Team yang sebelum ini membelasah Kedah 3 gol tanpa balas harus diakui kekuatannya apatah lagi dengan khidmat anak Pahang bernama Yunus Alif menjadi pengendali mereka. Malahan kejayaan T-Team dalam perlawanan pertama dan kegagalan Terengganu pula menjadikan pasukan kelab ini lebih menonjol sebagai kebanggan rakyat Terengganu. Dan tidak lupa juga rakyat Pahang, kerana Yunus Alif ini sajalah yang mereka boleh harapkan sebagai wakil Pahang dalam Liga Super. Tak akan nak harap pada skuad Pahang dan Sultan Bola kot?
Verdik: T-Team menang
Terengganu lawan Felda United
Sang Penyu yang masih menangis kerana kalah dalam perlawanan pertama dan masih meroyan kerana tidak dapat menggunakan pemain import kesayangan mereka kini berdepan pula dengan Felda United, yang baru-baru ini membuat kejutan untuk menewaskan Sabah 2-0. Tetapi tanpa import Terengganu adalah sebuah pasukan yang baik, cuma mungkin MB Ahmad Said saja yang tidak berfikiran sedemikian. Pun begitu, Felda United di bawah E Elavarasan juga tidak kurang hebat, namun kelebihan tempat sendiri mungkin memihak pada skuad Penyu.
Verdik: Terengganu menang
Sabah lawan Sarawak
Derbi Borneo kini kembali lagi.
Bulan lepas kedua gergasi Borneo ini telah bertemu dalam dua siri
perlawanan persahabatan, Sarawak menang 1-0 perlawanan pertama dan seri
0-0 dalam perlawanan kedua, sehingga akhbar Borneo Post milik Sarawak mendabik dada di laman sesawang mereka. Tetapi kali ini saingan Liga Super bakal
memberikan impak yang lebih besar, terutama sekali Sabah yang tewas
mengejut perlawanan sebelum ini dan masih kelihatan agak goyah sekali
pyun berbelanja besar musim ini. Sejauh mana Justin Ganai dapat meniup
kembali semangat padi kepada jiwa pemain Sabah, atau adakah Robert
Alberts akan menyorak Ngap Sayot dan memastikan Sarawak terus memiliki
'Borneo derby football supremacy'?
Verdik: Seri
Johor FC lawan Negeri Sembilan
Berbeza dengan Terengganu, Johor FC tidaklah meroyan sangat tentang kehilangan pemain import mereka. Dan dengan kemenangan dalam perlawanan pertama skuad Lebah pasti lebih yakin apabila menyambut kunjungan Jang di Stadium JCorp, gelanggang keramat Johor FC. Dengan K Devan yang berpengalaman selaku jurulatih, tidak mustahil Jang bakal berseri muka sekali lagi.
Verdik: Seri
Selangor lawan Perak
Red Giants lawan Seladang. Orang Jawa lawan Yob. Football rivalry antara dua pasukan ni aku tak perlu cerita panjang. Cuma aku nak nasihat, Don't Mess With The Yob!
Verdik: Aku tak berani nak letak verdik
38
Liga Super 2012 Membuka Tirai
Lupakan pasal Thierry Henry dan Arsenal. Di manakah keseronokan berbola sepak kalau ianya asyik tentang seorang pemain tua bangka yang kembali bermain untuk sebuah kelab EPL yang dalam era kemerosotan dan kemudian menjaringkan gol dalam kedudukan curi ayam menentang sebuah kelab dari League Championship yang tidaklah sehebat mana pun?
Benda-benda macam ini hanya sesuai untuk orang Pahang.
Keseronokan berbola sepak yang sebenar ialah menonton satu perlawanan liga yang pemain importnya lebih kurang macam pemain tempatannya. Yang perlawanannya dihiasi dengan tendangan mengikut arah telor, tendangan yang naik 20 meter ke udara di depan pintu gol yang terbuka luas atau tendangan sudut yang langsung tak naik ke udara. Inilah keseronokan berbola sepak.
Dan keseronokan ini hanya boleh kita perolehi dalam Liga Super. Kalau tak percaya tanya budak-budak Singapura yang memenuhi Stadium Jalan Besar semalam. Jadah apanya mereka lebih taksub dengan Liga Super kita dari melayan S-League mereka sendiri? Jadah apa?
Liga Super musim 2012 bersepak mula semalam dengan 14 pasukan berentap dalam 7 perlawanan penuh pancaroba. Inilah dia keseronokan berbola sepak yang sebenar.
Felda United 2-0 Sabah
Sabah merupakan pilihan untuk menang perlawanan ini, menjaringkan 2 gol tetapi semuanya dibatalkan kerana ofsaid. Felda United yang dibarisi 17 muka baru untuk musim 2012 pula menunjukkan keserasian yang luar biasa.
Percaturan E Elavarasan lebih mantap dari Justin Ganai, sekali pun Sabah dibarisi 2 pemain import berprofil tinggi iaitu Brendan Gan dan Michael Baird. Sebaliknya muka baru Felda United, Raimi Mohd Nor dan Yong Kuong Yong yang berjaya menemui menjaringkan gol di separuh masa pertama. Sementara gol Sabah oleh Brendan Gan dan Bobby Gonzales dibatalkan kerana ofsaid.
