Memaparkan catatan dengan label Sokernet Bukan Sekadar Angkuh 2013. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sokernet Bukan Sekadar Angkuh 2013. Papar semua catatan
5

Hari Indah Buat Fajura

racYnc Ahad, Januari 13, 2013 ,


Pilihan Johor 1 - 0 Perak

1. Gua menghormati Azraai Khor ( nama asal Khor Sek Leng ) sebagai jurulatih tempatan terbaik. Ini menyebabkan debaran bertemu Perak lebih terasa. Sebelum masuk stadium, bekalan kuaci dan air soya dibeli 2 kali lebih banyak. Ini semua Azraai punya pasal.

2. Jurulatih DTFC membuat rombakan besar di barisan pertahanan. Aidil dan Faizal Mansor dimasukkan awal sambil dibantu dengan pasangan anak beranak Azmi Muslim dan Muslim Ahmad. Manakala Zamir Selamat menjadi penjaga gol. Paling menggembirakan, Del Nero sudah pulih dan turut menjadi kesebelasan utama.

3. DTFC bermula garang dengan mengamalkan corak offensive dari sepak mula. Del Nero bertindak baik sebagai ball passer dan ball tackler di bahagian tengah. Wak Lan dan Guiza bersilih ganti membuat off ball movement di kiri dan kanan untuk menarik pertahanan Perak supaya out-position. Safiq seperti biasa aku tak faham apa fungsi dia.

4. Serangan bertali arus terhasil namun keampuhan back four Perak, di kepalai oleh Rafa " abang badan besar gila babi " Novais, mematahkan banyak gerakan DTFC. Perak bermain secara anti-football dengan banyak membiarkan ball posession dikuasai DTFC dan melakukan serangan balas sekali sekala.

5. Minit 37, Khairi Kiman membuat terjahan keras dari belakang Guiza. Masa kejadian, pengadil tengah segak berdiri di belakang beliau, lantas beliau di layangkan kad merah. 8 minit kemudian, Hisyamudin Shaari pula terajang dada Del Nero ( kononnya tackle ). Ketika kejadian, pengadil betul betul di hadapan Del Nero. Perak mendapat kad merah kedua. Nak hentak orang pun jangan la bagi pengadil perasan. Takkan sifu Azraai tak ajar.

6. Di separuh masa kedua, dengan tinggal 9 pemain Perak bermain secara ultra defensive. Namun, berpunca dari sepakan sudut Safiq, gol akhirnya terhasil pada minit ke-48 hasil tandukan hebat Aidil Zafuan. Perlawanan berterusan tanpa jaringan tambahan sehingga tamat perlawanan.

7. Secara keseluruhan, DTFC bermain dengan lebih baik jika dibandingkan ketika bertemu Pahang tempoh hari. Kalau masa game lepas main macam ni, Sultan Bola pasti terus letak jawatan. Dan kenapa game ni cuma 1 gol? Pertama, sebab bagi muka kat Azraai dan kedua, kerana pertahanan Perak sangat kental bertahan. Rafa tu aku harap Tengku Bola beli tahun depan.


Real Johor 2 - 0 NS Betaria

1. Gol dijaringkan oleh Farid Ideris dan Orlando.

2. Real Johor akan naik Liga Super tahun depan. Percayalah.

Dengan kemenangan kedua dua pasukan Johor, apa komen Fajura?


Senyum tau akak.. Senyum.. 


Sori entri lambat. Gua sibuk.
9

Pertembungan Musuh Tradisi

helmy Jumaat, Januari 11, 2013 ,


Sudah pasti ramai penggila bola tertumpu pada perlawanan antara team setan merah lawan team budak-budak kelas sejarah pada hujung minggu ni. Tapi mungkin mereka kurang sedar adanya satu perlawanan yang menarik hampir dengan diri sendiri.


"Wa rase nak pergi tengok Selangor main lah. Selangor lagi power dari team wa sendiri"


Selangor dan Singapura sudah termaktub dalam lipatan sejarah memanglah musuh abadi sejak aku belum lahir lagi. Bukan nak sandarkan pada kenangan macam geng-geng ayam merah tu tapi bukti jelas menunjukkan Gergasi Merah pegang rekod 32 Piala Malaysia dan Singapura pula 24 Piala Malaysia. Cukuplah cerita pasal Singapora ini jam aku nak cerita "adik" die pulak. Lions Xii

Sabtu ni Gergasi Merah akan bertandang ke kandang Singa di Stadium Jalan Besar bagi melaksanakan tugas rutin mereka iaitu meratah Singa. Hebat sangat ke Lions Xii ni?? Takdelah hebat mane harapkan Shahril Ishak tu je. Tiada ape pun yang hebat di sana. Ape ade kat Singapore tu setakat USS kat Selangor pun ade I-City lagi canggih ape.


