Memaparkan catatan dengan label prebiu chelsea. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label prebiu chelsea. Papar semua catatan
28

Sokerleak - Gambar Line Up Chelsea Menentang Man United Pagi Esok

Obefiend Weiland Selasa, Mac 01, 2011 , , ,

Gambar Exxxxclusive

Kegagalan Persatuan Bolasepak England untuk menghukum Wayne "Grandma Fucker" Rooney kerana menyiku pemain Wigan James Mccarthy sabtu lalu memaksa Chelsea untuk mendapat kebenaran khas FIFA untuk memakai helmet untuk perlawanan pagi esok. Menurut pengurus pasukan the Blues Carlo Ancelloti;

"Saya risau ada pemain bernilai jutaan pound sterling Chelsea yang bakal tercedera kerana Rooney ada license to elbow sejak kebelakangan ini. Pihak FIFA membenarkan Chelsea menggunakan helmet dalam perlawanan menentang United kerana sebelum ini mereka membenarkan Petr Cech memakai helmet ragbi. FIFA merasakan pemakaian helmet untuk semua pemain bola adalah wajib bila Ronney disahkan akan bermain"

Pihak Sokernet menerima gambar prebiu helmet yang pakai dipakai pemain Chelsea menerusi sumber rahsia kami di Cobham. Dikhabarkan helmet ini adalah yang sama dipakai oleh The Stig dari siri Top Gear. Petr Cech pula dibenarkan memakai topeng Darth Vader bagi memberi keselamatan maksima dari sikuan Rooney.



Apabila pihak Sokernet menemuramah Sir Alex, beliau berkata;

"It does not matter. I will instruct Rooney to wear titanium elbow guard so he can break open the helmets like a coconut. He will even get a yellow card! I fukken bet on this!"


54

Prebiu: Chelsea Lawan Liverpool

LuciusMaximus Jumaat, Februari 04, 2011 ,


Chelsea are the kind of team I want to play for



Fernando Torres, bekas pujaan dan legenda Liverpool seperti yang kita semua tahu sudah berpindah ke Chelsea dengan kos sejumlah GBP50 juta. Kesan dari perpindahan ini beliau dilabel sebagai pengkhianat dan pemain yang tidak mengenang budi. Sejumlah penyokong Liverpool bertindak membakar jersi Liverpool bertulis Torres sebagai rasa tidak puas hati. Tidak dapat dipastikan jersi ori atau Siam.

Dalam bolasepak moden, pemain datang dan pergi. Ini bukan zaman Pak Kadok atau zaman Kenny Dalglish. Loyalty is dead, long live talent kata orang putih.Zaman bermain dalam satu kelab dari mula mimpi basah sehinggalah sampai ke tahap inkontinen untuk seorang pemain bolasepak sudah tiada lagi. Melainkan pemain itu memang tidak bagus langsung dan tidak ada kelab lain yang berminat mendapatkan khidmatnya. Atau pemain itu terlampau bagus dan hampir mustahil dapat dibeli oleh kelab lain.

Dalam kes Torres, ianya lebih jelas. Pertama dia bukan anak jati Merseyside. Dia datang dari 'sunny Spain' dan memulakan karier beliau bersama kelab Atletico Madrid. Kemudian Fara Benitez bawa beliau ke Liverpool dan aku sendiri sebagai peminat Atletico Madrid berasa agak 'gutted' sedikit tetapi menerima hakikat bahawa setiap pemain bolasepak lazimnya ada dua impian.

Pertama, untuk buat duit. Kedua, menggondol sebanyak pingat yang mungkin. Ini ada dalam diri semua pemain bolasepak. Jangankan Torres, pemain macam Razali Umar Kandasamy juga ada impian sebegitu. Kalau tidak apa jadahnya masih merayap sekitar Jelapang tapi pergi latihan skuad Perak tidak? Beza Torres dengan Razali, seorang profesional dan seorang lagi tidak.

Maka bila Torres ke Liverpool dulu pastinya matlamat beliau ialah untuk buat duit dan menang pingat. Tetapi selepas 3 setengah musim bersama Liverpool, tidak ada satu pingat kejayaan pun yang dapat dikecapi beliau. Umur makin meningkat, rumah pula kata pergi dan kubur kata mari. Larat ke nak tengok asyik-asyik Rudeboy Rooney dan Dubuk Liar saja yang julang piala? Nando pun nak merasa juga.

Maka apabila Chelsea, sebuah kelab tahap tinggi seperti kata Torres, datang mengetuk pintu maka sudah pastilah dalam fikiran waras Torres ianya pilihan yang bijak untuk angkat kaki dan ucapkan sayonara. Seperti mana yang pernah dibuat rakan-rakan beliau seperti Xabi Alonso dan Javier Mascherano. Sekurang-kurangnya bagi Torres hidup bersama Chelsea menjanjikan lebih banyak duit dan prospek memenangi piala yang jauh lebih cerah.

Kerana akhirnya apa yang penting untuk seorang pemain bolasepak sepenuh masa ialah mulut untuk disuap makanan dan hakikat hidup hanya sekali untuk beliau mencipta nama.

Gutted to be leaving Newcastle but I was kind of pushed out the door



Ini apa cerita Andy Carroll ini? Ura-ura mengatakan dia sebenarnya mahu bersama Newcastle United dan tidak langsung teringin ke Liverpool. Tidaklah menghairankan kerapa siapalah dalam dunia ini yang mahu pergi ke 'sinking ship'? Tetapi Mike Ashley macam biasa tamakkan duit maka apabila Liverpool mengibaskan GBP35 juta, berlalulah Carroll ke Liverpool.

Andy Carroll masih muda dan seorang pemain bolasepak yang mempunyai masa depan yang cerah. Bersama Newcastle United musim ini saja beliau sudah meledak 11 gol dalam EPL. Ia rekod yang baik apabila mengambil kira Carroll bermain untuk sebuah kelab pertengahan liga.

Kemudian Carroll pergi ke Liverpool, satu lagi kelab pertengahan liga. Cuma bezanya antara Liverpool dan Newcastle ialah Liverpool kaya sejarah. Tapi itu dulu. Cerita semalam. Cerita basi. Apa yang penting ialah sekarang dan masa depan maka tidak menghairankan apabila Carroll rasa macam taik dipindahkan dari sebuah kelab pertengahan ke sebuah kelab pertengahan yang lain. Talk about career development.

Dan macam Torres, apa yang diinginkan oleh Carroll pastinya duit dan pingat. Bersama Liverpool tidak mustahil beliau akan kecapi kedua-duanya. Tetapi tidak mustahil juga beliau hanya akan dapat duit tanpa pingat. Dan mungkin selepas 2 atau 3 musim Carroll kepingin berpindah ke kelab lain untuk mencari 'holy grail' beliau dan tidak mustahil akan ada kutu-kutu Scouser yang sibuk bakar jersi Carroll pula.

Prebiu

Hari Ahad nanti, kedua-dua pemain ini bakal bertembung dengan masing-masing menyarung jersi kelab baru mereka. Turut serta ialah dua lagi pemain, David Luiz untuk Chelsea dan Luis Suarez untuk Liverpool.

Kalah atau menang itu adat permainan. Tapi sebagai seorang yang lebih cenderung kepada Chelsea pastinya aku harapkan kemenangan Chelsea dan lebih manis lagi melalui gol jaringan Fernando Torres.

Sejak perpindahan Torres ke Stamford Bridge, kem Chelsea di Sokernet telah berdiam diri. Cuma kali ini saja aku bersuara, itu pun bersempena prebiu perlawanan akan datang.

Bagi aku, pemain datang dan pergi dalam satu-satu kelab. Berapa yang dibayar juga aku tidak ambil pusing. Setiap pemain ada penilaiannya, dibuat oleh penjual dan pembeli. Dalam kes Torres kedua penjual dan pembeli sepakat GBP50 juta ialah harga yang sepatutnya. Begitu juga dalam kes Carroll. Siapa kita nak pungpang-pungpang pasal duit berpuluh juta ini?

Adakah Torres pemain yang bagus dan sangat diperlukan Chelsea? Aku pernah menulis tentang hal ini dan menilai antara Torres dan Forlan, pemain yang kini bermain untuk Atletico Madrid, dibeli sebagai pengganti apabila Torres berambus ke Liverpool.

Torres bukanlah pemain yang akan menjamin Champions League atau trofi EPL untuk Chelsea. Tapi dengan adanya beliau maka ia memberi dimensi baru untuk Chelsea dan keupayaan si Nando ini menjaringkan gol sangatlah dialukan, apa lagi di saat Dubuk Liar mengalami kemandulan. Dan oleh kerana Chelsea mampu mendapatkan Torres, why not?

Bising lebih-lebih pun tak guna. Lagi pun bukannya aku dulu lahir kat belakang Stamford Bridge ke apa.

Apa pun, untuk perlawanan akan datang, Chelsea 3 - Liverpool 0.

Tapi kalau kalah, apa ada hal?
45

Prebiu: Fikirkan Boleh!





Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh!

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh!


