ANDA SEDANG MEMBACA

14

Preview : Wigan - Manchester United, Saturday 10.00pm

Jorji Jumaat, Ogos 21, 2009
Nampaknya kekalahan Manchester United kepada Burnley disambut meriah. Bagaikan menyambut hari raya lagaknya. takpalah.. Raya pun nak dokek dah ni.

Manchester United akan bertandang ke Wigan pada malam sabtu ini. Kalau tak silap jadual Astrol menunjukkan perlawanan akan berlangsung secara LIVE di ESPN sekitar pukul 10.00 malam.

Maka, tuan-tuan, insyallah, ramai-ramai kita rebut peluang beribadah Terawih pada malam tu. Mashhallah, tuan-tuan, fadilat solat tarawih malam ke 2 sangat besar. Diampun segala dosa-dosa kita dan kedua orang tua kita tuan-tuan... (sekiranya mereka orang beriman). insyallah tuan-tuan..

Selepas Tarawih, mari kita ramaikan mamaks2 sekitar kawasan masing-masing, kita saksikan Rudeboy Rooney yang aku jangkakan akan mengganas pada musim ini. (baik dalam aspek menjaringkan gol atau mengumpul kad kuning). Dari pemerhatian aku juga, Berba, yang walaupun nampak slow dan menyakitkan hati (jika dibanding dengan 'kelembuan' Tevez) mampu memberi impak yang baik pada musim ini. Aku dapat merasakan Berba begitu bersungguh dan sedikit aggresif kali ini. Aku lebih suka gandingan Berba- Rooney dari Rooney-Owen... (setakat 2 perlawanan ini)

Barisan pertahanan yang menjadi tonggak kejuaraan berganda selama ini masih belum pada tahap sebenar berikutan kecederaan Vidic, Ferdinand, Rafael dan Van Der Sar. Johnny Evans akan berada di tengah sementara Gary Neville akan bertahan dikanan. Adakah Sir Alex Ferguson akan menurunkan Valencia menentang bekas pasukannya?

Ikut rekod, Manchester United menang 100% 9 perlawanan terakhir mereka di DW stadium. Wigan juga sama seperti United, menang perlawanan pertama (Villa 0-2) dan kalah perlawanan kedua menentang Wolves. Mereka juga mempunyai ramai pemain baru ( 6 orang ) dan manager pun baru. Pemain berbahaya mereka, Hugo, yang melakukan volley cantik gaya Amri Yahyah ketika menetang Villa, dijangka akan menjadi senjata utama Wigan. Harap-harap mereka kalah. :P

Ramalan aku Wigan 1 - 3 Manchester United. (Ramalan ku benar belaka - Umbrella)

Kem Manchester United mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca sokernet.

Go Rooney Go!

14 Ulasan:

Lullaby berkata...

m.u ada can nak makan.wigan tengah down.best of luck ! =.=

Pipiyapong berkata...

Cis ingat Wigan tak boleh makan ke? Kemungkinan besar Roberto Martinez sendiri yang masuk padang score gol.

Lucius Maximus berkata...

Burnley pun makan tak habis, siap hidang penalti lagi tu. Jangan kalah dengan Wigan sudah, habis lari ramalan aku

medihebat berkata...

maaf...aku kurang berminat dengan ulasan awal nih..tapi aku sangat berminat dengan lagu Ramalanku Benar Belaka dari kumpulan ternama suatu masa dahulu, Umbrella...terus aku bukak youtube...

~0~ berkata...

terbalik tue
wigan 3 - 1 man utd

Lullaby berkata...

haih roberto ponteng terawih.

Nazri berkata...

peh, tiba-tiba ramai pulak bersemangat nak update entri.

FIRZA berkata...

tabib ramalan mne lu jmpe ni?......ramal sket2 sudaaa.....nnti tak smpai ssh plak....amcam?

The joker berkata...

dgn ini saya duduk dibawah payung kem j or ji dan nazri... glory man united.

hanuman berkata...

aku xbrapa yakin la..dgn pasukan kg pun blh kalah ni plak dgn wigan...ari tu org siap bg penalty lagi.xkan macth ni pun nak harapakn penalty nak skor 3?xkan nak jd mcm team peraih penalty kot...

p/s dgr kabar ada parti di malaya dah booking team tu untk jd peraih undi utk PRU penggal depan..plg kurang diorang bwk masuk benitez utk jadi coach

Tanpa Nama berkata...

aku rase man u kalo menang pon 1-0 je..hehe.

Tanpa Nama berkata...

5-0 bai

macdontknow berkata...

5-0 bai.. klasik tu owen...

-azura- berkata...

Hahaha.. menang besar gak akhirnya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...