ANDA SEDANG MEMBACA

19

Siri Khas Raya Di Sokernet - Dendang Perantau

Lucius Maximus Ahad, September 20, 2009
Hari raya ni, sambil dengar lagu Dendang Perantau, memang terkenang kampung halaman dibuatnya. Teringat pkok kelapa, rambutan, ayam itik, kerbau kambing dan macam-macam lagi.

Biasalah, nostalgia lama kembali berulang.

Bercakap tentang nostalgia di Sokernet, sempena hari raya ini marilah kita mengenang kembali kelab-kelab yang pernah beraksi penuh hebat dalam kancah EPL dahulu tapi kini merantau di liga bawahan yang lain.
Newcastle United

Siapa kot?
Newcastle United ditubuhkan pada tahun 1892. Popular dengan nama jolokan The Magpies dan diwar-warkan sebagai satu-satunya kelab bolasepak di Newcastle upon Tyne. Stadium mereka ialah St James’ Park dengan kapasiti 52,387 penonton. Kelab yang mempunyai kepercayaan kuat tentang messiah (penyelamat). Baru saja tersingkir dari EPL musim lepas, oleh itu masih lagi segar dalam ingatan para peminat bolasepak.

Hebat sangat ke?
Newcastle United kali pertama naik ke EPL pada musim 1993/94, di bawah pimpinan Kevin Keegan, salah satu dari messiah mereka. Dalam musim pertama saja mereka mencapai posisi ke-3 liga. Di bawah Keegan, Newcastle adalah sebuah pasukan yang agresif dan mereka menanam cita-cita besar untuk menjuarai takhta liga. Musim 1996/97 dan 1997/98 mereka mencapai posisi ke-2, dikecewakan oleh Manchester United biar pun membeli pemain seperti Alan Shearer (dengan rekod dunia masa itu pada harga £15 juta), Les Ferdinand dan David Ginola.

Juga kelab pilihan sebahagian rakyat Malaysia sekitar dekad 90-an dulu.

Secara keseluruhan, Newcastle United bergelar juara Liga Inggeris sebanyak 4 kali, Piala FA (6), Piala Inter-Cities Fairs (1) dan Piala UEFA Intertoto (1) sepanjang kewujudan kelab ini.

Apa cerita sekarang?
Tamatnya musim 2008/09 dan selepas bertukar messiah dalam musim yang sama (Keegan kepada Kinnear dan kemudian Shearer), Newcastle United akhirnya tersingkir dari EPL. Kini sedang mengadu nasib dalam Liga Kejuaraan dan ternanti-nanti kemunculan messiah yang baru untuk menyelamatkan mereka dan mungkin membawa kejuaraan liga ke Newcastle upon Tyne seperti yang diidamkan selama ini.
Sheffield Wednesday

Siapa kot?
Kelab dari Sheffield yang diasaskan pada 1867, asalnya dengan nama The Wednesday. Seperti namanya, ia ditubuhkan pada hari Rabu dan terkenal dengan nama jolokan Wednesday sendiri. Kenapa Rabu? Kerana asal pemain Wednesday adalah dari kalangan pemotong daging dan pada masa itu mereka bekerja separuh hari setiap Rabu. Stadium mereka ialah Hillsborough (39,814), yang menjadi lokasi pada Tragedi Hillsborough pada tahun 1989 bila 96 penyokong Liverpool terkorban akibat kesesakan penonton.

Hebat sangat ke?
Sheffield Wednesday adalah antara kelab pengasas EPL. Pencapaian terbaik mereka ialah posisi ke-7 (musim 1992/93, 1993/94 dan 1996/97). Selebihnya Wednesday hanyalah sekadar kelab pertengahan liga. Pada musim 1999/00, Wednesday menamatkan saingan liga di posisi ke-19 dan tersingkir dari EPL. Chris Waddle, David Hirst dan Mark Bright antara pemain yang pernah membarisi skuad Wednesday dalam era EPL mereka. Tidak lupa juga, Benito Carbone barangkali.

Wednesday pernah memegang kejuaraan Liga Inggeris sebanyak 4 kali, Piala FA (3) dan Piala Liga (1).