Wolves 0 - Chelsea 9!
36

Harapan Terakhir Umat Manusia – Siri Ke-2

LuciusMaximus Selasa, Disember 14, 2010 , , ,


Aslan kembali


Dari pos asal bertarikh 24 Mac 2010, ketika Chelsea dan Manchester United bersaing merebut puncak klasemen dengan sejumlah 101 komen sehingga kini.

“Industri filem dan drama banyak memaparkan kisah-kisah perjuangan umat manusia menentang kuasa jahat. Kisah macam Chronicles of Narnia, Solomon Kane, Blade, Spawn, Lord Of The Ring, Gaban mahu pun Ultraman.


Motif perjuangan mereka semua sama, menegakkan kebenaran dan menentang kejahatan. Amar makruf nahi mungkar. Macam slogan Pekida, tapi tanpa elemen Abang Long.


Kuasa-kuasa jahat ini pula muncul dalam bermacam bentuk. Macam raksaksa Gorgon, pontianak, Lucifer, Sauron, Freemason dan Manchester United. Pendek kata sebarang organisasi bawah tanah yang mempunyai hubung kait dengan syaitan. Atau setan.


“Tarik Gaban ke ruang angkasa setan!”


Bahaya. Tengok apa jadi pada Liverpool di Old Trafford, kononnya Theatre of Dreams tapi sebenarnya ‘ruang angkasa setan’.


Tidak dapat dinafikan umat manusia kini di zaman kegelapan. Perpecahan sesama kita selama ini digunakan oleh kuasa jahat untuk mengambil kesempatan ke atas umat manusia. Perlahan-lahan, Manchester United telah bersedia untuk memastikan kuasa jahat terus berkuasa buat musim ke-4 berturut-turut.


Persoalannya, siapakah yang mampu menghalang kelab setan ini? Pahlawan zaman silam bernama Liverpool? Sandarkan pada kenangan. Anak-anak muda idealis yang bertenaga yakni Arsenal? Masih mentah macam Pipiyapong.


Harapan terakhir kita semua terletak di bawah kibaran panji berwarna biru dengan lambang seekor singa. Macam Aslan dalam Chronicles of Narnia, singa yang berjuang menentang kejahatan demi kebenaran. Amar makruf nahi mungkar.”

Siri Ke-2

Dan begitulah yang telah ditakdirkan oleh Sang Pencipta, sekali lagi kita umat manusia berdepan zaman getir dan penuh pancaroba. Belum genap setahun dari kisah ‘Harapan Terakhir Umat Manusia’ yang asal, sekali lagi kita bercakap mengenai Harapan Terakhir Umat Manusia. Kali ini siri ke-2.

Sesungguhnya gelombang Setan Merah itu sesat lagi menyesatkan. Didalangi pertubuhan haram seperti Illuminati dan Freemason juga gerakan Zionis, ejen-ejen mereka pantas melakukan perbuatan hina dan terkutuk untuk meletakkan dunia aman ini di bawah panji-panji kerajaan syaitan.

Kita telah melihat satu demi satu pasukan cuba menjalankan tugas membendung kuasa penjarahan kerajaan syaitan ini. Tapi satu demi satu mereka akhirnya tunduk kepada Setan Merah. Pahlawan zaman silam Liverpool terlalu menyandarkan pada kenangan. Sedang anak-anak muda Arsenal tampil dengan snood dan…

Tidak ada lagi kuasa kebaikan yang mampu berdiri di antara umat manusia dan kerajaan syaitan. Tiada melainkan satu pasukan yang satu masa dulu pernah menghalang hegemoni Setan Merah.

Chelsea.

Ya, beberapa bulan yang lalu Chelsea muncul juara EPL dan menghalang Manchester United dari kejuaraan liga ke-19, memaksa bapak setan Pak Alex menyambung karier beliau sebagai pengunyah gula-gula getah tepi padang dan menghentikan tumbukan padu ke udara oleh Jorji. Kini sekali lagi tugas tersebut digalas oleh Chelsea.

Macam 24 Mac dulu, ibarat Aslan, Chelsea sang singa adalah penyelamat tunggal umat manusia. Sang singa dan seekor dubuk liar sebenarnya.

Pertembungan dua kuasa bolasepak ini bakal menggegar dunia menjelang Ahad ini. Dan disebalik pertembungan itu adalah harapan semua umat manusia yang lain, merangkumi semua fahaman dan kepercayaan, dari Arsenal hinggalah ke West Ham United (mengikut susunan abjad).

Entri Bonus – Harapan Terakhir Umat Liverpool

Tidak dapat tidak, harapan terakhir umat Liverpool terletak di atas bahu Chelsea. Mengaku sajalah.

Nak harap pasukan sendiri yang menghalang Manchester United dari kejuaraan liga ke-19 atau Gary Neville dari tersengih macam kerang busuk 19 kali, atau Rudeboy Rooney menumbuk padu ke udara 19 kali atau Jorji, Nazri dan Fdausamad buat entri berlagak 19 hari berturut-turut? Kirim salam.

Nak harapkan Arsenal? Mereka bungkus pagi tadi dalam lilitan kelemasan snood sendiri. Manchester City? Huru-hara. Tottenham Hotspur? Belum tentu. Tak kan nak sandarkan harapan pada Newcastle United kot? Tahun 90-an dulu bolehlah.

Maka Chelsea adalah harapan terakhir umat Liverpool. Musim lepas kami melakukannya dengan menafikan angka 19 buat Manchester United. Dan nampaknya musim ini sekali lagi Chelsea memikul tugas yang sama.

Kami tidak menang Champions League 5 kali, tapi kami masih harapan terakhir umat Liverpool.

38

Entri Apa Ada Hal Chelsea (Atas Permintaan Ramai)

LuciusMaximus Jumaat, Disember 10, 2010 , , ,


'I don't think any team can say they are playing well. The good thing is we're not like Liverpool. We're not out of it. We're still in with a very good chance and we certainly have the ability and the players to go to places like Tottenham or Arsenal and get great wins like we've done in previous years.' - Captain Marvel


Okay, yang selama ini asyik seri dan kalah sebenarnya sebab King Carlo saja simpan tenaga pemain untuk ujian getir bulan Krismas. Sebagai persediaan untuk berdepan kombo tiga serangkai Spurs, Red Devils dan Gooners.

Jadi tilikan Ayah Pin untuk tiga perlawanan EPL berikutnya ialah:

Menang 3-0 lawan Spurs

Menang 3-0 lawan Red Devils

Menang 6-0 lawan Gooners

Apa ada hal?

Sumber Apa Ada Hal: Surat Harian
45

Prebiu: Liverpool Lawan Chelsea

LuciusMaximus Sabtu, November 06, 2010 , ,




Tepuk amai-amai
Belalang kupu-kupu
Torres jangan nangis
Drogba beli susu

Susu lemak manis
Santan kelapa muda
Liverpool dapat telur
Chelsea terklasemen

Chelsea telah memenangi 2 EPL, 3 FA Cup, 1 League Cup dan 1 Community Shield semenjak Liverpool kali terakhir memenangi sebarang piala.

1 Februari 1992, Dennis Wise dan Vinnie Jones bertandang ke Anfield dan melekatkan kad bertulis "We're bothered" di atas papan tanda 'This Is Anfield' sebelum perlawanan. Chelsea menang 2-1 kemudiannya.

"I don't think anyone is intimidated by Liverpool any more. Their reputation has almost disappeared" - Graeme Le Saux (otai The Blues)

15

Selamat Menyambut Deepavali Dari Sidang Sokernet

LuciusMaximus Jumaat, November 05, 2010 , , ,


Razali Umar Kandasamy aka The Tornado
Penyerang Perak, peminat Sivaji dan penggemar Nasi Vanggey Ipoh

Pagi Deepavali makan murukku
Muruku dibuat oleh Cik Chandrapool
Piala Malaysia sudah berlalu
Kembali kita mengutuk Liverpool

Tilikan Ayah Pin - Chelsea 3 Liverpool 0
27

Prebiu – Thomas Cup & FA Cup

LuciusMaximus Jumaat, Mei 14, 2010 ,
Boleh dilahirkan berulang kali!


Apa persamaan antara Thomas Cup dan FA Cup?

Kedua-duanya berasal dari England.

Tapi satu piala boleh dimenangi oleh Malaysia jika Hafiz Hashim ‘dilahirkan semula’ sementara yang satu lagi sampai kiamat pun Malaysia tidak akan dapat walaupun Hafiz Hashim ‘dilahirkan berkali-kali’.

Thomas Cup

Malaysia bakal berentap dengan China petang ini dalam perlawanan separuh akhir Thomas Cup.
Laluan skuad badminton negara ke perlawanan separuh akhir boleh dikatakan sangat mencabar.
Malaysia diberi kemenangan percuma ke atas skuad Nigeria yang terlewat gara-gara pemain badminton mereka terlepas kapal terbang menonton perlawanan Chelsea – Wigan Athletic. Tetapi kemudiannya tumpas kepada Jepun dalam saingan kumpulan.

