ANDA SEDANG MEMBACA

82

Chelsea - Harapan Terakhir Umat England

LuciusMaximus Khamis, Mac 15, 2012 , , ,





Maruah England, EPL, Winston Churchill, Margaret Thatcher dan British Bulldogs berada di hujung tanduk malam tadi. Selepas adik-beradik Manchester-Manchester kecundang di peringkat kumpulan dan adik-adik Arsenal pancut awal di Emirates, kini hanya tinggal Chelsea untuk terus mengibarkan St George's Cross di pentas Eropah. Mengharapkan Liverpool pula samalah seperti mengharapkan Hang Tuah kembali memastikan 'tak Melayu hilang di dunia', ianya mustahil dan hampir tidak masuk akal.

Lawan Chelsea bukan kelab cikai. Societa Sportiva Calcio Napoli adalah sebuah kelab Itali dengan semangat Argentina. Mereka macam Chelsea juga, tidak ada banyak rekod kejuaraan melainkan 2 Seria A, 3 Coppa Italia dan 1 UEFA Cup. Tapi untuk memandang rendah keupayaan Napoli adalah satu kesilapan besar. Ini adalah kelab yang kini dibarisi pemain ternama dan masih mempunyai roh serta semangat Diego Maradona di kalangan mereka.

Selepas kalah 3-1 di San Paolo, banyak perubahan melanda Chelsea. Pemilik yang dikatakan pandir telah bertindak menukar pengurus dari AVB kepada RDM. Kesatuan umat dalam bilik persalinan dihidupkan kembali dengan penerapan nilai-nilai 'Kelab Didahulukan, Piala Diutamakan' sejajar dengan prinsip '1Chelsea'. Kuda-kuda tua Chelsea diberi nafas baru sesuai dengan nama jolokan kelab yakni The Pensioners.

Di depan puluhan ribu penyokong yang kerap digelar 'plastic fans', Chelsea memulakan misi 'come back' yang gagal disempurnakan oleh adik-adik Arsenal minggu lepas. Selama 29 minit diperlukan sebelum Dubuk Liar dengan kederat umur 34 tahunnya meyambut hantaran Ramires untuk menanduk masuk gol pertama The Blues.

RDM dalam perlawanan ini kembali memasukkan 'old guards' seperti Dubuk Liar, Super Frank dan Captain Marvel John Terry. Ianya berbaloi, kerana pada minit ke-47 sepakan sudut yang diangkat oleh Super Frank ditanduk masuk ke dalam gawang Napoli oleh Captain Marvel. Penyokong Napoli di Itali dan Argentina tersentak, kini Singa Aslan kembali mengaum.

Serta merta Napoli mengabaikan catenaccio mereka dan seperti dirasuk semangat El Diego, kembali mengamuk seperti dua minggu sudah di San Paolo. Gokhan Inler merapatkan jurang dan memberikan kelebihan argregat untuk Napoli pada minit ke-55. Maruah England kini kembali di hujung tanduk.

Di saat getir begini, muncul kembali Super Frank untuk mengambil sepakan penalti selepas rembatan Branislav Ivanovic terkena tangan Andrea Dossena. Gol dan kedudukan agregat kembali terikat dengan masing-masing mempunyai satu gol tempat lawan. Super Frank tabah seperti biasa untuk menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-75.

Dengan kedua-dua pasukan terikat di agregat 4-4 serta perlawanan berbaki 15 minit, Chelsea berhati-hati dalam usaha mencari gol penyamaan. Nando Torres yang dimasukkan mengganti Daniel Sturridge sebelumnya mencipta rekod baru iaitu bermain 24 jam tanpa sebarang gol. Tamat 90 minit penuh dan masa tambahan!

Di masa tambahan inilah RDM melakukan pertukaran yang mengubah segala-galanya. Captain Marvel dikeluarkan, satu tindakan yang bukan mudah untuk dilakukan oleh mana-mana pengurus. Jose Bosingwa masuk dan secara semula jadi mengambil tempat bek kanan milik Branislav Ivanovic yang bertukar ke posisi bek tengah untuk mengisi kekosongan Captain Marvel.