Kemenangan Felda United mungkin hasil dari persediaan yang lebih baik dalam pra musim. Sedangkan Sabah, kerana faktor geografi banyak mengadakan perlawanan pra musim menentang pasukan-pasukan daerah di negeri Sabah. Mungkin dalam 2 atau 3 perlawanan liga lagi barulah anak buah Justin Ganai dapat menemui rentak untuk menyaingi pasukan Liga Super yang lain.
Lions XII 1-2 Kelantan
Pasukan jemputan dari Singapura, Lions XII akhirnya disajikan dengan cabaran bola sepak sebenar dalam Liga Super. Dan malang sekali lawan pertama mereka ialah juara liga, Kelantan.
Gol awal Baihakki Khaizan untuk Lions XII disamakan oleh Norsharul Idlan Talaha sebelum tamat separuh masa pertama. Kemudian pemain import Kelantan, Mohammed Ghaddar menyempurnakan penalti selepas dijatuhkan oleh penjaga gol lawan, Izwan Mahbud.
Anak buah Peter Butler tidak menghadapi sebarang masalah bermain di atas padang sintetik seperti yang pernah dialami oleh anak buah K Rajagopal. Sekali pun berdepan sokongan fanatik tuan rumah yang kempunan aksi bola sepak sebenar setelah Singapura menarik diri dari liga Malaysia 17 tahun dulu.
Dengan perlawanan pra musim yang kurang meyakinkan dan kekalahan dalam perlawanan pertama Liga Super, persoalan besar sekarang ialah sejauh mana keupayaan sebenar Lions XII untuk bersaing di dalam liga. Nasib baik Sultan Bola memberi jaminan bahawa Lions XII tidak akan direlegasi sekelipun berada dalam kedudukan tercorot.
Sarawak 2-0 Kuala Lumpur
Semangat Ngap Sayot kembali ke Liga Super setelah sekian lama menyepi dan tanpa membuang masa membuka langkah kanan untuk menundukkan Kuala Lumpur, pasukan relegasi pilihan musim ini.
Anak buah Robert Alberts tidak berdepan sebarang masalah untuk mengatasi City Boys yang menerima sokongan padu dari pengulas seperti Pak Kordi. K Ravindran dan Hairol Mokhtar muncul penjaring buat The Crocs menjadi pasukan baru tunggal Liga Super yang menang dalam perlawanan hari pertama.
Kejayaan Sarawak ini bakal menjadi bekal penting sebelum mereka bertandang ke Kota Kinabalu dalam perlawanan berikutnya menentang Sabah dan sekaligus menghidupkan kembali Borneo Derby.
PKNS FC 1-2 Johor FC
Satu lagi pendatang baru Liga Super, PKNS FC bagaimana pun tidak bernasib baik apabila tewas tipis di tangan pasukan status kelab terbaik di Malaysia, Johor FC.
Dengan dikendalikan oleh bekas pengurus Selangor, K Devan, Johor FC yang tidak barisi pemain import membuktikan keupayaan mereka mengatasi pendatang baru Liga Super dengan jaringan Riduwan Ma'on dan Azi Shahril.
Gol saguhati PKNS FC hadir melalui sepakan penalti Fauzan Dzulkifli tetapi itu tidak cukup untuk mereka mengikat Johor FC di tempat sendiri.
T-Team 3-0 Kedah
Kedah la ni memang kronik nampaknya. Sebelum perlawanan lagi pemain import mereka tercedera setelah terlanggar kepala penyiram air di tepi padang. Dan kemudian bertemu T-Team, yang kehilangan 3 tonggak utama musim lepas, skuad Hijau Kuning dilauk pula dengan 3 gol.
Percaturan Wan Jamak nampak pincang berdepan Yunus Alif, yang melalui 2 gol Faiz Subri dan 1 gol Zairo Anuar dalam separuh masa pertama memberikan T-Team kelebihan selesa mengatasi Kedah. Separuh masa kedua pastinya diisi dengan T-Team bermain cara sederhana untuk mempertahankan kelebihan mereka.
Kekalahan dalam perlawanan pembuka tirai bermakna Wan Jamak perlu menang dalam perlawanan kedua menentang Lions XII nanti. Andai kalah, tidak mustahil Wan Jamak bakal hilang pekerjaan sekali lagi.
Negeri Sembilan 2-2 Selangor
Ini pastinya perlawanan tumpuan, kerana ia menemukan antara pasukan paling berjaya waktu ini, Negeri Sembilan dan pasukan yang gah dari segi sejarah iaitu Selangor. Macam Manchester United lawan Liverpool. Atau Jang sejati seperti Jorji lawan, errr, budak-budak Sokerlekas.
Negeri Sembilan seperti kita ketahui terkenal dengan reputasinya sebagai pasukan badi buat Kelantan dan mempunyai keupayaan melakukan kejutan sekali pun berdepan lawan yang menjadi pasukan pilihan. Selangor pula masih tercari-cari arah ke arah zaman kegemilangan dan Misi 33, kali ini dikendali oleh The Tinkerman, Irfan Bakti sambil masih bersandarkan kepada barisan pemain bintang yang kadang kala seperti primadona.
Hanya 45 minit pertama diperlukan oleh Negeri Sembilan untuk memberikan kejutan sehebat masak lomak cili api apabila Awang Afrika milik Jang, Jean Effa Owona meledak 2 gol. Biar nama macam awek-awek Negro, tapi Jean Effa Owona pantas menjadi idola di STAR of Paroi.