Apa cerita sekarang?
Seperti Newcastle, Wednesday kini sedang mengadu nasib di Liga Kejuaraan. Musim 2009/10 adalah musim ke-4 mereka dalam liga tersebut setelah dipromosi naik pada musim 2005/06 dari Liga 1.
Nottingham Forest

Siapa kot?
Sebuah kelab bolasepak dari Nottingham dan diasaskan pada 1865. Popular dengan panggilan Forest, namun begitu ianya tidak ada kena mengena dengan sebarang hutan banat di Nottingham sana. Bermain di City Ground, sebuah stadium dengan kapasiti 30,602 penonton. Lewat 70-an adalah zaman kegemilangan Forest di bawah pimpinan pengurus xenophobia, Brian Clough.

Hebat sangat ke?
Musim 1977/78, Forest dipromosi naik ke Divisyen 1 (pra-EPL) dan mereka terus menjuarai liga dalam musim pertama di sana. Namun begitu bila Divisyen 1 bertukar menjadi EPL, Forest mendapati diri mereka tersingkir di musim pertama setelah hanya mampu menduduki posisi ke-22 liga. Mereka kembali semula ke EPL pada musim 1994/95, bertahan untuk 3 musim sebelum tersingkir kembali. Musim 1998/99 Forest dipromosi kembali ke dalam EPL tetapi menjelang akhir musim mereka berada di kedudukan tercorot liga dan tersingkir sekali lagi.

Nigel Clough, Stuart Pearce dan Stan Collymore adalah antara pemain yang pernah bermain untuk Forest dalam era EPL mereka.

Kabinet trofi Forest terdiri dari 1 kejuaraan Liga Inggeris, Piala FA (2), Piala Liga (4) dan 2 Piala Eropah (pra-Liga Juara-Juara).

Apa cerita sekarang?
Forest kini melalui musim kedua mereka dalam Liga Kejuaraan, selepas bergelumang dalam Liga 1 selama 3 musim sebelum ini. Mereka adalah satu-satunya kelab Inggeris yang pernah menjuarai kejuaraan Eropah tetapi kini bermain di luar EPL.
Leeds United

Siapa kot?
The Whites adalah nama panggilan mereka. Nama penuhnya Leeds United Association Football Club dan diasaskan pada tahun 1919. Kelab yang berpengkalan di Leeds ini bermain di Elland Road yang berkapasiti 39,460 penonton. Elland Road, mengikut kata Sir Alex, mempunyai atmosfera yang paling mencabar dalam bolasepak Eropah.

Hebat sangat ke?
Siapa yang tidak kenal Leeds United bermakna baru 3 atau 4 tahun mengikuti EPL. Salah satu kelab pengasas EPL, Leeds United beberapa kali mencabar kejuaraan liga, rekod terbaik mereka ialah posisi ke-3 pada musim 1999/00, sebelum akhirnya tersingkir pada musim 2003/04 setelah hanya mampu menduduki posisi ke-19 liga. Dua belas musim dalam EPL, Leeds menghabiskan majority darinya berada dalam kedudukan lima teratas EPL.

Sumbangan paling besar Leeds ketika berada dalam EPL ialah melahirkan pemain-pemain ternama yang juga turut pernah mencuba nasib di kelab EPL yang lain. Antara yang pernah menyarung jersi putih Leeds ialah Eric Cantona, Gary Speed, Gordon Strachan, Gary McAllister, Tony Yeboah, Harry Kewell, Nigel Martyn, Jonathan Woodgate, Lee Bowyer, Jimmy Floyd Hasselbaink, Alf-Inge Haaland, Paul Robinson, Rio Ferdinand, Mark Viduka dan ramai lagi. Mereka ini kemudiannya membarisi skuad-skuad Manchester United, Liverpool, Chelsea, Newcastle United, Tottenham Hotspur dan banyak lagi.

Dalam era kegemilangan Leeds United, mereka telah menjuarai kejuaraan Liga Inggeris sebanyak 3 kali, Piala FA (1), Piala Liga (1) dan Piala Inter-Cities Fairs sekali.

