Memaparkan catatan dengan label pesanan khidmat masyarakat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pesanan khidmat masyarakat. Papar semua catatan
36

Harapan Terakhir Umat Manusia – Siri Ke-2

LuciusMaximus Selasa, Disember 14, 2010 , , ,


Aslan kembali


Dari pos asal bertarikh 24 Mac 2010, ketika Chelsea dan Manchester United bersaing merebut puncak klasemen dengan sejumlah 101 komen sehingga kini.

“Industri filem dan drama banyak memaparkan kisah-kisah perjuangan umat manusia menentang kuasa jahat. Kisah macam Chronicles of Narnia, Solomon Kane, Blade, Spawn, Lord Of The Ring, Gaban mahu pun Ultraman.


Motif perjuangan mereka semua sama, menegakkan kebenaran dan menentang kejahatan. Amar makruf nahi mungkar. Macam slogan Pekida, tapi tanpa elemen Abang Long.


Kuasa-kuasa jahat ini pula muncul dalam bermacam bentuk. Macam raksaksa Gorgon, pontianak, Lucifer, Sauron, Freemason dan Manchester United. Pendek kata sebarang organisasi bawah tanah yang mempunyai hubung kait dengan syaitan. Atau setan.


“Tarik Gaban ke ruang angkasa setan!”


Bahaya. Tengok apa jadi pada Liverpool di Old Trafford, kononnya Theatre of Dreams tapi sebenarnya ‘ruang angkasa setan’.


Tidak dapat dinafikan umat manusia kini di zaman kegelapan. Perpecahan sesama kita selama ini digunakan oleh kuasa jahat untuk mengambil kesempatan ke atas umat manusia. Perlahan-lahan, Manchester United telah bersedia untuk memastikan kuasa jahat terus berkuasa buat musim ke-4 berturut-turut.


Persoalannya, siapakah yang mampu menghalang kelab setan ini? Pahlawan zaman silam bernama Liverpool? Sandarkan pada kenangan. Anak-anak muda idealis yang bertenaga yakni Arsenal? Masih mentah macam Pipiyapong.


Harapan terakhir kita semua terletak di bawah kibaran panji berwarna biru dengan lambang seekor singa. Macam Aslan dalam Chronicles of Narnia, singa yang berjuang menentang kejahatan demi kebenaran. Amar makruf nahi mungkar.”

Siri Ke-2

Dan begitulah yang telah ditakdirkan oleh Sang Pencipta, sekali lagi kita umat manusia berdepan zaman getir dan penuh pancaroba. Belum genap setahun dari kisah ‘Harapan Terakhir Umat Manusia’ yang asal, sekali lagi kita bercakap mengenai Harapan Terakhir Umat Manusia. Kali ini siri ke-2.

Sesungguhnya gelombang Setan Merah itu sesat lagi menyesatkan. Didalangi pertubuhan haram seperti Illuminati dan Freemason juga gerakan Zionis, ejen-ejen mereka pantas melakukan perbuatan hina dan terkutuk untuk meletakkan dunia aman ini di bawah panji-panji kerajaan syaitan.

Kita telah melihat satu demi satu pasukan cuba menjalankan tugas membendung kuasa penjarahan kerajaan syaitan ini. Tapi satu demi satu mereka akhirnya tunduk kepada Setan Merah. Pahlawan zaman silam Liverpool terlalu menyandarkan pada kenangan. Sedang anak-anak muda Arsenal tampil dengan snood dan…

Tidak ada lagi kuasa kebaikan yang mampu berdiri di antara umat manusia dan kerajaan syaitan. Tiada melainkan satu pasukan yang satu masa dulu pernah menghalang hegemoni Setan Merah.

Chelsea.

Ya, beberapa bulan yang lalu Chelsea muncul juara EPL dan menghalang Manchester United dari kejuaraan liga ke-19, memaksa bapak setan Pak Alex menyambung karier beliau sebagai pengunyah gula-gula getah tepi padang dan menghentikan tumbukan padu ke udara oleh Jorji. Kini sekali lagi tugas tersebut digalas oleh Chelsea.

Macam 24 Mac dulu, ibarat Aslan, Chelsea sang singa adalah penyelamat tunggal umat manusia. Sang singa dan seekor dubuk liar sebenarnya.