Bedah siasat yang dijalankan menjurus punca kekalahan kepada dua perkara. Pertama salah seorang pemain beregu Malaysia yakni Fairuizuan Tazari adalah penyokong Arsenal maka dia sedikit emo. Yang kedua ketika perlawanan perseorangan ketiga menentang Jepun, Hafiz Hashim masih belum ‘dilahirkan’ lagi.

Kalau belum lahir memang tidak boleh main badminton. Tak percaya tanya Bidan Sepiah.

Tapi Malaysia dikira bernasib baik apabila bertemu Denmark dalam suku akhir. Kenapa? Kerana tidak ada rakyat Malaysia yang bertandang ke Stadium Putra untuk memprotes perbuatan media Denmark menyiarkan kartun yang menghina umat Islam.

Selebihnya kemenangan 3-2 ke atas Denmark memang sudah dijangka kerana menurut Haji Hasbullah Awang, pada malam itu Hafiz Hashim sudah menemui ‘kelahiran semula’.

Memang kalau kita sudah dilahirkan, kita boleh bermain badminton dan juga mengeluarkan ‘senjata-senjata simpanannya’. Masih tak percaya? Bidan Sepiah boleh sahkan.

Tangkisnet, maaf, Sokernet menjangkakan perlawanan separuh akhir petang ini bakal ditentukan hingga ke perseorangan ketiga.

Datuk Lee Chong Wei walaupun sudah bercucu dijangka boleh menang ke atas Lin Dan. Perlu menang sebenarnya.

Untuk beregu pertama, gandingan mantap Koo Kien Keat-Tan Boon Heong mungkin dapat mencuri mata ke-2 negara bila bertemu Cai Yun-Fu Haifeng. Walapun beregu China mempunyai rekod pertemuan yang lebih baik (menang 4 dari 7 pertemuan), faktor tempat sendiri boleh menjadi penentu.

Perseorangan kedua dijangka antara abang otai, Wong Choong Hann dan Chen Jin yang 9 tahun lebih muda. Di sini seperti sebelum-sebelum ini, pihak lawan akan mencuri mata pertama. Melainkan Choong Hann ada minum kopi Radix ‘mai sechewen’.

Beregu kedua Zakry Latif-Hoon Thien How yang masih baru dan kurang kadar keemoan pula bakal berentap dengan Guo Zhengdong-Xu Chen yang merupakan pasangan beregu ranking ke-5 dunia. Sekali lagi, pihak lawan dijangkakan bakal mencuri mata di sini berdasarkan kelebihan pengalaman dan keserasian.

Dijangkakan menjelang jam 11 malam, kedudukan masih terikat Malaysia 2-2 China. Haji Hasbullah Awang dan Kwan Yoke Meng mungkin masih belum mengantuk pada masa tersebut.

Perlawanan perseorangan ketiga terpaksa diadakan dan China dijangka meletakkan anak muda Chen Long dan bukannya pemain berpengalaman Bao Chunlai. Sementara itu di seberang jaring, nasib Malaysia bakal ditentukan oleh pemain yang ‘dilahirkan berulang kali’ dan banyak ‘senjata-senjata rahsia’.

Semuanya bergantung pada Hafiz Hashim.

Mungkinkah Hafiz Hashim akan menemui ‘kelahiran semula’?

Mungkinkah ‘senjata-senjata rahsianya’ masih rahsia?

Mungkinkah Haji Hasbullah Awang akan menyebut perkataan ‘rama-rama’?

Dan mungkinkah Kwan Yoke Meng pernah gagal Bahasa Melayu ketika SPM dulu?

Segala-galanya bakal terjawab malam nanti.

FA Cup

Didier Drogba hanya lahir sekali tapi Chelsea boleh menang FA Cup berkali-kali.

Sendiri mau ingat!
29

Epilog Dan Prebiu

LuciusMaximus Jumaat, April 30, 2010
Epilog

Aku suka lagu Epilog Cinta Dari Bromley nyanyian Sohaimi Mior Hassan. Sohaimi Mior Hassan anak jati negeri Perak dan lagu-lagu beliau memang mahakarya. Siapa yang tak suka Epilog Cinta Dari Bromley atau Suhaimi Mior Hassan memang tak layak baca Sokernet.

Liverpool sebuah kelab yang hebat, macam Sohaimi Mior Hassan dan itu tidak dapat dinafikan. Begitu juga dengan Manchester United. Tapi kekuasaan dan kehebatan itu tidak kekal selama-lamanya.

11 dari 18 kejuaraan liga yang dimiliki Liverpool dimenangi dalam dekad 70-an dan 80-an. Sebanyak 18 musim memperlihatkan Liverpool mencapai kedudukan 3 tempat teratas. Bill Shankly, Bob Paisley, Joe Fagan dan Kenny Dalglish menjadi nakhoda zaman emas Liverpool. Sepanjang 2 dekad ini cuma Arsenal, Aston Villa, Derby County, Everton, Leeds United dan Nottingham Forest saja yang sekali-sekala berjaya merampas takhta liga dari menjadi hak milik mutlak Liverpool.

Di mana Manchester United? Sekadar pelengkap jadual perlawanan. Malah pernah disingkir ke Divisyen 2 dalam dekad 70-an.

26 tahun lamanya sebelum kejuaraan liga kembali ke Old Trafford. Di bawah Alex Ferguson, Manchester United mendominasi dekad 90-an dan dekad pertama milenium ketiga. Dari 18 kejuaraan liga mereka, 11 dimenangi oleh Alex Ferguson dalam tempoh 2 dekad ini. Hanya Arsenal, Blackburn Rovers, Chelsea dan Leeds United sekali-sekala memecah dominasi Manchester United. Ini zaman emas Manchester United.

Maka tidak ada yang pelik jika 20 tahun sudah berlalu tanpa Liverpool memenangi kejuaraan liga. Bukan tidak salah, tapi tidak pelik.

Salah tetap salah. Dan beban penyalahan itu terletak pada Liverpool. Maksud aku pengurusannya. Bukan penyokongnya.

Selama 20 tahun mereka gagal merencana rancangan yang baik untuk menggugat dominasi Manchester United. Cuma musim lepas saja yang boleh aku akui di sini sebagai persaingan terbaik pernah diberikan Liverpool kepada Red Devils.

Selebihnya, Liverpool terpaksa berterima kasih kepada Arsenal, Blackburn Rovers, Chelsea dan Leeds United yang membantu mengekang Manchester United dari membolot semuanya. Juga tidak lupa kepada Newcastle United yang walaupun tidak pernah menang tetapi paling kurang pernah membuatkan Alex Ferguson berpeluh.

Barisan pengurus yang pernah mengemudi Liverpool pasca Dalglish, pada pendapat aku, bukanlah mereka yang berpotensi menjuarai liga. Souness mungkin pernah menjuarai liga Scotland tapi itu bersama Rangers, sedangkan Ferguson melakukannya dengan Aberdeen. Evans dan Houllier? Lebih kepada tiada apa-apa. Benitez? La Liga bersama Valencia ketika Real Madrid dan Barcelona melalui pancaroba, yang kemudian gagal dihidupkan kembali sentuhannya di England.

Tentang pemain? Dari Nigel Clough hingga ke Alberto Aquilani sayang Liverpool tidak mampu menyaingi Manchester United dari Eric Cantona hingga ke Wayne Rooney. Atau Dimitar Berbatov yang lebih kepada flop poppy.

Tapi pastinya ada sinar di hujung terowong. Empayar Manchester United tidak akan kekal selamanya. Alex Ferguson sudah memberi bayangan beliau akan berundur dalam masa terdekat dan hulubalang di Old Trafford sudah pun mula memerah otak mencari penggantinya.

Setiap ruang vakum wajib diisi. Manchester United mungkin kekal sebagai kuasa dominan untuk beberapa tahun pasca Ferguson, sama seperti Liverpool selepas Bill Shankly mengundur diri.

Mungkin juga tidak. Arsene Wenger komited bersama Arsenal dan skuad muda beliau bakal menjadi dewasa. Carlo Ancelotti pula komited bersama Chelsea dan beliau mempunyai pengalaman dalam menjadikan pemain berusia kekal bertenaga.

Bagaimana dengan Liverpool? Atau mahu berikan dekad berikutnya kepada kuasa baru seperti Tottenham Hotspur dan Manchester City?

Aku serahkan pada Dingin, Jannah dan juak-juak Liverpool seperti Shankly, Jarr, Mangifera dan lain-lain.

Prebiu: Liverpool Lawan Chelsea

Hari Ahad ini kita semua bakal bertumpu ke Anfield dalam apa yang boleh dikatakan sebagai ujian paling getir buat Chelsea.

Menang dan prospek menjuarai liga kekal cerah. Kalah dan kemungkinan kejuaraan liga milik Manchester United.

Liverpool mungkin berada dalam musim terburuk mereka semenjak kali terakhir menjuarai liga 20 tahun yang lampau. Tapi mereka yang kaki bangku dan otak tepu saja akan menganggap Liverpool ialah kari ayam yang enak dibedal.