Rembatan Forkey "Predator" Doe yang dikatakan mampu melumpuhkan pemain lawan


9

Pemain Power Malaysia Yang Kasihan


 
Pada suatu senja yang agak berangin, saya menonton sebuah forum sukan terbitan milik seorang hartawan berbangsa India. Sambil tangan sibuk membalut sesuatu, deria saya menangkap akan setiap perbualan mereka. Mereka berbual santai. Terkadang serius, terkadang bergelak ketawa dan terkadang tergagap gagap macam celaka. Saya hanya mampu korek hidung dan menjentik tahinya ke tepi.

Mereka mendakwa telah mendapat senarai terkini pemain yang akan dipanggil menjadi pelatih skuad Harimau Malaya. Tiba-tiba mereka menyebut satu nama. Tangan saya yang sedang sibuk serta merta terhenti. Nama itu adalah Tam Sheang Tsung. Selain Tam, antara pemain lain yang mereka sebut adalah Nazmi Faiz, Amri Yahyah, Indera Putera dan Piya. Perkara itu agak menarik perhatian saya. Rupanya saya terlalu memandang rendah kepandaian FAM barangkali. Tau jugak mereka  pilih pemain, ingatkan hanya tahu anjurkan parti mabuk minum Brandy.

Selain Tam Sheang Tsung yang kini mewakili Shenzen Shenhua, Malaysia memiliki ramai lagi budak ajaib yang bermain di luar negara. Antaranya Nazmi Faiz ( FC Beira Mar ), S. Kumaahran - Sanjeet Dinesh ( trial Cruzeiro ), Sean Gan Giannelli ( Atletico Arrezo ) dan pemain harapan seluruh umat Malaysia, Fakri Saarani ( FC Barcelona ). Pemain pemain Malaysia yang hebat di mata saya pula adalah Ashaari Samsudin, Piya, Zairo, Indera Putera, Idris Karim, Alex, Fadli Shas, Shahurain, Rozaimi, Rezal Zambery, Manaf Mamat serta beberapa lagi nama yang sebahagian besarnya langsung tidak bermain pada Piala AFF yang sudah. Bodoh piang.

Berbalik kepada senarai nama pelatih di atas, senarai nama tersebut sejumlah 70 orang. Adakah harapan untuk kita melihat rombakan besar seperti yang dijanjikan akan tercapai? Itu lu orang boleh fikir sendiri. Gua ada hal lagi penting.

Assalamualaikum.
 
Boleh tambah lagi player pilihan korang di ruang komen.
10

Coppa Italia.

tikusmando Rabu, Januari 09, 2013 ,




Dalam kesibukan adik-adik Menyu dan adik-adik Liverpul mempersiapkan pasukan mereka untuk berlaga sesama sendiri hujung minggu nanti, mereka terlupa yg di Itali, pasukan abang-abang sudah siap untuk menghiburkan dunia bolasepak moden, awal pagi nanti. 2 pasukan ini merupakan nama besar dalam peradaban bolasepak Itali, dimana masing-masing memiliki kualiti dan kelas tersendiri. Juventus lebih 'abang' berbanding Milan, namun Milan tidaklah terlalu 'adik' di mata Juventus, untuk musim ini.






 "Betul aku ni nampak serupa abang-abang?".






"Pertahanan yg pawer adalah pertahanan yg mampu bertahan dengan hanya menggunakan sebelah mata dan berbekalkan rambut ekor kuda".






"Melepaskan gol adalah ibarat tercucuk hidung sendiri guna jari".





-Caption has been removed-.





"Tiada insan suci yg tidak mempunyai masa bangang, tiada insan bangang yg tidak mempunyai masa depan". 






"Tidak salah untuk meniru nenas". 







"Lets kick racism and terorrist out of football". 





"Referi yg adil adalah referi yg tahan bila dimaki oleh pemain yg berlengan besar sebelah".






"Kalau di tuiter, mereka gelar ini sebagai XOXO".






"Celake tak berbunyi!"












"Ahh pergilah mampus. Safee mana Safee?"
.