Pertembungan dua kuasa bolasepak ini bakal menggegar dunia menjelang Ahad ini. Dan disebalik pertembungan itu adalah harapan semua umat manusia yang lain, merangkumi semua fahaman dan kepercayaan, dari Arsenal hinggalah ke West Ham United (mengikut susunan abjad).

Entri Bonus – Harapan Terakhir Umat Liverpool

Tidak dapat tidak, harapan terakhir umat Liverpool terletak di atas bahu Chelsea. Mengaku sajalah.

Nak harap pasukan sendiri yang menghalang Manchester United dari kejuaraan liga ke-19 atau Gary Neville dari tersengih macam kerang busuk 19 kali, atau Rudeboy Rooney menumbuk padu ke udara 19 kali atau Jorji, Nazri dan Fdausamad buat entri berlagak 19 hari berturut-turut? Kirim salam.

Nak harapkan Arsenal? Mereka bungkus pagi tadi dalam lilitan kelemasan snood sendiri. Manchester City? Huru-hara. Tottenham Hotspur? Belum tentu. Tak kan nak sandarkan harapan pada Newcastle United kot? Tahun 90-an dulu bolehlah.

Maka Chelsea adalah harapan terakhir umat Liverpool. Musim lepas kami melakukannya dengan menafikan angka 19 buat Manchester United. Dan nampaknya musim ini sekali lagi Chelsea memikul tugas yang sama.

Kami tidak menang Champions League 5 kali, tapi kami masih harapan terakhir umat Liverpool.

38

Sayonara Sam!

LuciusMaximus Jumaat, Ogos 20, 2010 ,





Orang kata, hidup tak selalunya indah. Dan kadang-kadang apa yang kita impikan tidak kesampaian.


Sam Hutchinson, pemain muda Chelsea berumur 21 tahun baru saja mengumumkan persaraan beliau dalam karier pemain bolasepak profesional. Keputusan ini dibuat akibat kecederaan lutut beliau yang dilaporkan tidak dapat kembali pulih sepenuhnya.


Hutchinson kali pertama bermain untuk Chelsea pada musim 2006/07. Pengurus Chelsea ketika itu, Jose Mourinho menyifatkan Hutchinson sebagai bakal pemain utama Chelsea. Tetapi kecederaan lutut menghalang beliau untuk bermain sepenuhnya selama 3 musim. Hutchinson menyertai Chelsea ketika berumur 9 tahun.


Walaupun telah bersara dari bermain bolasepak, Hutchinson akan terus dibantu dan diambil bekerja dengan Akademi Chelsea. Beliau juga akan meneruskan pengajian dalam bidang sains sukan di universiti dan bercadang untuk mendapatkan sijil kejurulatihan.


Kem Chelsea mengucapkan terima kasih Sam dan semoga berjaya di masa depan!


Nota kaki: Ini bezanya antara bolasepak yang diurus baik dan yang diurus macam celaka. Kalau di Malaysia, pemain yang terpaksa bersara akibat kecederaan tinggal sebatang kara. Lepas tu keluar TV buat rayuan minta bantuan derma. Bila dah kecoh barulah pegawai FAM atau FA negeri sibuk-sibuk tunjuk muka, masuk TV percuma. Tapi tiap-tiap tahun tukar kereta (macam dakwaan Fdausamad), tak pun tukar almari, kerusi dan meja pejabat, lepas tu dapat bonus dengan dividen walaupun pasukan kebangsaan tak ke mana. Tu belum kira kena kencing dengan Zimbabwe. Zimbabwe tu, suku-sakat Robert Mugabe je pun. Aku agak kalau mamat Afrika datang jual jam 'Rolex' kat Wisma FAM, gerenti kena borong habis, dah semua kepala senang dikencing.


UP: Kardio - Sumber rasmi Sokernet untuk berita ini diambil dari sini.
28

Amanat Terakhir Musim Ini

LuciusMaximus Sabtu, Mei 08, 2010 ,

Tinggal satu perlawanan saja lagi.

Walaupun ada rakan seperjuangan The Blues yang sudah pukul canang, aku berpendapat apa saja masih boleh berlaku dalam perlawanan terakhir menentang Wigan Athletic.

Macam aku bilang, bola itu bolat dan benda bulat ini boleh bergolek ke mana-mana. Apa saja boleh berlaku. It's not over until it's over. Not until the fat lady sings kata orang putih.