Dan mereka yang menganggap artikel English Reds ditulis sebab mahu memberi tekanan psikologi agar Liverpool menyerah bulat-bulat kepada Chelsea, apa kau ingat Rafael Benitez faham ke kalau dia baca Sokernet?

Liverpool akan bermain habis-habisan Ahad ini. Sama seperti musim 1994/95 bila mereka menundukkan Blakcburn Rovers biarpun risikonya membuka peluang buat Manchester United menjuarai liga. The Reds adalah kelab tradisi yang kaya dengan sejarah. Mereka perlu menjaga prestij dan kejantanan mereka, bukan melondeh seluar kepada Chelsea agar rekod mereka tidak lebur di tangan Manchester United.

Untuk sekali ini, aku tidak letakkan sebarang tilikan. Kita tengok sajalah perlawanan hari Ahad nanti.

Minggu Terbaik

Inter, kelab kesukaan di Itali layak ke perlawanan akhir Champions League, menentang Bayern Munich yang bukanlah satu kegemaran peribadi. Atletico Madrid, kelab kesukaan di Sepanyol layak ke perlawanan akhir Europa League, menentang Fulham yang merupakan seteru Chelsea.

Sementara itu skuad remaja Chelsea seri 1-1 dengan Aston Villa dalam perlawanan akhir pertama FA Youth Cup. Perlawanan kedua akan diadakan di Stamford Bridge Selasa depan.

Harap-harap semua perkara baik ini berlanjutan hingga hari Ahad nanti.
71

Prebiu: Tottenham Hotspur Lawan Chelsea, Dan Lain-Lain

Sebelum itu, kita ke pesanan penaja.

Chelsea Umum Kit Baharu – Lebih Ganteng Dan Sukses!


Chelsea dan adidas telah melancarkan kit musim 2010/11 yang akan diguna pakai buat kali pertama dalam perlawanan terakhir EPL menentang Wigan Athletic di tempat sendiri.

Samsung masih kekal sebagai penaja utama setelah perbincangan untuk meletakkan tulisan ‘Sokernet’ di dada setiap pemain Chelsea menemui jalan buntu.

Sempena itu kempen pengiklanan ‘Made from 100% Chelsea’ turut dilancarkan. Artis pop dan peminat Chelsea, Sir Peter Blake bertanggungjawab mereka bentuk kempen tersebut. Sir Peter juga pernah terlibat dalam mereka bentuk atwork untuk album Beatles, Sgt. Pepper’s Lonely Hearts Club Band dan juga album Oasis, Stop The Clocks.

Pergh!

Jersi terbaru Chelsea ini bakal menggunakan teknologi terbaru adidas, TechFit yang digunakan buat kali pertama dalam bolasepak kelab. Ini berbeza dengan jersi 2010/11 Liverpool yang masih menggunakan teknologi zaman batu kapur, ClimaCool.

Adakah Liverpool dianaktirikan oleh adidas? Atau tidak cukup bajet untuk dapatkan teknologi yang terkini? Kesian.

Mengikut sumber dalaman Sokernet di adidas, TechFit merupakan satu teknologi fabrik terkini yang membantu meningkatkan kepantasan pemain, kesinambungan daya tahan yang lebih lama dan melipat gandakan propriosepsi (menatang apakah ini?). Ini dicapai dengan mewujudkan keharmonian otot-otot dan memfokuskan tenaga yang menjana pecutan mendadak dan memberikan keberhasilan kuasa maksimum.

Serius bai.

Satu laman promosi interaktif boleh dilayari di adidas yang menceritakan banyak mengenai latar belakang kit terbaru ini dan juga Chelsea. Macam asal-usul jalur merah Chelsea, perlawanan epik menentang Dynamo Moscow yang menarik 100,000 penonton, kaitan dengan Pensioners, kenapa Chelsea dikenali sebagai Los Numerados di Amerika Selatan dan juga rekod jaringan terbesar perlawanan peringkat Eropah.

Tempahan kini dibuka. Jorji khabarnya dah tempah satu, sekali dengan nameset Kakuta.

Derbi Manchester

Esok kita semua bakal disajikan dengan sepak mula awal yang menemukan Manchester City dan Manchester United.

Peri pentingnya perlawanan ini sangat jelas bagi kita semua. City perlu menang untuk memastikan peluang mereka ke Champions League terus bersinar. United pula perlukan 3 mata untuk terus mengejar Chelsea.

Wayne Rooney dijangka bakal diturunkan esok, satu langkah terdesak dari Pak Alex setelah melihat persembahan cemerlang, gemilang dan terbilang Dimitar Bebal-Betul di Ewood Park. Aku jangkakan mamat Rudeboy tumbukan padu ke udara ini akan terhincut-hincut keluar padang esok dan punahlah harapan Piala Dunia buat England.

Dengan Roberto Mancini sebagai nakhoda, Carlos Tevez dalam keadaan yang terbaik, kelebihan bermain tempat sendiri dan pentingnya untuk City menjarakkan kedudukan dari Spurs, aku jangkakan mereka akan berjuang habis-habisan malam esok. Apatah lagi tiada yang lebih indah untuk City melainkan dari menafikan peluang menjuarai EPL buat jiran dan musuh ketat mereka.

Man City menang. Itupun kalau pengadil tak bagi masa tambahan sampai 1 jam untuk Pak Alex.

Derbi London

Hampir 5 jam selepas sepak mula di Eastland, Spurs pula memulakan saingan menentang seteru London mereka, Chelsea.

Spurs bakal turun penuh keyakinan setelah menundukkan Sekolah Sukan Arsene Wenger 2-1 manakala Chelsea pula perlu memastikan tiga mata penuh untuk terus mengukuhkan kedudukan di puncak klasemen.

Tapi aku tak nafikan esok bakal menjadi laluan getir buat The Blues, yang kali terakhir menang di White Hart Lane dalam saingan EPL ialah pada musim 2005/06.

Kemenangan juga penting buat Spurs untuk terus menyaingi Manchester City. Spurs mempunyai rekod tempat sendiri yang agak baik, cuma tewas 3 perlawanan setakat ini.

Tetapi Chelsea juga tidak kurang hebat dan dari 7 perlawanan menentang kelab-kelab London dalam EPL musim ini, masih lagi belum tewas.

Rekod pertemuan Chelsea dan Spurs dalam semua perlawanan, Chelsea menang 59, Spurs menang 48 dan seri sebanyak 33 kali.

Tilikan esok? Chelsea menang, lebih ikut perasaan sebenarnya.

Dan Lain-Lain

Wigan Athletic menentang Arsenal dengan The Latics perlu menang untuk keluar dari zon penyingkiran dan The Gunners pula mahu terus menghidupkan peluang menjuarai EPL. Oleh kerana Pipiyapong khabarnya sibuk mahu pasang pendakap gigi, aku tolong tilikkan.

Wigan menang. Tapi menang sorak je.

Portsmouth, yang sudah layak ke Championship League (tolong ambil perhatian, Championship League dan Champions League dua benda berbeza!) meraikan kunjungan Aston Villa. Bermain tanpa apa-apa, fokus Avram Grant lebih tertumpu ke akhir FA Cup pastinya dan di sini aku menjangkakan kemenangan untuk Villa.

Tuah pula tidak begitu menyebelahi Liverpool, yang bakal menentang West Ham United di Anfield. Memang 3 mata lebih memihak pada Liverpool tapi harus diingat, The Hammers masih belum layak ke Championship League dan mereka pastinya tidak berminat untuk layak pun.

Bermain untuk menyelamatkan diri, West Ham bakal berhempas pulas untuk sekurangnya mencatat keputusan seri. Dan itulah juga tilikan aku sekali ini, lagi pun peminat Chelsea mana yang tak sayang Gianfranco Zola?

Keadaan pastinya akan lebih panas jika Everton menang ke atas Blackburn Rovers di Ewood Park. Saingan EPL musim ini cukup mendebarkan dari Chelsea di puncak klasemen hinggalah ke Everton di tangga ke-8.

Sila pastikan stok kacang Menglembu dan Nescafe anda di rumah cukup sepanjang hujung minggu ini jika menonton di rumah. Bagi mereka yang kerap ke mamak, harap buat tempahan awal agar tidak kecewa di kemudian hari.

Awek-awek yang tak minat bola, harap jangan kacau balak-balak anda semua!
103

Prebiu: Chelsea Lawan Bolton Wanderers

LuciusMaximus Selasa, April 13, 2010 ,
Sebelum aku menulis lanjut, aku nak betulkan fakta oleh kem Manchester United di bawah.

Mari bersama Abang Fakta.

Yang pertama, Manchester United tak kalah. Seri je dengan Blackburn Rovers tapi mungkin bagi Red Devils sekalian pahitnya mengalahkan hempedu.

Yang kedua, bukan setiap kali Manchester United kalah aku akan bersuara. Hari tu kalah dengan Chelsea di ruang angkasa setan aku tak bising apa pun. Kalah dengan Bayern Munchen pun sama. Sebabnya setiap kali Manchester United kalah emosi aku juga turut terjejas.