Apabila tamat separuh masa pertama, kepincangan Selangor terbukti jelas namun begitu kehadiran Tinkerman seperti Irfan Bakti terbukti aset berharga buat Red Giants. Entah kata semangat apa, atau percaturan bijaksana entah bagaimana, separuh masa kedua di STAR of Paroi terbukti milik Selangor.
Pertama sekali Amirul Hadi membuktikan keupayaan beliau bukan sekadar membalas tweet awek-awek di Twitter dengan gola pertama Selangor untuk merapatkan jurang. Ia kemudian diikuti dengan jaringan penalti Safiq Rahim yang dihadiahkan oleh pengadil ibarat menebus hadiah penalti kepada Negeri Sembilan di separuh masa pertama.
Apabila wisel penamat ditiup, yang pasti Selangor telah melakukan kebangkitan yang tidak dijangka untuk mengikat juara bertahan Piala Malaysia 2011. Sementara buat Negeri Sembilan hanya satu persoalan yang timbul, apo kono eh Jang?
Perak 1-0 Terengganu
Sang Penyu menangis di Ipoh, walaupun sebenarnya Ipoh Mali Talak Sombong. Anak buah Mat Zan Mat Aris berdepan dengan anak buah Tuan Haji Norizan Bakar, dengan Terengganu masih bersedih kerana ditipu oleh FAM sehingga tidak berjaya mendaftarkan pemain import mereka.
Tetapi Terengganu dengan atau tanpa import masih tetap lawan yang merbahaya. Trio serangan mereka yang terdiri dari Hadi Yahya, Manaf Mamat dan Joseph Kalang Tie adalah sinonim dengan permainan serangan balas sepantas kilat yang telah dibuktikan pada musim lepas. Terengganu mungkin diberi jolokan Sang Penyu, tetapi permainan mereka pantas ibarat Mat Rempit di Jalan Kuala Ibai.
Namun begitu Tuan Haji Norizan Bakar mempunyai strategi tersendiri. Barisan pertahanan yang dikepalai pemain berpengalaman Khairi Zainuddin cemerlang mengekang asakan pantas Terengganu. Joseph Kalang Tie yang terkenal dengan larian pantas beliau gagal menembusi benteng pertahanan Yob.
Namun masalah Perak dari musim lepas yang nampaknya terbawa ke musim ini ialah jentera serangan. Pemain import dari Serbia, Lazar Popovic langsung tidak menunjukkan kebuasan beliau walaupun berdarah Serbia. Akmal Rizal lebih menyerlah tetapi masih belum cukup untuk menembusi kawalan gawang oleh Sharbinee Allawee.
Kebuntuan tanpa jaringan terus menghantui kedua pasukan di separuh masa kedua. Dan di saat Akmal Rizal akhirnya terpaksa diganti oleh penyerang muda Failee Ghazli sementara Lazar Popovic udah seperti Nando Torres bangangnya, penyelamat Yob muncul dari barisan tengah. Pemain import Slovakia (Slovenia dakwa Hasbullah Awang), Michal Kubala melepaskan rembatan kencang dari jarak lebih 20 meter untuk gol tunggal Yob.
Terengganu cuba mengasak tetapi pertahanan Yob tetap utuh. Usai perlawanan alasan-alasan yang muncul dari puak Ganu Nelang ialah mereka tanpa import dan 100% tempatan. Tetapi Perak pada tahun 1989 juga tanpa import dan muncul pasukan tunggal di separuh akhir Piala Malaysia yang 100% tempatan.
Hanya kata-kata berikut dapat diungkapkan oleh Tuan Haji Norizan Bakar apabila ditemu bual oleh wartawan RTM selepas perlawanan.
"Alhamdulillah, Allah menganugerahkan kemenangan untuk kita."
Don't Mess With The Yobs!
24
Musim Liga Super 2011 melabuhkan tirai malam tadi. Kelantan aka The Red Warriors telah dinobatkan sebagai juara baru Liga Super. Merasa juga demo nak pegang trofi Liga Super ya?
Sokernet mengucapkan tahniah kepada Kelantan dan pastinya Red Warriors semua bergembira dan bersyukur di atas kejayaan gilang-gemilang ini. Tapi pastinya dalam ramai-ramai peminat Red Warriors tidak ada yang lebih layak untuk bergembira dan sujud syukur melainkan...

Ya, Perdana Menteri kita yang merupakan anak jati kelahiran Pekan, Pahang dan juga peminat nombor 1 Red Warriors!

p/s: Pahang apa cerita? Relegated atau bakal diselamatkan dengan daulat Sultan Bola sekali lagi?
Tahniah Red Warriors
LuciusMaximus
Khamis, Julai 07, 2011
bolasepak malaysia,
Happy Warriors memang power.. Gomo Happy Warriors Gomo,
Kelantan,
liga super malaysia,
lm
Musim Liga Super 2011 melabuhkan tirai malam tadi. Kelantan aka The Red Warriors telah dinobatkan sebagai juara baru Liga Super. Merasa juga demo nak pegang trofi Liga Super ya?
Sokernet mengucapkan tahniah kepada Kelantan dan pastinya Red Warriors semua bergembira dan bersyukur di atas kejayaan gilang-gemilang ini. Tapi pastinya dalam ramai-ramai peminat Red Warriors tidak ada yang lebih layak untuk bergembira dan sujud syukur melainkan...