Tapi apa sekalipun keputusannya hari terakhir nanti, kita harus terima dengan tabah. Pegangan Chelsea ialah Carefree. Bukan 'glory, glory' atau 'berjalan ramai-ramai'.

Yang pasti, kita telah lakukan yang terbaik!
17

Berita Tergempar! Terkini! Terkejut! Tereksklusif!

West Ham United Bakal Kembali Sebagai Kuasa Bolasepak Utama!

Ini ada satu berita panas, lebih panas dari pisang goreng atau karipap. Sokernet telah dimaklumkan bahawa malam tadi ketika rakyat Malaysia sedang nyenyak tidur, taiko AirAsia iaitu Tony Fernandes telah mengambil alih West Ham United.

Serentak dengan pengambil alihan yang tidak terjangka ini, Tony Fernandes juga mengumumkan bahawa beliau telah berjaya mendapatkan khidmat pemain-pemain berikut untuk bersama dengan West Ham United musim depan.

Sokernet ada gambar intipan eksklusif majlis pengumuman pemain baru yang diadakan secara rahsia di Upton Park.

Rio Ferdinand meninggalkan Manchester United malam tadi!
Frank Lampard sah bakal menyertai kebangkitan West Ham United
Paolo Di Canio antara penyerang berpengalaman yang akan bersama West Ham United musim depan
West Ham United rembat 3 tonggak Chelsea sekaligus-Joe Cole, Frank Lampard & John Terry

Okay, yang sebenarnya mereka semua berkumpul untuk perlawanan penghargaan untuk pengarah The Academy of Football, Tony Carr. Tony Carr ialah jurulatih skuad remaja paling gempak dalam England dan The Academy of Football ialah akademi bolasepak paling marbeles.

Siapa tak kenal Tony Carr dan The Academy of Football milik West Ham United, dia memang tak cool.

Oh, West Ham United menang lawan Academy All-Stars 5-1. Gianfranco Zola pun ada main bai!
24

Bah! Futsal Kita!

LuciusMaximus Rabu, April 21, 2010
(Ini pesanan khidmat masyarakat. Ada orang minta tolong aku war-warkan. Sebab dia awek, aku pun tolong)

PERLAWANAN "FUTSAL TERBUKA" ANTARA JABATAN-JABATAN KERAJAAN NEGERI DAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, BADAN-BADAN BERKANUN NEGERI DAN PERSEKUTUAN SERTA PELBAGAI SYARIKAT/BADAN SWASTA ANJURAN AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN DAERAH KOTA KINABALU (AADK KK) BAGI TAHUN 2010

(Gomen memang suka stail tajuk panjang-panjang begini, supaya nampak penting dan kompleks)

Pihak Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kota Kinabalu (AADK KK) dengan tema "Bergerak aktif, Cergas dan Sihat tanpa Dadah" akan menganjurkan perlawanan futsal terbuka lelaki dan wanita seperti butiran berikut:

Tarikh: 1 dan 2 Mei 2010
Tempat: City Futsal (Rampayan, Menggatal) (Harap datang untuk main futsal, bukan untuk menggatal)
Masa: 8.00 pagi - 12.00 malam
Yuran: RM150.00 (sepasukan) - Maksima 10 orang 1 pasukan

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 28 April 2010. Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan Riney atau Eva di talian 088-261845. (Untuk pertanyaan futsal sahaja, jangan tanya dah kahwin atau belum)

"1MALAYSIA MEMERANGI DADAH"

(Peringatan dari Sokernet: Siapa yang suka telan steroid, pil tupai jantan atau benda-benda yang lebih kurang peliknya sebelum bersukan tu, harap janganlah dibawa perangai tu ke kejohanan ini. Dah yang menganjurkan pun namanya AADK, nanti tak pasal-pasal main futsal kat Pusat Serenti)
71

Prebiu: Tottenham Hotspur Lawan Chelsea, Dan Lain-Lain

Sebelum itu, kita ke pesanan penaja.

Chelsea Umum Kit Baharu – Lebih Ganteng Dan Sukses!


Chelsea dan adidas telah melancarkan kit musim 2010/11 yang akan diguna pakai buat kali pertama dalam perlawanan terakhir EPL menentang Wigan Athletic di tempat sendiri.

Samsung masih kekal sebagai penaja utama setelah perbincangan untuk meletakkan tulisan ‘Sokernet’ di dada setiap pemain Chelsea menemui jalan buntu.

