Memaparkan catatan dengan label Tottenham Hotspur Kelab Terhebat Alam Semesta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tottenham Hotspur Kelab Terhebat Alam Semesta. Papar semua catatan
3

MAN CITY 1 - 3 SPURS : Super Comeback Terhebat




Pemain Agung - Gareth Bale


1. Perlawanan bermula dengan AVB membuat tiga pertukaran dari kesebelasan yang tewas kepada FC Basel . Kembalinya pemain agung, Gareth Bale serta Hugo Lloris dan Benoit Essou-Ekotto dalam lineup Spurs telah membuatkan barisan pemain City sedari awal goyang lutut dan dikhabarkan ramai yang terkentut kentut sebelum permainan. Yang muntah darah tu tak payah cerita la.

Spurs (4-4-1-1): Lloris; Walker, Dawson, Vertonghen, Assou-Ekotto; Dempsey, Parker, Dembele, Sigurdsson, Bale, Adebayor.

City (4-3-3): Hart; Zabaleta, Kompany, Nastasic, Clichy, Milner, Toure Y, Barry; Tevez, Dzeko, Nasri.


2. Bale yang baru pulih dari kecederaan buku lali berjaya melancarkan serangan pertama seawal minit ke 4, tapi deflection sebelum dinafikan Joe Hart. Seminit kemudian pemain yang biasanya tak main, Samir Nasri meledak side-foot volley untuk jaringan City hasil umpanan Milner. Ok, gol ni kita tak payah hirau dulu.

3. Permainan di separuh masa pertama berlangsung dengan tempo dan intensiti tinggi namun keputusan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama. Yang ini pun jangan hirau dulu.

4. Di separuh masa kedua, perlawanan menjadi lebih perlahan. Secara sarkastik, ini taktikal AVB untuk melekakan pemain City. Ah, gua tahulah!

5. Sehinggalah minit ke 60, AVB mula mengatur langkah untuk menang dengan memasukkan Lewis Holtby dan Tom Hudlestone. Defoe yang kali terakhir beraksi ketika perlawanan dengan Swansea dimasukkan pula menggantikan Adebayor (minit-71). Taktikal mula di ubah menjadi 4-3-3 seterusnya memberi petanda mimpi ngeri City bakal bermula.

6. Tanpa membuang masa, Spurs terus melancarkan serangan demi serangan dan berjaya meraih jaringan pertama melalui Clint Dempsey hasil hantaran menakjubkan Bale pada minit ke 75. 

7. Defoe menambah jaringan empat minit kemudian hasil hantaran dari Holtby yang seterusnya tenang merembat secara padu ke penjuru gol. 

8. Tak cukup lagi, Spurs menambah jaringan lagi tiga minit selepas itu. Througball cantik tak masuk akal dari Huddlestsone disudahkan dengan cermat oleh Gareth Bale, jaringan ke-23 beliau untuk musim ini.

9. Keputusan perlawanan kekal sehingga tamat perlawanan. Meninggalkan pengajaran berguna kepada seluruh warga dunia tentang apa itu super comeback terhebat!

Come On You Spurs!
5

Spurs 3 - 0 Sky Blues





Berita gembira buat Yiddos dengan kepulangan Assou-Ekotto dan tenacious midfielder kita Scott Parker. Selain itu, segalanya yang berlaku semalam adalah seperti biasa. Spurs turun bermain dan menguasai perlawanan sepenuhnya. Benda biasa bukan? Seawal minit ke-14, Sigurdsson sepak freekick molek molek - Bale cuit sikit - Dempsey tolak mudah - gol. Benda dah biasa kat training ni. Minit ke-32, Dempsey rembat - kena block - melantun ke Bale - sambil senyum Bale rembat - gol. Sepak sambil senyum ni pun benda biasa jugak. Minit ke-37, Bale buat cross - Dempsey tanduk - gol. Nampak? Pap - Pap - Pap - gol. Main mudoh. Keputusan 3 - 0 kekal sampai akhir perlawanan. Bermain dengan hebat, menang bergaya namun tetap bersahaja. Inilah gaya kita. COYS!



Sementara itu,


Man U buat comeback - adalah biasa. Kelantan kalah Piala Sumbangsih - pun biasa. Demba Ba score sampai 2 - pun biasa. Torres tak main - err, ni ko jangan selalu buat Rafa. Kena buang karang.




Nando keluar Chelasea? Itu tak biasa.


26

Siri Pemain Idola - William Gallas







Nama: William Eric Gallas
Umur: 34 tahun
Posisi: Pertahanan
Negara: Perancis
Kelab: Tottenham Hotspur
Kenangan Manis 1: Bermain untuk Chelsea dan menjuarai EPL (2004/05 & 2005/06) serta League Cup 2005
Kenangan Pahit: Bermain untuk skuad tadika Arsenal tanpa menang apa-apa dan diberitahu tahun depan kami akan bangkit dan bangkit dan bangkit dan bangkit dan bangkit...
Kenangan Manis 2: Bermain untuk Tottenham Hotspur dalam Champions League dan layak ke suku akhir
Kelebihan: Sebagai orang dewasa beliau suka meng-Gallas cabaran
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...