ANDA SEDANG MEMBACA

24

Bah! Futsal Kita!

LuciusMaximus Rabu, April 21, 2010
(Ini pesanan khidmat masyarakat. Ada orang minta tolong aku war-warkan. Sebab dia awek, aku pun tolong)

PERLAWANAN "FUTSAL TERBUKA" ANTARA JABATAN-JABATAN KERAJAAN NEGERI DAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, BADAN-BADAN BERKANUN NEGERI DAN PERSEKUTUAN SERTA PELBAGAI SYARIKAT/BADAN SWASTA ANJURAN AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN DAERAH KOTA KINABALU (AADK KK) BAGI TAHUN 2010

(Gomen memang suka stail tajuk panjang-panjang begini, supaya nampak penting dan kompleks)

Pihak Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kota Kinabalu (AADK KK) dengan tema "Bergerak aktif, Cergas dan Sihat tanpa Dadah" akan menganjurkan perlawanan futsal terbuka lelaki dan wanita seperti butiran berikut:

Tarikh: 1 dan 2 Mei 2010
Tempat: City Futsal (Rampayan, Menggatal) (Harap datang untuk main futsal, bukan untuk menggatal)
Masa: 8.00 pagi - 12.00 malam
Yuran: RM150.00 (sepasukan) - Maksima 10 orang 1 pasukan

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 28 April 2010. Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan Riney atau Eva di talian 088-261845. (Untuk pertanyaan futsal sahaja, jangan tanya dah kahwin atau belum)

"1MALAYSIA MEMERANGI DADAH"

(Peringatan dari Sokernet: Siapa yang suka telan steroid, pil tupai jantan atau benda-benda yang lebih kurang peliknya sebelum bersukan tu, harap janganlah dibawa perangai tu ke kejohanan ini. Dah yang menganjurkan pun namanya AADK, nanti tak pasal-pasal main futsal kat Pusat Serenti)

24 Ulasan:

Taufiq Ali berkata...

lucy ko ade main tak..

Jarr berkata...

kalau ade jalan darat confirm aku pergi...but thanks for the info.buleh fwd ke saing saing di borneo...

LuciusMaximus berkata...

Gua macam biasa bakal menggegar jaring. Jersi dah tempah tadi, dengar cerita Kappa. Kasut pun mungkin orang belikan. First time kena sponsor untuk main ni, seriau jugak rasanya.

Gua harap takde urine test sebelum match...

Jarr berkata...

Lu ada kencing manis ke Lucius?

hanuman berkata...

haah urine test..

pakkordi berkata...

Team sumandak mesti cemerlang ni.

Taufiq Ali berkata...

lucy jangan lupe amek gambar sumandak main futsal

Jorji berkata...

Aku akan hubungi Riney dan Eva. Kalau-kalau mereka perlukan jurulatih fizikal.

Dewajiwa berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Dewajiwa berkata...

gila lawak post atas tu. AADK tu, mesti ada urine test punya

Zinedine Zaiddin berkata...

Hahahaha..lawak2

kareem berkata...

ade ke orang sabah baca sokernet?

tsubasa berkata...

sokernet tak hantar wakil ke?? luci je ke??

afterc berkata...

tarikh tutup bukan 20 april ke? ari tu dpt surat, tengok tarikh tutup mcm 20 april..tapi x join sebab ramai player injured ni..hehehe

BuLiBaKaLaUkAu berkata...

Bah Bulibakalaukau Luci..

jebat derhaka berkata...

futsal jer ke derr? 9 side x der kerr?

City Laundry Cafe berkata...

jorji: kalau ko jadi jurulatih fizikal...aku nk jadi assistant jurulatih fizikal bole tak?takkan ko nk amik Riney ngan Eva skali gus....Gus Dur pun tau tolak ansur....

Alexia Aqram berkata...

herannn..

lucy boleh men ke?
turun padang pun sebulan sekali.

ekekeke.. ;P

Kamarul XY berkata...

Eva & Riney ?! Demm..

BanDeLa berkata...

kareem....
gomen sabah x blok sokernet la...
apa da punya komen...kehkehkehkeh

feroz_sulaiman berkata...

kareem....
jannah (kem liverpool) pon kat sabah...siap kat area pedalaman lagi...

lucy...sat aku antaq wakil keningau...besok wakil keningau nak turun trening kat situ...x nak scout ka?? hehe

LuciusMaximus berkata...

Komen Kareem sangat kurang ajar

City Laundry Cafe berkata...

bukan saja kurang ajar...malah sangat bergaya,hensem dan amat patriotik...cam mana dia bole terpikir nk kuar soklan tu yek....

kareem berkata...

aduyai...ni ape plak emo tak tentu pasal nih...

Maksud gua kat sini, byk bdak smnanjung je aku tgk kt sini..(dari gaya bahasa je aku tgk pun)..

Gua xde plak nak hina sabah..Yg terasa pedas sila minum air...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...