Sempena itu kempen pengiklanan ‘Made from 100% Chelsea’ turut dilancarkan. Artis pop dan peminat Chelsea, Sir Peter Blake bertanggungjawab mereka bentuk kempen tersebut. Sir Peter juga pernah terlibat dalam mereka bentuk atwork untuk album Beatles, Sgt. Pepper’s Lonely Hearts Club Band dan juga album Oasis, Stop The Clocks.

Pergh!

Jersi terbaru Chelsea ini bakal menggunakan teknologi terbaru adidas, TechFit yang digunakan buat kali pertama dalam bolasepak kelab. Ini berbeza dengan jersi 2010/11 Liverpool yang masih menggunakan teknologi zaman batu kapur, ClimaCool.

Adakah Liverpool dianaktirikan oleh adidas? Atau tidak cukup bajet untuk dapatkan teknologi yang terkini? Kesian.

Mengikut sumber dalaman Sokernet di adidas, TechFit merupakan satu teknologi fabrik terkini yang membantu meningkatkan kepantasan pemain, kesinambungan daya tahan yang lebih lama dan melipat gandakan propriosepsi (menatang apakah ini?). Ini dicapai dengan mewujudkan keharmonian otot-otot dan memfokuskan tenaga yang menjana pecutan mendadak dan memberikan keberhasilan kuasa maksimum.

Serius bai.

Satu laman promosi interaktif boleh dilayari di adidas yang menceritakan banyak mengenai latar belakang kit terbaru ini dan juga Chelsea. Macam asal-usul jalur merah Chelsea, perlawanan epik menentang Dynamo Moscow yang menarik 100,000 penonton, kaitan dengan Pensioners, kenapa Chelsea dikenali sebagai Los Numerados di Amerika Selatan dan juga rekod jaringan terbesar perlawanan peringkat Eropah.

Tempahan kini dibuka. Jorji khabarnya dah tempah satu, sekali dengan nameset Kakuta.

Derbi Manchester

Esok kita semua bakal disajikan dengan sepak mula awal yang menemukan Manchester City dan Manchester United.

Peri pentingnya perlawanan ini sangat jelas bagi kita semua. City perlu menang untuk memastikan peluang mereka ke Champions League terus bersinar. United pula perlukan 3 mata untuk terus mengejar Chelsea.

Wayne Rooney dijangka bakal diturunkan esok, satu langkah terdesak dari Pak Alex setelah melihat persembahan cemerlang, gemilang dan terbilang Dimitar Bebal-Betul di Ewood Park. Aku jangkakan mamat Rudeboy tumbukan padu ke udara ini akan terhincut-hincut keluar padang esok dan punahlah harapan Piala Dunia buat England.

Dengan Roberto Mancini sebagai nakhoda, Carlos Tevez dalam keadaan yang terbaik, kelebihan bermain tempat sendiri dan pentingnya untuk City menjarakkan kedudukan dari Spurs, aku jangkakan mereka akan berjuang habis-habisan malam esok. Apatah lagi tiada yang lebih indah untuk City melainkan dari menafikan peluang menjuarai EPL buat jiran dan musuh ketat mereka.

Man City menang. Itupun kalau pengadil tak bagi masa tambahan sampai 1 jam untuk Pak Alex.

Derbi London

Hampir 5 jam selepas sepak mula di Eastland, Spurs pula memulakan saingan menentang seteru London mereka, Chelsea.

Spurs bakal turun penuh keyakinan setelah menundukkan Sekolah Sukan Arsene Wenger 2-1 manakala Chelsea pula perlu memastikan tiga mata penuh untuk terus mengukuhkan kedudukan di puncak klasemen.

Tapi aku tak nafikan esok bakal menjadi laluan getir buat The Blues, yang kali terakhir menang di White Hart Lane dalam saingan EPL ialah pada musim 2005/06.

Kemenangan juga penting buat Spurs untuk terus menyaingi Manchester City. Spurs mempunyai rekod tempat sendiri yang agak baik, cuma tewas 3 perlawanan setakat ini.

Tetapi Chelsea juga tidak kurang hebat dan dari 7 perlawanan menentang kelab-kelab London dalam EPL musim ini, masih lagi belum tewas.

Rekod pertemuan Chelsea dan Spurs dalam semua perlawanan, Chelsea menang 59, Spurs menang 48 dan seri sebanyak 33 kali.

Tilikan esok? Chelsea menang, lebih ikut perasaan sebenarnya.