Ya, Perdana Menteri kita yang merupakan anak jati kelahiran Pekan, Pahang dan juga peminat nombor 1 Red Warriors!

p/s: Pahang apa cerita? Relegated atau bakal diselamatkan dengan daulat Sultan Bola sekali lagi?
24

"Ater setiap yang beranak di segenap pelusuk negeri teman ini, yang jantan namanye Yob, yang betine namanye Yong, deme ini tidaklah lain makannye kecuali deghoyan dengan tempoyak, dan tidaklah lain pasukan pilihannye melainkan skuad Seladang ajenye"
- Undang-Undang Tubuh Negeri Perak (Fasal 7)
Yob tenang seperti biasa. Pasukan teman idak le kecoh kahwin dengan artis atau sibuk digosipkan dengan artis. Pasukan teman keghojenye main bola ater itu aje le yang dibuat deme sejak adanye langit dan bumi (dan juga padang bola). Deme tak pernah bergebang misi 3 piale ke ape ke. Kalau elok bebenor mainnye, deme menang piale. Kalau idak berape elok gayanye, deme menten je dalam Liga Super. Abih musim Liga Super deme sibuk musim deghoyan. Tapi nama nak kena relegated tu idak le sama sekali.
Yob dan Seladang, sejak dari azali lagi dan sejak dari M Karathu belum jadi Datuk M Karathu, adalah pasukan yang low profile kata orang putih. Tak pernah kecoh dapat pemain bertaraf bintang atau pemain muka jambu. Dasar pembelian pemain Yob sangat mudah, siapa yang gemor makan deghoyan atau tempoyak, deme boleh main untuk Seladang. Tak percaye? Mike tanye Jang Jung!
Teman tau, dalam bolasepak Malaysia ini apok segala bola ialah tak lain dan tak bukan Red Giants. Udah bermacam piala dijulang deme, jenis yang Liverpool pun tak mampu nak julang ceritenye. Anak sedare Pak Jabit yang keghoje pejabat SUK Selangor tu pernah cerite kat teman, di Selangor FA nun deme simpan piale bukan dalam kabinet lagi dah, tapi dalam gudang! Punya la banyak piale deme menang sampai udah tak terbela gayanye.
Teman tabik. Teman tabik sama Red Giants. Nak banding dengan Seladang teman memang tak tercelen kata orang kampung teman. Tapi itu dari segi fakta dan sejarah aje le ye. Ateh padang, hah lain ceritenye kome!
Besok di Shah Alam, Yob akan berdepan dengan Red Giants. Tapi Yob tenang setenang air muka Cikgu Jan. Bukan baru kali pertama Yob berdepan dengan Red Giants. Udah tak terkire banyaknye!
Mengikut sumber yang teman dengor, barisan kesebelasan Yob berada dalam keadaan tip-top. Selepas kemenangan bergaye ke atas Happy Warriors dan mengayamkan Khairul Fahmi Che Mat macam ayam KFC (M) Holdings, Seladang terus bernafsu untuk menyondol Red Giants. Ater?
Teman yakin, Hantu Kak Limah dan Hantu Piala FA 1992 akan merasuk Yob sekalian esok untuk merampas puncak klasemen Liga Super dari Red Giants. Tidak mustahil asalkan Red Giants tidak keluarkan senjata mesum seperti di bawah yang Sabah pernah gunakan ke atas Yob di Likas minggu lalu.

Bab macam ni, Yob bergoncang sikit.
*Gambor-gambor dari Perak FA dan simpanan peribadi teman
Tahukah anda, Yob?
LuciusMaximus
Jumaat, April 15, 2011
Kejor Yob Kejor,
liga super malaysia,
lm,
Perak Darul Ridzuan,
Perak FA,
The Yobs

"Ater setiap yang beranak di segenap pelusuk negeri teman ini, yang jantan namanye Yob, yang betine namanye Yong, deme ini tidaklah lain makannye kecuali deghoyan dengan tempoyak, dan tidaklah lain pasukan pilihannye melainkan skuad Seladang ajenye"
- Undang-Undang Tubuh Negeri Perak (Fasal 7)
Yob tenang seperti biasa. Pasukan teman idak le kecoh kahwin dengan artis atau sibuk digosipkan dengan artis. Pasukan teman keghojenye main bola ater itu aje le yang dibuat deme sejak adanye langit dan bumi (dan juga padang bola). Deme tak pernah bergebang misi 3 piale ke ape ke. Kalau elok bebenor mainnye, deme menang piale. Kalau idak berape elok gayanye, deme menten je dalam Liga Super. Abih musim Liga Super deme sibuk musim deghoyan. Tapi nama nak kena relegated tu idak le sama sekali.
Yob dan Seladang, sejak dari azali lagi dan sejak dari M Karathu belum jadi Datuk M Karathu, adalah pasukan yang low profile kata orang putih. Tak pernah kecoh dapat pemain bertaraf bintang atau pemain muka jambu. Dasar pembelian pemain Yob sangat mudah, siapa yang gemor makan deghoyan atau tempoyak, deme boleh main untuk Seladang. Tak percaye? Mike tanye Jang Jung!