10

Fajura Tetap Di Hati




Aku bagi tau awal-awal ini cuma pandangan aku dan mungkin ratusan ribu penyokong Johor yang lain. Mengenai kekalahan JDT ke atas Pahang, cerita mudahnya , secara keseluruhan pasukan Pahang bermain dengan lebih baik dan bersemangat. JDT kalah sebab kurang konsistensi. Namun ini perkara biasa untuk pasukan mi segera seperti JDT.

Inisiatif TMJ untuk menaikkan semula nama Johor dalam dunia bolasepak Malaysia boleh dipuji. Namun, beberapa tindakan Persatuan Bolasepak Johor (PBNJ) agak (pada aku) terkebelakang. Dalam bahasa Sokernet, bongok. Mungkin kerana kurang pengalaman atau memang pimpinan PBNJ kurang ajaran. Antara tindakan yang menghairankan :

1.       Menghapuskan pasukan hebat berstatus kelab dari Johor.
Masih ingatkah anda dengan Johor FC, MBJB FC dan MP Muar? Inilah 3 pasukan berstatus kelab terkuat dari Johor di Liga M suatu masa dahulu. Ni siapa ajor ? Pada aku lebih baik jika kelab-kelab ini dikekalkan dan PBNJ lebih memberi tumpuan pada aspek pembangunan di akar umbi. Ini lebih utama dan pemain berbakat yang dilahirkan kelak mempunyai pilihan yang lebih luas untuk mengembangkan kemampuan mereka. Lebih menjimatkan kos dan konstruktif. Deretan peluang pekerjaan bakal tercipta dan barulah bolasepak Johor dapat berubah menjadi sebuah industri. Sehingga digelar Super Football Power Rangers Gaban Pendekar Laut 1Juta HP Industry. Paham tak?

2.       Tukar nama Johor FC menjadi Darul Takzim FC, Jengking jadi Harimau Selatan.
Ni pun siapa ajor ? Bila billionaire Abramovich beli Chelsea, mereka tetap guna nama Chelsea. Bila Allahyarham Dato Paduka Basri Akil buat double treble di Kedah,mereka tetap guna nama Kedah. Bila TSAM menjana kebangkitan Kelantan sehingga menjadi juara treble, mereka masih lagi Kelantan. Pada aku cukup sekadar jika kita tambah nama gelaran seperti BlueRed Army, contohnya. Nama Johor, Johor FC dan gelaran Si Jengking serta Sang Lebah patut dikekalkan kerana ianya sudah sebati dengan peminat sejati Johor. Akibat perubahan tukar nama semua ni, penyokong Johor sendiri pun konfius nak panggil apa. Aku pun orang Johor, aku tau lah.

3.        Beli ramai sangat pemain  - habis berjuta-juta.
Aku tetap berpandangan duit yang banyak ni lagi baik di habiskan untuk pembangunan bolasepak. Mungkin boleh digunakan untuk mewujudkan lebih banyak akademi bolasepak, menaiktaraf fasiliti latihan atau membina lebih banyak pertandingan bolasepak dalam negeri. Musim lepas, Johor FC berada di tempat ke – 9 Liga Super (dari 14 pasukan ) dan Johor FA ke-4 di Liga Perdana. Tak lah teruk mana pun. Beli import berkualiti dan masukkan beberapa pemain berpengalaman pun dah cukup baik. Tak payah lah beli sampai 1 pasukan!
 
Celaka. Aku dah cuba habis baik nak ringkaskan entri ni. Jadi aku bagi 3 sahaja tindakan PBNJ yang pada aku macam jahanam. Tapi aku tetap akui masih banyak tindakan yang masih boleh di puji (ada masa aku buat entri). Kepada peminat Johor, macam mana pun kita tetap orang Johor. Berikan sokongan semampu boleh pada pasukan bolasepak kita. Tapi janganlah tindakan salah pun nak kena sokong jugak. Itu Pandir namanya. Ini pesanan ringkas dari akak Fajura.  <---
 
 
Dari orang Johor untuk orang Johor. Sebab tu ayat gua manis manis. Dah power nanti kita berlagak. Orait?
3

JDT 2 - 3 Pahang ( Biar Pahit Ku Telan Jua )





" Akak ok je..U all ok x? Tahniah Pahang.. " Fajura





* Buat geng johor rilek-rilek suda..baru 1 game..dah kalah nak buat menda..steady, ok?
5