Dan Lain-Lain

Wigan Athletic menentang Arsenal dengan The Latics perlu menang untuk keluar dari zon penyingkiran dan The Gunners pula mahu terus menghidupkan peluang menjuarai EPL. Oleh kerana Pipiyapong khabarnya sibuk mahu pasang pendakap gigi, aku tolong tilikkan.

Wigan menang. Tapi menang sorak je.

Portsmouth, yang sudah layak ke Championship League (tolong ambil perhatian, Championship League dan Champions League dua benda berbeza!) meraikan kunjungan Aston Villa. Bermain tanpa apa-apa, fokus Avram Grant lebih tertumpu ke akhir FA Cup pastinya dan di sini aku menjangkakan kemenangan untuk Villa.

Tuah pula tidak begitu menyebelahi Liverpool, yang bakal menentang West Ham United di Anfield. Memang 3 mata lebih memihak pada Liverpool tapi harus diingat, The Hammers masih belum layak ke Championship League dan mereka pastinya tidak berminat untuk layak pun.

Bermain untuk menyelamatkan diri, West Ham bakal berhempas pulas untuk sekurangnya mencatat keputusan seri. Dan itulah juga tilikan aku sekali ini, lagi pun peminat Chelsea mana yang tak sayang Gianfranco Zola?

Keadaan pastinya akan lebih panas jika Everton menang ke atas Blackburn Rovers di Ewood Park. Saingan EPL musim ini cukup mendebarkan dari Chelsea di puncak klasemen hinggalah ke Everton di tangga ke-8.

Sila pastikan stok kacang Menglembu dan Nescafe anda di rumah cukup sepanjang hujung minggu ini jika menonton di rumah. Bagi mereka yang kerap ke mamak, harap buat tempahan awal agar tidak kecewa di kemudian hari.

Awek-awek yang tak minat bola, harap jangan kacau balak-balak anda semua!
45

Pesanan Khidmat Masyarakat - Peminat Sandarkan Pada Kenangan Digesa Jauhi Jersi Baru Liverpool

LuciusMaximus Khamis, April 08, 2010 ,

Pihak Sokernet telah berjaya menghubungi jabatan agama petang tadi untuk bertanyakan satu soalan penting.

Tidak, kami bukan bertanya kadar zakat tahun ni agak-agak berapa.

Tapi kami bertanya apakah hukum haram riba itu sama beratnya dengan hukum haram ke atas arak?

Jawapan yang pihak Sokernet terima ialah riba itu hukumnya haram, sama seperti arak. Seperti arak juga keharaman riba itu meliputi mereka yang memberi, mengambil atau terlibat dengan riba. Malahan mudarat dari sistem riba itu boleh menjadi lebih umum dari arak kerana ianya melibatkan segenap lapisan masyarakat, meruntuhkan ekonomi, menindas orang miskin dan mengancam kestabilan sosial.

Sokernet tidak berniat untuk berceramah agama tetapi atas tanggungjawab sosial, pihak Sokernet suka menekankan di sini bahawa bagi peminat-peminat Liverpool yang pernah memboikot jersi Liverpool kerana ada tulisan Carlsberg, sebaik-baiknya konsistenlah dalam pegangan anda dan boikotlah jersi Liverpool yang ada tulisan Standard Chartered juga.

Bagi mereka yang tidak pernah peduli, bolehlah terus membeli Carlsberg dengan kad kredit Standard Chartered anda.

Cuma aku nak tanya satu benda je, apasal awal gila Liverpool dah keluar jersi musim depan? Apa musim 2009/10 kamu semua dah habis awal ke?
101

Harapan Terakhir Umat Manusia

Industri filem dan drama banyak memaparkan kisah-kisah perjuangan umat manusia menentang kuasa jahat. Kisah macam Chronicles of Narnia, Solomon Kane, Blade, Spawn, Lord Of The Ring, Gaban mahu pun Ultraman.

Motif perjuangan mereka semua sama, menegakkan kebenaran dan menentang kejahatan. Amar makruf nahi mungkar. Macam slogan Pekida, tapi tanpa elemen Abang Long.

Kuasa-kuasa jahat ini pula muncul dalam bermacam bentuk. Macam raksaksa Gorgon, pontianak, Lucifer, Sauron, Freemason dan Manchester United. Pendek kata sebarang organisasi bawah tanah yang mempunyai hubung kait dengan syaitan. Atau setan.