Teman tau, dalam bolasepak Malaysia ini apok segala bola ialah tak lain dan tak bukan Red Giants. Udah bermacam piala dijulang deme, jenis yang Liverpool pun tak mampu nak julang ceritenye. Anak sedare Pak Jabit yang keghoje pejabat SUK Selangor tu pernah cerite kat teman, di Selangor FA nun deme simpan piale bukan dalam kabinet lagi dah, tapi dalam gudang! Punya la banyak piale deme menang sampai udah tak terbela gayanye.
Teman tabik. Teman tabik sama Red Giants. Nak banding dengan Seladang teman memang tak tercelen kata orang kampung teman. Tapi itu dari segi fakta dan sejarah aje le ye. Ateh padang, hah lain ceritenye kome!
Besok di Shah Alam, Yob akan berdepan dengan Red Giants. Tapi Yob tenang setenang air muka Cikgu Jan. Bukan baru kali pertama Yob berdepan dengan Red Giants. Udah tak terkire banyaknye!
Mengikut sumber yang teman dengor, barisan kesebelasan Yob berada dalam keadaan tip-top. Selepas kemenangan bergaye ke atas Happy Warriors dan mengayamkan Khairul Fahmi Che Mat macam ayam KFC (M) Holdings, Seladang terus bernafsu untuk menyondol Red Giants. Ater?
Teman yakin, Hantu Kak Limah dan Hantu Piala FA 1992 akan merasuk Yob sekalian esok untuk merampas puncak klasemen Liga Super dari Red Giants. Tidak mustahil asalkan Red Giants tidak keluarkan senjata mesum seperti di bawah yang Sabah pernah gunakan ke atas Yob di Likas minggu lalu.

Bab macam ni, Yob bergoncang sikit.
*Gambor-gambor dari Perak FA dan simpanan peribadi teman
12
Nak buat lagu mano? Kito harap yang baik-baik kat Red Warriors belako. Kalah mene adat permainan.
Ish, ambo berdaroh idung nih. Tok tehe nengok video lagu ni!
Kelate Kecek Besar Jah, Mapuh Kene Nga Pahe 2-0!
Nak buat lagu mano? Kito harap yang baik-baik kat Red Warriors belako. Kalah mene adat permainan.
Ish, ambo berdaroh idung nih. Tok tehe nengok video lagu ni!
8
Yob - The Invincibles
LuciusMaximus
Sabtu, Mac 12, 2011
bolasepak malaysia,
Kejor Yob Kejor,
liga super malaysia,
lm,
The Yobs
37
REBIU PERLAWANAN 6 LIGA SUPER
Musuhnya Habis Binasa?
Misi pemburuan 3 piala nampaknya sudah semakin parah. Sama saja parahnya dengan Jang yang melepas nak kahwin dengan Milah. Sekalipun mempunyai slogan 'Musuhnya Habis Binasa' yang penuh berseni dan beradat ibarat luahan tutur kata Rais Yatim, Negeri Sembilan langsung tidak digeruni oleh lawannya.

Red Warriors menyambut kedatangan Negeri Sembilan ke Kota Bharu dengan satu matlamat, mem-budu-kan Jang. Dan itulah yang dilakukan oleh anak buah M Karathu. Negeri Sembilan berjaya mengikat Kelantan tanpa jaringan di babak pertama tetapi di babak kedua Jang tumbang seperti tewasnya Aidil Zafuan dalam pelukan Rita Rudaini.
S Chanturu terlebih dulu membuka jaringan pada minit ke-51 hasil tendangan percuma dari Nurul Azwan Roya. Kemudiannya penyerang sensasi Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha memastikan 3 mata penuh selamat dalam genggaman hasil jaringan minit 76 dan 82.
Kekalahan 3-0 Negeri Sembilan sebenarnya boleh dikatakan di luar jangkaan apatah lagi ini ibarat pertemuan ulangan akhir Piala Malaysia 2010. Dan dengan ketandusan gol di barisan serangan Jang setakat ini (hanya 5 gol dari 6 perlawanan) mungkin tiba masanya untuk Wan Jamak mengintai penyerang terbaru bagi mempertajamkan barisan serangan. Ayam tambatan Sokernet, Jorji mungkin pilihan terbaik untuk Jang misalnya.
Keputusan: Kelantan 3 - Negeri Sembilan 0
Red Giants Bangkit
Selangor kembali bangkit untuk mempertahankan kejuaraan liga apabila mudah menundukkan Kedah di Shah Alam. Selepas seri tanpa jaringan di Pasir Gudang minggu lalu, Kedah dijadikan mangsa oleh Red Giants untuk melepas geram meledak gol sekaligus mengukuhkan reputasi Selangor sebagai kuasa bolasepak dulu, kini dan selamanya.

Fadzli Saari (53) dan Asraruddin Putra Omar (81) muncul penjaring buat Selangor di Shah Alam untuk meletakkan Red Giants di posisi ke-4 Liga Super dengan 11 mata. Kedah pula kini terus terperosok di posisi ke-10, 2 kekalahan dari 2 perlawanan memberikan mereka rekod terburuk bermain di tempat lawan sedang mencatat keputusan seri di tempat sendiri nampaknya sudah menjadi adat buat Hijau Kuning.
Mahu atau tidak, Kedah perlu berbuat sesuatu atau kejayaan 'Double Treble' beberapa tahun dulu akan hanya jadi 'sandarkan pada kenangan'.