Spurs 3 - 0 Sky Blues





Berita gembira buat Yiddos dengan kepulangan Assou-Ekotto dan tenacious midfielder kita Scott Parker. Selain itu, segalanya yang berlaku semalam adalah seperti biasa. Spurs turun bermain dan menguasai perlawanan sepenuhnya. Benda biasa bukan? Seawal minit ke-14, Sigurdsson sepak freekick molek molek - Bale cuit sikit - Dempsey tolak mudah - gol. Benda dah biasa kat training ni. Minit ke-32, Dempsey rembat - kena block - melantun ke Bale - sambil senyum Bale rembat - gol. Sepak sambil senyum ni pun benda biasa jugak. Minit ke-37, Bale buat cross - Dempsey tanduk - gol. Nampak? Pap - Pap - Pap - gol. Main mudoh. Keputusan 3 - 0 kekal sampai akhir perlawanan. Bermain dengan hebat, menang bergaya namun tetap bersahaja. Inilah gaya kita. COYS!



Sementara itu,


Man U buat comeback - adalah biasa. Kelantan kalah Piala Sumbangsih - pun biasa. Demba Ba score sampai 2 - pun biasa. Torres tak main - err, ni ko jangan selalu buat Rafa. Kena buang karang.




Nando keluar Chelasea? Itu tak biasa.


4

Piala Sumbangsih 2013 - Salam Hormat

racYnc Sabtu, Januari 05, 2013 ,


" Abang dengar galak kat luar gaduh pasal ko. " Amy.

" Pedulikan la, bang. Yang penting Fazura hot. " Mat Yo.

" Takpe, senyum-senyum. Malam kita layan Piala Sumbangsih. " Amy.






Sementara itu,



" Akak jugak kena. Pening tau. "




P/S : Gua pilih Kelantan menang.

11

Dulu kini selamanya



Mempersembahkan barisan pemain dan pegawai pasukan terhebat dalam Liga Malaysia sejak dahulu, kini dan selamanya ;

Pasukan Selangor Darul Ehsan

4 Faktap menarik yang perlu anda tahu tentang pasukan power ini musim ini;

1. Gaji pemain Selangor dibiayai oleh persatuan sendiri hasil penajaan dan pelabauran persatuan. Tak macam Kelantan yang gaji pemain-nya dibayar oleh Kerajaan Malaysia dan Johor yang gaji pemain-nya dibayar oleh penaja terpaksa.

2. Kappa penaja jersi Selangor adalah sebuah jenama bertaraf antarabangsa. Worrior? Jenama ciplak konon konon nak sama dengan Liverpool.

3. Kalau Johor dan Kelantan memperkenalkan pemain mereka kepada peminat dan media macam buat parti catwalk, pasukan power ini memilih Stadium Shah Alam sebagai lokasi rasmi memperkenalkan pemain. Sebagai perbandingan pernahkah anda semua lihat pasukan Chelsea mempekenalkan pemain mereka di Harrods ? 

4. Tiada 32 bintang di jersi !

Faktap lain, penyokong Selangor tolong tambah sendirilah .......

Gambar : Kredit kepada Selangor Fanatik




8

tips bijak niaga - dari kelab hebat namun merendah diri



Nak belajar cara bijak berniaga? Menjadi kelab hebat namun merendah diri? Macam susah kan. Tapi tidak jika anda adalah The Lilywhites. Cerita mudah macam ni. Kenal Zeki Fryers?  Pernah mewakili England untuk skuad bawah 16,17 dan 19 tahun. Hebat tak? Tak cukup hebat? Beliau juga merupakan bekas pemain remaja Manchester United selama tiga tahun. Berjaya membuat penampilan sebanyak 6 kali bersama skuad utama Red Devils ( 2 EPL, 3 Piala Liga, 1 UCL ) pada season lepas. Tak kan tak hebat lagi kot. Super Fakri je berani cakap tak hebat.

Maka sebab budak ni hebat, Spurs pun pakat nak beli. Man U letak harga sampai 6 juta Pound Sterling sebagai pampasan ( sebab Zeki bawah 23 tahun ). Sebenarnya, jumlah ni pun kecik-kecik anak untuk Spurs. Tapi mereka tak gelojoh. Buat apa nak membazir. Membazir ni kerja iblis. Di sini datangnya bijaksana dari The Lilywhites. Dengan angkuh mereka tolak permintaan Man U. Dan sebab kontrak tamat, Zeki Fryers sain kontrak 2 tahun bersama Standard Liege yang turut mahukan khidmatnya. Mereka dapat secara percuma kerana klausa pampasan tersebut tidak laku di Belgium. Sebenarnya uncle Fergie nak sambung kontrak dia, tapi dia yang tak nak. Dah nampak dia punya game?