“Tarik Gaban ke ruang angkasa setan!”

Bahaya. Tengok apa jadi pada Liverpool di Old Trafford, kononnya Theatre of Dreams tapi sebenarnya ‘ruang angkasa setan’.

Tidak dapat dinafikan umat manusia kini di zaman kegelapan. Perpecahan sesama kita selama ini digunakan oleh kuasa jahat untuk mengambil kesempatan ke atas umat manusia. Perlahan-lahan, Manchester United telah bersedia untuk memastikan kuasa jahat terus berkuasa buat musim ke-4 berturut-turut.

Persoalannya, siapakah yang mampu menghalang kelab setan ini? Pahlawan zaman silam bernama Liverpool? Sandarkan pada kenangan. Anak-anak muda idealis yang bertenaga yakni Arsenal? Masih mentah macam Pipiyapong.

Harapan terakhir kita semua terletak di bawah kibaran panji berwarna biru dengan lambang seekor singa. Macam Aslan dalam Chronicles of Narnia, singa yang berjuang menentang kejahatan demi kebenaran. Amar makruf nahi mungkar.


Aslan


Menghitung Mata

Arsenal (3 home, 4 away)
27/03 - Birmingham (a)
03/04 - Wolverhampton (h)
10/04 - Tottenham (a)
18/04 - Wigan (a)
24/04 - Manchester City (h)
01/05 - Blackburn (a)
09/05 – Fulham (h)

Hanya 2 manusia saja dalam dunia ini yang kata laluan Arsenal untuk menjadi juara adalah mudah. Sol Campbell dan Pipiyapong.

Mari kita lihat. Aku yakin Arsenal boleh dapat 3 mata penuh dari Wolverhampton (h), Wigan (a) dan Fulham (h). 3X3=9, sedikit matematik bagus untuk geng bas sekolah Arsenal.

Birmingham (a) dan Blackburn (a) mungkin mengundang sedikit masalah buat Arsenal. Kedua-dua pasukan mempunyai rekod yang baik di tempat sendiri, kalah 2 kali sahaja setakat ini. Dan Manchester City (h) bakal memberi saingan sengit kerana Tevez & Co mahu merebut slot Champions League. Seri kesemua tiga perlawanan, 3X1=3 wahai adik-adik Arsenal.

Ranjau berduri buat Arsenal ialah dalam North London Derby, menentang Tottenham (a). Kalau bermain di Emirates aku tanpa ragu-ragu memberi 3 mata penuh untuk Arsenal. Tapi ini di White Hart Lane di waktu Spurs sedang memuncak dengan prospek merebut slot Champions League buat mereka. Arsenal kalah, 0 mata.

Maka 12 mata buat Arsenal dari baki 7 perlawanan. 12+67=79 mata buat abang Sol Campbell dan adik Pipi.

Manchester United (3 home, 4 away)
27/03 - Bolton (a)
03/04 - Chelsea (h)
11/04 - Blackburn (a)
17/04 - Manchester City (a)
25/04 - Tottenham (h)
01/05 - Sunderland (a)
09/05 – Stoke (h)

Ada 3 ekor setan yang sudah beli pelekat cermin kereta bertulis “Manchester United – Premier League Champions 2009/2010”. Dua ekor bermata bulat, Jorji dan Nazri manakala seekor lagi sepet, yakni Park Ji Sung. Macam setan.

Bolton (a) dan Stoke (h) macam menyerahkan kekasih/tunang/isteri sendiri di atas tilam empuk kepada John Terry. Taubat menang. Begitu juga aku rasa dengan Blackburn (a) dan Sunderland (a) sekalipun mereka cuma kalah 2 kali di tempat sendiri setakat ini, sebab Manchester United bukan Arsenal. Campur semua, ada 12 mata penuh.

Tapi Manchester City (a) dan Tottenham (h) mungkin agak sukar buat Manchester United. Berkemungkinan keputusan seri dalam Manchester Derby, melainkan pengadil memberi masa tambahan 6 minit atau lebih sehinggalah Michael Owen skor macam tempoh hari. Tottenham pula aku rasa bakal bertandang ke ‘ruang angkasa setan’ dengan niat untuk berkongsi mata, seri lebih baik buat mereka kerana mustahil Spurs boleh menjinakkan setan di sarangnya. Hanya 2 mata dari 2 perlawanan.

