Memaparkan catatan dengan label lm. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lm. Papar semua catatan
16

Banggang!

LuciusMaximus Isnin, Oktober 28, 2013 , ,

"Aku banggang!"
Arsenal 1-2 Borussia Dortmund


"Kah kah kah. Schalke 04 pun banggang! Banggang macam Arsenal!"
Schalke 04 0-3 Chelsea



"Kah kah kah. Schalke 04 memang banggang! Banggang macam Arsenal jugak!"
Schalke 04 1-3 Borussia Dortmund


"Hmmm tidak, aku masih power. Crystal Palace lagi banggang!"
Crystal Palace 0-2 Arsenal


"Banggang! Tak payah nak power sangat, menang lawan Crystal Palace je bang, lainlah menang lawan Manchester City. Banggang!"
Chelsea 2-1 Manchester City
5

Dirgahayu Sokernet! Empat Tahun Bukan Sekadar Angkuh!

LuciusMaximus Sabtu, Ogos 17, 2013 , , ,

"Sepanjang pemergian saya dari Stamford Bridge, saya tetap mengikuti perkembangan bola sepak semasa melalui Sokernet ori (blogspot.com). Dan keputusan saya untuk kembali bersama Chelsea adalah kerana Sokernet dan Lucius Maximus. Selamat hari jadi Sokernet!"
- Jose Mourinho
31

Yang Hak Mengatasi Yang Bathil

LuciusMaximus Khamis, November 01, 2012 , ,



Referee United.


1) Hari ini kita semua bangun kepada pagi yang sejuk dan nyaman, unggas berkicauan dan terbang riang, kucing dan anjing berbaik-baik, LRT berjalan lancar, drebar teksi sudi membawa anda ke destinasi yang dituju dengan menggunakan meter sementara bos tidak pula bising bila anda masuk lewat. Semuanya kerana umat manusia kini gembira setelah beroleh kemenangan.

2) Chelsea menumpaskan Manchester United dengan jaringan 5-4 selepas masa tambahan dalam saingan League Cup. Ramai peminat Manchester United mendakwa bahawa Chelsea menurunkan kesebelasan utama menentang barisan pemain muda Manchester United kerana respek terhadap Red Devils. Yang sebenarnya, Chelsea memberikan respek kepada penaja League Cup, yakni Capital One.

3) Kalau pun ada juga yang masih mendakwa Chelsea menang guna 1st team lawan 2nd team Manchester United, haruslah mereka ini sedar bahawa hari Ahad lepas, Manchester United menang menggunakan 12  (14 mengikut mazhab lain) pemain melawan Chelsea dengan hanya 9 pemain.

4) Lee Mason tidak dibayar selumayan Mark Clattenburg nampaknya. Mungkin duit dah habis banyak ke Clattenburg agaknya.

5) Tiga kali Manchester United mendahului tetapi tiga kali juga Chelsea mengikat kedudukan. Dibolosi oleh pemain seperti David Luiz, Gary Cahill dan Eden Hazard adalah perkara normal. Tetapi ianya adalah penghinaan bila dibolosi oleh Daniel Sturridge dan pelari marathon Kenya, Ramires.

6) Secara agregat Chelsea-Manchester United kini terikat 7-7 hasil dari 2 perlawanan. Yang terjamin ialah satu lagi perlawanan di Old Trafford musim ini (dan kemungkinan perlawanan lain dalam FA Cup atau Champions League). Ini adalah persaingan baik lawan jahat atau umat manusia lawan setan yang maha hebat, bukan Arsenal lawan Reading.

7) Juara bertahan, Liverpool kalah dengan Swansea. Nampak percaturan bijak Swansea di situ dengan menghantar Brendan Rodgers ke Anfield?

8) Yang dah lama tak bergelar juara, Tottenham Hotspur kalah dengan Norwich. Nampak percaturan bijak Chelsea di situ dengan menghantar AVB ke White Hart Lane?

9) Dengan Chelsea menang dan Manchester United, Liverpool serta Spurs kalah maka ini bermakna tak ada siapa peduli pasal Arsenal-Reading lagi dah. Hangat tahi ayam je cerita menang 7-5 ni.

10) Bring on Leeds United.
70

Perjuangan Menentang Kuasa Kejahatan Tidak Pernal Mengenal Erti Sudah

LuciusMaximus Isnin, Oktober 29, 2012 , , ,




Ayam tambatan Red Devils


Aidiladha baru saja berlabuh pergi. Ramai juga yang berkesempatan melaksanakan ibadah korban, sementara yang tidak berkesempatan turut berkorban diet dengan memakan daging korban atau berkorban masa dengan memandu 20 kilometer sejam di lebuhraya bertol ciptaan kerajan Barisan Nasional. Semua ini manifestasi korban sebenarnya. Berkorban dalam melakukan perjuangan menentang kuasa kejahatan dan hasutan syaitan.

Sesungguhnya perjuangan menentang kuasa kejahatan tidak akan pernah mengenal erti sudah. Chelsea contohnya, sebagai kelab Harapan Terakhir Umat Manusia, masih terus berjuang menegakkan yang hak dan menghancurkan yang batil walaupun sudah menjulang Champions League. Usaha menentang kuasa kejahatan, hasutan syaitan, perancangan Illuminati tahap tertinggi mahu pun komplot sulit Freemason mesti berterusan kerana umat manusia tidak mempunyai harapan lain melainkan kepada singa-singa Aslan dari Chelsea.

Ya. Tak akan lah kita nak harapkan Arsenal yang terlalu lemah dan naif? Sekonyong-konyong ayam tambatan RVP mereka berjaya ditarik sebegitu mudah masuk ke ruang angkasa syaitan. Nak harapkan Liverpool? Kah kah kah!

