Haji Hasbullah: Kami sedang cuba menghubungi Benitez di talian, ya, helo Benitez, helo?
Benitez: Helo.
Haji Hasbullah: Ya Benitez, jadi bagaimana keputusan akhir perlawanan menentang Fulham di sana?
Benitez: Kami adalah juara England 18 kali. Ingin saya mengingatkan kepada semua peminat bolasepak Malaysia, Liverpool ialah juara 18 kali.
Haji Hasbullah: Ya encik Benitez kami sedia maklum dengan sejarah itu. Bagaimana dengan keputusan akhir di sana?
Benitez: Liverpool juga telah mengalahkan Manchester United. Ini bukti kami lebih hebat dari Red Devils, kami juara 18 kali dan telah menenwaskan Red Devils minggu lepas.
Haji Hasbullah: Er saya rasa kami semua sudah tahu hal tersebut. Soalan saya ialah bagaimana keputusan akhir perlawanan dengan Fulham di sana?
Benitez: Liverpool ialah juara Eropah 5 kali. Kami adalah kelab yang kaya dengan sejarah. Saya tekankan, kaya dengan sejarah.
Haji Hasbullah: Encik Benitez soalan saya masih belum terjawab.
Benitez: Kami telah menang League Cup sebanyak 7 kali. Kabinet trofi kami lebih banyak trofi dari Manchester United, Arsenal dan Chelsea. Ini adalah satu sejarah dalam bolasepak.
Haji Hasbullah: Soalan saya encik Benitez?
Benitez: Kelab-kelab lain mesti menghormati kami. Kami ada Gerrard dan Torres. Itu bukti kami kelab terhebat England.
Haji Hasbullah: Minta maaf encik Benitez, saya cuma minta laporan keputusan perlawanan dengan Fulham saja.
Benitez: Apa yang penting ialah kami menewaskan Manchester United setiap kali bertemu mereka. Itu yang utama. Yang penting.
Haji Hasbullah: Jadi soalan saya?
Benitez: Kami juga ada Lucas dan Voronin. Mereka… (terputus)
Haji Hasbullah: Oh terputus pula.
ANDA SEDANG MEMBACA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
22 Ulasan:
kesian2.shankly n ymn...any toughts?lol
lol!!! lol!!!! lol!!!! bahalol!!! bahalol!!!!
n'gog...n'gog...ngok...ngok!!!
jew....benayoun, jew.....benayoun!!!
seronoknyer!!! kutuk orang!!
THE BLUES STILL GOT THE BLUES!
Benitez: Kami adalah juara England 18 kali. Ingin saya mengingatkan kepada semua peminat bolasepak Malaysia, Liverpool ialah juara 18 kali.
wakakakakak!
seronok sakan kutuk org...nnti kena kat hangpa taula noo..
wakaka.. aku syak ymn akan komen lepas dia gi lunch esok.. hahahaha..
hahaha...calon artikel sukan terbaik tahunan ni....
Yup kami mengaku kami kalah game tadi.. Masih ok2 saje..Belum ada yang bunuh diri..hehe
Tunggu gak fan Fulham yang nak kutuk, tapi fan Chelsea yang bersungguh betul "membahan" dari sepak mula BPL lagi..heh. Dahsyat weh..
YNWA!
Benitez: ....Saya tekankan, kaya dengan sejarah.
jenaka terbaek minggu ini!
asikkkk kalah,baik main dam!
Hehe...
Liverpool...
Kaya dengan sejarah~
taknak citer ke sejarah kalah 5 game dari 6 game? haha
kami akui lucas memang antara pemain terburuk bermain untuk big 4..pedulik aper kalau orang kata big five..
memang, kami memang teruk tanpa Abang G..tapi boleh kah Arsenal yang sedang berada di tangga pertama season lepas, survive tanpa kehadiran Fabregas?Apatah lagi kami yang sudah kehilangan Xabi Alonso..sekurang kurangnya Rafa ingin melatih pelapis baru,memang Lucas tidak hebat, tetapi siapa lagi yang mampu bermain di posisi tengah?