Keputusan: Selangor 2 - Kedah 0
Penyu Mengganas
Okay, penyu sebenarnya bukanlah haiwan yang ganas tetapi Terengganu terus memastikan bahawa jolokan kuasa bolasepak Pantai Timur bukan milik Kelantan secara mutlak. Berdepan Johor FC di Kuala Terengganu, anak buah Irfan Bakti tidak membuang masa mengutip 3 mata penuh untuk terus mengejar musuh tradisi Kelantan.
Hanya 7 minit diperlukan Hadi Yahya untuk memecah kebuntuan hasil hantaran lintang Ashaari Shamsuddin. Berselang 7 minit kemudian Terengganu menggandakan jaringan, kali ini melalui Ismail Farouqi hasil tendangan percuma.
Percaturan Irfan Bakti memastikan Terengganu terus menguasai babak kedua perlawanan dengan Johor FC yang ketandusan penyerang berkualiti gagal mengancam gawang Terengganu. Pada minit ke-77, Hadi Yahya melorong bola buat membalas budi Ashaari Shamsuddin untuk pemenang Kasut Emas 2010 itu menghasilkan gol ke-3 Terengganu.
Keputusan: Terengganu 3 - Johor FC 0
Tok Gajah Kecewakan Haris Adam
Kalau Kelantan dan Terengganu sukses selalu, lain pula ceritanya dengan Pahang. Skuad Tok Gajah terus dirundung malang sekali pun bermain di Stadium Darul Makmur.
Bertemu Sabah tugas mudah buat Dollah Salleh dan Pahang tetapi mereka jelas ketar lutut berdepan dengan pasukan yang dikuasai Ultra Sumandak. Razlan Oto meletakkan pelawat di depan pada minit ke-31 dan kemudian Leopold Alphonso menambah gol ke-2 Sabah pada minit ke-70.
Tetapi mungkin kerana campur tangan saat akhir Sultan Bola, Pahang berjaya bangkit melalui R Surendran (71) dan Famirul Asyraf (79) buat kedua-dua pasukan berkongsi mata dan kekal di bottom half Liga Super.
Keputusan: Pahang 2 - Sabah 2
Budak Felda Terus Mara
Bukan senang menjadi sebuah pasukan kelab dan bermain menentang gergasi-gergasi pasukan negeri. Tetapi setakat Perlawanan 6 ini Felda United membuktikan mereka mampu bersaing sekalipun menjadikan pasukan kelab lain sebagai mangsa.

Menentang T-Team yang berada dalam zon penyingkiran, Felda United mudah membolot 3 mata penuh bagi melonjak diri ke posisi ke-5 Liga Super. Farderin Kadir (61) dan Zamri Chin (66) muncul penyumbang gol buat pasukan tuan rumah di Stadium MBPJ.
T-Team yang menang kali pertama minggu lepas kini kembali tertekan. Indra putra, Azizi Matt Rose dan Nor Farhan yang diharap dapat memperkuatkan barisan kesebelasan T-Team terus mengecewakan sedang Yunus Alif masih gagal mencari penawar yang diperlukan.
Keputusan: Felda United 2 - T-Team 0
Yob Kekal Rekod Tanpa Kalah
Perak yang setakat ini telah mengejutkan ramai pihak dengan pencapaian luar jangkaan berdepan ujian getir apabila didatangi oleh Ong Kim Swee dan Harimau Muda A beliau. Tetapi Yob seperti biasa steady seperti M Daud Kilau.
Selaku pesaing rapat Kelantan, Cikgu Jan pastinya mahukan 3 mata penuh tetapi ianya agak sukar kerana Harimau Muda A setakat ini hanya tumpas sekali itu pun secara tidak sengaja kepada Negeri Sembilan. Dan seawal minit ke-12 apabila Wan Zack Haikal mengejutkan segenap Yob dan Yong melalui jaringan beliau melalui satu serangan balas.
Perlawanan yang disiarkan secara langsung jelas menarik dengan Yob terus menggandakan asakan untuk membalas gol Harimau Muda A. SJ9 dan AR14 memberikan gandingan mantap tetapi pertahanan anak buah Ong Kim Swee tetap utuh menahan asakan Yob.
Cikgu Jan memilih untuk memasukkan El Tornado di hujung permainan ketika Yob kelihatan bakal tumpas buat kali pertama musim ini. Tetapi penyelamat terakhir umat Yob rupanya ialah Noor Hazrul, tendangan percuma dari beliau menembusi dinding pemain Harimau Muda A pada minit ke-86 untuk gol penyamaan.
Yob terus kekal di posisi ke-2 Liga Super tetapi kini ketinggalan 2 mata di belakang Red Warriors sementara Harimau Muda A jatuh ke posisi ke-6 selepas pesaing terdekat lain masing-masing mencatatkan kemenangan.
Keputusan: Perak 1 - Harimau Muda A 1
Singa Utara Terus Kempunan
Jauh di utara, Perlis yang masih lagi belum pernah menang musim ini terus kecewa. Meraikan kunjungan Kuala Lumpur ianya peluang terbaik untuk Singa Utara mencatat kemenangan pertama tetapi hanya seri tanpa jaringan mampu dihasilkan.