Maka tidak hairanlah pertembungan kuasa baik dan jahat malam tadi disaksikan penuh debar oleh penyokong Arsenal, Liverpool dan QPR. Semua mengharapkan Chelsea untuk menang kerana mereka sudah putus asa dengan janji sia-sia pasukan masing-masing.

Tetapi Manchester United seperti biasa turun dengan segala armada kegelapan mereka. Tidak cukup dengan tentera berpakaian alas meja, Alex Ferguson turut membawa masuk ayam tambatan baru Red Devils, Mark Clattenburg.

Ini tidaklah menghairankan sebenarnya. Manchester United tidak pernah menang perlawanan EPL di Stamford Bridge sejak kali terakhir pada April 2002. Chelsea juga merupakan satu-satunya pasukan dalam sejarah EPL yang mencatat lebih banyak kemenangan (13) berbanding kekalahan (12) dalam menentang Manchester United. Patutlah Alex Ferguson membawa pemain kesayangan beliau Mark Clattenburg dalam kunjungan kali ini.

Seperti biasa, kuasa kejahatan terus terlebih dulu menguasai pertarungan. Dalam tempoh 12 minit mereka sudah pun 2 gol di hadapan, itu pun terima kasih kepada bantuan David Luiz berambut singa dan seekor Judas dari Arsenal. Tapi tidaklah Chelsea bergelar juara Eropah dan pemusnah Barcelona jika tidak boleh bangkit kembali.

Gabungan trisakti di bahagian tengah terdiri dari Hazard-Oscar-Mata menghidupkan persefahaman jitu mereka lantas membuatkan Wayne Rooney kelihatan seperti Fakri Saarani. Red Devils tertekan dalam asakan bertali arus, terpukau dengan corak permainan yang tidak mengharapkan bantuan pengadil atau penjaga garisan. Nasib baik kecemerlangan De Gea sedikit sebanyak membantu mempertahankan ruang angkasa syaitan dari dibolosi.

Namun tidak lama. Melalui satu aksi sepakan percuma yang hanya boleh kita lakukan dengan bantuan mesin bernama PS3, Mata memperdaya De Gea untuk merapatkan jurang. Kemudian masuk waktu rehat dan apabila perlawanan kembali bersambung, Ramires pula mengikat kedudukan 2-2. Peminat Liverpool dan Arsenal semua bangun bersorak.

Kemudian, di saat tertekan inilah pemain baru Manchester United mula beraksi. Mark Clattenburg, yang telah diceraikan isterinya serta pernah digantung FA kerana beban hutang peribadi yang melampau menjalankan tugas dengan melayangkad kad merah buat si Serbia Ivanovic dan Nando Torres, yang pertama kerana menjatuhkan Ashley Young dan yang kedua kerana dijatuhkan oleh Jonny Evans. Nampak permainan dia di situ? Nampak?

Chelsea bermain dengan hanya 9 orang. Menentang bukan 11, bukan 12 tetapi 14 aparat-aparat kuasa kejahatan. Pun begitu Manchester United nampak masih terlalu lemah dan Wayne Rooney masih seperti Fakri Saarani. Di saat inilah Mark Clattenburg memainkan peranan untuk gol ketiga dan penyelamat Red Devils. Umat manusia telah dianiaya sekali lagi!

Chelsea kecundang. Tetapi itulah adat hidup berjuang. Ada menang dan ada kalah. Dan selalunya kalah ini apabila pihak lawan membawa masuk 'pemain' seperti Anders Frisk, Tom Henning Ovrebo dan yang terkini pastilah Mark Clattenburg. Sebagai sebuah pasukan bola yang digeruni kawan dan lawan, adalah perkara biasa apabila syaitan seperti Manchester United (dan Barcelona) perlu bermain jahat semata-mata mahukan kemenangan duniawi.

2 kad merah, 1 gol ofsaid, 9 lawan 14. Itulah yang diperlukan oleh Manchester United semata-mata untuk mendapat 3 mata di Stamford Bridge. Pun begitu, Chelsea masih tetap klasemen. Apa ada hal?

Perlawanan malam tadi ada pemenang dan pihak yang tewas. Tetapi meminjam kata-kata seorang lagenda Chelsea yang cukup dihormati ramai:

It's a disgrace, it's a fucking disgrace!
5

Arsenal 1-2 Chelsea

LuciusMaximus Isnin, Oktober 01, 2012 , , ,



"Bilalah abang Pipiyapong nak buat ulasan perlawanan ni?"
6

The Truth Part 2

LuciusMaximus Rabu, September 26, 2012 ,



There is only one Captain.

1) Tak ada gunanya John Terry terus bermain untuk England dan menjadi kapten. Bukannya England boleh menang Piala Dunia pun, Champions League jauh sekali. Tambahan pula, tidak ada menariknya bermain dalam pasukan kebangsaan bersama pemain-pemain dari pasukan tangga ke-18 EPL.

2) Kemenangan 6-0 ke atas Wolves malam tadi bolehlah dikira sebagai amaran awal buat Arsenal. Mohon Pipistuta muhasabah diri, tinggalkan Arsenal dan teruskan menyokong Selangor serta Misi 33 sahaja.
11

Klasemen

LuciusMaximus Isnin, September 24, 2012 , ,



Kenapa power sangat ni? Kenapa?!