Setelah hanya 5 bulan bersama Les Rouches, Zeki Fryers kembali di buru Spurs dan pada 3 Januari 2013, beliau sah menjadi pemain The Lilywhites. Kali ini dengan bayaran cuma 3 juta Pound. Nampak? Menggunakan kebijaksanaan berniaga dan sedikit muslihat mudah, mereka jimat 3 juta Pound!

Itulah cerita sebuah kelab yang  bijak berniaga, hebat namun sangat merendah diri.

Selamat datang, Zeki!


Nama : Ezekiel David 'Zeki' Fryers
Umur : 20 tahun
Asal : Manchester, England
Makanan Kegemaran : Puyuh Goreng Kunyit
Minuman Kegemaran : Limau Suam

6

the real pukimak hanjing

racYnc Jumaat, Januari 04, 2013 ,



Tahukah anda, Pukimak Hanjing?

Ada macam ni..

Macam ni..
Ini..

Dan tak kurang hebatnya, ini..







Tapi yang ni paling champien. Tengok lidah dah tau.


Memperkenalkan..




" wooff ! wooff ! "





#ThisisSokernet.

1

Khutbah Jumaat: Ketua Wajib Dihormati

Dalam banyak entri mengenai FAM satu saja yang belum difikirkan oleh semua orang ialah mempertahankan FAM. Siapa yang nak pertahankan persatuan ini? kalau ada yang mengaku aku fikir sudah kena penumbuk sebijik. Tambah-tambah jika ada yang bawa sepanduk ke stadium tulis "I LOVE FAM"

Soal kenapa harus mempertahankan FAM ni sebenarnya ialah perkara yang bagus. Pro-nya memang banyak tapi Kontranya harus kita kaji.

Penglibatan Sultan dalam persatuan sukan dan mengurus tadbir badan-badan sukan ini bukan perkara baru. Kalau kita lihat bukan Sultan Bolo saja yang memegang jawatan tertinggi badan sukan, tapi Sultan Hoki juga ada. Bezanya ialah Sultan Hoki ni dia memang berjiwa Hoki. Sewaktu usia mudanya, memang Hoki ialah permainannya. Kalau sembang bab Hoki memang tak memalukan kaum la orang kata.

Tapi Sultan Bolo ni kalau kita ajak sembang bab Bola memang aku tak yakin dia boleh pergi jauh. Paling koman lari topik cakap pasal peruntukkan banjir di Pahang. Ini cuma analogi.

Dalam banyak kontra. Satu yang harus kita fikir ialah bagaimana Sultan dan kaum kerabat di Raja ini mentadbir badan sukan menyebabkan kaum-kaum politik murahan tak dapat menunjukkan kekuasaan dalam korupsi dan pengaruh politik partisan. Nampak Bodoh kan?

Kita takmau ambil contoh jauh-jauh, cukup sekadar apa yang berlaku di Indonesia. Bila ahli Politik memegang badan sukan menyebabkan berlaku banyak penyelewengan. Ego politik dan beberapa siri korupsi menyebabkan bola sepak mereka terus jatuh. Apa yang berlaku di Indonesia itu sebenarnya contoh terbaik bagi kita mempertahankan Sultan Bolo dari tidak meletakkan jawatan.

Sangat disaster bila orang politik yang berteriak sakan ingin mengembalikan maruah bola sepak. Ini samalah seperti keluar dari mulut ikan paus, masuk dalam mulut ikan jerung. Isunya ialah bagaimana kita dapat menbendung gejala tidak sihat dalam persatuan sukan jika Sultan Bolo terus berkuasa. Dalam banyak minoriti aku salah seorang yang mempertahankan Sultan Bolo oleh kerana petikan kata-kata Mufti Perak ialah Ketua Wajib Dihormati.

0

Nasi Kerabu

Aku punya artikel suka hati aku nak letak tajuk apa. Kalau tak suka pergi gali kubur dan tanam diri sendiri. Angkuh tak?

Beberapa minggu lalu terbit sebuah artikel dalam website Soccernet ESPN bertajuk ” Top Ten Asian Player of 2012″yang ditulis oleh Jhon Duerde. Menariknya dalam artikel tersebut, ada pulak tersenarai pemain Malaysia, Rozaimi Abdul Rahman berada pada kedudukan ke-9 dari 10 pemain Asia yang lain. Alasan kenapa dia tersenarai dimuatkan dalam sabdaan artikel tersebut :-

The 20-year-old's first appearance in the national team shirt came against Chelsea and the confidence in his play caught the eye of the coaching staff of the European champions. He then scored ten goals in five games in an ultimately unsuccessful qualification campaign for the Asia's Under-22 championships and the hype machine started to roll. Sometimes, though, that can be a good thing and Rahman is one of a new generation of Malaysian players who not only look good, they know they are good and want to show their talents on the biggest of stages.

