ANDA SEDANG MEMBACA

13

Liverpool 5 Bolton 0

MDM FARAH FAIZURA Jumaat, Ogos 28, 2009
Esok cuti dan Isnin pun cuti. Kalau cuti memang tak ada internet. Kalau ada pun, broadband father in law aku. Malulah nak pinjam broadband father in law. Jatuh saham aku sebagain son in law.

Jadi sebab itu, aku akan bagi future review Bolton (kelab tak kuat) VS Liverpool (Kelab paling hebat di dunia!)

Sebelum aku review, aku carik2 la lagu raya kat youtube. Nak layan. Sekali aku terjumpa satu ANALISA yang mengejutkan aku. Terkesima aku. Nak dekat 2 3 minit jugak aku tergamam depan komputer tengok ANALISA tu. Nanti aku cerita ANALISA apa aku jumpa. Kita dahulukan cerita pasal kelab hebat ni dulu, Liverpool.

Bolton seperti biasa akan bermain dengan fizikal. Dengan defend mereka yang bertubuh keras, memang kegemaran gay di seluruh dunia. Tetapi Liverpool akan menurunkan orang Greek, (Keturunan Spartan). Budak yang Rafa baru beli. (Sori, tak ingat nama. Susah sangat nak sebut. Aku panggil dia Thomas jek. Ok?)




Mamat Greek @ Thomas ini agak gergasi orangnya dan dia akan membuatkan budak-budak Bolton menjadi 'adik-adik' sahaja. Kasihan Bolton. Aku yakin esoknya, budak2 Bolton akan keluar kat paper dengan tajuk yang sama dengan tajuk Roslan Shah.


Ok. Untuk Liverpool, aku jugak nak masukkan Riera. Dia adalah winger sejati. (macam lagu sejati kumpulan Wing lak). Dia pantas, dan terus shoot. Better daripada Benayoun sebab mamat Tel Aviv itu jenis bawak bola sampai ke depan gol. Tak ada pasing-pasing dah. Mamat Tel Aviv itu elok jadi second striker, tolong Torres. Gerrad jadi midfield menyerang. Gerrard tak boleh jadik DM sebab dia agak kelam kabut sikit kat bawah. Tak pasal2, asyik beri penalti kat orang jek.

Lucas pulak, hmm... aku harap dia duduk baik2 kat bench dengan Voronin dan Babel. Tak kisah derang nak buat apa, nak main enjet2 semut ke, main cak-cak ke, asal jangan main bola.

Rafa pulak, aku tahu, dia jurulatih yang tertekan sebab terpaksa mengendalikan Liverpool, kelab terhebat. Sesiapa pun akan tertekan. Silap2 boleh jadi gila. Aku harap dia boleh memotivasikan pemain dan membuat keputusan yang munasabah dan menggembirakan peminat Liverpool. Pesanan peribadi aku untuk rafa, “Liverpool, mana cukup 1 cup euro dalam masa 4 tahun. Tak cukup. Kalau kelab 'adik-adik' takpelah. Kita kelab abang besar. Ingat tu. Jangan jatuhkan prestij Liverpool. Ok?”

Jadi keputusannya, aku jangka akan menjadi 5 Liverpool dan 0 Bolton. Aku harap ramalan aku ni tak terbalik dah.

Ok, nak cerita pasal ANALISA yang mengejutkan itu. Tengok youtube kat bawah ni.


Apa macam? Mengejutkan tak ANALISA tuh? Memang boleh sakit mental!

13 Ulasan:

bani berkata...

300 tu cerita gay la.

shah a.fuad berkata...

astaga, takde lagu lain ke?

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Gua syak budak Liverpool ni guna taktik melemahkan lawan pakai lagu ni...Cilake betul.

ymn berkata...

ha ha ha ..
sejarah tidak akan berulang kata new boyz ..

we will rock You kata pakcik fernandez

Azri Rotten berkata...

aku fan liverpool gak. tp cukup2 ar letak lagu ntah apape. tuka ar dgn vid penuh semangat ni http://www.youtube.com/watch?v=-g1sDxeUreQ hahaha

zan berkata...

Harap2 Rafa punya jantung cukup kuat untuk menampung tekanan. jangan kena operate macam Houlier sudah..

Lucas, Voronin ngan Babel kalau main polis sentri pun ok. Jangan kacau brader2 lain dalam 1st eleven..hehehe

Long Live The Kop!

Amirul Idham berkata...

ni bukan melemahkan pihak lawan je ni..
pihak kawan pun bleh lemah ni..

FIRZA berkata...

peminat roslan shah rupenye lu.......

Azlan Zed berkata...

pergh, memang mental lu punya analisa...

"yg menang akan jadi abg besar, x perlu gusar..."

Firol berkata...

Orang baru Rafa beli tu dah macam nama saintifik je..susah nak sebut

atok berkata...

ak x ske riera.
baik bagy babel.
tp babel skang da kurg,x mcam dlu
benayoun?
x ley ltak hrapan tinggi.
konklusi? liv xde winger gempak.
haahahhahahhahahahhahahhaahahahah

angeldream berkata...

kalu ramalan terbalik lagi mcm ari tu, fuh angker.

:angeldream:

Tanpa Nama berkata...

Takpe, Liverpool pelan2 daki anak tangga.. Cahyokk!

The Spirit og Shankly will rise again....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...