Selepas 5 perlawanan, Chelsea masih lagi klasemen. Masih lagi belum dapat disaingi oleh mana-mana kelab lain di bumi England (dan Wales). Nampaknya musim EPL kali ini akan menjadi musim yang membosankan kerana tidak ada saingan. Nak salahkan siapa? Nak salahkan Chelsea kerana terlalu kuat? Atau nak salahkan kelab lain yang terlalu lemah? Atau kita salahkan Brendan Rodgers je?

Aku harap mulai minggu depan kelab England yang lain bolehlah berusaha 500% untuk memberikan saingan kepada Harapan Terakhir Umat Manusia (TM). Ini penting demi kesinambungan sukan bola sepak di Malaysia. Kalau EPL pun jadi bosan habis rakyat Malaysia nak tengok bola apa lagi? Tak akan nak tengok bola Malaysia kot? Bola Malaysia sekarang ni dia punya tak betul, budak Kuala Lipis boleh pergi sokong Red Giants zaman sekarang ni!

Namun kalau dinilai dari gaya permainan Arsenal malam tadi, walaupun main lawa tapi akal semua tinggal tepi padang. Manchester United pula aku tengok dah jadi macam Arsenal musim lepas, one man team. Tapi aku perati amat, Everton dan West Bromwich Albion macam ada potensi nak berkembang maju dan memberi secebis saingan.

Sedangkan Liverpool pula...

Kah!

Kah!

Kah!
11

European Club Of The Year 2012

LuciusMaximus Rabu, September 12, 2012 , , ,


European Club Of The Year 2012
For their outstanding achievement during the 2011/12 season on European and domestic level


Tahniah juga diucapkan kepada kelab-kelab berikut atas anugerah yang dimenangi:

APOEL FC - Best Sporting Progress 2012

UC Sampdoria - Best Achievement 2012: Fan Relations

FC Shakhtar Donetsk - Best CSR Programme 2012

Anugerah telah disampaikan European Club Association (ECA).












Tahniah juga untuk dua kelab berikut di atas pencapaian luar biasa mereka:

Arsenal - Best Tadika 2012

Liverpool - Best Bangang Abadi 2012

Dan tahniah untuk persatuan belia berikut di atas kepimpinan yang ditunjukkan:

Ultras Malaya - Best Cheerleader 2012 kerana masih melompat walaupun Malaysia kalah dengan Vietnam 0-2 di kandang sendiri
15

Jerman 2-1 Denmark

LuciusMaximus Isnin, Jun 18, 2012 , ,


"Perkara paling penting adalah untuk hidup menepati masa. Menguruskan masa dengan betul adalah cara hidup Jerman, bukan Malaysia."


Pernah makan Danish Butter Cookies? Pernah?
Aku pun pernah. Sedapnya memang tak ingat. Lemak, berkrim dan rangup. Tapi harga pun boleh tahan mahal. Zaman budak dulu Danish Butter Cookies ni Emak aku akan bagi makan lepas siap kerja sekolah, sebelum nak masuk tidur. Danish Butter Cookies sepiring dengan segelas susu. Lepas makan dan minum, kita tidur malam tu dia punya pergi... Pergh!

Tapi sejak zaman dah bekerja ni aku boleh suka-suka beli Danish Butter Cookies dan suka-suka makan bila aku mahu. Kalau zaman dulu Danish Butter Cookies ni datang dalam satu cap sahaja iaitu cap Kjeldsen's. Tapi sekarang aku tengok dah makin banyak cap-cap lain di pasaran.

Apa pun suka aku ingatkan di sini Danish Butter Cookies yang paling lemak, berkrim dan rangup tetaplah cap Kjeldsen's sahaja. Cap-cap lain tu kita jangan percaya sangat, harapkan harga murah tapi rasa macam pasir.

Sekian laporan Euro 2012 saya.

Heil Deutschland!
13

Jerman 2-1 Belanda

LuciusMaximus Khamis, Jun 14, 2012 , ,



 "Untuk berjaya, anda perlu memberikan segala-galanya"
 (dan ada awek berdiri di belakang anda memberi semangat)

Walaupun Mario Gomez bertanggungjawab menghasilkan 2 gol buat Jerman, tetapi tabik hormat aku berikan kepada Bastian Schweinsteiger (aka Schweini, aka Basti, aka The Beast). Dua assist paling efisien menunjukkan kemantapan kerjasama Jerman bila mereka bermain bola sepak. 

Ya yang paling penting bila bermain bola sepak ialah kerjasama. Jangan jadi macam Belanda dan Robin van Persie. Apa guna Anugerah Kasut Emas kalau main macam Arsenal tanpa memikirkan rakan sepasukan? Kerjasama harus diutamakan. Kalau kita abaikan kerjasama jadilah macam Belanda yang kalah dengan Denmark itu hari.

Apa yang penting? Kerjaaaaaaaasama.
Rafael van der Vaart ada menyebut sebelum perlawanan bahawa Die Nationalmannschaft hanya mempunyai 3 pemain berkualiti dalam skuad berbanding Belanda yang katanya semua berkualiti belaka. Beliau lupa kualiti semata-mata hanya menjadikan sebuah pasukan itu sekuat Tottenham Hotspur. Jerman mungkin kurang pemain berkualiti, tetapi mereka memberikan segala-galanya. Sama seperti bila tentera Wehrmacht mempertahankan bumi Deustchland dalam Perang Dunia Kedua, atau seperti bila Jerome Boateng sanggup patah tulang rusuk kiri menahan rembatan padu Wesley Sneijder.

Dengan 2 kemenangan dari 2 perlawanan, Jerman seperti biasa berada dalam kedudukan selesa untuk mara ke suku akhir. Bak kata Schweini, "untuk berjaya, anda perlu memberikan segala-galanya". Pasti ianya lebih membantu bila anda ada awek berdiri di belakang memberi semangat.