Alasan sebegitu kalau dialih nama kepada Amar Rohidan, orang luar Malaysia bukan tahu pun. Sedangkan Rozaimi sendiri masih belum ada yang mengenalinya. Kita bercakap zaman sekarang la ye. Sebab aku takut bila aku bercakap zaman Akmal Rizal atau zaman Zami Mad Nor nanti ada pulak yang kata aku ni gila sejarah.

Tapi yang lebih menarik ialah Bambang Pamungkas yang sezaman dengan Akmal Rizal dan muda sikit dari Zami Md Nor boleh pulak tersenarai no.5 dalam carta tu. Aku tak tahu selain dari Khalid Jamlus yang pernah tersenarai dalam All Star Asean 2004. Adakah lagi pemain yang melebihi pencapaian yang dilakukan oleh Rozaimi?

Sangat diperlukan bagi sebuah pasukan itu seorang lead yang betul-betul ada karisma seperti Bambang Pamungkas. Bagi aku, Bambang Pamungkas boleh di anggap lejen dah setanding dengan Widodo Putro. Dahulu kita ada Ahmad Shahrul Azhar yang sangat ego di atas padang, pemain lain senang je dia pijak. Melangkaui ego dia jawapannya adalah disaster. Itu prinsipnya. Peristiwa selepas perlawanan persahabatan dengan Manchester United menjadi bukti.

Untuk mencari pemain seperti itu, susah untuk zaman sekarang. Kalau yang hebat seperti Rozaimi tidak tentu pulak hebat dalam kerja kepimpinan. Kalau yang ada pun cuma Safiq Rahim Chopot je. Itu pun entah macam hidup segan mati tak mau je.

Persoalannya, Mampukah Safiq Rahim Chopot menjadi seperti itu dan siapa pulak penganti Safiq Rahim Chopot selepas ini?




Bila Lejen Bersabda:

 "Bolasepak ialah bersahabat. Hari ini kita sudah menang. Saya minta kawan-kawan semua ikut arahan pihak berkuasa agar tidak terjadi rusuhan. Terima kasih kerana sudah datang jauh-jauh dari Jakarta demi menyokong Persija. Mari Kita raikan kemenangan ini dengan selamat sampai ke Jakarta" - BePe


3

Amanat Fazura

 
 
" Akak tengok entri sokernet sekarang panjang-panjang. Pening tau akak. Korang tulis blog ke bergadoh. Give me a break.
Ok darling? xoxoxxooxxoo "
 
 
 
#ThisisSokernet
20

Kelab Bola Sepak Terbaik : Jangan Jadi Bingai

Unknown Khamis, Januari 03, 2013 ,


Gua rasa dah tiba masanya gua melancarkan perang saraf kepada pasukan bersekutu, memandangkan Liga Premier dan Liga Super dah nak start.

Gua perasan, banyak sangat si bingai-bingai ni duduk mengutuk , membahan Johor dan Darul Takzim FC.

Pesanan gua, jangan jadi bingai. Cukuplah sorang bingai kat FAM tu.

Jikalau lu tak perasan Johor FC main kat Liga Super sebelum ini, lu sememangnya bingai.

Kalau lu tak pernah tahu Johor pernah menang Piala Malaysia, lu sememangnya bingai.

Jadi kesimpulannya, Johor dan Johor FC bukan calang-calang pasukan.

Tapi selepas 1991, berlaku kemorosotan di dalam liga nasional disebabkan rasuah, pengurusan kelab dan persatuan yang macam sampah dan tidak lupa juga ke"bingai"an tonggak utama FAM.

Politik di campur adukkan. Pengurusan di rasuahkan.

Langkah drastik TMJ nak menyelamatkan pasukan bola sepak Johor. Mengswastakan pasukan bola dengan pelaburan sendiri. 

Pelaburan peribadi dari Tengku Mahkota Johor, berjuta-juta RM tanpa minta sponsor dari Happy, Redbull, Burger King, Mekdonal ataupun Legoland malah Ramly burger sekalipun.