Apa cerita sekarang?
Leeds United adalah pengajaran klasik untuk mana-mana kelab yang gemar berhutang dan berbelanja besar. Ketika musim 2000/01 Leeds masih lagi beraksi di persada Eropah dalam Liga Juara-Juara. Yakin bahawa Leeds akan tetap layak ke Liga Juara-Juara musim berikutnya, pihak pengurusan mengambil pinjaman kewangan dengan harapan wang perkongsian penyiaran dan tajaan dari Liga Juara-Juara akan dapat membayar balik pinjaman mereka. Tapi Leeds gagal layak ke Liga Juara-Juara musim berikutnya. Wang yang sepatutnya digunakan untuk membayar balik pinjaman dibazirkan melalui bayaran bonus kepada pihak pengurusan kelab, pembinaan gimnasium mewah, kolam renang bersaiz Olimpik di pusat latihan dan juga satu set akuarium bernilai £4 juta di pejabat pengerusi Leeds United, Peter Ridsdale.

Beban hutang yang tinggi memaksa Leeds United menjual pemain-pemain, pusat latihan dan stadium mereka. Penghujung musim 2003/04, Leeds United tersingkir dari EPL.

Tidak cukup dengan itu, pada 2007 Leeds United dikenakan insolvensi dan mengikut peraturan liga, mereka ditolak 10 mata sekaligus jatuh ke Liga 1 Inggeris.

Pada masa ini, Leeds masih lagi bergelumang dalam Liga 1, beradu nasib dengan kelab-kelab seperti Tranmere Rovers, Yeovil Town, Brighton & Hove Albion dan sebagainya, sedangkan 5 tahun lalu mereka bermain menentang kelab-kelab Eropah yang lain.

So apa pendapat you all huh? Ada tak sesiapa peminat Newcastle United, Sheffield Wednesday, Nottingham Forest dan Leeds United di sini? Atau ada kelab-kelab lain yang pernah bersaing dalam EPL satu masa dulu tapi kini tidak lagi yang kamu semua mahu tambah? Sila kongsi di ruangan komen.

19 Ulasan:

Tengok.Dengar.Ikut. berkata...

crystal palace..
andy johnson yang power

mashab berkata...

hebat betul ulasan boleh menangis baca.posting yg mempunyai nilai keilmuan dan estitika yang tinggi.
kehebatan pengetahuan luxius maximus@lucy dlm bolasepak cukup hebat dgn fakta2 benar yg tidak diketahui langsung oleh manusia sejagat.

FIRZA berkata...

bahagia je baca bila "Tanpa Nama" tidak lagi berada di sisi......gua rase lu ptt keje kat National Geographic la lusius.....Jabatan sejarah Bola.....btul ade.....

mizu_sama berkata...

post ilmuan...thanks..

yg masih aku igt,charlthon athletic,si bent tunjuk power sana la,norwich...si green jd benteng. QPR pulak pure rival ngan chelsea..kita beradu time carling cup nnt yer.

paper pun aku baru2 je bejinak ngan epl...still learning.

slamat hari raya pertama.

FreeMen berkata...

LEEDS UTD.

hahaha. penah mengagumi mereka suatu ketika dahulu.

Sir Marcello berkata...

Newcastle United...pernah tersokong krjap (2 team scr tak lansung) kerna idola aku disana...la nie dia men kat MANu...rasa perit plak nak terima :(

kudalaut berkata...

aku pernah minat leeds united
alan smith bukan produk leeds ke ?

FreeMen berkata...

alan smith start kat leeds. masa tu umur beliau 18 tahun. debut lawan liverpool.

ahmad razif yang rok berkata...

gua pemuja tegar Newcastle United FC...semenjak form 1 sekitar season 1994/95...bukan 'pernah atau sekejap kejap'...darah gua bewarna hitam dan putih...gua bangga dan tidak malu dgn hakikat itu...pemain pujaan gua Philippe Albert dan Laurent Robert...pernah mengalir air mata ketika melihat St James Park dan pemain pemain berada di depan mata...kereta gua dihiasi dgn sticker2 dan banner Toon Army yg dibeli ketika gua belajar di sana...apa yg pasti kini gua sedang mengikuti perkembangan team kesayangan gua di Coca Cola Championship dan berharap kami akan kembali...juga berharap Michael Owen akan patah kaki lagi...tiada ape yg lebih menggembirakan selain melihat Michael Owen ditendang Fabio Capello jauh jauh dari skuad England...

nami o fish berkata...