Awek Schweini macam Sarah.


Okay, gambar lama Euro 2008
Nota kaki:

Tabik hormat juga kepada Matt Hummels, yang juga memberikan segala-galanya dan ada awek berdiri di depan (bukan belakang) untuk cemolot setiap musim di atas padang Westfalenstadion, Borussia Dortmund.



Hmm, mantap. Maksud aku permainan Mats Hummels semalam. Pertahanan yang epik serta terjahan yang klasik hingga ada budak Arsenal cakap Arsene Wenger wajib beli Mats Hummels. Aku rasa elok jangan, nanti jadi macam Lukas Podolski pula.
10

Jerman 1-0 Portugal

LuciusMaximus Isnin, Jun 11, 2012 , ,


"Penyelenggaraan yang baik memelihara pulih enjin kereta Jerman anda"

 Kau orang pernah pakai kereta Portugal?

Tak?

Aku pun tak pernah.
6

Malaysia 0 - 0 Filipina

LuciusMaximus Ahad, Jun 03, 2012 ,



7 teknik terokai tubuh isteri


Tol Batu Tiga = RM1.10 sehala
Ayor Coke + Ayor Paip = RM2.00 segelas
Kuaci = RM5.00 tiga peket
Tiket perlawanan = RM20.00 sekepala
Melihat Malaysia diikat tanpa gol oleh Filipina di tempat sendiri = Kepala bana!
12

Die Nationalmannschaft - Kem Jerman Kini Dibuka

LuciusMaximus Jumaat, Jun 01, 2012 , ,




Sebuah produk Jerman sentiasa menekankan aspek seperti ketepatan, kejituan dan kesempurnaan. Baik dari segi penghasilan motokar. motorbot, motorsikal, basikal, seterika dan sebagainya. Ini adalah tradisi sejati Jerman yang dipupuk sejak terasasnya Magna Germania, tradisi yang kekal membezakan antara sebuah produk Jerman dan produk negara lain, seperti kereta Malaysia contohnya yang selalu kerosakan power window.

Dan bagaimana terencatnya power window Proton itu dapat dilihat berjangkit ke dalam bola sepak Malaysia yang juga terencat, sempurnanya power window Audi, BMW, Mercedes atau VW itu dapat dilihat juga dalam sempurnanya bola sepak Jerman. Melihat bola sepak Jerman adalah melihat seperti kesempurnaan itu disempurnakan, menyokongnya pula menjadikan kita manusia yang hampir sempurna.

Dengan Euro 2012 sudah mula mengetuk dekoder Astro masing-masing atau milik mamak, saya seperti biasa membuka kem Jerman untuk semua yang menghargai kesempurnaan dalam bola sepak. Bak kata pepatah, jentera Jerman di kilang kita minyakkan, Harimau Malaya di belakang rumah kita biar mati meninggalkan belang.

Ayuh menyokong bola sepak Jerman kerana Malaysia memang tidak akan ke Euro sampai kiamat pun!


12

D-Day Ialah Dortmund's Day II

LuciusMaximus Isnin, Mei 14, 2012 , , ,




Dari kesinambungan entri tahun sudah, D-Day Ialah Dortmund's Day.

Bila Borussia Dortmund merampas trofi Bundesliga musim lepas ada yang berkata bahawa ini hanyalah pencapaian 'one-off' sahaja, bahawa Borussia Dortmund tidak akan menjuarai Bundesliga untuk musim kedua berturut-turut.

Dan kemudian buat kali pertama dalam 103 tahun kewujudan Die Schwarzgelben, mereka menjuarai bukan saja Bundesliga tetapi turut melakukan Double dengan menjuarai DFB-Pokal!

Ini bermakna, Borussia Dortmund telah mengumpul sejumlah 8 kejuaraan Bundesliga, mengatasi musuh ketat Schalke 04 dan kini berada di kedudukan ketiga di belakang FC Nuremberg (9) dan Bayern Munich (22) dari segi kejuaraan Bundesliga. Borussia Dortmund juga kini telah mengumpul sejumlah 3 DFB-Pokal dan kejuaraan berganda (Double) musim 2011/12 ini meletakkan Borussia Dortmund sebagai salah satu dari hanya 4 kelab Jerman yang pernah mencatatkan Double. Mulai musim depan, dua bintang akan tertera di atas logo Borussia Dortmund pada jersi pemain selaku pengiktirafan di atas 5 kejuaraan Bundesliga era moden.

Bersama kita nikmati kejayaan manis Die Schwargelben. Inilah dia bola sepak sebenar gaya Jerman!


Kejayaan pertama bermula dengan menjulang 'mangkuk salad' Bundesliga setelah meninggalkan Bayern Munich 8 mata di belakang!


Kemudian disusuli pula dengan menjulang DFB-Pokal setelah membelasah Bayern Munich 5-2!


Hasilnya ialah 'open top bus' buat musim kedua berturut-turut di tengah kota Dortmund!


Dan para pekerja lombong Dortmund semua ambil cuti peristiwa!


Kalau musim lepas kejayaan diraikan dengan hanya mencuri rumput padang Westfalenstadion, kali ini para penyokong Borussia Dortmund maju setapak lagi dengan mencuri tiang gol pula!


Kapitan Sebastian Kehl asal menang je dapat kiss, asal dapat kiss je menang


Shinji Kagawa, semoga tidak melakukan kesilapan besar ke Old Trafford


Danke Borussia Dortmund!


Danke Jurgen Klopp!


