ANDA SEDANG MEMBACA

36

Harapan Terakhir Umat Manusia – Siri Ke-2

LuciusMaximus Selasa, Disember 14, 2010 , , ,


Aslan kembali


Dari pos asal bertarikh 24 Mac 2010, ketika Chelsea dan Manchester United bersaing merebut puncak klasemen dengan sejumlah 101 komen sehingga kini.

“Industri filem dan drama banyak memaparkan kisah-kisah perjuangan umat manusia menentang kuasa jahat. Kisah macam Chronicles of Narnia, Solomon Kane, Blade, Spawn, Lord Of The Ring, Gaban mahu pun Ultraman.


Motif perjuangan mereka semua sama, menegakkan kebenaran dan menentang kejahatan. Amar makruf nahi mungkar. Macam slogan Pekida, tapi tanpa elemen Abang Long.


Kuasa-kuasa jahat ini pula muncul dalam bermacam bentuk. Macam raksaksa Gorgon, pontianak, Lucifer, Sauron, Freemason dan Manchester United. Pendek kata sebarang organisasi bawah tanah yang mempunyai hubung kait dengan syaitan. Atau setan.


“Tarik Gaban ke ruang angkasa setan!”


Bahaya. Tengok apa jadi pada Liverpool di Old Trafford, kononnya Theatre of Dreams tapi sebenarnya ‘ruang angkasa setan’.


Tidak dapat dinafikan umat manusia kini di zaman kegelapan. Perpecahan sesama kita selama ini digunakan oleh kuasa jahat untuk mengambil kesempatan ke atas umat manusia. Perlahan-lahan, Manchester United telah bersedia untuk memastikan kuasa jahat terus berkuasa buat musim ke-4 berturut-turut.


Persoalannya, siapakah yang mampu menghalang kelab setan ini? Pahlawan zaman silam bernama Liverpool? Sandarkan pada kenangan. Anak-anak muda idealis yang bertenaga yakni Arsenal? Masih mentah macam Pipiyapong.


Harapan terakhir kita semua terletak di bawah kibaran panji berwarna biru dengan lambang seekor singa. Macam Aslan dalam Chronicles of Narnia, singa yang berjuang menentang kejahatan demi kebenaran. Amar makruf nahi mungkar.”

Siri Ke-2

Dan begitulah yang telah ditakdirkan oleh Sang Pencipta, sekali lagi kita umat manusia berdepan zaman getir dan penuh pancaroba. Belum genap setahun dari kisah ‘Harapan Terakhir Umat Manusia’ yang asal, sekali lagi kita bercakap mengenai Harapan Terakhir Umat Manusia. Kali ini siri ke-2.

Sesungguhnya gelombang Setan Merah itu sesat lagi menyesatkan. Didalangi pertubuhan haram seperti Illuminati dan Freemason juga gerakan Zionis, ejen-ejen mereka pantas melakukan perbuatan hina dan terkutuk untuk meletakkan dunia aman ini di bawah panji-panji kerajaan syaitan.

Kita telah melihat satu demi satu pasukan cuba menjalankan tugas membendung kuasa penjarahan kerajaan syaitan ini. Tapi satu demi satu mereka akhirnya tunduk kepada Setan Merah. Pahlawan zaman silam Liverpool terlalu menyandarkan pada kenangan. Sedang anak-anak muda Arsenal tampil dengan snood dan…

Tidak ada lagi kuasa kebaikan yang mampu berdiri di antara umat manusia dan kerajaan syaitan. Tiada melainkan satu pasukan yang satu masa dulu pernah menghalang hegemoni Setan Merah.

Chelsea.

Ya, beberapa bulan yang lalu Chelsea muncul juara EPL dan menghalang Manchester United dari kejuaraan liga ke-19, memaksa bapak setan Pak Alex menyambung karier beliau sebagai pengunyah gula-gula getah tepi padang dan menghentikan tumbukan padu ke udara oleh Jorji. Kini sekali lagi tugas tersebut digalas oleh Chelsea.

Macam 24 Mac dulu, ibarat Aslan, Chelsea sang singa adalah penyelamat tunggal umat manusia. Sang singa dan seekor dubuk liar sebenarnya.

Pertembungan dua kuasa bolasepak ini bakal menggegar dunia menjelang Ahad ini. Dan disebalik pertembungan itu adalah harapan semua umat manusia yang lain, merangkumi semua fahaman dan kepercayaan, dari Arsenal hinggalah ke West Ham United (mengikut susunan abjad).