Memang tak cukup jari mengira berapa banyak gadis peminat Manchester United yang menangis teresak-esak wajah tersembam di bahu aku. Macam mana jiwa aku tak kacau?

Sekian bersama Abang Fakta.

Malam ini The Blues bakal meneruskan pemburuan kejuaraan EPL dengan menyambut kunjungan Bolton Wanderers di Stamford Bridge.

Pentingnya perlawanan ini kepada peminat The Blues memang tidak perlu disebut lagi. Tapi kepada peminat Liverpool, sila ambil perhatian bahawa hanya Chelsea saja yang mampu menyaingi Manchester United dan menafikan rekod 19 kejuaraan liga yang mereka idamkan. Nak harap Fara Benitez, memang hampeh.

Rekod pertemuan Chelsea dan Bolton jelas memihak kepada Chelsea dengan 46 kemenangan dari 110 pertemuan. Bolton pula pernah menang 36 kali. Rekod pusingan pertama di Reebok Stadium sebelum ini berkesudahan dengan Chelsea menang 4-0.

Berdasarkan pada keadaan semasa, aku ramalkan Chelsea menang malam ini, 3-0.

Oh, ini ada fakta tambahan.

Hari berlalu semenjak Arsenal kali terakhir menjulang piala – 1,789
Hari berlalu semenjak Liverpool kali terakhir menjulang piala – 1,432
Hari berlalu semenjak Negeri Sembilan kali terakhir menjulang piala – 3
22

Prebiu: Piala FA

LuciusMaximus Sabtu, April 10, 2010 , , ,
Wembley, Wembley, we're the carefree Chelsea FC and we're going to Wembley!

Kecuali Manchester United, Arsenal dan Liverpool tidak berpeluang ke Wembley musim ini. Kesian.

Chelsea pula sudah pasti menjejak kaki ke Wembley macam biasa untuk saingan separuh akhir Piala FA. Menentang Aston Villa yang 2 minggu sudah dibelasah 7-1 di Stamford Bridge.

Tidak banyak pasukan yang pernah bermain di Stadium Wembley semenjak ianya dimodenkan. Perlawanan malam ini akan meletakkan Chelsea setahap dengan Manchester United sebagai pasukan yang telah bermain sebanyak 7 kali di Wembley baru. Portsmouth yang akan berentap dengan Tottenham Hotspur esok bakal bermain buat kali ke-4, Spurs pula kali ke-3 manakala Villa malam ini menjadikan rekod permainan mereka di Wembley baru kepada 2.

Untuk rekod, Arsenal pula hanya pernah bermain sekali saja di Wembley baru, sama seperti kelab setaraf yang lain iaitu Luton dan Yeovil. Kesian.

Villa pastinya turun dengan azam baru serta niat membalas dendam. Tapi berbekal keyakinan menumpaskan angkatan setan minggu lepas, aku menilik kemenangan 2-0 buat Chelsea. Biasa-biasa je, mana boleh tiap-tiap hari nak menang 7 gol ye tak?

Kalau sah menang, pergi Wembley lagi, buat kali ke-8. Pergh.

Bukit Jalil, Bukit Jalil, we're the Kejor Yeop Kejor and we're not going to Bukit Jalil!

Aku tersentuh dengan cerita yeop Nazri di bawah mengenai salah satu 'greatest comeback in Malaysian football' iaitu kemenangan Perak dalam edisi sulung Piala FA pada tahun 1990.

Ya, ketika era kegemilangan Liga Semi-Pro, FAM mengambil keputusan untuk menganjurkan satu kejohanan kalah-mati mengikut acuan FA Cup di England. Maka muncullah Piala FA buat penyeri senario bolasepak tempatan.

Perlawanan akhir edisi sulung Piala FA menemukan Perak dan Selangor di Stadium Merdeka. Selangor pada masa itu salah satu pasukan terkuat dan baru sahaja menjuarai Divisyen 1 tahun 1989. Perak pula merupakan pendatang baru Divisyen 1 setelah di promosi naik kerana menjadi naib juara Divisyen 2 pada tahun 1989.

Selangor pada masa itu diperkuatkan denga gandingan 2 tonggak utama Zainal Abidin Hassan dan Dollah Salleh. Sementara itu di gawang ialah Karel Stromsik, pemain import dari Czechoslovakia (sekarang Slovakia) yang pernah bermain di Piala Dunia 1982.

Perak pula ketika musim 1989 merupakan salah satu pasukan yang bermain tanpa pemain import. Tapi pernah 2 kali ke separuh akhir/suku akhir Piala Malaysia jika tidak silap, tapi kedua-duanya disekat oleh Kedah (yang dari tahun 1987 hingga 1989 berentap dan tewas 3 kali berturut-turut kepada Kuala Lumpur di perlawanan akhir).

M Karathu yang menjadi pengurus Perak pada tahun 1990 sedar bahawa skuad Seladang sudah cukup baik dengan pemain tempatan tetapi tidak cukup bagus tanpa pemain import. Tanpa berlengah, tahun 1990 menyaksikan kemasukan benteng kukuh dari Korea Selatan, Jang Jung dan dua lipas kudung Myanmar iaitu Aung Naing dan Kyi Lwin. Bersama P Ravindran (The Kinta Express), anak muda Taiping bernama Muhammad Nidzam Adzha di bahagian serangan dan tidak lupa pemain tengah terbaik Malaysia, Azizol Abu Haniffah, Perak pada masa itu boleh dikira sama kuat dengan FC Barcelona.

Serius.

Walaupun tidak banyak harapan diletakkan, Perak bagaimanapun berjaya ke akhir Piala FA untuk berentap dengan Gergasi Merah Kuning, Selangor.

Sehari sebelum perlawanan, rakan sekelas aku berbangsa Cina mengemukakan pertaruhan bernilai RM1 untuk perlawanan ini. RM1 untuk budak Darjah 4 masa itu boleh dikira satu pertaruhan yang boleh menentukan hidup atau mati. Tapi atas semangat Seladang yang membara, aku menerima pertaruhan tersebut.

Malam perlawanan, aku satu keluarga terpacak depan peti TV. Dalam tempoh 45 minit pertama Selangor telah mendahului 2-0. Arwah Abah masa tu hampir mengeluarkan kuasa vetonya untuk beralih kepada menonton pita video gusti yang beliau sewa dari kedai petang tadi, ada British Bulldog dan Ultimate Warrior katanya. Lagi best dari tengok Perak kena ratah dengan Selangor, tambahnya lagi.

Aku ingatkan Alex Ferguson saja yang ada 'hair dryer treatment', rupanya M Karathu pun ada juga. Entah syarahan Tamil apa yang dibaginya masa waktu rehat, Perak muncul pada separuh masa kedua dengan semangat yang lain macam. Macam Seladang jantan yang bernafsukan haiwan (ate, dah namanya pun Seladang tu haiwan).

Dari ketinggalan 2 gol, Perak menyamakan kedudukan. Kemudian tidak cukup dengan itu 2 gol lagi diledakkan oleh entah siapa aku pun dah lupa untuk memastikan Piala FA menjadi milik Perak.

The comeback kings.

Kejuaraan Piala FA tahun 1990 tiba pada waktu yang memang dinantikan oleh penyokong Perak. Sebab sebelum itu 20 tahun sudah berlalu semenjak Perak kali terakhir memenangi Piala Malaysia (1970) dan melalui zaman kemerosotan yang lama.

Ikut kata orang, kemenangan Piala FA itu menjadi asal-usul wujudnya lagu 'Ipoh Mali' yang dinyanyikan mengikut nada When The Saints Go Marching In. Perak satu-satunya pasukan bolasepak Malaysia yang menyanyikan lagu sedemikian mirip seperti kelab-kelab England dan Eropah.

Juga ikut kata orang, slogan 'Kejor Yeop Kejor' juga lahir dari ejekan penyokong Selangor bila mana mereka mengejek Perak ketika ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama.

Esoknya aku berbasikal ke rumah Liew Jia Beng untuk menuntut wang pertaruhan bernilai RM1. Wang tersebut aku belanjakan secara berhemah dengan membeli seekor ikan laga Siam.

Itu kali pertama dan terakhir seorang Cina berminat mahu bertaruh perlawanan bolasepak tempatan. Sekarang semua hanya nak main EPL atau Piala Dunia sahaja.

Perak kembali menjulang Piala FA pada tahun 2004, bergelar naib juara ketika edisi 1991, 2002 dan 2005. Juga menjuarai Piala Malaysia 1998 (yang aku saksikan sendiri di Bukit Jalil) dan 2000, bergelar juara liga musim 2002 dan 2003.

Semenjak di promosi naik ke liga tertinggi pada tahun 1989, Perak satu-satunya pasukan yang masih belum pernah disingkir dari liga semenjak bermulanya era profesional.

Secara kolektif, Perak telah menjuarai Piala Malaysia sebanyak 7 kali, Piala FA (2) dan kejuaraan liga (2). Hanya Selangor mendahului Perak dari segi kutipan semua tiga kejuaraan tersebut.