Bershopping dengan tanpa prejudis dan tanpa memikirkan pulangan yang lumayan, sekadar nak tengok tim TRW Selangor, Perak, Terengganu, T-Team, Pahang atau LionXII diayam-ayamkan dan dikitai-kitaikan sahaja.


Politik dalam kelab dihapuskan, rebranding dilancarkan, pengurusan dimantapkan.

Sasaran Darul Takzim FC dan Johor bukan sahaja Piala Malaysia , Piala FA dan Liga Super tapi Liga Juara-Juara AFC.

Sasarannya setaraf dengan pasukan elit seperti Gamba Osaka, Urawa Reds, Kashima Antlers, Pohang Steelers , Al Ahli dan lain-lain.

Jadi kalau lu orang bayar tiket, invest RM20 pun banyak bunyi, invest jersey cap ayam gred AAA kat downtown banyak bunyi, lu bawak vuvuzela dengan airhon dalam stadium banyak bunyi, tengok result bola dalam harian metro pun banyak bunyi, lu orang sememangnya bingai.

Pesanan gua sekali lagi, jangan jadi bingai. Cukuplah sorang bingai kat FAM tu.

Jadi kalau orang tanya gua pasukan mana yang akan membantutkan misi dan visi Darul Takzim FC? Gua jawab Tim Felda United. Tim yang lain gua buat tempe je. 

Sekian. Mohon Perkenan.

*Apa itu Bingai? Lu tanya orang Johor.











" Berapa lu mau gua sumbat ? 30 bijik? Gua kasi up 50 bijik !"
3

Akulah Dewa Zues Dan Bukan Dewa Zues


Sewaktu anaknya pergi berperang di luar daerah dan dalam negeri, dia menunggu dengan sabar. Dia bukanlah dewa zues, dia juga tidak punya hubungan dengan ramai perempuan. Tapi dia ada ramai anak. Hidupnya penuh prinsip. Gaya dia seperti zues anak paling bongsu dari Kronos dan Rea. Itu cuma analogi.

Anak-anak yang dia asuh dahulu bertebaran mencari rezeki sendiri setelah selesai dia mengajarkan kehidupan formal seorang bakal Raja. Siapa yang tak kenal anak-anaknya? sedangkan dia sendiri adalah Mahaguru yang bertahkta di hati rakyat jelata.

Dia berani mengambil resiko terbang dari benua Amerika Selatan untuk menyerahkan catatan kejayaan dalam peperangan untuk diserahkan pada kerajaan barunya. Kerajaan itu bukan tiada upaya membela sepenggal lagi kuasa di tangan Raja lama, tetapi kehidupan yang berevolusi harus di ubah demi rakyat sejagat dan anak-anak kecil yang masih mencari identiti dan tujuan bernafas.

Bagi anak-anak kecil itu, menerima seorang bapa baru bukanlah sesuatu yang janggal kerana abang-abang mereka telah mengajari dengan tertib menghormati orang tua yang dipanggil bapa. Tidak pula pelik melihat dia seorang yang tua, dan hanya bercermin mata. Inikah bapa kita? tanya anak-anak kecil itu.

Dialah pencipta evolusi baru di kerajaan barunya. Dia juga melatih para Raja yang bakal menjajah satu demi satu kerajaan musuh. Anak-anak itu diasuh menjadi seorang yang dikenali sehingga kini, tidak mungkin luput dalam ingatan. Sejarah boleh dipadamkan pelbagai cara. Sehingga aku sendiri tidak mampu menjejakinya kini, dimana dia berada dan apa yang dilakukan sekarang. Masih hidup atau tidak.

Dia bukan dewa zues, tapi dialah dewa zues. Aku yakin dengan ingatan korang semua, dan tidak ragu-ragu mengenali Raja yang di asuh oleh dewa zues tetapi bukan dewa zues itu. 5 penggal menjadi Raja tidak diragui kemampuan dan kemahiran peperangannya. Taktikal yang dipelajari di pergunungan Miranorte tempat asalnya membuatkan musuh durjana tercengang-cengang.

"Ini serangan apa? kenapa begitu laju dan sangat kemas?" tanya musuh durjana kepada rakannya.

"Itu samba Brazil!" Jawab rakannya dengan penuh kegugupan.

Itu kisah 8 tahun lalu. Serangan samba yang dihidangkan menjadi bualan dan terus hanyut ditelan zaman, tiada lagi peperangan dengan kemahiran sebegitu. Dialah pencetus evolusi dengan kemahiran samba yang dibawa dari negaranya lalu membuatkan musuh durjana juga ingin mempelajari kemahiran sebegitu, tetapi sayang tidak berjaya!

