ANDA SEDANG MEMBACA

11

Prebiu: Chelsea Makan Rendang Ayam Tottenham

LuciusMaximus Ahad, September 20, 2009
Rumah Terbuka Aidilfitri Chelsea

Mana?
Stamford Bridge, London, Sw6 1 HS

Bila?
1 Syawal, 4.00 petang waktu London

Pakaian?
Baju Melayu lengkap bersamping warna biru sedondon untuk lelaki
Baju Kebaya Nyonya warna biru sedondon untuk wanita

Makan?
Rendang ayam Tottenham masak Defoe
Kari ayam Spurs ala Redknapp

Berapa pinggan boleh makan?
Dua pinggan cukuplah. Drogba satu pinggan, Malouda lagi sepinggan. Semua sekali 2-0.

Siapa lagi datang?
Dengar cerita, Joe Cole datang kalau sihat tubuh badan.

Abramovich?
Mestilah ada. Pakai baju Melayu biru Teluk Belanga lagi.

Ancelotti pakai baju Melayu juga?
Tak, dia pakai sut Armani macam biasa.

Eh, rumah terbuka Manchester apa cerita?

Gambar suka-suka rembat dari sini.

11 Ulasan:

iftitah berkata...

alhamdulillah abramovic, masuk melayu juga dia.

Tanpa Nama berkata...

manchester menang tipis, gol last minit.

sekian, terima kaseh.

Cob Nobbler berkata...

nasib baik ashley cole ada dalam fantasy football aku hahaha!

Tanpa Nama berkata...

adoi, btul2 makan rendang ayam da. hahaha

FIRZA berkata...

wa dh selamat smpai ke rumah......tdi naik Zonda g rumah terbuka......sedap btul rendang ayam tadi........3 ketul gua mkn tak hingat punye.....

tapi Drogba gelojoh sgt makan....terus terkehel kepale lutut.....wa dh ckp dh rilek2 je.......

Luca DK berkata...

ngan team ni ke liverfl kalah dulu? gua nyaris2 nak beli jersi spurs ori aritu. da kena cmni, nasib baik gua tak sempat beli..

fuad asri berkata...

nasib je tu.....
spurs bagi hadiah raye kot...
hahaha

mizu_sama berkata...

3 lauk rendang la lucius, sedap2 belaka.

minggu nie kelab2 london menang bergaya sempena lebaran dan kelab2 merah di luar london tercungap2 sbb baju cekak musang mencekik mereka.

hehehe

hanuman berkata...

drogba keracuanan makanan sbb mkn rendang ayam basi...mintak2 tak serious...dgn team ni ke liver kalah?btol ke?heheheh

mizu_sama berkata...

best tul spur...bagi hadiah raya 3 gol dan knock out 2 central defend.mekasih...mekasihh

Azlan Zed berkata...

pakai skarf liverpool bleh? :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...