ANDA SEDANG MEMBACA

18

SELAMAT HARI RAYA

Nazri Sabtu, September 19, 2009
Selamat hari raya kepada semua pembaca Sokernet yang budiman.

Harap-harap raya tahun ini menggembirakan.

Malam raya saya mungkin sekali tidak berpeluang untuk menonton game Manchester United vs Manchester City atas desakan komitmen berlebuhraya. Ada RNR yang pasang live telecast agak-agak? EDITED: Celake, gua salah tengok tarikh game. Bukan hari ini. Esok rupanya. Ada geng Sokernet Ipoh nak join tengok live di mana-mana kedai?

Saya akan pulang ke Ipoh sebelum berangkat ke UK pada raya kelima untuk beraya bersama Wes Brown.

Saya akhiri dengan serangkap pantun;

Kuih samperit duit raya
Lemang keras padan muka
Raya takbir, bukan take beer
Salam lebaran untuk semua


note: Saya menutup ruang komen untuk "tanpa nama" melihat kurangnya disiplin pengkomen-pengkomen kita. Mungkin anda terlalu teruja kot. Telah ditekankan sila berhemah dalam mengomen dan strictly on football matters. Mau bash, mau hina, mau carut pun, sila jangan terpesong dari subjek bola.

Komentar untuk "tanpa nama" akan saya buka kembali jika pihak pengulas yang lain mahukan ia sedemikian rupa.

Terima kasih

18 Ulasan:

Kap berkata...

"Mau bash, mau hina, mau carut pun, sila jangan terpesong dari subjek bola."

aku setuju sama kau..
tutup sampai bila-bila..
bebaskan Sokernet dari unsur dacing, roket, bulan, mata dan sama unsur dengannya.

Salam Syawal.

Bola adalah hak milik setiap insan.

nmz_7890 berkata...

yess
akhirnyaa
salam aidilfitri buat pengulas sokernet
serta pembaca

semoga sokernet terus maju n sllu update
ehehe:)

joey glider berkata...

bola bola..terus maju itu bola...

zanetti_be berkata...

Selamat hari Raya Aidilfitri Bro..semoga blog ini terus disukai ramai dan bersama-sama memartabatkan bola sepak negara kita.

mizu_sama berkata...

ini macam la...baru suci sokernet.satu tindakan bijak dr nazri.tahniah.

terus aman sokernet.

Mohd Fikree berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Mohd Fikree berkata...

selamat hari raya pada semua..
selamat bercuti..

PEJUANG KESENIAN EXTREME berkata...

Selamat hari raya..jangan org lain bagi duit raya,ko bagi org bola pulak..hahaha

tapi aku sokong kewujudan blog ini..

iftitah berkata...

raya raya juga. sokernet kena update juga.

FIRZA berkata...

slamat menaymbut eidulfitri...moga2 bjumpa lagi Ramadhan tahun dpan......

gua sokong tiadanya komen tanpa nama......sekian.....

Alke berkata...

Selamat hari Raya sokernet. Teman pun menggelupur memikirkan astro di Bagan datoh. Harap2 ada kedai bukak malam raya nanti, kalau tak kena ke Teluk Intan.

saya setuju ruang untuk komen tanpa nama ditutup terus!!!!

maoi berkata...

saya sokong kempen "kick tanpa nama out of sokernet"

778409 berkata...

Selamat Hari raya warga sokernet

perghh... meroyan abis bebudak tanpa nama tengah monopos agaknya

sekian

-gianfranco zola

crazy_labelle berkata...

selamat hari raya kepada semua penulis sokernet yg rajin memberikan khidmat review yg kejam and bias... wahaha... :D
tp ttap mampan walopon bulan2 posa ni..

mizu_sama berkata...

mesti yg x de nama ketor jari nk maki2...setan2 kn dah lepas...heheheh

nami o fish berkata...

hidup sokernet!!hidup bola!

p/s:bila nak ada wakil barcelona nak menulis ni.ni asyik penulis dia pro liga epl je.perspektif liga sepanyol perlu diutamakan jugak.

Sang Pemimpi berkata...

mcm x berapi la kalo xde komen2 dr tanpa nama.. Mcm konsep kjaan dan pembangkang.Tak demokrasi le namanyer...

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

Sekarang, Soccernet akan hanya ada komen2 menepuk bahu sendiri dan komen2 gila bayang dari peminat2 taksub kelab2 bolaepak EPL.

Kehebatan Sokernet adalah kerana kandungan isi dan komen2 balas yang ada unsur lawak, cacian dan informatif yang bergaul baik.

Namun, oleh kerana ada niat untuk MENSUCIKAN sokerket menjadi blog bacaan para tok Imam dan Para PC (Political Correct), maka era kehebatan Sokernet akan malap dan pudar.

Semoga terus berjaya dengan komen2 suci dan lagi menyucikan.

Disebabkan kandungan Sokernet sudah tidak sehebat dahulu, maka eloklah saya mula membaca (semula) Animal Farm dan 1894.

Salam Aidilfitri kepada semua!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...