Brian Clough bagi aku manager terbaik England sepanjang zaman.Alex Ferguson pun tak boleh lawan dia.Sebab Brian Clough ambik Nottingham Forest divisyen 2 liga,daripada nombor 12 pertengahan musim,terus jadi juara divisyen 2,tahun depan juara divisyen 1,dan terus juara Champions League 2 kali - dengan player yang bukan import.

Dulu Leeds United masa Champions League,lawan dengan team besar-besar macam Real Madrid,AC Milan,Valencia,Barcelona..sekarang nak lawan Wolvehampton pun belum tentu lepas.

Nko lupa satu lagi team..Queens Park Rangers.Team ni dulu boleh dianggap power gak.Crystal Palace,Southampton(especially Matthew LeTissier - ni legend England satu masa dulu)..

haha!teringat kenangan silam.

jamamon berkata...

ahmad razif yang rok!bagos thats the spirit minggu depan marilah kita sama2 mnyokong toon army mlawan ipswich..kalau xdapat season ni naik liga xlarat dah rasenye nak sokong

ahmad razif yang rok berkata...

Mr Janamon my fellow Toon Army: yeah! Ipswich Town here we come! Sabtu lepas kita menang bergaya 3-1 menentang Plymouth...cuma malangnya kita di Malaysia peluang untuk mengikutinya secara langsung sangat terbatas kerana hampir tiada coverage di peti bodoh...hanya boleh bergantung pada updates di internet...

Gua berdoa pada Tuhan agar Dia menjadikan gua hartawan sekaya Dr Sulaiman supaya gua dapat membeli Newcastle United dengan apa saja harga minimum yang Mike Ashley demandkan...yang pastinya bukan keuntungan yang gua ingin niatkan...

Lucius Maximus berkata...

Ahmad Razif dan Jamamon,

Astro Supersport (811) ada menayangkan rangkuman Coca-Cola Championship, hari apa aku kurang pasti.

Aku pun rajin juga ikuti bila ada masa terluang. Ya sayangnya di Malaysia peluang untuk mengikutinya sangat terbatas.

Yakin kelab seperti Newcastle United boleh naik kembali ke EPL musim depan. Mereka masih ada ramai pemain tahap EPL dan agak gah untuk diatasi mana-mana kelab dalam Championship buat masa ini.

pjoe berkata...

kelab2 tak penting

Point of View berkata...

Pjoe,

Ayat kau menunjukkan kedangkalan kau. Nampak sangat yanbg kau pandang hanya kelab Big 4. Kau tak tahu sumbangan Leeds dalam membekalkan pemain-pemain untuk kelab Big 4. Kau tak tahu yang Forest satu-satunya kelab Inggeris menang Piala Eropah dua kali berturut-turut. Kau tak tahu kot Wednesday adalah kelab yang paling menggerunkan untuk Sir Alex, hingga ke hari ni. Mungkin juga kau tak tahu Newcastle adalah satu-satunya pencabar serius Manchester United pertengahan 90-an dulu, masa Arsenal, Chelsea dan Liverpool masih terkontang-kanting.

Enrich your knowledge dude. Big 4 tidak akan selama-lamanya monopoli EPL. 10 tahun dari sekarang mungkin Forest dan Leeds yang bersaing untuk juara EPL.

pjoe berkata...

point of view,
komen kau menunjukkan kedangkalan kau
it was a fucking joke

jamamon berkata...

nsib baeklah aku sedang nerada di luar malaysia dimana internet agak laju utk melihat live...
>pjoe 8 tahun dulu newcastle main di ucl tak mustahil bila2 masa big4 tu boleh tersingkir

bani berkata...

derby county main mana skang eh.

lipascongo berkata...

Wimbledon....dulu penah main epl..tapi cume takat kelab pertengahan liga je a....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...