Tapi malam ini Perak tidak hadir ke Bukit Jalil. Semenjak krisis kewangan 2007, ditambah pula dengan kekalahan kepada Kedah dalam saingan Piala Malaysia dan Liga Super tahun yang sama, skuad Seladang tidak lagi segah dulu.

Namun aku yakin barisan pemain muda yang ada hari ini bakal membawa Perak kembali ke mercu kejayaan, dan puncak klasemen.

Untuk malam ini, biarpun Kedah kerap menjadi duri dalam daging dan seteru utama Perak, tapi sokongan aku kepada Kedah sejajar dengan semangat keutaraan. Lagi pun aku pernah menetap di Kedah, Negeri Sembilan tak pernah.

Pulun Kedah Pulun. Biar Jasa Jadi Kenangan!
28

Pos Pasca Khutbah Jumaat

(UPDATE BY NAZRI DI BAWAH SEKALI)

1. Aku dah janji akan tulis pasal Copa Libertadores sekiranya Chelsea terkeluar dari Champions League. Oleh itu aku tekad penuhi janji walaupun mungkin tidak semua perlawanan Copa Libertadores aku dapat cover, tapi aku cuba sedaya upaya.

2. Aku tulis apa yang aku nak tulis dan bolasepak bagi aku adalah alam sejagat. Selama ini aku tulis pasal Major League Soccer, Debar Derbi Sedunia atau bolasepak Malaysia sebab aku mahu, bukan sebab terpaksa. Kalau suka baca, kalau agak tak boleh blah boleh tengok gambar awek Brazil pakai seluar ketat. Tak salah.

3. Tapi kalau ada permintaan yang munasabah mungkin aku pertimbangkan. Kecuali permintaan yang mahu artikel tentang kelab bolasepak di negara benua Afrika macam Cuba. Tak boleh sebab Cuba bukan di Afrika.

4. Ni yang kecoh-kecoh pasal pengulas Manchester United tak kreatif, tak berilmiah dan tak berwibawa ni apa hal? Tak pernah baca Karipap-Karipap Cinta atau LKNY ke?

5. Bakar-membakar memang amalan kita bersama. Tapi aku tak suka orang kutuk peminat Manchester United lebih-lebih sebab kenangan manis aku dengan peminat Red Devils ialah susuk seorang gadis berjersi Manchester United saiz XS. Sangat devilish.

6. Gadis tu bukan Marion Caunter.

7. Tapi kutuk Arsenal aku tak kisah, sebab diorang memang emo.

Apasal tulis pakai nombor? Sebab malam tadi termimpi Che Det. Damn!

(Kisah seterusnya untuk mereka yang rajin tengok saluran 811, bukan setakat 812 atau 813)

Copa Libertadores Dan Kenapa Kita Perlu Jadi Pengurus Kelab Bolasepak Argentina

Tiga lagi perlawanan Copa Libertadores berlangsung sesudah subuh tadi. Nasib baik kuliah subuh hari ini tak panjang sangat.

Racing Club 1 – 0 Independiente Medellin (Kumpulan 1)

Racing Club de Montevideo (tidak ada kena mengena dengan F1 atau gejala rempit) dari Uruguay menerima kunjungan kelab Colombia, Independiente Medellin di Estadio Gran Parque Central.

Kedua pasukan seri tanpa jaringan dalam perlawanan sebelum ini di Colombia tetapi pertemuan di Uruguay jelas memihak kepada tuan rumah.

Jaringan tunggal Santiago Ostolaza (75) memastikan peluang cerah buat Racing mengiringi pasukan feveret Kumpulan 1, Corinthians ke Round of 16.

Deportivo Quito 1 – 0 Emelec (Kumpulan 5)

Ianya percaturan Ecuador dalam Kumpulan 5 apabila dua kelab negara itu bertarung di Estadio Olimpico Atahualpa, gelanggang keramat Deportivo Quito.

Emelec sekalipun mempunyai kedudukan lebih baik (4) dalam liga domestik Primera A berbanding Deportivo Quito (10) gagal menyaingi lawan mereka di pentas Copa Libertadores.
Jaringan minit ke-64 Michael Arroyo memberi kemenangan tipis buat Deportivo Quito dalam meneruskan saingan Kumpulan 5 yang jelas dikuasai oleh pendahulu CA Cerro (Uruguay) dan Internacional (Brazil).

Velez Sarsfield 2 – 1 Colo-Colo (Kumpulan 7)

Velez Sarsfield dari Argentina menyambut kehadiran pesaing mereka dari Chile, Colo-Colo di Estadio Jose Amalfitani dalam perlawanan Kumpulan 7.

Kumpulan 7 boleh dianggap sebagai kumpulan maut kerana turut menempatkan kelab Brazil, Cruzeiro yang mendapat sokongan padu awek seluar ketat.

Kedua pasukan perlu menang bagi mencerahkan peluang ke Round of 16 tambahan lagi Cruzeiro telah mencatat kemenangan ke atas pasukan belasahan Deportivo Italia (Venezuela) sehari sebelumnya.

Namun pelawat terlebih dulu membuat jaringan bila Ezequiel Miralles menerobos gawang Velez Sarsfield seawal minit ke-8. Ironinya, Miralles ialah pemain import dari Argentina.

Tenang, tuan rumah mengikat kembali kedudukan pada minit ke-13 melalui Rodrigo Lopez dan asakan diteruskan hingga Santiago Silva meletakkan Velez Sarsfield di depan pada minit ke-29. Kedua-duanya adalah pemain import dari Uruguay.

Kedudukan kekal hingga ke wisel penamat sekaligus meletakkan Velez Sarsfield selesa mendahului Kumpulan 7 dengan 10 mata. Cruzeiro di kedudukan ke-2 dengan 7 mata manakala Colo-Colo ke-3 dengan 4 mata.

(Kisah yang berikut pula untuk mereka yang hanya tahu 812 dan 813 sahaja)

Prebiu Chelsea Lawan Aston Villa – Bukan Sekadar Pemanas Badan

Chelsea akan melayan kunjungan Aston Villa di Stamford Bridge Sabtu ini sebelum kedua pasukan bertemu lagi di saingan separuh akhir Piala FA.

Namun perlawanan Sabtu ini bukan sekadar pemanas badan separuh akhir Piala FA.

Chelsea dan Villa telah bertemu 138 kali dalam semua perlawanan dengan Chelsea menang 51 dan Villa, 55. Tetapi kali terakhir Villa menang di Stamford Bridge ialah pada musim 2001/02. Chelsea menang 32 dari 62 pertemuan dengan Villa di Stamford Bridge.

Arsenal disahkan bakal seri dengan Birmingham City manakala Manchester United mungkin menang ke atas Bolton Wanderers seandainya mata Park Ji Sung terbuka luas.

1,414 hari telah berlalu semenjak kali terakhir Liverpool memenangi sebarang kejuaraan.

Untuk lawan Aston Villa ini, aku bajet Chelsea menang 2-0. Drogba dan Malouda.

Oh ya, kenapa kita perlu jadi pengurus kelab bolasepak Argentina?



Cuba teka yang mana satu Ricardo 'El Tigre' Gareca, pengurus Velez Sarsfield?

UPDATE

PELANCARAN novel KARIPAP-KARIPAP CINTA (dilancarkan oleh sutradara Mamat Khalid) pada 28hb Mac di booth PTS, PWTC sempena Pesta Buku. Maklumat lanjut boleh cekidout di sini: www.dunia-vovin.com

Masa untuk membuktikan peminat bola juga membaca buku. Hehe.

44

Prebiu Chelsea Lawan Inter - Memecahkan Yang Menjalankan

LuciusMaximus Selasa, Mac 16, 2010
Lepas lawan West Ham United hari Sabtu lepas, aku ada duduk makan spaghetti dengan Carlo Ancelotti dan juga lagenda The Blues, Gianfranco Zola.

Turut serta ialah Marion Caunter, pengacara MyEG Xtra Time. Itu pun sebab aku ajak join sekali. Kalau tak kerusi memang reserve untuk wakil Sokernet saja.

Sambil makan, Zola buka mulut.

“Saya pikir Chelsea telah mendapat keuntungan besar.”

Ancelotti meletakkan sudu dan garfu. Aku dan Marion hanya terdiam.

“Inter cenderung berubah pembentukan sering, bahkan selama perlawanan,” jawab Ancelotti. “Kita terbiasa untuk ini dan mungkin perlu beberapa penyesuaian tapi apa yang penting adalah kita bermain permainan kita, tidak menyesuaikan formasi kita untuk bagaimana mereka bermain.”

Aku hafal sebaik mungkin kenyataan Zola dan Ancelotti dalam kepala. Marion pula keluarkan buku nota merah jambu dan pen merah jambu dari tas tangan merah jambu beliau, cuba mencatat sesuatu.

