ANDA SEDANG MEMBACA

21

Prebiu: Bolton Wanderers Lawan Chelsea

LuciusMaximus Jumaat, Oktober 30, 2009
Chelsea baru saja membelasah Bolton dalam persaingan League Cup (atau Carling ikut kata penaja). Jaringan empat gol oleh Salomon Kalou, Florent Malouda, Deco dan Didier ‘The Drog’ Drogba memastikan Chelsea layak ke pusingan seterusnya bersama Arsenal dan Manchester United.

Liverpool awal-awal lagi telah bungkus kerana mereka sudah mempunyai sejarah yang hebat dalam persaingan League Cup. Oleh sebab itu barangkali mereka tidak berminat dengan League Cup, sama seperti mereka tidak berminat dengan kejuaraan EPL.

Kita berbalik kepada Chelsea, pasukan yang serius untuk memenangi EPL dan juga League Cup.

Kemenangan 4-0 dalam League Cup baru-baru ini berlaku di Stamford Bridge. Pusingan kedua pertemuan Chelsea-Bolton dalam tempoh kurang seminggu pula bakal berlangsung di Reebok Stadium.

Kali terakhir Bolton menewaskan Chelsea dalam persaingan EPL ialah pada musim 2003/04. Semenjak dari perlawanan tersebut Chelsea telah memenangi 8 dari 11 pertemuan seterusnya dengan Bolton dalam EPL.

Carlo Ancelotti bakal menurunkan kesebelasan utama demi menamatkan badi kekalahan perlawanan tempat lawan Chelsea yang berlanjutan dalam 2 perlawanan sebelum ini. Captain Marvel bakal mengepalai barisan pertahanan Chelsea manakala bekas hero Bolton, Nicolas Anelka dijangka bergandingan dengan Didier Drogba buat menjamin 3 mata penuh.

Dengan Super Frank berada dalam prestasi yang baik dan The Drog seperti biasa bakal merobek kubu lawan, kem Chelsea di Sokernet menjangkakan 3 mata penuh untuk Chelsea.

Kejayaan Kalou dan Malouda menyumbat gol dalam perlawanan sebelum ini diambil kira, firasat aku mengatakan Chelsea bakal menang dengan jaringan 4-0.

Penjaring? Yang ini susah sikit, tapi Lampard, Malouda dan Drogba (2).

Lain-lain?

Arsenal bakal berdepan tugas sukar dalam North London Derby menentang Tottenham Hotspurs. Mengikut rekod-rekod sebelum ini kedua pasukan dijangka bakal berkongsi mata.

Liverpool bertandang ke Craven Cottage untuk menguji anak buah Roy Hodgson. Fulham diakui agak liat bila bermain di tempat sendiri maka ada kemungkinan hanya satu mata untuk Liverpool minggu ini.

Manchester United pula bakal bertemu Blackburn Rovers, yang luka parah kerana dibaham singa Stamford minggu lepas. Red Devils juga agak terluka maka jangkaan aku ialah mereka bakal mengganas kali ini. Oleh itu aku meletakkan tiga mata penuh untuk Manchester United.

Selamat berbolasepak di hujung minggu. Sambil tengok di mamak, kalau hisap rokok tu kurang-kurangkan sikit. Ingat, rokok membunuh.

Di kesempatan ini aku mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan takziah warga pembaca Sokernet. Semoha Tuhan juga merahmati kamu semua.

Carefree, wherever we may be,
We are the famous CFC,
And we don’t care, whoever you may be,
‘Cos we are the famous CFC!

21 Ulasan:

Adam Ruslan berkata...

Salam takziah.

Mmg komitmen 100% untuk Sokernet.

Cob Nobbler berkata...

semoga roh ayahnya dicucuri rahmat.

eddie dewanaga berkata...

Chelsea akan menang, that's for sure, ada sesiapa yg ingin betah...? We don't give a damn.


tapi berapa, dan siapa, gua kurang pasti kerana mereka semua the potential destroyer, the heart stopper... gua mula rasakan yang Deco akan melaksanakan sesuatu...

our blood is blue, our team is true... Chelsea for life!!

Encik Akmal berkata...

Isk... memang betul2 bagi komitmen ni.
takziah bro..