Apa cerita Schalke 04? Apa cerita Bayern Munich pula?

Amboi bukan main naik angin la Bayern Munich dalam Champions League nanti ye?
38

Chelsea - Juara FA Cup Yang Bermurah Hati

LuciusMaximus Khamis, Mei 10, 2012 ,




Sebenarnya tak banyak yang perlu ditulis tentang kejayaan Chelsea menjuarai FA Cup 2012. FA Cup ni macam tiap-tiap tahun juga fesyennya, kelab-kelab power yang pernah menjuarai EPL seperti Chelsea dan Blackburn Rovers serta yang bakal menjuarai EPL macam Manchester City bertarung dengan kelab-kelab bawahan seperti Hartlepool United, Blackpool FC dan Liverpool FC.

Kemudian sekali-sekala akan ada kelab bawahan yang diberi jolokan 'Daud' diberi peluang oleh FA untuk mara ke perlawanan akhir menentang kelab berstatus 'Galut' supaya ada unsur keseronokan di situ. Tahun 2012 ini, Liverpool diberi peluang untuk menghidupkan kisah 'Daud melawan Galut' ini.

Tapi amatlah jarang-jarang kelab 'Daud' pernah menang ke atas kelab 'Galut' dalam FA Cup melainkan atas kehendak FA. Maka skrip FA Cup 2012 memang tidak jauh bezanya. Baik di London, Manchester mahu pun Kuala Lumpur, semua tahu skrip yang telah diatur untuk perlawanan akhir minggu sudah. Hanya mereka yang di Liverpool dan D'Stall Corner saja yang masih berada dalam mimpi di malam hari.

Gol oleh Ramires di awal permainan memang sudah dijangka. Kalau Victor Valdes pun kena ayam dengan Ramires inikan sardin macam Pepe Reina pula? Gol kedua oleh Dubuk Liar seperti biasa sekadar untuk mencipta rekod sebagai satu-satunya manusia dan dubuk yang pernah menjaringkan 4 gol dalam 4 perlawanan akhir FA Cup.

Sekadar untuk membangkitkan rasa ghairah orang di Liverpool dan D'Stall Corner, Andy Carroll diberi peluang menjaringkan gol saguhati. Tentang gol kedua yang sebenarnya memanglah tidak gol, itu tidak lebih dari sekadar menunjukkan kepada dunia kehebatan Petr Cech dan untuk memberi peluang kepada pihak media melaporkan sedikit isu kontroversi bagi mewarnai perlawanan akhir FA Cup ini.

Sehingga wisel penamat ditiup, Chelsea bermain bertahan untuk memberikan lebih debaran buat orang di Liverpool dan D'Stall Corner. Tapi mereka yang arif hal bola sepak pastinya sudah tahu. Chelsea adalah juara FA Cup 2012. Terima kasih Liverpool atas latihan memanas badan selama 90 minit di atas padang.

Namun sebagai juara, Chelsea tidak pernah bongkak. Tidak seperti sesetengah kelab yang terlalu riak dan takbur dengan sejarah zaman batu kapur mereka yang kononnya gilang-gemilang. Chelsea walaupun power tidak pernah lupa kepada mereka yang lemah. Chelsea walaupun kaya tidak pernah alpa dari menghulur kepada yang miskin.

Maka atas sebab itu, dalam satu perlawanan yang tidaklah relevan mana, Chelsea bertandang ke Anfield selepas FA Cup dengan satu misi penting. Misi bantuan kemanusiaan yang suci dan murni. Dubuk Liar dan Petr Cech direhatkan, sementara RDM meletakkan Ross Turnbull di gawang. Itu pun The Racist Rabbit Diver masih belum mampu menjaringkan gol.

Nasib baiklah Michael Essien bermurah hati untuk menunjukkan kepada pemain Liverpool cara menjaringkan gol. Nasib baiklah Ross Turnbull bermurah hati untuk memberi Jordan Henderson peluang menebus maruah beliau yang tercalar selepas FA Cup minggu sudah. Nasib baiklah barisan pertahanan Chelsea bermurah hati memberi peluang buat Andy Carroll menunjukkan sedikit kehebatan supaya berpeluang pergi ke Euro 2012 nanti. Nasib baiklah sifat bermurah hati Chelsea memberi peluang buat Liverpool memintas Fulham dan merapatkan jurang dengan Everton. Itu pun masih lagi dipanggil 'Chelsea is our bitch' oleh segelintir orang di Liverpool dan D'Stall Corner. Tidak apalah, sesungguhnya tangan yang memberi lebih mulia dari yang menerima.

Itulah dia misi bantuan kemanusiaan yang suci dan murni. Sama seperti ketika Chelsea menghulur derma GBP50 juta ke Tabung Bersamamu Liverpool satu masa dulu dan sanggup mengambil pelarian seperti Nando Torres atas dasar kemanusiaan. Sebenarnya dengan duit GBP50 juta itulah juga Liverpool akhirnya berjaya membeli Mickey Mouse Cup musim ini.

Tapi sayang, GBP50 juta hanya cukup untuk membeli Mickey Mouse Cup. Kalaulah ada lagi GBP50 juta, mungkin boleh juga Liverpool guna untuk membayar FA bagi membeli FA Cup pula. Tapi malang, sejumlah GBP120 juta khabarnya habis dibelanjakan King Kenny untuk membeli posisi ke-8 EPL.

Kenalah minta sedekah lagi untuk musim depan nampaknya. Kesian.
39

Harapan Terakhir Umat England - Memijak Barcelona





keANGKUHan

1) Chelsea power.
2) Barcelona bangang.