Minit ke-105, Ramires melerekkan bola di celah dua pemain Napoli untuk disambut oleh Dubuk Liar, yang kemudiannya dengan satu pusingan badan membuat hantaran lintang ke dalam kotak penalti Napoli. Di sana, bek tengah yang baru iaitu Branislav Ivanovic dirasuk semangat Serbia dan meledak gol ke-4 Chelsea sekaligus mengubah agregat kepada 5-4!

Harapan terakhir umat England telah membela maruah England. Chelsea mara ke suku akhir untuk bertemu sama ada AC Milan, APOEL, Real Madrid, FC Barcelona, Bayern Munchen, Olympique Marseille atau pun Benfica. Siapa pun lawannya, Chelsea akan tetap membawa harapan dan maruah England. Barcelona atau Real Madrid? Apa ada hal?

Sementara itu dalam satu kejohanan Champions League versi anak-anak remaja yang dikenali dengan nama NextGen, Liverpool dilauk oleh Ajax 6-0 di Langtree Park, St Helens, Merseyside dekat-dekat bandar Liverpool juga. Nasiblah Ajax ini bukan kelab cikai tapi sebaliknya adalah kelab berstatus besar juga.

Chelsea bagaimanapun telah menandatangani kontrak 3 tahun untuk menyertai NextGen bermula musim depan. Ya, maruah anak-anak remaja England perlu dibela juga dan siapa lagi harapan terakhir umat remaja England kalau bukan Chelsea?

82 Ulasan:

mdazlnshkni berkata...

*waagghhh* ini semua tipu! tipuuu!

hehe berkata...

Kudos!

Fahmi Ismail berkata...

Sedap jugak Chelsea ni kalau ditakdirkan bertemu Bayern Munich pada peringkat setrusnya ni...dua-dua boleh bersaing dengan Real Madrid & Barca

PabloHoney berkata...

been so long i haven't stopped by. membaca komen2 in previous articles made me LOLed.

haha ntah apa2 jelah korang sumer ni.

btw, well done Chelsea!!!

and please save England from humiliation..

leo berkata...

Chelsea sememangnya PowER!! x DPT DI NAFIKAN!!

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

Power power

Mista Maman berkata...

The win make us inspired. Thanks, Chelsea! Forza Chelsea.. Hee~

Pet Shop Boys berkata...

Tahniah Chelsea. Kali ini aku yakin Chelsea akan bertemu dengan team kesayangan Sokernet, Manchester United di final Champs League nanti.

Steady Roman

Mohd Ashriq berkata...

ayat terakhir mmg power! congrats!

unknown berkata...

artikel metro..sigh..

Tanpa Nama berkata...

Chelsea memang penyelamat yang berjaya mengelakkan dari hanya 3 slot sahaja wakil EPL untuk UCL musim depan. Sila ucap terima kasih pada singa aslan, jgn bodoh sombong!

zu berkata...

haa ini macam laa punya entri.
baru mantap.
tengok chelse main pun cun je.
macam ada berbeza sikit falsafah bolasepak avb dgn rdm.
kalau tak, kemungkinan besar jugak akan keluar entri ss napoli ni boleh dikira kelab big 3 di itali nun.
walaupun dah 80 tahun sejak piala terakhir.
alaa macam bau2 athletic bilbao jugak la.

G berkata...

chelsea jugak power!!

jem berkata...

super epic! watak antagonis kini telah bertukar milik kpd manchester city. fan MU kini sapot singa aslan.... aummmmm...

EQUILIBRIUM berkata...

Jadahnya anak2 ikan bindippers diharuankan oleh Ajax kehkehkeh. Tahniah singa aslam. Lepas ni jangan kena lauk dgn madrid suda la ye.

Yapok_Ayu berkata...

Xhabis2 equi.

adijaya berkata...

pernyataan I: chelsea menang sebab penalti dossena.

pernyataan II: dossena bekas pemain liverpool.

conclusion: ???