Jurulatih Perlis, Mustakeen Omar juga telah secara sah meletak jawatan beliau, menjadi jurulatih pertama yang menjadi mangsa kepincangan pasukan sendiri musim ini. Jurulatih Kedah, Ahmad Yusoff adalah pilihan utama untuk menjadi mangsa ke-2.
Keputusan: Perlis 0 - Kuala Lumpur 0
PREBIU PUSINGAN 2 PIALA FA
Saingan Piala FA untuk Pusingan 2 bermula malam ini dan esok, melibatkan semua 16 pasukan termasuk Selangor, Negeri Sembilan dan Kedah yang mendapat 'bye' pada Pusingan 1.
Berikut susun atur perlawanan dengan pasukan ditilik menang oleh Unit Paranormal Sokernet bertanda *.
Negeri Sembilan* - Kuala Lumpur
PKNS FC - Pahang*
Perak* - Sime Darby FC
ATM - Terengganu*
Selangor* - Harimau Muda B
Harimau Muda A* - Johor
Johor FC - Kelantan*
Felda United* - Kedah
Berita gembira buat adik Haris Adam, Astro Arena bakal menyiarkan perlawanan PKNS FC lawan Pahang esok.
Rebiu Liga Super Perlawanan 6 & Prebiu Piala FA Pusingan 2
REBIU PERLAWANAN 6 LIGA SUPER
Musuhnya Habis Binasa?
Misi pemburuan 3 piala nampaknya sudah semakin parah. Sama saja parahnya dengan Jang yang melepas nak kahwin dengan Milah. Sekalipun mempunyai slogan 'Musuhnya Habis Binasa' yang penuh berseni dan beradat ibarat luahan tutur kata Rais Yatim, Negeri Sembilan langsung tidak digeruni oleh lawannya.

Red Warriors menyambut kedatangan Negeri Sembilan ke Kota Bharu dengan satu matlamat, mem-budu-kan Jang. Dan itulah yang dilakukan oleh anak buah M Karathu. Negeri Sembilan berjaya mengikat Kelantan tanpa jaringan di babak pertama tetapi di babak kedua Jang tumbang seperti tewasnya Aidil Zafuan dalam pelukan Rita Rudaini.
S Chanturu terlebih dulu membuka jaringan pada minit ke-51 hasil tendangan percuma dari Nurul Azwan Roya. Kemudiannya penyerang sensasi Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha memastikan 3 mata penuh selamat dalam genggaman hasil jaringan minit 76 dan 82.
Kekalahan 3-0 Negeri Sembilan sebenarnya boleh dikatakan di luar jangkaan apatah lagi ini ibarat pertemuan ulangan akhir Piala Malaysia 2010. Dan dengan ketandusan gol di barisan serangan Jang setakat ini (hanya 5 gol dari 6 perlawanan) mungkin tiba masanya untuk Wan Jamak mengintai penyerang terbaru bagi mempertajamkan barisan serangan. Ayam tambatan Sokernet, Jorji mungkin pilihan terbaik untuk Jang misalnya.
Keputusan: Kelantan 3 - Negeri Sembilan 0
Red Giants Bangkit
Selangor kembali bangkit untuk mempertahankan kejuaraan liga apabila mudah menundukkan Kedah di Shah Alam. Selepas seri tanpa jaringan di Pasir Gudang minggu lalu, Kedah dijadikan mangsa oleh Red Giants untuk melepas geram meledak gol sekaligus mengukuhkan reputasi Selangor sebagai kuasa bolasepak dulu, kini dan selamanya.

Fadzli Saari (53) dan Asraruddin Putra Omar (81) muncul penjaring buat Selangor di Shah Alam untuk meletakkan Red Giants di posisi ke-4 Liga Super dengan 11 mata. Kedah pula kini terus terperosok di posisi ke-10, 2 kekalahan dari 2 perlawanan memberikan mereka rekod terburuk bermain di tempat lawan sedang mencatat keputusan seri di tempat sendiri nampaknya sudah menjadi adat buat Hijau Kuning.
Mahu atau tidak, Kedah perlu berbuat sesuatu atau kejayaan 'Double Treble' beberapa tahun dulu akan hanya jadi 'sandarkan pada kenangan'.
Keputusan: Selangor 2 - Kedah 0
Penyu Mengganas
Okay, penyu sebenarnya bukanlah haiwan yang ganas tetapi Terengganu terus memastikan bahawa jolokan kuasa bolasepak Pantai Timur bukan milik Kelantan secara mutlak. Berdepan Johor FC di Kuala Terengganu, anak buah Irfan Bakti tidak membuang masa mengutip 3 mata penuh untuk terus mengejar musuh tradisi Kelantan.
Hanya 7 minit diperlukan Hadi Yahya untuk memecah kebuntuan hasil hantaran lintang Ashaari Shamsuddin. Berselang 7 minit kemudian Terengganu menggandakan jaringan, kali ini melalui Ismail Farouqi hasil tendangan percuma.
Percaturan Irfan Bakti memastikan Terengganu terus menguasai babak kedua perlawanan dengan Johor FC yang ketandusan penyerang berkualiti gagal mengancam gawang Terengganu. Pada minit ke-77, Hadi Yahya melorong bola buat membalas budi Ashaari Shamsuddin untuk pemenang Kasut Emas 2010 itu menghasilkan gol ke-3 Terengganu.