Cukuplah dua, nak masuk waktu Subuh dah ni.
24

Harapan Terakhir Umat England - Mengajar Barcelona






keANGKUHan


1) Dubuk Liar 1 - 0 Adik Messi.

2) Ini adalah kali kedua RDM mengalahkan Pep Guardiola, selepas kali pertama melakukannya pada tahun 2000 ketika mereka berdua masih bekerja sebagai pemain bola dengan caruman KWSP.

3) Carles Puyol rambut saja macam singa tetapi berdepan Dubuk Liar beliau terpaksa bermain kasar kerana cuak yang amat sangat.

4) Lionel Messi ni bukanlah power mana pun, dengan bekas pemain Bolton Wanderers pun tak boleh lepas.

5) Pengadil Jerman bernama Felix Brych tidak mudah ditipu oleh primadona Barcelona sama seperti Markus Merk pada tahun 2000 dulu, mereka tidaklah sebangang pengadil Sweden atau Norway.

6) Barcelona mempunyai 6 percubaan tepat tetapi kerana terlalu mementingkan 'art' ianya sia-sia belaka, Chelsea cukup sebijik dah jadi gol.

7) Pep Guardiola cuba memasukkan Pedro Rodriguez yang menjaringkan gol dalam final Champions League tahun lepas, apa dia ingat Chelsea ini lauk macam Manchester United ke?

8) Bumi Catalunya retak seribu sebaik saja Dubuk Liar menyumbatkan gol.

9) Nasib baik RDM memilih untuk tidak menambah derita Barcelona dengan tidak memasukkan Dubuk Albino, tetapi telah dimaklumkan bahawa Nando akan dilepaskan untuk mengganas di Emirates hari Sabtu nanti.

10) Cesc Fabregas seperti biasa meroyan sebelum perlawanan tentang Chelsea main 'long ball', kemudian dikeluarkan ketika permainan kerana faktor bangang ya amat sebab dulu belajar di tadika Emirates.

11) Kalau Barcelona, sebuah pasukan 'art' yang power boleh dijinakkan, inikan pula Arsenal sebuah pasukan 'art' yang perasan power, ya jaga-jaga Sabtu nanti!


Cukuplah 11, lebih-lebih nanti orang kata angkuh pula.
23

Harapan Terakhir Umat England - Melawan Barcelona




Chelsea lawan Barcelona. Ini adalah epik. Jenis epik yang tak terjangkau dek akal fikiran manusia. Kerana dalam seluruh England tidak ada pasukan bola lain yang dikhabarkan mampu melawan Barcelona melainkan Chelsea. Dan ini bukan cakap kosong atau ikut sedap mulut. Bijak pandai bola sepak semuanya mengakui di England hanya Chelsea saja yang boleh melawan Barcelona. Kerana apa?

Kerana Chelsea ialah Harapan Terakhir Umat England. Harapan yang lain-lain lama dah bungkus.

Bersempena perlawanan epik yang bakal berlangsung malam ini, kita merenung kembali semua perlawanan-perlawanan epik antara dua pasukan bola teragung di dunia ini dalam pentas Champions League.

Champions League 1999/00

Chelsea 3 - 1 Barcelona

Sepakan percuma Gianfranco Zola meledak gol pertama Chelsea

Pentas suku akhir Champions League. Chelsea pada masa ini melayakkan diri ke Champions League buat kali pertama di puncak kebangkitan The Italian Renaissance pimpinan Gianluca Vialli selaku 'player-manager'. Membarisi kesebelasan Chelsea ketika ini antaranya trio Perancis seperti Frank Lebouef, Marcell Desailly dan Didier Deschamps, duo Itali yakni Gianfranco Zola dan Roberto Di Matteo serta kiper Belanda, Ed de Goey.

Manakala Barcelona pula berada di penghujung era presidensi Josep Lluis Nunez, antara era presidensi terpanjang dalam sejarah Barcelona (1978 hingga 2000) dan sehingga kini paling berjaya (27 trofi semuanya). Pemain mereka antara dewa bola sepak zaman itu, seperti Josep Guardiola, Luis Figo, Luis Enrique, Michael Reiziger, Rivaldo, Frank de Boer, Phillip Cocu, Patrick Kluivert dan tidak lupa anak muda zaman itu seperti Xavi Hernandez dan Carles Puyol. Phew!

Diundi bertemu dalam suku akhir, pusingan pertama di Stamford Bridge menyaksikan The Blues mudah menundukkan anak buah Louis van Gaal 3-1. Tiga gol dijaringkan dalam tempoh 8 minit pada separuh masa pertama, mulanya oleh Gianfranco Zola dan dua lagi oleh 'super-sub' dari Norway, Tore Andre Flo. Barcelona hanya berpuas hati dengan gol tunggal dari Luis Figo pada minit ke-64, Figo ketika ini bermain untuk musim terakhir beliau bersama Barcelona sebelum murtad ke Real Madrid.

'Sexy football' milik Chelsea tidak berdepan masalah menundukkan Barcelona yang pada zaman itu belum terkenal lagi dengan permainan 'art' mereka.

Barcelona 5 - 1 Chelsea

Rivaldo meraikan jaringan sepakan penalti, satu perkara biasa yang dihadiahkan oleh pengadil kepada Barcelona

Tetapi satu masalah tentang 'sexy football' Chelsea ialah, ianya tidak konsisten. Dan dalam lawatan sambil belajar ke Camp Nou, The Blues diratah sejumlah 5 gol oleh Barcelona yang tidak berhati perut.