A. chelsea power, dossena tak power
B. chelsea tak power, dossena power
C. chelsea power, liverpool tak power
D. chelsea tak power, liverpool power

*apa-apa pun, chelsea perlu berterima kasih kepada liverpool.
dossena telah menyelamatkan maruah england di persada eropah.

semoga chelsea juara champions league, membawa maruah LONDON.

there is only one team in LONDON

<< A.R.S.E.N.A.L >>

talkIZcheap! berkata...

"Chelsea memang penyelamat yang berjaya mengelakkan dari hanya 3 slot sahaja wakil EPL untuk UCL musim depan."

Kelab adik-beradik Manchester-Manchester rilek jer kalo tinggal 2 tempat je pun... kui kui kui :p

EQUILIBRIUM berkata...

Jadahnya konklusi adijaya tu a b c d...berbelit2 macam otak kena sembelit je. ni mesti belajo dari bindippers terutama si ra ra ra.....

Point of View berkata...

perbandingan bodoh apakah yang dikeluarkan oleh adijaya ini?

plus, there are many clubs in london, manchester, liverpool and even sheffield

mohon jangan buat perangai TMJ nak ada satu kelab aje lat london

akubukanpemikirhebat berkata...

AKu memang tunggu entri Lucy nih. Ha..ha Penyelamat umat England memang tunggal milik Chelsea. Tapi yang paling best sekali, tiba2 supporter team EPL lain pun support dan puji Chelsea. Sesuatu yang tidak pernag dilihat sebelum ini. Dan Lucy aku rasa tak cukup la, mintak tambah lagi entri lain pasal match ni please.

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

"Chelsea memang penyelamat yang berjaya mengelakkan dari hanya 3 slot sahaja wakil EPL untuk UCL musim depan."

Kelab adik-beradik Manchester-Manchester rilek jer kalo tinggal 2 tempat je pun... kui kui kui :p

Gua baru nak tulis ayat macam ni.

alquinin berkata...

singa aslam? ke yusuf haslam?

Jojoe Ali berkata...

Dengan ini gua declare BOSAN terhadap Equarium. Memang dari beranak hobinya bergadoh ke ape?

Btw, Chelsea power. Gua dah salut kat Obe dlm Twitter pagi tadi, dan gua salut sekali lagi kat sini.

(in before 'Hazard Ali ni manjang nak declare bosan kat orang je.. declare bosan kat ko nak?')

Aziz Nasution berkata...

Next mission, pintas lagi 2 team London dalam liga utk memastikan slot ke UCL season depan.. #KTBFFH

talkIZcheap! berkata...

ek eleh d.a.n.y ... =_=

Plus Ultra berkata...

chelsea as always deliver when they are least expected

dan aku rasa yang goyang bila tengok chelsea mara ialah barca. rekod chelsea dan barca dalam ucl lebih sengit dari rekod lopsided man u bertemu barca

but liverpool kena kitai by ajax 6-0, hikhikhik sempat lagi ko lucy eh?

cantona79 berkata...

Semoga team harapan umat menang dua perlawanan berikutnya terutama next midweek. By the way classic quote by LM "mengharapkan Hang Tuah kembali memastikan 'tak Melayu hilang di dunia', ianya mustahil dan hampir tidak masuk akal" - quote of the decade.

I_man Nur ALia berkata...

keep it up THE BLUES!!!

Cob Nobbler berkata...

Sebagai warga Komanwel, saya gembira dengan kemenangan Chelsea ini. Tetapi, jangan dilupa bahawa Cyprus juga adalah ahli Komanwel.

Hidup APOEL!

kl-kk-ptrjaya berkata...

"Barcelona atau Real Madrid? Apa ada hal?"...

Wah! ini sudah 'eksen' namanya...tak mau komen lebih 'cuma' tgk je la undian dn perlawanan yg akan berlangsung...Ketuanan Inggeris VS Ketuanan Sepanyol
( kalau diundi sebegitu )
HALA MADRID , Visca el barca !

kobetz berkata...

luci nk tulis psl NexGen sbnrnya tu.. yg atas2 tu saje2 je kn,. da puas bersorak mlm td.. tp yg kecik tu la buat ade yg sentap nie..
kah3! well done ajax.. kah3!ops..

kareem berkata...

