![]() |
| Bersama abang Terry ketika lutut masih tip-top |
Sam Hutchinson yang ketika itu baru berusia 21 tahun terpaksa bersara awal kerana kecederaan lutut yang kronik. Pernah dilabel oleh Jose Mourinho sebagai bakal pengganti John Terry, Hutchinson terpaksa melupakan karier bolasepak profesional setelah pakar perubatan merumuskan adalah mustahil untuk kecederaan lutut beliau pulih sepenuhnya. Namun Hutchinson kekal bersama Chelsea dan diambil bekerja sebagai mentor di Akademi Chelsea sambil beliau sendiri melanjutkan pengajian dalam bidang psikologi di sebuah universiti.
Setahun telah berlalu sejak persaraan awal beliau dan hari ini, percaya atau tidak Sam Hutchinson sebenarnya telah kembali bermain bolasepak untuk Chelsea Reserve. Masalah kecederaan lutut beliau dilaporkan kini beransur pulih dan Hutchinson boleh bermain selama 90 minit tanpa masalah.
![]() |
| Kini kembali bermain bola bersama pasukan simpanan |
Pihak Akademi Chelsea kini sedang memerhatikan perkembangan Hutchinson dan masih terlalu awal untuk memutuskan jika beliau boleh diserap balik ke pasukan utama. Oleh kerana kecederaan lutut sebelum ini, Hutchinson juga tidak layak mendapatkan insurans dan terpaksa bermain atas risiko sendiri. Tetapi semangat anak muda ini sangat kental dan kita hanya dapat berharap beliau dapat kembali bermain bersama skuad utama Chelsea.


1st
BalasPadamakhirnya...
BalasPadamSO?
BalasPadamso dia belajar degree psychology sambil kerja kat academy dan pulun main bola untuk reserve.
BalasPadamnanti dia graduate, ada degree boleh cari makan. maybe jadi headshrinker kat chelsea, sambil rutin main bola buat mamat ni jadi fit dan sihat walaupun asalnya lutut dia tu doktor cakap takde harapan dah.
yang pasti dia membesar tak jadi kaki botol macam george best atau lagi teruk buat akaun nickname lucah dan bagi komen bangang kat sokernet
semangat!
BalasPadam"yang pasti dia membesar tak buat akaun nickname lucah dan bagi komen bangang kat sokernet" - AKU SETUJU!
BalasPadamHaha.
Inspiring. Tapi kalau betul mamat ni sehebat John Terry, buat apa aku nak berharap beliau dapat kembali bermain bersama skuad utama Chelsea lak? Nak cari mampos namanya itu!
tak ramai yg tahu Bruce lee pun penah 'lumpuh' berbulan duk wad sakit berkaitan tulang belakang... berkat dedikasi dan disiplin dia jadi ok balik, bila dah ok lawan setakat chuck norris kena cabut bulu dada memang ayam jer
BalasPadamsalute!
BalasPadamuntuk mendapat tempat dlm first team agak sukar.. Nak ganti Terry, Ivanovic, Alex dan Luiz mungkin agak susah.. Tapi kalau nak memanaskan bangku reserve mcm Bruma,Rajkovic dan Bertrand mungkin boleh jadi kenyataan.
BalasPadamBtw brader Lencau : Lucius Maximus bukanlah Obefiend. Sekian. Harap Maklum
Umur dia baru 22 tahun, asalkan tak injury yang kronik lagi dan performance bagus, dia boleh je try 1st eleven.
BalasPadamLainlah umur dia dah 32 tahun, nak tunggu Terry bersara memang tak dapat la!
Hutchison Paging aku tau ler...
BalasPadamaiseh...pengganti john terry ke?..
BalasPadamkalu dia betul2 sembuh, ini macam, nampaknya bini2 player pasukan lain masih tak selamat la nampaknya untuk 13tahun lagi...
Masihkah anda ingat, Sam Hutchinson?
BalasPadamTak ingat.
Ok i go get a life.
gua ingat lg...beliau sgt kuat semangat...
BalasPadam