Di hadapan 80,000 semangat nasionalisme Catalan, anak buah Gianluca Vialli pula ditundukkan kali ini. Rivaldo menjaringkan gol pertama Barcelona pada minit ke-24 diikuti pula oleh Luis Figo pada minit ke-45. Tamat separuh masa pertama, kedudukan agregat telah terikat 3-3 dengan Barcelona beroleh kelebihan gol tempat lawan.

Separuh masa kedua bermula dan sekali lagi 'super-sub' Tore Andre Flo memainkan peranan untuk menjaringkan gol pertama dalam sejarah Chelsea di Camp Nou. Chelsea di depan kembali, tapi Daniel Garcia kembali mengikat kedudukan agregat kepada 4-4 pada minit ke-83. Hingga tamat masa permainan, kedua-dua seteru masih terikat dan perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan.

Tetapi di masa tambahan, Chelsea tidak berdaya untuk berbuat apa-apa. Jaringan penalti oleh Rivaldo dan kemudian diikuti pula gol oleh Patrick Kluivert menghancurkan harapan The Blues dengan Barcelona mara ke separuh akhir melalui agregat 6-4. Barcelona mara ke separuh akhir tetapi kecundang di tangan Valencia.

Champions League 2004/05

Barcelona 2 - 1 Chelsea

Ander Frisk melayangkan kad merah selepas diberi 'nasihat' oleh Frank Rijkaard kepada Didier Drogba yang tercedera

Lima tahun berselang sejak pertembungan pertama antara dua pasukan bola teragung ini, Chelsea dan Barcelona kembali dijodohkan dalam 'Round of 16' Champions League 2004/05.

Chelsea pada ketika ini telah pun melalui proses revolusi yang menyaksikan bermulanya era Roman pada 2003 dan turunnya The Special One dari kayangan pada 2004. Dengan Jose Mourinho mengemudi The Blues, tidak dapat dinafikan lagi kebesaran Chelsea apatah lagi dibarisi pula pemain seperti Petr Cech, Claude Makelele yang memulakan istilah 'Makelele Role', Ricardo Carvalho dan tidak lupa Eidur 'The Iceman' Gudjohnsen.

Barcelona pula selepas tamatnya era Nunez kini telah memasuki era presidensi Joan Laporta. Masih muda, Laporta turut membawa masuk Frank Rijkaard untuk kembali membina Barcelona yang pada masa itu dibayangi oleh kehebatan The Galacticos oleh Real Madrid. Di bawah Rijkaard, Barcelona memulakan proses membina kembali kemegahan Catalan ini dengan membawa masuk pemain seperti Ronaldinho, Samuel Eto'o dan Giovanni van Bronckhorst. Manakala pemain muda lima tahun dulu seperti Carles Puyol dan Xavi Hernadez telah pun membesar matang dalam ilmu bola sepak.

Di Camp Nou, Chelsea tunduk lagi kepada Barcelona. Walaupun Juliano Belletti menyumbatkan gol sendiri untuk Chelsea (selepas itu pada tahun 2007 dia berpindah dari Barcelona ke Chelsea) di separuh masa pertama, tetapi separuh masa kedua menyaksikan Maxi Lopez dan Samuel Eto'o meledak 2 gol untuk Barcelona menang selesa 2-1. Didier Drogba dibuang padang 11 minit permainan separuh masa kedua, Jose Mourinho membuat tuduhan tentang Frank Rijkaard mempengaruhi pengadil Sweden, Anders Frisk ketika waktu rehat, dan Anders Frisk meletak jawatan selepas perlawanan ini akibat ugutan bunuh dari penyokong Chelsea.

Chelsea 4 - 2 Barcelona

Kehadiran Pierluigi Collina dalam perlawanan timbal balik memastikan perlawanan yang saksama dari segi pengadilan, sekaligus mengakibatkan Barcelona bungkus

Selepas kecundang lagi di Camp Nou, niat Chelsea tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan Barcelona tidak akan menang di Stamford Bridge, sekaligus memadamkan defisit 1 gol dalam perlawanan sebelumnya. Tugas mencatur strategi pastinya terletak pada The Special One, yang sejak memegang Chelsea telah mengubah corak permainan dari 'sexy football' kepada permainan yang lebih pragmatik dan praktikal.

Barcelona di bawah Frank Rijkaard pula sedang beralih ke corak permainan yang lebih 'art' dari zaman-zaman sebelumnya. Tugas Rijkaard seperti yang diamanahkan oleh Joan Laporta ialah untuk memastikan trofi Champions League kembali ke Camp Nou selepas kali terakhir ia dilakukan pada 1992.

Namun begitu di Stamford Bridge, dendam Chelsea terbalas juga. Seawal minit ke-8 Eidur 'The Iceman' Gudjohnsen mengikat agregat, hanya untuk disusuli oleh gol Frank Lampard pada minit ke-17 dan Damien Duff berselang 2 minit kemudian. Ronaldinho merapatkan jurang melalui sepakan penalti pada minit ke-27 dan satu lagi gol sebelum tamat separuh masa pertama bagi mengikat kembali kedudukan agregat 4-4, kelebihan pada Barcelona atas faktor gol tempat lawan.

Tetapi, di separuh masa kedua Captain Marvel John Terry melakukan tugas beliau untuk menghasilkan gol ketika perlu. Dari tendangan sudut Damien Duff, Captain Marvel tidak bermasalah untuk menanduk bola masuk melepasi Victor Valdes. Dendam lima tahun sudah akhirnya ditebus oleh Jose Mourinho dan barisan baru pemain Chelsea hasil kemenangan agregat 5-4.