Point of View berkata...

perbandingan bodoh apakah yang dikeluarkan oleh adijaya ini?

plus, there are many clubs in london, manchester, liverpool and even sheffield

mohon jangan buat perangai TMJ nak ada satu kelab aje lat london

..................................

Ape bangang sangat POV ni. There is only one team in London tu memang tagline team-team kat London untuk menganjing sesama dorang. Paham?

rashideeshukri berkata...

apa la yang korang nak gaduh sangat ni. Chelsea menang lawan Napoli, David Cameron tak bagi cuti pun. nama je 'harapan terakhir umat England'. aku kena jugak pergi kelas hari ni, puih!

tapi game semalam memang best. rasanya RDM dah boleh sain untuk permanent managerial seat, berdasarkan performance semalam.

tapi kalau nak ikutkan hati Roman, hmmm...

sleek berkata...

there is only one arse in london.

el-tigre berkata...

TMJ jangan disebut selalu.kang kena bom dengan askar timbalan setia,baru tau kepala bana tuh kecik ke besar.:)

dueng berkata...

chelsea menang, baguslah. memang deserve pun. myungkin chelsea ni bila dalam krisis baru up sikit main.

tapi kena sampai final la dan menang la kan. jadilah kelab london pertama menang UCL. kalau menang kali ni dan setakat jadi pelengkap jadual, kempunan lagi la Roman nak usap2 UCL.

Mista Maman berkata...

Haha.. Betul kate @ mangifera tuh.. Xmenang UCL lg.. Aston Villa & Nott' Forest pun dah ada. Jeles wei.. Hahah

MrModJo berkata...

mane entry nk menganjing MU kalah ni??asal MU kalah jer..lmbt nk up entry..wahahaha...europa league pn xleh nk menang gk ke??europa league je kutt..league utk team kanak2 ribena pn 6hamp16n xleh nk mng gk..wahahahaha....mmg MU kpale bana..
kasy kt bilbao jelah glory tuh..ape barang MU...ayam tue..dh jd monopos united dh..~GGAB~

Adam Ruslan berkata...

24 jam lari tak tentu hala tanpa gol.

http://www.sincetorreslastscored.com/

Dia punya angka saat pon bergerak-gerak wo!

Syabas Chelsea dalam arena membangangkan penyerang-penyerang ternama.

EQUILIBRIUM berkata...

alamak mana entri untuk yuropa kap? gua tak sabar mau memuji2 manchester-manchester ni kahkahkahkah takziah untuk pakcik2 di manchester-manchester sana. tahun depan boleh cuba lagi kasi menang ini yuropa kap. kalau ada nasip boleh jumpa atok kenni di final kuikuikuikuikui

Mohd Idzwan berkata...

Sokernet blog rasis..kalau liverpool kalah epl,riuh seminggu..manchester kalah europa?semua buat2 sibuk..patutla hari ni bdk2 manchester bisu...kahkahkah..

Putra berkata...

budak-budak mencested hari ni lupa password,hahahahahhaa....

Jojoe Ali berkata...

Uhum.

kobetz berkata...

5.mendapat lebih kepuasan apabila united kalah dari liverpool FC yang menang.

kah3...

EQUILIBRIUM berkata...

untuk 4 anak2 di bawah ini biar pacik bagutau ye nak.... kesemua-semua penulis sokernet adalah penyokong tegar setan merah sebenarnya. semua sedang meratapi pemergian setan merah dalam yuropa kap jadi mereka tiada kudrat untuk mengetip keyboard kahkahkahkah

pipi lucy pakkordi obe abdul semau bagai tu adalah setan merah yang boleh menyerupai singa aslam atau burung kop(burung jadah nye ni) atau kadang2 menyerupai wenger kahkahkahkah

jadi jangan la kamu wahai umat sokernet meroyan-royan disini memarahi mereka. kalau kamu masih mahu sakit bontot kamu boleh jalan terus terus belok kanan terus lagi kalau kamu nampak papan tanda sila pergi mampos sila terjun bangunan sprm ye anak2 kahkahkahkahkah

talkIZcheap! berkata...

semakin banyak Eq tulis, semakin sikit yang aku baca...