Aku tarik dan ramas tangan Marion sambil berikan jelingan tajam. Perjanjian aku dengan gadis kacukan Portugis-Cina ini, hanya Sokernet boleh buat laporan eksklusif perbincangan Zola dan Ancelotti. MyEG Xtra Time hanya boleh buat ulasan masakan Itali di Stamford Bridge.

“EPL mungkin lebih kompetitif dari Serie A dan punya kelajuan yang berbeza dan kualiti yang berbeza. Saya ingin melihat bagaimana Inter mengatasi dengan,” balas Zola sambil tersengih, seolah meletakkan cabaran kepada bekas mentor beliau.

Marion di sebelah buat muka manja. Sebagai penulis Sokernet yang komited aku setia pada etika kewartawanan, tidak boleh bagi maklumat eksklusif pada pesaing Sokernet. Tapi sebagai gadis genit yang seksi, Marion memang pandai menggunakan aset yang ada untuk menggoda.

Aku kuatkan iman sambil cuba baca ayat pendinding.

“Kita tidak boleh berfikir tentang Inter berada di luar bentuk. Mereka telah menunjukkan diri sebagai tim kualiti tertinggi dan sangat kuat. Kita harus mempersiapkan sebuah pasukan Inter yang bermain sepak bola terbaik mereka,” tegas Ancelotti penuh waspada, tidak mahu terperangkap dengan provokasi bekas anak muridnya.

Marion melepaskan tangan lembutnya ke ribaan aku. Dengan pantas aku cuba kendurkan apa-apa yang mula ketegangan sambil berbisik dengan nada keras menyuruh Marion makan tembikai susu yang ada di atas meja.

“Semua orang lebih tajam, itu sesederhana itu. Milan, Inter, Roma dan Juventus adalah tim yang sangat baik tetapi tidak setajam pasukan EPL,” pintas Zola yang pada tahun 1997 memintas barisan pertahanan Manchester United untuk meledakkan bola ke dalam gawang. Tidak terjangkau oleh Peter Schmeichel hingga digelar Pak Alex, ‘clever little so-and-so’.

Ancelotti diam seketika. Aku pula memikirkan kata-kata Zola, ‘semua orang lebih tajam, itu sesederhana itu’. Tinggi makrifat ayat Zola ini. Memang susah kalau tidak pandai bahasa Itali dan terpaksa guna Google translate.

Ancelotti masih diam. Marion pula menghabiskan hirisan tembikai susu yang terakhir, menikamnya dengan garfu yang tajam. Tapi mungkin tidak setajam pasukan EPL bak kata Zola.

“Kita akan keluar dari jalan kita untuk memecahkan yang menjalankan,” Ancelotti tiba-tiba bangun dan bersuara penuh yakin. Zola tersenyum, aku terdiam sementara Marion pula hanya memegang garfu.

Dalam bahasa orang putih, “we will go out of our way to break that run”.

Dengan kata semangat itu, aku yakin Chelsea boleh menamatkan perjalanan The Special One malam ini.

Atau jika tidak, aku akan berhenti buat ulasan Champions League dan fokus lebih kepada Copa Libertadores.

Marion dah pesan, kalau jadi pergi Amerika Selatan dia nak ikut. Aku pasrah.




Marion Caunter bersama tembikai susu, barangkali.

15

Prebiu: Aiman Tak Kisah Lagi

LuciusMaximus Ahad, Februari 07, 2010
Aiman tak kisah.

Aiman tak kisah kalau orang kata John Terry tutuh awek orang.

Aiman tak kisah sebab Aiman pun tak tahu tutuh menutuh tu binatang apa.

Aiman tak kisah kalau Manchester United menang 5-0 malam tadi.

Aiman tak kisah sebab kampung Aiman bukan kat Manchester pun.

Aiman tak kisah kalau abang Pipi kecoh Arsenal ada beli pemain baru.

Aiman tak kisah sebab Aiman tahu jersi Arsenal yang budak gambar bawah ni pakai sebenarnya tak ori, jersi Siam.

Aiman tak kisah.

Yang Aiman kisah Aiman boleh pakai jersi Chelsea ada tulis Drogba pergi main pasir kat tepi pantai.
16

Prebiu: Sirih Bakal Pulang Ke Gagang

LuciusMaximus Rabu, Januari 27, 2010
Dan Drogba bakal pulang ke Chelsea.


Lagi ganteng dari Rooney


Setelah bermurah hati memberikan peluang Red Devils merasa puncak klasemen, The Blues bakal kembali beraksi malam ini dengan penuh keyakinan dalam pemburuan 4 kejuaraan mereka (EPL, FA Cup, Champions League dan Piala Emas Raja-Raja).

Untuk perlawanan malam ini, Kem Chelsea di Sokernet yakin bakal mencatat kemenangan 3-0.

Koresponden bertugas Encik Obefiend telah diamanahkan untuk melapor terus dari Stamford Bridge malam ini atau dari Restoran Najath di Taman Ehsan seandainya wang peruntukan perjalanan tidak mencukupi.

Sementara itu pasukan kesayangan Abang Pipi (yang sudah pulang dari London dengan hasil temubual bersama Sol Campbell tetapi dilaporkan mengambil maternity leave buat masa ini), Arsenal bakal berentap di Villa Park melawan Aston Villa.

Mereka dijangka kalah. Arsenal juga bakal berdepan Manchester United, Chelsea dan Liverpool dalam perlawanan berikutnya. Kecuali dengan Liverpool, The Gunners sekali lagi dijangka kalah.

Dalam perhitungan yang lain Red Devils bakal menerima kunjungan Tevez and Co. dalam persaingan League Cup. Untuk kepentingan awam sama-samalah kita berdoa Red Devils tunduk lagi kepada Tevez and Co.

Sementara dalam satu perlawanan pelengkap jadual malam tadi, Liverpool mencatatkan keputusan memberangsangkan untuk berkongsi mata dengan kelab setaraf, Wolverhampton Wanderers. Malangnya tidak ada ulasan dari Kem Liverpool kerana yang perempuan dah balik masuk hutan mengajar sementara yang lelaki kini menceburi bidang penulisan novel cinta Islami.

Sidang redaksi Sokernet mengucapkan selamat maju jaya kepada kedua pengulas dalam profesion baru yang mereka ceburi.

21

Prebiu: Sekolah Sukan Lawan Chelsea

LuciusMaximus Khamis, November 26, 2009

Aku mengembara jauh ke dalam hutan di Ranau, mencari tok guru The Blues untuk tilikan hujung minggu ini.

Tapi aku terjumpa anak muda Gunners ini, masih belum mimpi basah, macam Pipiyapong.

Aku tanya pada anak muda, bisakah kau bagi tahu apa keputusan hujung minggu ini?

Si anak muda jawab, "Abang, saya ini hanya anak muda yang tidak tahu apa-apa. Bersunat pun belum lagi, macam Pipiyapong. Mana mungkin saya mampu menjawab soalan abang, yang banyak makan garam dari saya, lebih matang dan jauh berpengalaman?"

"Hatta kalau bermain bolasepak, biar saya berlari pantas dan mampu menyumbat sepuluh gol, tetap tidak setara dengan kehandalan seorang pemain yang biar pun tua dan lambat geraknya tapi tinggi pengetahuan taktikalnya". Tambah si anak muda.

Aku terdiam. Betul juga kata si anak muda. Macam Aidil Zafuan yang muda dan mungkin hensem, tapi bila berdepan dengan Halim Napi akhirnya lunyai kena pijak.

Oleh itu, dengan riaknya, Chelsea 2 Arsenal 0. Didier Drogba dan Nicolas Anelka.

Kalau kalah anggaplah Chelsea beralah dengan anak-anak muda.
12

Prebiu: FC Porto Lawan Chelsea

LuciusMaximus Rabu, November 25, 2009
Estadio do Dragao - Tidak ada naga hidup di sini


Mereka-mereka yang sedang lepak di Porto sekarang sambil makan Bacalhau:
Petr Cech
Henrique Hilario
Ross Turnbull
Branislav Ivanovic
Ashley Cole
Yuri Zhirkov
Ricardo Carvalho
John ‘Captain Marvel’ Terry
Alex
Michael Essien
Juliano Belletti
John Obi Mikel
Michael Ballack
Florent Malouda
Deco
Joe Cole
Salomon Kalou
Nicolas Anelka
Didier ‘The Drog’ Drogba
Gael ‘Taxi’ Kakuta

Super Frank tidak dapat hadir kerana sibuk dengan persiapan hari raya, dengar cerita dia ke Serbia mencari kuda buat korban.

Dari senarai di atas, Deco, Carvalho dan Hilario pernah bermain untuk FC Porto. Mereka bertukar angin ke Chelsea setelah menolak jemputan Liverpool yang bukan sebuah kelab Big 3 di England.

John Terry akan mengepalai skuad Chelsea malam ini buat kali ke-300. Ianya nombor yang sangat signifikan. Pertama kerana 300 juga ialah judul filem yang mengisahkan 300 orang lelaki Sparta berspender yang pernah melawan tentera Parsi ribuan tahun dulu. Kedua pula ialah nombor 300 itu sangat cantik dan bersesuaian untuk meraikan tamatnya saingan Liverpool dalam Champions League musim ini.