Barcelona bungkus, manakala Chelsea mara ke suku akhir untuk menundukkan Bayern Munich dengan agregat 6-5. Perjalanan Chelsea bagaimana pun berakhir di separuh akhir apabila disekat oleh kelab bersejarah, Liverpool.

Champions League 2005/06

Chelsea 1 - 2 Barcelona

Chelsea meraikan gol sendiri oleh Thiago Motta

Mungkin sudah jodoh agaknya, Champions League 2005/06 sekali lagi menemukan dua pasukan teragung di peringkat Round of 16. Rekod Champions League antara keduanya ketika ini kekal dengan masing-masing beroleh 2 kemenangan, Barcelona menyingkir Chelsea pada suku akhir Champions League 1999/00 manakal Chelsea pula membungkus Barcelona pada 'Round of 16' Champions League 2004/05.

Tidak ada banyak perubahan antara kedua pasukan. Jose Mourinho masih lagi mengemudi Chelsea dan begitu juga Frank Rijkaard di Barcelona. Kedua-dua pasukan menjuarai EPL dan La Liga masing-masing musim sebelumnya. Dan pertemuan kali ini ibarat penentu siapa lebih hebat antara Chelsea dan Barcelona.

Perlawanan pertama di Stamford Bridge menyaksikan Chelsea sekali lagi bakal berjaya mempertahankan rekod kemenangan di gelanggang sendiri ke atas Barcelona. Thiago Motta menyumbatkan gol sendiri pada minit ke-59. Tetapi berselang 12 minit kemudian John Terry yang muncul wira musim lepas melakukan kesilapan besar untuk menyumbat gol sendiri pula. Barcelona kemudian beroleh gol kemenangan apabila Samuel Eto'o merobek gawang Chelsea pada minit ke-80.

Ianya adalah kemenangan pertama Barcelona di Stamford Bridge dan sekaligus memberikan Chelsea tugas berat untuk mencapai kemenangan dalam perlawanan timbal balik di Camp Nou.

Barcelona 1 - 1 Chelsea

Kedua penjaring gol dalam perlawanan timbal balik di Camp Nou

Apabila perlawanan timbal balik berlangsung di Camp Nou, Frank Rijkaard memilih untuk bermain secara bertahan di sebalik jolokan Barcelona sebagai antara pasukan terbaik dunia. Di depan 98,450 penonton, perlawanan tanpa gol disajikan sepanjang 78 minit hinggalah Ronaldinho memecah kesunyian untuk gol pertama perlawanan.

Harapan Chelsea jelas hampir terkubur, walaupun dengan gol penalti saguhati diberikan pada minit ke-90 yang disempurnakan oleh Frank Lampard. Dengan waktu berbaki masa kecederaan, pengadil dari Jerman meniup wisel untuk mengesahkan Barcelona kembali pula membalas dendam ke atas Chelsea selepas dibungkus awal musim lepas.

Barcelona terus mara ke perlawanan akhir dan mudah menewaskan Arsenal 2-1 untuk menjuarai Champions League. Langsung tidak dilaporkan oleh wartawan seluruh dunia ialah kenyataan Frank Rijkaard selepas perlawanan yang menjelaskan bahawa lawan Chelsea 10 kali lagi susah dari lawan budak-budak macam Arsenal.

(bersambung)
32

Chelsea 2 - 1 Benfica (Agg. 3 - 1)

LuciusMaximus Khamis, April 05, 2012 , ,



 Dikhabarkan oleh bijak pandai, sebaik sahaja wisel ditiup pengadil di Stamford Bridge menandakan Chelsea sah layak ke perlawanan akhir, berlaku gempa di bumi Catalunya hingga muncul retak pada tiang seri di Camp Nou. Maka tahulah seluruh bumi Catalunya yakni Harapan Terakhir Umat England sudah kembali menuntut pembalasan!
28

The Things We Do And Do Not Blablabla

LuciusMaximus Isnin, April 02, 2012 ,


Okay, Roman Abramovich adalah mafia Rusia yang banyak main duit kopi, under table, tumbuk rusuk dan semua aktiviti terkutuk lainnya dalam semua urusan perniagaannya. Dia tidak ada pengalaman dalam perniagaan sukan dan sangat gelojoh dalam menjadikan Chelsea sebuah kelab bola yang power.

John W Henry pula ibarat seorang messiah dari negara kapitalis Uncle Sam, yang datang dari latar belakang penuh wasatiah dan keluarga yang sentiasa mendekatkan diri kepada Tuhan. Semua urusan perniagaan beliau dibuat dengan penuh integriti dan mematuhi undang-undang. Setiap keputusan dibuat menggunakan kalkulator risiko. John W Henry mempunyai pengalaman luas dalam perniagaan sukan kerana sebelum ini telah memiliki pasukan besbol Boston Red Sox.

Kita terima sajalah kenyataan ini. Yang penting, kita teruskan saja dengan 'the things we do and do not blablabla'.



The things we do seperti memberikan sokongan moral kepada rakan bola sepak bernama Stan Petrov walaupun dia bermain untuk pasukan lawan, bukan dengan memberikan sokongan kepada seorang rasis diver bergigi arnab


The things we do seperti memberi peluang dan kepercayaan kepada bakat muda England seperti Daniel Sturridge sehingga menjadi prospek penyerang Three Lions


The things we do dengan mempunyai seorang pertahanan yang mampu menghasilkan gol bila diperlukan, bukan satu tetapi dua


The things we do dengan memberikan seorang bekas pemain Liverpool peluang untuk bermain di Champions League dan bersaing di peringkat tertinggi EPL, bukan bersaing di pertengahan liga


And we do not blablabla.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...