Keputusan: Terengganu 3 - Johor FC 0
Tok Gajah Kecewakan Haris Adam
Kalau Kelantan dan Terengganu sukses selalu, lain pula ceritanya dengan Pahang. Skuad Tok Gajah terus dirundung malang sekali pun bermain di Stadium Darul Makmur.
Bertemu Sabah tugas mudah buat Dollah Salleh dan Pahang tetapi mereka jelas ketar lutut berdepan dengan pasukan yang dikuasai Ultra Sumandak. Razlan Oto meletakkan pelawat di depan pada minit ke-31 dan kemudian Leopold Alphonso menambah gol ke-2 Sabah pada minit ke-70.
Tetapi mungkin kerana campur tangan saat akhir Sultan Bola, Pahang berjaya bangkit melalui R Surendran (71) dan Famirul Asyraf (79) buat kedua-dua pasukan berkongsi mata dan kekal di bottom half Liga Super.
Keputusan: Pahang 2 - Sabah 2
Budak Felda Terus Mara
Bukan senang menjadi sebuah pasukan kelab dan bermain menentang gergasi-gergasi pasukan negeri. Tetapi setakat Perlawanan 6 ini Felda United membuktikan mereka mampu bersaing sekalipun menjadikan pasukan kelab lain sebagai mangsa.

Menentang T-Team yang berada dalam zon penyingkiran, Felda United mudah membolot 3 mata penuh bagi melonjak diri ke posisi ke-5 Liga Super. Farderin Kadir (61) dan Zamri Chin (66) muncul penyumbang gol buat pasukan tuan rumah di Stadium MBPJ.
T-Team yang menang kali pertama minggu lepas kini kembali tertekan. Indra putra, Azizi Matt Rose dan Nor Farhan yang diharap dapat memperkuatkan barisan kesebelasan T-Team terus mengecewakan sedang Yunus Alif masih gagal mencari penawar yang diperlukan.
Keputusan: Felda United 2 - T-Team 0
Yob Kekal Rekod Tanpa Kalah
Perak yang setakat ini telah mengejutkan ramai pihak dengan pencapaian luar jangkaan berdepan ujian getir apabila didatangi oleh Ong Kim Swee dan Harimau Muda A beliau. Tetapi Yob seperti biasa steady seperti M Daud Kilau.
Selaku pesaing rapat Kelantan, Cikgu Jan pastinya mahukan 3 mata penuh tetapi ianya agak sukar kerana Harimau Muda A setakat ini hanya tumpas sekali itu pun secara tidak sengaja kepada Negeri Sembilan. Dan seawal minit ke-12 apabila Wan Zack Haikal mengejutkan segenap Yob dan Yong melalui jaringan beliau melalui satu serangan balas.
Perlawanan yang disiarkan secara langsung jelas menarik dengan Yob terus menggandakan asakan untuk membalas gol Harimau Muda A. SJ9 dan AR14 memberikan gandingan mantap tetapi pertahanan anak buah Ong Kim Swee tetap utuh menahan asakan Yob.
Cikgu Jan memilih untuk memasukkan El Tornado di hujung permainan ketika Yob kelihatan bakal tumpas buat kali pertama musim ini. Tetapi penyelamat terakhir umat Yob rupanya ialah Noor Hazrul, tendangan percuma dari beliau menembusi dinding pemain Harimau Muda A pada minit ke-86 untuk gol penyamaan.
Yob terus kekal di posisi ke-2 Liga Super tetapi kini ketinggalan 2 mata di belakang Red Warriors sementara Harimau Muda A jatuh ke posisi ke-6 selepas pesaing terdekat lain masing-masing mencatatkan kemenangan.
Keputusan: Perak 1 - Harimau Muda A 1
Singa Utara Terus Kempunan
Jauh di utara, Perlis yang masih lagi belum pernah menang musim ini terus kecewa. Meraikan kunjungan Kuala Lumpur ianya peluang terbaik untuk Singa Utara mencatat kemenangan pertama tetapi hanya seri tanpa jaringan mampu dihasilkan.
Jurulatih Perlis, Mustakeen Omar juga telah secara sah meletak jawatan beliau, menjadi jurulatih pertama yang menjadi mangsa kepincangan pasukan sendiri musim ini. Jurulatih Kedah, Ahmad Yusoff adalah pilihan utama untuk menjadi mangsa ke-2.
Keputusan: Perlis 0 - Kuala Lumpur 0
PREBIU PUSINGAN 2 PIALA FA
Saingan Piala FA untuk Pusingan 2 bermula malam ini dan esok, melibatkan semua 16 pasukan termasuk Selangor, Negeri Sembilan dan Kedah yang mendapat 'bye' pada Pusingan 1.
Berikut susun atur perlawanan dengan pasukan ditilik menang oleh Unit Paranormal Sokernet bertanda *.
Negeri Sembilan* - Kuala Lumpur
PKNS FC - Pahang*
Perak* - Sime Darby FC
ATM - Terengganu*
Selangor* - Harimau Muda B
Harimau Muda A* - Johor
Johor FC - Kelantan*
Felda United* - Kedah
Berita gembira buat adik Haris Adam, Astro Arena bakal menyiarkan perlawanan PKNS FC lawan Pahang esok.
Langgan:
Catatan (Atom)
EMEL KAMI
PENGULAS
DISCLAIMER
LANGGANI RSS KAMI
























