Solat Jumaat tadi aku pergi McDonald’s, maaf sasul, maksud aku Masjid Negeri. Masa aku tengah berkira nak ambil set Double Cheeseburger, silap, maksud aku masa nak ambil wuduk aku terdengar dua mamat sebelah sembang pasal bolasepak dan pasar Ramadhan mana di Sabah ini yang ada murtabak baik punya.
Aku cuma beri perhatian tentang bab murtabak yang diceritakan. Pasal bolasepak itu aku malas nak ambil tahu sebab cerita Manchester United dengan Arsenal, dua pasukan kurang ternama.
Sekarang ini kalau di England, dari Portsmouth ke Sunderland orang hanya bercakap tentang Burnley FC. Aku dengar cerita di Kuala Lipis pun sama, kecuali bebudak Arsenal macam Pipiyapong. Tapi set macam Pipiyapong jenis lepak mamak minum air kosong dengan roti krim strawberi. Memang tak ‘up to date’ kata Owen Coyle.
Bahkan mengikut luahan Michel Platini yang aku jumpa malam tadi selepas undian Liga Juara-Juara, tidak mustahil Burnley boleh mencatat sejarah memenangi EPL musim ini jika mereka membeli beberapa pemain berkaliber lagi sebelum tertutupnya tingkap perpindahan sekarang. Pemain macam Amri Yahyah, kata Platini lagi.
Reputasi Burnley sebagai pembunuh gergasi (giant killer kata Ashley Cole) bukan baru bermula 2 atau 3 minggu lepas. Pusingan ketiga Piala FA 2005, Burnley menumpaskan Liverpool 1-0. Piala Liga tahun yang sama juga, Burnley mengalahkan Aston Villa 3-1.
Lebih menarik lagi ialah ketika pertandingan Piala Liga 2009, bila Burnley dengan tenang dan yakin menundukkan kelab-kelab EPL iaitu Fulham, Arsenal dan juga Chelsea sendiri, sebelum kemaraan mereka disekat di pusingan separuh akhir oleh Tottenham Hotspur.
Jadi bila Burnley dengan mudah menewaskan Manchester United dan Everton, ia tidak syak lagi bukti kemampuan Burnley dan betapa Manchester United sangatlah hampeh tanpa Cristiano Ronaldo, atau Everton memang layak ditapau 6 gol oleh Arsenal.
Tapi Chelsea tidak kehilangan mana-mana tonggak utama seperti apa yang berlaku kepada Manchester United atau pernah ditapau 6 gol oleh Arsenal baru-baru ini. Yang membuatkan aku dengan penuh rendah diri dan tawaduk, memilih Chelsea untuk menang mudah ke atas Burnley esok sambil aku duduk depan TV makan murtabak baik punya.
Berapa gol?
3-0 cukuplah. Aku letak Didier Drogba dengan 2 gol dan satu lagi gol jaringan Florent Malouda.
Jangan tiba-tiba Amri Yahyah tandatangan kontrak dengan Burnley esok sudah. Kalau tidak kacau juga tekaan aku nanti.
ANDA SEDANG MEMBACA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
18 Ulasan:
Hehehe...ini kalau tak menang, tau laa lu esok.
Hehehe, kalau tak menang tolong approve cuti. Gua nak cuti rehat sampai raya, haha!
burnley akan jadi juadah bersahur utk chelsea
4 gol dah tentu menjadi milik chelsea
lucius ,
lu ngan pipi memang superb !!!!!!
Kesian Amri Yahyah..nama asyik naik je...
bagi gua perlawanan macam chelsea dengan burnley nie memang kene tengok.sebab burnley nie sebuah kelab gergasi yang menggantikan liverpool yang sedang mengecil.
match man u dengan arsenal tak yah tengok.bertadarus lagi best. sebab konfirm takde jaringan cantik, takde percubaan yang bahya dan xde skil2 yang bakal dipamerkan oleh kedua-dua kelab. dengan erti kata lebih mudah. game yang bosan
kalau chelsea kalah macam mana?
nak buat solat jenazah tak?
hahahaha. bagus idea tu.
mase zaman wigan baru naik EPL dorang tersangat liat.... hanya CHELSEA yang menang tu pun 1-0 dan pada season tu CHELSEA juara liga....
so, menang ngan BURNLEY, confirm juara liga.....
senang kan???
Drogba tengah form ni.
weh,nko ada fantasy football tak?
wa dgn tenang persetuju dgn perangkaan 3 berbalas 0 tersebut......
gua tak sokong chelsea.. tapi harap lampard perform gile babi.. cilakak~ dah dua game gua taruk kapten.. dua2 ceroi~
gua kasi burnley 4 - 3 chlsea.. lampard hetrik!
mertabak burnley..
wah..sedap jugak nama ni..
drogba 2 lampard 1, boleh tak? huhu... jgn burnley menang 1-0 cam biasa sudah... haha... :D
aku dengar,amri yahyah tertekan,nama asik naik je...dengar cite,dia balik tanjung karang buat batas sawah....sebab trtekan..
haha burnley?
ak rase cam hull season lpas.
kejap jee.
haha
tersengih amri yahyah tatkala membaca entri ini
hehe...3 gol tuh dah betul... chelsea chelsea
Catat Ulasan