Dubuk Liar - Who lets The Drog out?
Chelsea 1-0 Stoke City
Chelsea bermain macam biasa, bosan tapi menjanjikan 3 mata penuh. Dengan menggunakan kudrat pemain berusia 33 nak masuk 34, gol tunggal perlawanan sudah cukup untuk menghancurkan segala sisa perjuangan Stoke City. Kini ada baki 10 lagi perlawanan untuk Chelsea layak ke Champions League macam biasa. Dengar cerita kelab London yang kat atas semua dah goyang.
Chelsea Berusia 107 Tahun
10 Mac 2012 menandakan genapnya 107 tahun penubuhan Chelsea, yang bermula sejak 10 Mac 1905 bagi sesiapa yang lemah Ilmu Hisab. Penubuhan Chelsea bertitik tolak dari kekecewaan penduduk London di atas kelembuan kelab seperti Arsenal, Tottenham Hotspur, Fulham dan QPR. Mulanya hendak dinamakan London FC, ianya telah diprotes oleh lembu-lembu di Arsenal hingga QPR yang takut kehilangan sokongan penduduk London. Mahu atau tidak nama Chelsea FC terpaksa dipilih, tetapi ianya sudah cukup untuk menarik sokongan padu dari penduduk kota London hinggakan kelab seperti Arsenal hari ini hanya disokong oleh orang Lipis sementara QPR pula disokong oleh kakitangan AirAsia.
Dubuk Liar Menjaringkan Gol EPL Ke-100
10 Mac 2012 juga menyaksikan Didier Drogba menyertai senarai pemain yang telah menjaringkan 100 dan lebih gol dalam EPL. Sejumlah 160 gol lagi diperlukan untuk menyamai rekod penjaring terbanyak EPL, Alan Shearer yang sudah bersara. Di kalangan pemain yang masih aktif, 50 gol diperlukan untuk menyamai Frank Lampard, Michael Owen (49), Wayne Rooney (37), Emile Heskey (11), Jermaine Defoe (9), Ryan Giggs (7) dan Paul Scholes (4). Andy Carroll, Luis Suarez, Robin Van Persie dan tak lupa Nando Torres boleh main jauh-jauh.
Dubuk Liar Tua Setahun
Sehari selepas menjaringkan gol ke-100 beliau, Didier Drogba meraikan hari jadinya yang ke-34 tanggal 11 Mac 2012. Anak jati Felda Abidjan, Negara Pantai Gading ini berhijrah ke Perancis sewaktu berumur 5 tahun ketika pemain Malaysia lain yang dah bersunat masih lagi tak berani ke Eropah kerana tak sampai hati meninggalkan roti canai dan nasi lemak. Walaupun pernah rindukan ketiak mak dan pulang ke negara asal, The Drog tetap kembali ke Perancis bagi mengejar cita-cita sebagai pemain bola profesional. Kini taraf beliau bukan saja sebagai pemain pro, tetapi juga Duta Keamanan PBB selain dilantik Jaksa Pendamai oleh kerajaan Negara Pantai Gading dan pernah terlibat dalam usaha pembinaan Hospital Abidjan melalui Yayasan Didier Drogba. Dipancing oleh The Special One pada tahun 2004, The Drog kini telah mengumpul 3 trofi EPL, 3 FA Cup dan 2 League Cup. Ianya lebih banyak dari apa yang telah dikumpul secara peribadi oleh Arsene Wenger sejak 1996 sebagai pengurus Arsenal.
Lain-Lain Perkara
Manchester City
Sejak dibeli oleh tauke minyak Abu Dhabi pada 2008, Manchester City masih belum mampu menang EPL dan nampak gayanya selepas kalah dengan Swansea semalam belum tentu boleh juara EPL musim ini. Chelsea dibeli oleh Roman Abramovich pada 2003 dan pada 2005 telah pun berjaya menang EPL. Ini membuktikan duit saja tidak cukup untuk menang EPL, perlu ada semangat juang dan usaha yang terpuji. Main cantik macam Arsenal atau kaya sejarah macam Liverpool juga tidak cukup untuk menang EPL.
Manchester United
Okay yang ini memang power dan tidak boleh dinafikan selagi Pak Alex masih bernafas. Lawan dia Chelsea je. Takpe ko tunggu musim depan, ko tunggu.
Tottenham Hotspur
Kalah dengan Everton membuktikan bahawa Spurs ini memang kelab ayam sejak azali lagi.
Arsenal
Mereka bakal tewas di tangan Newcastle United malam ini. Go Magpies!
Liverpool
Aku pinjam kata-kata Rashidee Shukri:
6 Mac 2012 7.02ptgkalau nak bercakap pasal tukar manager untuk performance ni memang agak pandir sebenarnya. football success is a long term run business.
macam MU misalnya. masa SAF ambik alih pada tahun 1986, dia mengambil masa selama lebih kurang dua tahun jugak la sebelum MU dapat angkat piala balik (FA Cup 1990).
ini tak sampai setengah tahun dah tendang si polan keluar dari kelab. Liverpool pun dah berapa kali kalah season ni, takde pun ura-ura John Henry nak tukar manager.
pendek kata, kalau ni sebab nak backing Roman yang agak bangang pasal bola, artikel ni memang pandir.
Marilah kita ramai-ramai berdoa agar King Kenny kekal bersama Liverpool supaya mereka terus menjadi Bangang Abadi.