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

haa nampak? kerandut gua besar.

Dark Mars berkata...

EQ- Boring!
Vote EQ out!

Yapok_Ayu berkata...

hentah pape equi. ilang mood nk bace.

Jojoe Ali berkata...

TIZ said enuf.

EQUILIBRIUM berkata...

susah korang nak hadam pentulisan berilmiah kuikuikui

EQUILIBRIUM berkata...

aku tulis... untuk 4 anak2 di bawah ini tiba2 ada 4 anak2 belum akil baliqh mengomel2 apa ntah kukuikuikui

talkIZcheap! d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. Dark Mars txx Hazard Ali

jadi sapa antara korang udah akil balikh kukuikui sorang aje ye yang 4 mmg belum tu

kobetz berkata...

equilibrium.. bg entry...

Jojoe Ali berkata...

Ada aku kesah? Eh jap. Ada sesapa kesah ke pun...

leo berkata...

LOL...entry ADIK BERADIK BANGANG MANCHESTER xde ke?

x layak di bincangkan kot... yuropa pon kalah

EQUILIBRIUM berkata...

Ada aku kesah? Eh jap. Ada sesapa kesah ke pun...
-------------------------------

kalau kau menjawab ko kesah le tu adik belum akil balikh oiii kahkahkaha kunun2 jawab macam tu mau tunjuk intelligent ala2 wenger la tu kuikuuikuikui. intelligent ala2 wenger takpe dik oiii jangan cerdik ala2 kenni suda le kukuikuikui

EQUILIBRIUM berkata...

chavski jumpa benfica ermmm... lauk benfica ni. sbb chavski ja satu2nya wakil british malaya jadi saya akan sokong chelski. rasanya ikut draw boleh sampai final ni. apapun tahniah la singa aslam.

talkIZcheap! berkata...

Bila Kareem nak bet dengan Eq pulak?? :p

RABUN berkata...

sekonek tgh berkabung ker?

kareem berkata...

ape jadah gua nak bet dengan Eq ni? Bukan balik modal pun. Lainla keli pengkomen tegar sokernet tuuuuu...kahkahkahkah

rashideeshukri berkata...

mana entri baru MU dan MC? lulz, jangan simpan telur dalam kerandut lama sangat, nanti jadi jeruk.

Jojoe Ali berkata...

Now i know how u felt, Bro Rashidee. Huhuu. Jenis yang tak ikut pencak dah.. serunai ke mana, gendang ke mana, dia bantai kuntau je terus.

I givap. TIZ, tolong pujuk Kareem buat sesuatu plz.

EQUILIBRIUM berkata...

mana entri baru MU dan MC? lulz, jangan simpan telur dalam kerandut lama sangat, nanti jadi jeruk.
;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

untuk adik atas ini biar pacik bagitau ye nak.... kesemua-semua penulis sokernet adalah penyokong tegar setan merah sebenarnya. semua sedang meratapi pemergian setan merah dalam yuropa kap jadi mereka tiada kudrat untuk mengetip keyboard kahkahkahkah

zu berkata...

macam ni je la senang kira, tak payah la lu orang nak berangan sokernet nak up entri kalau manure kalah.
sedangkan pipi pun kantoi bergambar pakai baju manure,
sedangkan lagi lucius sanggup up entri berilmiah semata2 nak back up manure daripada ditaikkan sebab kalah dengan AB,
apa lagi bukti yang lu orang nak lagi..
segala2 manure di sini.
abang2 liverpool harap tabahkan hati je la ek.
bindippers bak kata sekor mamat yang try nak dapatkan ultra attention kat sini tu.

Mambang Tanah berkata...

3 4 entry akan di up kan esok sekaligus jika liverpool kalah kpd stoke.