Dialah dewa zues dan bukan dewa zues

Akulah dewa zues

6

Cakap banyak pun tak guna



Sibuk pulak gua minggu ni. Gua je kot belum post apa-apa. Gua hantar resume gua pada sokernet aritu jela. Salam perkenalan.

Suatu hari pukul 8 pagi..

Gua terbangun dari tido. Gua usap usap mata. Termenung 15 minit lebih kurang. Termenung bukan apa, cuma hairan kenapa bangun pagi. Biasa dekat tengah hari baru bangun. Ye,gua pemalas. Bukan pemalas biasa biasa,pemalas tahap org melayu punya pemalas. Dahsyat bukan? Orang melayu pemalas ni bukan salah mereka, menurut alter terahsia bangsa melayu, nenek moyang orang melayu ni kaya raya dan berjaya. Berjaya sehingga menguasai seluruh lautan, memiliki banyak gila babi emas sehingga orang putih gelar tanah ini semenanjung emas. Sebab gua pemalas, gua syak nenek moyang gua mesti kaya raya tahap bendahara Melaka. Celaka punya nenek moyang, gua miskin ni. Mana harta untuk gua? Yang bangun petang petang macam Pipi, mestilah keturunan melayu kaya raya tahap sultan. Ini bukan main-main. Ini dari alter terahsia. Mereka hebat.

Senang cerita, sebab gua orang johor, gua memilih pasukan Harimau Selatan untuk Liga Malaysia.

Suatu hari pukul 5 petang..

Gua terbangun lagi. Perut sudah lapar, gua jalan terus nak keluar bilik. Sampai pintu bilik gua berenti. Ni zaman 1994. Gua baru darjah 4. Gua tengok belakang pintu bilik gambar Ryan Giggs dengan Ferrari. Ni mesti kerja abanag gua. Celaka apa gambar Ryan Giggs? Power sangat ke mamat ni sampai abang gua tampal kat belakang pintu? Mana Maria Ozawa? Baru gua teringat masa tu Maria Ozawa dara lagi. Celaka Maria Ozawa. Ryan Giggs atau nama penuh Ryan Joseph Giggs ni lahir tahun 1973, berasal dari Wales dan tahun 1994 tu dia adalah pemain Manchester United ( dari 1987 sampai sekarang ). Ketika remaja, dia sebenarnya adalah player Manchester City. Secara tradisi, fan Man City mungkin berhak memanggil Man U sebagai maling. Bukan Malingsia, tapi Malingted. Ko paham tak?

Senang cerita, gua menyokong Tottenham Hotspurs untuk BPL.

Sekian, mengulas dan mengkritik sesuatu sehingga menjadi bolasepak sebenar.

# versi da edit.
8

Torres Ceritaku



Namaku Torres, orang panggil aku El Nino. Nama penuh ku Fernando Torres. Semuanya berjalan lancar dan licin bagiku bagaikan highway PLUS selepas dibasahi hujan.

                             Semua kelab tergila-gilakan aku, aku tak menang tangan nak sign semua.

                                                           Aku licik dan bertenaga
                                                             
                                                             hebat di udara
                                                               

                                                          pantas di atas padang
                                                           
                                             
  karierku semakin bersinar gemilang dan aku setuju berpindah ke Anfield

  Aku semakin menggila di EPL dan namaku semakin menjadi sebutan
                       
                                                          Aku semakin bongkak

      
Dan lupa diri.


Aku nak bermain untuk kelab yang lebih besar lagi. Aku join team hebat, Chelsea.


TAPI. Ku sangka panas sampai ke petang.... aku hilang sentuhan pemusnah. aku hilang arah, aku keliru, aku celaru.

 Aku semakin bodoh, bodoh dan bodoh lagi..


Aku kecewa dengan diriku..


Aku merasakan karierku semakin hancur. ..aku semakin terdesak mencari semula sinar kekuatanku yang dulu.

Bila melihat ini, hatiku semakin tidak keruan. hatiku pedih sekali.


Demba Ba :  Sudah lah kau Torres, cerita kau dah habis. Ini ceritaku pula. 
Ciuman manis untuk kau. kah kah kah.   
                                      
 Oscar        :       Bengong natey nim                            
  

4

Yay!

Saya akan bermain untuk juara eropah. Yay!

Yay!

Yay!


Yay!

pppfffftttt

Hiks 

Babi!

                                   
                                   
                                     



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...