27 Ulasan:
bangang abadiiii. yeargh. GGMU
Mohon komentar Rashidee Shukri.
butthurt lah fan liver haha
Dengan ini secara rasmi dilancarkan kempen PKKAK (Please Keep Kenny At Kop)untuk mengekalkan keabadian. Sebelum ini juga ada kempen seumpamanya KRAP (Keep Rafa At Kop) namun kesudahannya menyayat hati.
kah3.. mohon rashidee tidak backing tetapi "barking" artikel nie.. kah3..
aku paling tak paham ayat, SAF ambik masa 2 tahun utk menang piala. masuk tahun 1986..menang piala tahun 1990. part yg aku tak paham tu 'ambik masa 2 tahun'.
en lucius...sila ajar puak liverpool subjek matematik moden. plssss.
Rashidee Shukri lagi banggang abadi sebab lupe John Henry tukar Roy Hodgson ngan Kenny Deglish..
Kalau menang je baru Chelsea berani post...kalau kalah menikus jugak kah kah kah
dah 2 billion habis ke kelab.
Uhum. Baiklah. Kami tunggu musim depan, Abg Lucy.
Sebab tak dinyatakan tahun, maka takleh salahkan Abg Lucy kalau musim depan pun tak berjaya lagi. Mungkin musim yang lebih depan.
"Okay yang ini memang power dan tidak boleh dinafikan selagi Pak Alex masih bernafas. Lawan dia Chelsea je. Takpe ko tunggu musim depan, ko tunggu."
Suka part yang ni..
Yeah,drog mmg hebat.dah tak terhitung gol dia dlm liga musim ni.golden boot mmg dlm tgn la senang cite.
Hehehe.. Kan gua dah kata lucy goyang dengan kuasa illuminati MU ni..
kemon la lucy. semua orang tahu kelab yang asyik tukar manager ni memang pandir ownernya.
man utd kalau kalah, boleh boasting pasal tittle dgn pedigree, liverpool kalau kalah, biasalah korek balik sejarah, berlagak cerita zaman dulu kala, arsenal kalau kalah boleh berlagak pasal main cantik, maruah, biar kalah janji gol cantik asal jangan tepek, chelsea kalau kalah? nak bangga pasal apa? main boring, dah la management typical capitalist style, menang diutamakan, yang lain2 pegi mampus.
bola bukan setakat menang kalah je bro.
dah betullah kata rashidee tu, tapi part dua tahun tu mohon bukak kbsm matematik balik.
antara dua tim puaka kaum pemodal (chelsea & man city), citeh lagi terer dalam aspek pembelian pemain. torres + lukaku = 70 mil, banding dengan city dzeko + aguero + balotelli = 80+ mil. kemudian bandingkan pulangan gol antara 2 team ni, hehe. abu dhabi ftw!
London Is red
eh nama gua naik? kah kah kah.
alaa, part tahun tu pandai-pandai la korang kira. gua dah malas nak congak sebenarnya.
kemon la Lucy. dah menang baru nak nampak batang hidung? mohon gagah berani sikit.
oh, tambah sikit.
Roberto Di Matteo ni antara lejen Chelsea jugak. kelab yang bersandarkan pada lejen ni selalu Liverpool, Juventus dengan Ajax je. nak jadi macam Liverpool tapi kutuk polisi kitorang? baik la lu mengharapkan Roman tukar manager sebelum lu dipandirkan lagi sekali. keh keh keh.
EQUILIBRIUM mana? rindu pulak nak tengok komen budak sekolah dia.
rashideeshukri ni memang bangang. kahkahkah
@rashideeshukri
'kelab yang bersandarkan pada lejen ni selalu Liverpool, Juventus dengan Ajax je. nak jadi macam Liverpool tapi kutuk polisi kitorang?'
Sebab pakai lejen kelab jadi Manager, terus kata CFC nak ikut Liverpool? Hahahaha.. Luci, aku cadangkan kau buat satu petisyen dan mintak sejuta tandatangan fans CFC menggesa supaya CFC diubah menjadi sebuah kelab hoki. Gila kau main bolasepak, itu meniru liverpool wei!
just utk penambahan info - Di Matteo bukan baru kes pertama legenda Chelsea jadi Manager/ Asst. manager. Ray Wilkins, David Webb antara legenda kelab yg pernah jadi Manager/AM CFC.
Harap peminat Liverpool semua bersabar sikit dalam masa sebulan ni, ini kerana banyak artikel-artikel menghentam Liverpool secara direct atau tidak direct akan keluar sokernet, semuanya sebenarnya adalah untuk mengumpan Keli komen je padahal, korang jangan terkena pulak, huhuhu... :p
@Ajiz: kalau dah 'paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih', ilek-ilek sudah. tak payah la nak criticize KD sangat.
kamon la, sendiri punya kelab ada problem, orang lain pulak yang kena. ini taktik kotor politik. keh keh keh.
kalau fan sndri berpecah belah tak reti nak sapot manager macam mana abam rashideeshukri?
masalah tu sebenarnya masalah segelintir fans luar Merseyside je. yang lain semua masih lagi berdiri di belakang KD.
Kelab paling berjaya kat london..Arsenal..chelsea? Sejenis apa tuh? Kelab rumah merah yang ade john terry,ashley cole bla..bla..hhaha
bangang abadi?...
lagi elok dari pondan azali(MU whiners) ataupun pandir sejati(chelsea's lambs)...keh2..
//75 ribu kali try masukkan pengesahan, sapa robot sekarang?..cis :D
KD = Kris Dayanti
@rashidee
Biasa lah sokernet.. Perkara2 pelik memang boleh didapati disini i.e kat sini lah kau boleh tgk tiba2 fans Kelantan concern pasal performance Selangor etc.. Janji ada modal nak mengata.. kihkihkih
Tapi aku rasa elok lagi ada owner yg pandir dan manager yg bangang abadi drp ada manager yg pedophile, gila bebudak tadika.. eeeuwwwww!
Catat Ulasan