As for our beloved CFC; 13 goals without conceded any and usually do well when it comes to back-to-back matches, what can we expect from them?

sufian berkata...

rokok membunuh bro..tp makan masa..bila da kena(penyakit disbbkan rokok) baru nk insaf..rokok ni da mcm brng keperluan plak (perokok tegar),takot bile arge rokok makin mahal ada plak yng merompak sbb nak beli rokok..hemmm..

Amjat berkata...

ape brg turunkan sume player utama dalam league cup?? oh...nak serius menang ni...ermm

Jorji berkata...

liverpool bukan tak minat nak menang apa piala pun, tapi dah cuba dan gagal. kira tak layak la. tapi takpa,itu memang impian kelab mereka.

:P

nway, pikir2 balik,ada kemungkinan manchester united yang akan kene cakar dengan blackburn rovers nanti.

r.k berkata...

mmg komited~

anyway, joe cole main? kalau ye..rase die score a kot~

meor-name-depan-ku berkata...

hope....joe cole score.
c'mon zidane england!!!!!

BALLACK IS KING!!!

the blues still got the blues.........

mizu_sama berkata...

semogo chelsea menang....x kisah la bpe..janji menang

Dewajiwa berkata...

pertama kali aku baca prediction yang logik dan realistik untuk semua team EPL. ini macam lah pengular berkaliber. guna logik dulu, emosi di letak kat parit. erk..emosi? marah plak team emosi tu nanti.

glory glory MU..

Dewajiwa berkata...

pengulas ye. bukan pengular. keyboard baru bangun tido:-P

Shank berkata...

LIVERPOOL sudah byk kali menang league cup ..
dah byk besusun ..
siap wat mazium lagi .. huhuhu ..
another club mcm chealsea , man utd .. x byk ..
tu pasal letak sampai 7 8 org international player ..terhegah hegah nak menang ..
ialah nak letak nama juga dlm buku sejarah ..
sejarah liverpool dah masuk 312,586,454 pages. hahahaha..

sebut pasal league cup nie ingat pulak gol Jan molby tahuh 1985 ..
klu nak tgk boleh cari kat youtube,wikipedia or google just type = goal+milky cup+1985+liverpool hebat+Man utd+poyo+kerek+Jan Molbys+the+greatest+goal+never+seen.

ramalan bookie minggu mcm last week Liverpool bukan pasukan pilihan
takder gerard,riera,johnson..
endingnya rasanya mcm last week juga 2 -0 .

hahahahahaha.

LuciusMaximus berkata...

...+Jan+Molbys+the+greatest+goal+never+seen...

Maknanya memang tak pernah ada orang tengok lagilah gol ni ye?

Memang sejarah kalau macam tu bai...

Cob Nobbler berkata...

Chelsea sekarang dah jadi kaki pukul.Kalau nak tarik kereta kena panggil geng2 Chelsea.sikit2,belasah.sikit2 belasah.woit,bagi muka la sikit kat team baru nak naik..kot yer pun bagi la 1-0 je ke,2-0 je.sampai lunyai dibuatnya..hahaha!

bahaya team kaki pukul ni.

Amjat berkata...

huk aloh..selamba je budak2 arsenal ni kitai ayam spurs...mmg cap ayam betina btol la...

Tanpa Nama berkata...

oit..
mana review piala malaysia nih..
hahaha..
"seiring dgn sokernet punya tema"
~laman web rasmi bola sepak dunia~
Malaysia tu bkn kt dunia ke..
hahaha

bolanos cf berkata...

shankly2.gua tau lu geng ymn.skrg minit ke-70 gua tgk astro.fulham 2 liver 1.amacam brader?rilek2 sudey.xyah emo2

mfh berkata...

kah kah kah.. liverpool memang confirm jadi loserfool season ni.. simpan je la piala2 lama tu dalam kabinet.. kitorang tak hingin pun.. pasni player liverpool boleh buat jadual gilap piala2 lama tu.. kah kah kah..

meor-name-depan-ku berkata...

menang 4-0 gak!!!!
same cam carling.

liverpool xtau la... nak cakap camner lagiii

satu lagi aku nak tanye..bart bassong mane??
mane impian karut tottenham nak jadi BIG 4...hahah

THE BLUES STILL GOT THE BLUES!!!!

LuciusMaximus berkata...

Lucy memang hebat, dia tilik 4-0

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...