Menyahut pos oleh Obefiend dan Abdul Sokernet, aku dengan penuh sukacita mempersembahkan kesebelasan Yahudi terbaik dunia.
Ya, sejajar dengan fungsi sebagai blog bolasepak, kalau nak cerita pasal Yahudi tetap kena bertemakan bolasepak ye dak?
Formasi: 4-4-2
Penjaga Gol
Avi Ran
Lahir pada tahun 1963, Avi Ran berpotensi menjadi pemain bolasepak terbaik Israel hanya jika tidak kerana nasib beliau yang menemui ajal terlalu awal. Pada tahun 1987 ketika meraikan kemenangan liga Maccabi Haifa di pantai Tiberias, Ran yang sedang mandi telah dilanggar oleh sebuat bot lumba. Beliau menemui ajalnya pada usia 23 tahun dan Israel kehilangan seorang bakat bolasepak.
Pertahanan
Tal Ben-Haim
Lahir pada tahun 1982, Ben-Haim terkenal sebagai salah seorang pemain pertahanan terbaik Israel dan tidak asing kepada para pengikut EPL. Memulakan karier bersama Maccabi Tel Aviv, Ben Haim kemudiannya berhijrah ke EPL dan pernah bermain untuk Bolton Wanderers, Chelsea, Manchester City, Sunderland dan kini bersama Portsmouth. Telah mengumpul sejumlah 54 caps untuk Israel.
Walter Samuel
Bukan rakyat Israel tapi terpilih kerana berketurunan Yahudi. Macam tajuk yang aku letak, Yahudi 11, yakni 11 pemain bolasepak Yahudi terbaik. Walter Samuel kini bermain bersama Inter dan merupakan antara pilihan utama dalam hampir semua perlawanan kelab tersebut. Telah menjuarai 7 kejuaraan Serie A, pernah bermain untuk Newell’s Old Boys, Boca Juniors, Roma dan Real Madrid. Antara kumpulan elit kecil pemain yang pernah menjulang kedua-dua Champions League dan Copa Libertadores, 55 caps bersama Argentina dengan 5 gol dijaringkan.

Juan Pablo Sorin
Rakan senegara Walter Samuel yang juga berketurunan Yahudi. Mamat rambut panjang ini adalah kapten skuad Piala Dunia 2006 Argentina dan mempunyai sejumlah 76 caps dengan 12 gol. Terkenal sebagai seorang pemain yang gemar berhijrah, Sorin pernah bermain di Brazil, Sepanyol, Itali, Perancis, Jerman dan juga tentunya Argentina.
Jonathan Spector
Pemain muda Amerika Syarikat ini adalah bekas pemain remaja dari akademi Manchester United. Kini bersama West Ham United dan baru-baru ini terpilih dalam skuad Piala Dunia 2010 Amerika Syarikat.
Tengah

Julius Hirsch
Tidak ramai yang kenal siapa Julius Hirsch, tapi jangan risau, biar Sokernet ceritakan kisahnya. Hirsch adalah pemain keturunan Yahudi yang pertama bermain untuk skuad Jerman, terpilih setelah kehebatan beliau terserlah dalam membantu kelabnya Karlsruher FV menjuarai kejuaraan Jerman tahun 1910. Ya, cerita seratus tahun dulu punya. Beliau mewakili Jerman hingga tahun 1913, kemudian berkhidmat pula dalam tentera dan terlibat dalam Perang Dunia Pertama. Beliau kemudian dianugerahkan Iron Cross, pingat ketenteraan Jerman atas khidmatnya untuk negara. Seorang patriot Jerman dalam sukan dan perang, Hirsch menemui ajalnya dalam Kem Tahanan Auschwitz ketika Holocaust, hanya sebab beliau seorang Yahudi.
David Beckham
Ya Beckham pakai kopiah Yahudi sebab dia memang seorang Yahudi. Tak sangka dulu ramai awek Melayu berimaginasi seorang lelaki Yahudi ketika waktu senggang mereka.

Yossi Benayoun
Kebanggan Liverpool yang kini mungkin bakal menjadi kebanggaan Chelsea pula. Kapten skuad Israel ini pernah dipuji dan disanjung oleh Rafa Benitez dan Fernando Torres sebagai pemain harapan Liverpool tapi baru-baru ini Benayoun mendakwa Benitez menyeksa kehidupan beliau ketika bersama Liverpool. Heh, memang Yahudi sejati mamat ni.
Ferenc Sas
Siapa Ferenc Sas? Sas adalah pemain tengah Hungary era 1930-an yang kemudiannya menjadi asas kepada Mighty Magyars era 1950-an. Muncul naib juara Piala Dunia 1938, Sas kemudian menjadi antara pemain Eropah terawal yang berhijrah ke Amerika Selatan, bermain untuk Boca Juniors dan menjuara liga Argentina pada tahun 1940.
Penyerang
Gottfried Fuchs
Rakan sepasukan Julius Hirsch dalam Karlsruher FV, tetapi lebih bijak dari saudara Yahudinya dalam bab nak hidup. Fuchs melarikan diri dari Jerman ketika Holocaust dan berhijrah ke Kanada di mana beliau menghabiskan sisa hidupnya. Tetapi sebelum itu Fuchs dikenang sebagai pemain Jerman yang menjaringkan 10 gol dalam kemenangan 16-0 Jerman ke atas Rusia ketika Sukan Olimpik 1912.

Mordechai Spiegler
Sehingga kini kekal sebagai pemegang rekod penjaring terbanyak Israel, 33 gol dari 83 caps. Spiegler adalah salah seorang dari skuad Piala Dunia 1970 Israel, satu-satunya Piala Dunia yang pernah disertai Israel setakat ini. Pemegang anugerah Israeli Footballer of the Year sebanyak 4 kali, Spiegler pernah bermain bersama Pele dan Franz Beckenbauer ketika mewakili New York Cosmos.

Pengurus
Jose Pekerman
Sebagai pemain Pekerman tidak dikenali ramai, tetapi sebagai pengurus Pekerman terkenal kerana pernah menjuarai Piala Dunia Remaja sebanyak 3 kali, termasuk edisi 1997 di Malaysia. Pengurus skuad Argentina pada Piala Dunia 2006 ini bagaimanapun gagal memenangi Piala Dunia untuk Argentina.
Pembantu Pengurus
David Pleat
Pengulas bolasepak dari England yang juga turut menjadi kolumnis untuk akhbar The Guardian. Pernah bermain untuk Nottingham Forest dan menjadi caretaker buat Tottenham Hotspur beberapa kali.
LANGGANI RSS KAMI