Yapok_Ayu berkata...

sekor mamat=equi. ntah pape la die tu. kesian plak aku tgk kadang2.

sleek berkata...

equi tu tak cukup kasih sayang mak ayah time kecik2 dlu agaknya

Mambang Tanah berkata...

Mamat ke? Dia tu sekor beruk la,hahaha

EQUILIBRIUM berkata...

kadang2 aku sian tengok bindippers malaya ni meroyan2 sbb takde entri setan merah kalah. aku cakap penulis sokernet adalah penyokong tegar setan merah korang bantai aku. tapi itulah hakikatnya. kalau korang mau buat entri setan merah kalah korang buat la sendiri bindippersnet kuikuikui dalam tu korang menganjing la sesama sendiri pasal setan merah kuikuikuikui

talkIZcheap! berkata...

Mungkin Eq ialah Keli? kah kah!! :p

cili celah gigi berkata...

aku suka baca sokernet.aku tak kisah walaupun tim yg aku sokong , liverpool kena nganjing kalau kalah.standard la kan.kalah = dianjing.tapi sebab liverpooldia special sikit.menang pun dianjing juga.takpa.aku terima.dan aku enjoy penulisan korang.

tapi lama-lama aku menyampah dgn sikap takda telur pengulas2 fan m.u yang langsung tak nak ulas pasal kekalahan.

kemon la. pipiyapong pun post la even arsenal kalah.even post dia takda point pun.atleast sbelum dia lari.dia post la jugak sepatah dua.ini obviously satu artikel pun tak naik after m.u kalah.buat aku rasa makin nyampah dgn fan m.u. menganjing reti. tapi bila tim sendiri kalah.cabut lari n tak tunjuk muka.

shame on you sokernet.

Yapok_Ayu berkata...

CCG,adat la tu. Mmg typical fan. Aku pon cari tg jugak post2 baru. Pasal UCL ke,liga tempatan ke,europa cm susah sb manu kalah. Aku rase esok kalo liverpool kalah, ade la kot. Hehe.

flamez berkata...

@talkIZcheap
Mungkin Eq ialah Keli? kah kah!! :p

Mustahil. Dia peminat tegar liverpool dan haters tegar Man United. Lagi satu dia suka berjudi. Haha.

hantuLongkang berkata...

hal silibus, biar menteri2 sokernet yang putuskan...jangan nak memandai...ingat..fenomena misteri tanpa fakta kukuh(MU kalah, misalnya) bukan termasuk dalam 7 benda ilmiah di sokernet...keh2

ada baik beramal pergi silau cari pemilik saga WCK 2290 jangan sampai polis dapat dulu...dah cacat mamat tu, suruh polis cari dalam paya..nombor plat tu, jangan pulak jadi ibu untuk dicaikan...sia2 amalan tadi :D..

talkIZcheap! berkata...

aik? EmYu menang pun takde artikel baru jugak? And here I thought Sokernet ni Laman Web Rasmi Manchester United... :p

Jojoe Ali berkata...

Memandangkan kesemua pengulas Sokernet menulis di sini secara sukarela, makanya aku tak rasa ada sesiapa mampu atau berhak mendesak diorang untuk menulis, mengomen atau membuat entry mengikut kemahuan sesiapa pun kecuali diorang sendiri.

So tak payah nak shame sangat kot, Sokernet.

Mista Maman berkata...

Dear Bro Lucy, we won again.
The goal droughts finally over for Torres.

5-2 thriller, 2 goals & 2 assists, simply Man of The Match for me!

KTBFFH!

PabloHoney berkata...

ya allah mana lah pegi semua pengulas2 sokernet ni...

bosan giler

Unknown berkata...

diam lah CILI....!!!! setakat tulis panjang lebar macam nih, ingat fans MU goyang ker.??? haahhahaaaa...


by,
Number 20...

talkIZcheap! berkata...

flamez: Ha.. tu la ko tak tahu, mana tahu dia sengaja menyamar, tak nak bagi Kareem cam ke apa... huhu

rashideeshukri berkata...

Unknown boleh pergi mati sekarang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...