ANDA SEDANG MEMBACA

17

Lucas dan Liverpool. (Fulham 3 Torres 1)

dingin Ahad, November 01, 2009
Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Pepatah yang perlu dipelajari Benitez. Pada waktu mula-mula melihat nama pemain yang akan diturunkan, saya sudah tersenyum sinis. Entah apa dalam fikiran Rafa. Mengapa team terkuat yang mengalahkan MU minggu lepas tak diturunkan? Selepas merenung akhirnya, diketahui, team terkuat disimpan untuk menentang Lyon. Wow.

Antara yang saya paling tidak suka dengan Rafa adalah strateginya ini. Tetapi, kalah tetap kalah, dan bengal tetap bengal. Dengan dua kad merah, jelas menunjukkan tanda kekalahan. Aneh, Torres dan Benayoun yang hebat dikeluarkan, demi strategi di Lyon. Akibatnya, hehehe. Liverpool pada tahun ini adalah team terlemah Rafa. Tahniah Rafa.

Selepas game, saya ketawa kuat. Ketawa dengan strategi Rafa. Hanya itu yang mampu dibuat. Satu-satunya kebaikan daripada game ini adalah, ia dibuat pada malam Sabtu, dan Ahadnya masih bercuti.

Game lain.

Arsenal menang dan gol kedua Arsenal sangat luar biasa. Chelsea pun menang lawan Bolton. Kelantan menang, dan Farhan hatrik. Yang luar biasa, pemain Kelantan kena mercun. Hebat betul. Kompem Perlis kena denda ribu2. Pepatah yang bagus untuk Perlis, ayam terlepas, tangan bau taik. Juga bagus untuk Liverpool.

YNWA.
Gudnite Liverpool.

17 Ulasan:

Lucius Maximus berkata...

In Rafa we trust, not delivering the 19th title.

meyour berkata...

hahahah....

harap-harap xde lrt kat bukit jalil yang kene bakar final nanti!!!!

untuk pakaian keselamatan, pakailah baju besi atau perisai, terutama org n9.

tahniah sape yang layak ke final malaysia cup tahun ni.

anak abdullah berkata...

die nak bagi 2nd team main..nnt balance la team tu..biar 2nd team reds balance dgn 1st..yang untuk lyon satu hal..
rafa dah mule sedar yang key player bukan segale-gale..
trime kaseh

Sang Pemimpi berkata...

nada mcm dh bserah je nih..

err..laman web ape yg ade update psl bola malaysia ek? yg aku jumpe kt yob4ever ade ler

zan berkata...

Betul team terlemah yang ada musim ni. Kalah tetap kalah. Apa nak buat..

Kalah ke, menang ke tetap dengan Liverpool.

YNWA!

Azri Rotten berkata...

adoi dgn lyon pon blom tentu mng. kene paham gak, lucas pon pemain "key" bg rafa. pas2 carra pon kene red card. pornstar tu bkn bleh harap sgt. aku same mcm zan,kalah ke menang ke draw ke tetap dgn liverpool.

Redz da Tsar berkata...

Liverpool~ Menang dengan MU macam menang BPL... Tue sebab diorang main macam orang dah menang liga... Haha...

zan berkata...

Menang dengan Manchester United "inzal" dia lain macam. Walaupun hakikatnya kami tetap sedar ianya hanya menyumbang 3 mata..

Cumanya pelik ramai yang bukan penyokong Man U seperti "terasa" dengan kekalahan tersebut..

zanetti_be berkata...

gomo kelate gomo.perlis memang kene denda ribu2.orang kate peminat kelantan hooligan tapi penonton lain same gak.gegar bukit jalil minggu dpn

Alke berkata...

Orang yang tak suka kelantan je kate fan diorang hooligan. hari tu pun pasal polis buat hal kat KB. takat main mercun, Fan Red Giant pun main, aku bukan tak tau fan red giant pun hooligan gak....hehehehe, anyway Viva Selangor!!!

ahhh...btw, bila kops nak sack rafa?elok bebenor le dia balik ke Spain

sufianahmad86 berkata...

ape maksud menikus??

Redz da Tsar berkata...

Glory Man United~

sufianahmad86 berkata...

i love football

INDRA QIRANA berkata...

rileks ahhh Setan merah pon akan kalah dua tiga game lagi lepas ni... Setan la katakan

Arsenal nanti gado sama sendiri, budak budak la katakan

Chealsea pon suka cari team lemah bila nak kalah, tungguuuu

rileks ahh liverpool pun akan kalah lagi 3 atau 4 game total mungkin 10 atau 11 kali kalah,


Siapa pon juara tahun ni akan penuh dengan kekalahan, phui jangan berlagak lah!!

Apa pon bye bye benitez, menyampah betul dengan pengurus yang berfikiran macam leonardo da vinci dia ingat dia buat painting atau baca puisi ker!! berfikir secara Straight foward sikit tak boleh ker?!! Tiap tiap minggu ada jer perubahan dalam team!! BUDOSSS!!

RED CARD UNTUK BENITEZ YANG BODOH!!!

R.K berkata...

meyour, wah kasar nampak.
ape ingat penyokong n9 patung nak tibai2 sampai kene pakai baju besi?
^^

kite jumpe 7hb bukit jalil!

al-Wann berkata...

ManU team tkuat lak thun nie..ahax!

BanDeLa berkata...

tahniah fulham.....:D:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...