Torres memang sedang sengsara mengahdapi kecederaan sebab itulah Rafa simpan.
Benayoun pula memang stamina tidak bagus.
Sekurang kurangnya, sebodoh bodoh Lucas pun dier berjaya menghasilkan satu assist untuk membenam Man U.Sekurang kurangnya kami tidak menyalahkan pengadil memberi kad merah dan mengubah flow perlawanan.
Dan untuk the blues, kalau nak dibangkitkan sejarah dulu, gol tetap gol, kami tidak pernah berkata penyokong yang menjaringkan gol.
Suka untuk saya ingatkan, kelab daripada London x pernah menang Champions League
sekian.
Keh keh keh...Gua tak reti nak tolong dah budak budak Liverpool ni.
alaaa.sejarah man u lebih kurang je pon ngn sejarah liverpool.nape perlu cerita sejarah plak..sejarah hebat pon,penah menang champs league ke,tp kalau season ni x juara, x guna pon...kan?
kenapa ngn abang G, alonso? man utd hilang ronaldo(Pemain Terbaik Dunia lg) dengan tevez lg, hargreaves yang tah bila boleh main, park ji sung yang doubtful..tp man utd still maintain je..x nombor dua,nombor satu la season nie..setakat kalah(15 lwn 11) ngn liverpool tu,x kesah sgt..season lepas kalah ngn liverpool pon, still leh juara..kan?
apa yang best pasal man utd season ni, boleh tgok kebangkitan pemain2 muda dan yang x menyerlah dalam season2 lepas cam anderson,o'shea,fletcher dan berbatov..yang lg best,player2 tua pon still berbisa cam giggs n scholes..
harap2 la rooney dan ferdinand kembali pada tahap sebenar.. dan owen,obertan, dan valencia jadi pelaburan terbaik..
glory glory man united!~
wakakakakakakakaka!! Banyakla korang nye alasa wahai Koppers. team korang memang selamanya tak perform.....team dah jadi sejarah!!
keh keh keh....chelsea dah lalui dah saat getir nih.kami x de cech,terry,lampard dan kami survive. x la sampai kalah 6 kali dr 7 perlawanan beturut turut.amat memalukan.dah standard2 HULL City. sejarah korang yg baru korang cipta..
kalah 2-0 ngan fiorentina
kalah 2-0 ngan Chelsea
kalah 2-1 ngan Lyon
kalah 1-0 ngan beach ball..ehh Sunderland
MENANG 2-0 ngan MAN UNITED
kalah 2-1 ngan arsenal
kalah 3-1 ngan Fulham
lucius...emirates stadium x de ke dlm peta?kecik ati pp...diorg pun tapau liver jugak.keh keh keh
YM sudah..
gua rasa,arsenal penah kene gak zmn keinjuredan player2..penah aper eduardo,fabregas,samir nasri,walcott,arshavin & rosicky pakat2 injured ramai2...tapi xdelah kalah berturut2 cenggituh..
aku tak faham la.. peminat liverpool ni tak habis2 nak ungkit soal sejarah..dh kalah gi la menikus.. duk diam2.. kah kah kah.. kecoh sangat pasal sejarah.. tu je pun yg boleh dibanggakan kot..
haha.. berlagak lg.. kan dah kalah..
alaaa menang kalah mereka tu kite kat sini ibarat menang jadi arang kalah jadi abu kan
shariza, bawak bersabar. musim masih panjang. kena doa lebih skit la biar team lain plak injur n lingkup. :)
saya memahami luahan hati anda. ala, kami pun ( MU semestinya ) pernah kalah. Terguris hati minggu lalu siapa yg tahu huhu...( walaupun yg gelak kuat2 adalah korang jugak ! Termasuk anda :) )
Arsenal pun pernah bungkus, Chelsea pun.. cuma korang banyak skit la bungkusnya drpd kami. tu x dapek nak nolong la, kena usaha sendiri kasi menang la. :)
kalah menang adat bertanding. Cuba lagi tahun depan.
feh, mmg mengguris ati penyokong liverpool ayat lucius ni. aku tumpang gelak je hahahah GGMU!!
Catat Ulasan