Dijangkakan Carlo Ancelotti bakal mencampur-adukkan pemain berpengalaman dan muda. The Drog berkemungkinan direhatkan di bangku simpanan. Tujuan membawa lelaki Afrika dari Pantai Gading ini ke Portugal adalah untuk merehatkan fikirannya sebelum membelasah budak-budak sekolah sukan Arsenal hujung minggu nanti.

Chelsea setakat ini belum pernah menang di Estadio do Dragao. Tidak seperti Liverpool yang pernah menang di Stadium Ferenc Puskas. Tetapi itu semua tidak penting kerana apalah ertinya kemenangan jika akhirnya terkeluar dari saingan Champions League?

Seperkara lagi yang tidak begitu penting ialah rekod FC Porto yang nampaknya jauh lebih gah dari Chelsea. Juara liga 24 kali, juara piala Portugis 14 kali dan juara Eropah 2 kali adalah pencapaian hebat FC Porto setakat ini. Tetapi seperti kita sedia maklum itu semua hanyalah rekod sejarah. Tidak ada faedahnya jika masih hidup dengan sejarah lampau.

Nasib baik FC Porto bukanlah sebuah kelab gila sejarah. Atas prinsip itulah mereka masih lagi bersaing secara sihat untuk pusingan kalah mati Champions League.

Bak kata Tuan Haji Hasbullah, harus diingat bahawa barisan FC Porto bukan calang-calang kesebelasannya. Perhatian haru ditekankan kepada pemain asal Brazil, Hulk. Selaras dengan namanya, Hulk berpotensi untuk menjadi Incredible Hulk dan mempunyai keupayaan merobek benteng The Blues.

Seorang lagi pemain yang perlu diberi perhatian ialah Cristian Sapunaru. Pemain asal Romania ini ialah bek kanan FC Porto dan agak cemerlang dalam tugas menyapu bersih mana-mana serangan yang dilancarkan oleh pihak lawan. Eloklah dengan nama Sapunaru beliau, macam penyapu.

Mengepalai serangan FC Porto ialah Radamel Falcao. Pemain asal Colombia ini telah menyumbat 2 gol dalam saingan Champions League. Di dalam saingan liga pula beliau telah menjaringkan 7 gol dari 7 perlawanan. Nama beliau diinspirasikan dari legenda Brazil dan Roma, Falcao. Nasib baik dah besar pandai main bola macam Falcao si legenda.

Tilikan untuk malam ini, seri 1-sama. Joe Cole untuk Chelsea dan Hulk untuk FC Porto. Seri pun kira cukuplah sebab sudah memang layak ke pusingan kalah mati.

Sekiranya kalah, sila maklum itu sekadar percaturan pihak pengurusan. Namun dukacita diingatkan nasib Chelsea tidak sebaik Liverpool yang berjaya layak ke Europa League. Manchester United dan Arsenal pun tidak pernah ke Europa League setakat ini. Liverpool memang mencipta sejarah.
21

Prebiu: Bolton Wanderers Lawan Chelsea

LuciusMaximus Jumaat, Oktober 30, 2009
Chelsea baru saja membelasah Bolton dalam persaingan League Cup (atau Carling ikut kata penaja). Jaringan empat gol oleh Salomon Kalou, Florent Malouda, Deco dan Didier ‘The Drog’ Drogba memastikan Chelsea layak ke pusingan seterusnya bersama Arsenal dan Manchester United.

Liverpool awal-awal lagi telah bungkus kerana mereka sudah mempunyai sejarah yang hebat dalam persaingan League Cup. Oleh sebab itu barangkali mereka tidak berminat dengan League Cup, sama seperti mereka tidak berminat dengan kejuaraan EPL.

Kita berbalik kepada Chelsea, pasukan yang serius untuk memenangi EPL dan juga League Cup.

Kemenangan 4-0 dalam League Cup baru-baru ini berlaku di Stamford Bridge. Pusingan kedua pertemuan Chelsea-Bolton dalam tempoh kurang seminggu pula bakal berlangsung di Reebok Stadium.

Kali terakhir Bolton menewaskan Chelsea dalam persaingan EPL ialah pada musim 2003/04. Semenjak dari perlawanan tersebut Chelsea telah memenangi 8 dari 11 pertemuan seterusnya dengan Bolton dalam EPL.

Carlo Ancelotti bakal menurunkan kesebelasan utama demi menamatkan badi kekalahan perlawanan tempat lawan Chelsea yang berlanjutan dalam 2 perlawanan sebelum ini. Captain Marvel bakal mengepalai barisan pertahanan Chelsea manakala bekas hero Bolton, Nicolas Anelka dijangka bergandingan dengan Didier Drogba buat menjamin 3 mata penuh.

Dengan Super Frank berada dalam prestasi yang baik dan The Drog seperti biasa bakal merobek kubu lawan, kem Chelsea di Sokernet menjangkakan 3 mata penuh untuk Chelsea.

Kejayaan Kalou dan Malouda menyumbat gol dalam perlawanan sebelum ini diambil kira, firasat aku mengatakan Chelsea bakal menang dengan jaringan 4-0.

Penjaring? Yang ini susah sikit, tapi Lampard, Malouda dan Drogba (2).

Lain-lain?

Arsenal bakal berdepan tugas sukar dalam North London Derby menentang Tottenham Hotspurs. Mengikut rekod-rekod sebelum ini kedua pasukan dijangka bakal berkongsi mata.

Liverpool bertandang ke Craven Cottage untuk menguji anak buah Roy Hodgson. Fulham diakui agak liat bila bermain di tempat sendiri maka ada kemungkinan hanya satu mata untuk Liverpool minggu ini.

Manchester United pula bakal bertemu Blackburn Rovers, yang luka parah kerana dibaham singa Stamford minggu lepas. Red Devils juga agak terluka maka jangkaan aku ialah mereka bakal mengganas kali ini. Oleh itu aku meletakkan tiga mata penuh untuk Manchester United.

Selamat berbolasepak di hujung minggu. Sambil tengok di mamak, kalau hisap rokok tu kurang-kurangkan sikit. Ingat, rokok membunuh.

Di kesempatan ini aku mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan takziah warga pembaca Sokernet. Semoha Tuhan juga merahmati kamu semua.

Carefree, wherever we may be,
We are the famous CFC,
And we don’t care, whoever you may be,
‘Cos we are the famous CFC!
14

Prebiu: Chelsea Lawan Bekas Juara EPL 1994/95

LuciusMaximus Jumaat, Oktober 23, 2009
Sejarah - subjek kegemaran peminat Liverpool

Aku masih ingat tahun 1996 di Ipoh, Perpustakaan Tun Abdul Razak. Setiap 5 dari 10 mamat yang menyarung jersi bolasepak di dalam perpustakaan itu menggayakan jersi Blackburn Rovers dengan penuh bangga. Al maklum Rovers baru menjuarai EPL tahun sebelumnya.

Sebab kenapa aku rajin lepak di perpustakaan pada tahun 1996 ialah kerana Sijil Pelajaran Malaysia. Ramai awek belajar kat situ, senang nak mengorat.

Rekod antara Chelsea dan Rovers adalah seperti berikut: 43 kemenangan untuk Chelsea, 35 untuk Rovers dan 27 seri. Untuk musim 2008/09 menentang Rovers di Stamford Bridge, The Blues menang 2-0. Kali terakhir Rovers menang di Stamford Bridge ialah pada musim 2002/03, 2-1.

Secara keseluruhannya peluang Chelsea untuk menang agak cerah, bersandarkan keputusan cemerlang menentang Atletico Madrid dan rekod tanpa kalah di Stamford Bridge (24 perlawanan). The Drog bakal kembali memikul tugas sebagai penggempur utama, manakala aksi cemerlang Salomon Kalou dan juga kejayaan Super Frank memecah kebuntuan dalam perlawanan sebelum ini bakal membantu dalam merobek gawang Rovers. Tidak lupa juga Nicolas Anelka, yang sepanjang kariernya dalam EPL telah menyumbat 12 gol menentang Rovers.

Dengan segala prospek yang menggiurkan ini, tidak salah rasanya untuk meramalkan kemenangan buat Chelsea.

Sementara itu jauh di utara pada hari Ahad, Liverpool bakal melayani kunjungan Manchester United. Perlawanan antara kedua kelab ini mengundang dilema yang tidak terhingga buat aku.

Jika Liverpool dan Chelsea menang perlawanan masing-masing maka United bakal jatuh ke tangga ke-2 EPL dan Chelsea kembali di puncak liga.

Andai kiranya Liverpool tewas kepada United, mereka bakal menyamai rekod kalah 5 perlawanan berturut-turut mereka pada tahun 1953. Pada penghujung musim tersebut, Liverpool telah disingkirkan dari Divisyen 1 Inggeris.

Semuanya bakal ditentukan hujung minggu ini. Untuk tilikan menentang Rovers, menang 3-0. Drogba, Lampard dan Ballack.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...