Macam mana dengan Chelsea (h)? Sudah gaharu cendana pula.

Akhirnya 14 mata buat Manchester United, 83 mata secara keseluruhan. Macam setan.

Liverpool

Sandarkan Pada Kenangan.

Chelsea (4 home, 4 away)
24/03 - Portsmouth (a)
27/03 - Aston Villa (h)
03/04 - Manchester United (a)
13/04 - Bolton (h)
17/04 - Tottenham (a)
25/04 - Stoke (h)
01/05 – Liverpool (a)
09/05 – Wigan Athletic (h)

Lapan perlawanan, 3 mata setiap satu. Untuk adik-adik Arsenal, 8X3=24 mata, 24+65=89 mata.

Chelsea – 89
Manchester United – 83
Arsenal - 79

89 mata=English Premier League Champions 2009/2010.

Tak puas hati? Boleh sembang di halaman komen.

16

CSR

LuciusMaximus Khamis, Februari 11, 2010
Usai dari lawatan kerja di Lahad Datu. Ada sebuah kilang kelapa sawit di sana yang menggunakan sisa-sisa kelapa sawit untuk dijadikan kompos atau baja organik, sekaligus mengurangkan kebergantungan pada penggunaan baja kimia dalam aktiviti perladangan mereka. Sebahagian dari sisa kelapa sawit juga turut digunakan sebagai bahan bakar biomas untuk menjana tenaga elektrik yang dibekalkan kepada sebuah kampung yang dihuni buruh-buruh ladang.

Langkah-langkah berhemah sebegini ditermakan sebagai Corporate Social Responsibility (CSR). Ia adalah tanggungjawab pihak korporat kepada alam sekitar dan juga komuniti setempat. CSR merupakan satu budaya baru dunia korporat yang meluaskan peranan mereka lebih dari sekadar sebuah organisasi yang sekadar mencari keuntungan.

Malam tadi, Chelsea juga tidak ketinggalan untuk melakukan tanggungjawab CSR mereka. Dengan memberi 3 mata penuh kepada Everton ianya bukan saja membantu kelab Merseyide berwarna biru ini dalam kedudukan liga tapi turut memberi keceriaan kepada para penyokong Everton di Goodison Park.

Chelsea dan Corporate Social Responsibility (CSR), sentiasa bergandingan bersama.

Nota kaki: John Terry pun mengamalkan CSR, dah memengandungkan anak orang dengan penuh tanggungjawab dia bayar kos untuk pengguguran. Cuma CSR yang ini maksudnya Cheater’s Screwing Responsibility.
21

Carefree

LuciusMaximus Rabu, Februari 03, 2010
Enam pagi, aku terima SMS.

“Dui, macam mana ni, seri suda. Lau kalah sama Arsenal hari minggu matai oh!”

Sumandak yang SMS. Aku jawab kemalasan, mengantuk.

“Takpe, you rilek je. Ko tidur pakai night dress ka hot pants?”

“Hot pants. Napa?”

“Ko kasi MMS ko punya pic sama sia sekarang.” Aku jawab.

Dalam apa juga keadaan, setiap peminat The Blues perlu carefree sepanjang masa. Walapun seri atau kalah. Kalau mendiang Mickey Greenaway masih hidup pun, dia akan rilek-rilek saja sebelum membelasah peminat Manchester United di dalam pub yang tersengih macam kambing di depan beliau.

Budaya carefree ini perlu ada pada setiap peminat Chelsea. Selain dari budaya tidak suka benda-benda berwarna merah. Budaya main sorok pisang dengan awek kawan walau bagaimana pun adalah optional. Tapi kalau badan tak macam John Terry nasihat aku jangan cari pasal.

Lawan Arsenal hujung minggu nanti, amalan budaya carefree mesti diteruskan. Tak perlu ikut jejak langkah Pak Alex merayu-rayu kelab lain untuk bantu Manchester United julang EPL. Apa barang?

Sekali lagi diingatkan, carefree sepanjang masa. Juga elakkan suka benda-benda yang berwarna merah kerana ianya merujuk kepada Manchester United, Arsenal dan sebuah kelab pra-sejarah yang aku dah lupa apa namanya.

Trutt, trutt!

Aku dapat MMS. Sumandak terbaring pakai hot pants merah. Aku terpaksa suka.




Gua nak try awek lu satu kali je, boleh?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...