Entri Bonus – Harapan Terakhir Umat Liverpool

Tidak dapat tidak, harapan terakhir umat Liverpool terletak di atas bahu Chelsea. Mengaku sajalah.

Nak harap pasukan sendiri yang menghalang Manchester United dari kejuaraan liga ke-19 atau Gary Neville dari tersengih macam kerang busuk 19 kali, atau Rudeboy Rooney menumbuk padu ke udara 19 kali atau Jorji, Nazri dan Fdausamad buat entri berlagak 19 hari berturut-turut? Kirim salam.

Nak harapkan Arsenal? Mereka bungkus pagi tadi dalam lilitan kelemasan snood sendiri. Manchester City? Huru-hara. Tottenham Hotspur? Belum tentu. Tak kan nak sandarkan harapan pada Newcastle United kot? Tahun 90-an dulu bolehlah.

Maka Chelsea adalah harapan terakhir umat Liverpool. Musim lepas kami melakukannya dengan menafikan angka 19 buat Manchester United. Dan nampaknya musim ini sekali lagi Chelsea memikul tugas yang sama.

Kami tidak menang Champions League 5 kali, tapi kami masih harapan terakhir umat Liverpool.

36 Ulasan:

zX berkata...

apa2pun tetap klasemen der .. haha

Wan Ahmad Faiz berkata...

hahahaha..terbaik la lucy!!!!!!!!!


Kalaulah menang, tgklah apa nasib peminat2 MU di fb. hahahahahaha. Minggu ni pasti muka si tua bangka tu merah bak muka Pumba dalam LIon King..hahahaha.





kalu kalah, like sudah apa dikomen. hehe. baca dan snyum apa ada di sokernet. hehe


HAHAHAAHHAAHAHHAAHA

Zo Ahmad berkata...

kali ni harap dubuk liar dapat lapah daging syaiton! haha

pizli.mw berkata...

Hahahaha..

Jorji berkata...

dubuk liar tak tahan cuaca sejuk...ada hati nak mengganas!

Setan-setan United akan membakar terus singa aslan buat BBQ!

Azfar Ridhwan berkata...

cerita hikayat ni memang terbaik. haha. superb la lucy. harap ahad ni dapat good entertainment football. jgn 0-0 je suda.. GGMU!

Azfar Ridhwan berkata...

btw, sape wat banner head website ni? smart gile la park ji sung. hah

mohd faizal bin sarif berkata...

harap2 ade lah pesaing2 liga yang sembang lebat bersama2 aslan dan syaithan merah sampai ke hujung musim.boring jugak kalo ayik kite berdua je bersaing.baik main konda kondi.hihihihihi

ggmu

kitt berkata...

bring it on Aslan..

menyempat jugak Entri Bonus tu..haha

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

harapan terakhir umat manusia untuk menumbangkan sang setan merah terletak pada bahu seekor singa dan seekor dubuk liar.

setan itu pandai menghasut dan memanipulasi keadaan. silap2 nanti singa tu yg kene tunggang dengan setan untuk bantai dubuk. kehkehkeh!

nice. teruja baca weh.

Redz da Tsar berkata...

Cilaker... Dasar dengki ke MU... Hampeh tul..

Ini artikel fitnah, yang sangat pro kepada teori konspirasi...

haha...

APa-apa pun, aku tetap dengan MU!

yeah... GGMU!!!

Unknown berkata...

walaupun aku fan man u.. tapi yang ni tobaek bro lucy...
best jadik setan ni ramai org dengki hahahaha

galileo berkata...

biar team singa setelkan setan merah nie...
jgn bg setan berkuasa...
hahaha

Streetwizer berkata...

team syaitan juga yg pelan2 kayuh smpai jd cm skang...apa2 pon,slamat berjaya buat abg dubuk liar dan singa aslan...

adinda anna liyana berkata...

Yeah, this is one of the best from lucy...

as i said: kalah dengan chelshit, it's totally SHIT!

Amirul Amin berkata...

Bukanlah niat dihati hendak mengata kerana diri ini sedar bahawa pasukan AYAM JANTAN PUTIH turut tumpas di Trafford Tua gara gara kepala bulat Nemandja Vidic dan juga Luis "Toyol" Nani...

Akan tetapi,jika benar pasukan Singa Biru ingin menumpaskan The Setan Merah ahad ini,maka itu hanyalah angan angan dalam mencari 3 msts penuh..

Tetapi masih tidak mustahil buat Singa Biru untuk menggapai kemenangan dalam pecubaan mereka ahad ini jika mereka masih lagi merasakan mereka adalah singa jantan yang memiliki 2 biji telor..

Akhir kata,selamat mencuba untuk mencari kemenangan perama selepas berminggu minggu tak menang dan selamat berjihad menentang pasukan iblis..jangan biarkan pasukan anda diselubungi KEKALAHAN...

manggosteen berkata...

membaca seperti menonton filem epik dan seram..
terbaik luci!

keli berkata...

Yeeeaahhh...Aslan akan musnahkn syaitan & pengikut2 yg durjana.

Gua disini akan tidak berikn sokongan penoh...kakaka....

Gary Neville or Chelsea
Gua pilih Hodgson. Kikiki....

aranhellstorm berkata...

bagi aku ini adalah istidraj untuk pasukan yang nyata sesat lagi menyesatkan ini terus sesat....

dan dari aku menyandarkan harapan pada Aslan Kaler Biru atau Avatar atau Blue film atau Blues Gang atau ape2 lah yang berkaler biru adalah lebih baik aku terus menyandarkan pada kenangan...

kerana itu lebih baik buat aku...haha...

Tanpa Nama berkata...

kalahkan maicheatser wahai chelsial supaya..the gunners kembali merampas takhta liga..

sambil usha tevez nak kuar

Askar MUFC berkata...

Chelsea ada kelebihan bermain di tempat sendiri tapi MUFC ada kelebihan moral sebab lebih mata walaupun main kurang 1 game. MUFC boleh menang kalau taktikal mantap macam pagi tadi..hehehe

Remy 10 berkata...

sokong yana.

kareem berkata...

Masalahnye, chelsea pun dok bwh arsenal nih...

Unknown berkata...

ceh............propaganda mcm haram, tp super sundae nih gua lbh ke chelsea la kot, haha

Asrulsani berkata...

nantikan pemain baru... snood drog.

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

"kalahkan maicheatser wahai chelsial supaya..the gunners kembali merampas takhta liga.."

tak malu.. harapkan team lain untuk kepentingan sendiri sebab team sendiri tak mampu nak kalahkan 'yang terhebat'. haha.

talkIZcheap! berkata...

aku tetap rasa harapan terakhir teletak di bahu ayah pin dan kerajaan langit beliau... but wait, ayah pin pon selalu prediksyen ke laut, camne nak jadi harapan terakhir??

well, kalo kalah pun aku rasa MenYu akan stay di puncak klasemen, kerana aku pasti Siti dan Arsenal akan kalah atau seri jugak minggu ni, apedehal?? keh keh...

Tapi aku harapkan kemenangan macam biasa untuk Setan Merah, Singa dan Dubuk2 sekali dah kena lapah kat Wimbley ari tu, kira kali ni we'll finish the job ar... keh keh!!

p/s: gua punya captcha 'ancef'... seb baik tak 'antfield'...

adinda anna liyana berkata...

tenang kwn2...kalau kalah masih klasemen drpd chelsea tetapi hanya jika arsenal dan MC kalah...

jadi, kita kena menang...

In united, we always believe.

Ajeossi berkata...

“My son, my son,” said Aslan. “I know. Grief is great. Only you and I in this land know that yet. Let us be good to one another.”
The Magician’s Nephew – Chapter 12

keli berkata...

Sape2 pon jgn percaye ckp dowg nih....prediction semata2. Next game blom start lagi pon......Kikiki...

Besi Karat berkata...

persamaan penulis kem chelsea dan liverpool,kedua-duanya suka cerita sandarkan pada kenangan!
Lor.

Arajo Dilangit berkata...

kali ini sokong lucy....
mmg box office punye citer...
5 bintang...
YNWA.

"pendatang izin" berkata...

aku tetap dgn prinsip aku..

"biar tak menang piala, yg penting da menang dgn chelsea 2-0"

-bukan fan chelsea dan MU

bangsawan nilai berkata...

mana ko dapek sumber ni...
wikileaks ke...hu hu

enyheartsdiamond berkata...

taktau nak komen apa.. tp syok la baca :DDD

KTBFFH :p

crone1585 berkata...

memang syok dibaca...chelsea akan mengalas tugas dengan cantik sekali...ade gaya mcm hasbulah awang x...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...