ANDA SEDANG MEMBACA

16

CSR

LuciusMaximus Khamis, Februari 11, 2010
Usai dari lawatan kerja di Lahad Datu. Ada sebuah kilang kelapa sawit di sana yang menggunakan sisa-sisa kelapa sawit untuk dijadikan kompos atau baja organik, sekaligus mengurangkan kebergantungan pada penggunaan baja kimia dalam aktiviti perladangan mereka. Sebahagian dari sisa kelapa sawit juga turut digunakan sebagai bahan bakar biomas untuk menjana tenaga elektrik yang dibekalkan kepada sebuah kampung yang dihuni buruh-buruh ladang.

Langkah-langkah berhemah sebegini ditermakan sebagai Corporate Social Responsibility (CSR). Ia adalah tanggungjawab pihak korporat kepada alam sekitar dan juga komuniti setempat. CSR merupakan satu budaya baru dunia korporat yang meluaskan peranan mereka lebih dari sekadar sebuah organisasi yang sekadar mencari keuntungan.

Malam tadi, Chelsea juga tidak ketinggalan untuk melakukan tanggungjawab CSR mereka. Dengan memberi 3 mata penuh kepada Everton ianya bukan saja membantu kelab Merseyide berwarna biru ini dalam kedudukan liga tapi turut memberi keceriaan kepada para penyokong Everton di Goodison Park.

Chelsea dan Corporate Social Responsibility (CSR), sentiasa bergandingan bersama.

Nota kaki: John Terry pun mengamalkan CSR, dah memengandungkan anak orang dengan penuh tanggungjawab dia bayar kos untuk pengguguran. Cuma CSR yang ini maksudnya Cheater’s Screwing Responsibility.

16 Ulasan:

Nazri berkata...

Ahhh, sama la kempen hadiah krismas Manchester United haritu.

Bagus Bagus

Nanti bayar zakat pulak. Tak banyak, tiga empat game cukup la.

Terry lain, dia kena bayar Zakar.

talkIZcheap! berkata...

harharhar!! Cam haram, Nazri...

talkIZcheap! berkata...

United bg hadiah krismas, Chelsea bg angpau CNY plak... huhu

jamsarisabian berkata...

ske gle ngn kaharmonian yg trjalin antre mrke sume..men bg2 point..sweet..murni..ahahahhaha..TERBHAEK LAAAHH..haha..

Raiden berkata...

ntah semalam sume Big 4 murah hati..

CNY mgkin..

Arsenal je kedekut hua3..

Zinedine Zaiddin berkata...

Arsenal budak2 lagi..mana boleh bagi ang pau. Loserfool kan ramai yg tua2 belaka..dh nk pencen dh pun. Kena laa bagi angpau..hahaa

kareem berkata...

Alasan kalah lapuk..mcm bapuk

Unknown berkata...

saha bg angpau kat chelsea...
dia saja sepak x masuk penalti...
dia nk gol padang je

Redz da Tsar berkata...

Owh, ikut kempen hadiah krismas MU la nie? MU pun join CSR jugak semalam.. haha.. Kalau bukan CSR, hadiah Vallentine Alex untuk Martin~

HafizChan berkata...

So sweeeeeeeeeeeeeeeeet...

ayobkelubi berkata...

kalau dah kalah tu. macam2 lah keluar. CSRlah. hadiah krismas lah. macam-macam betul. cuba kalah diam saja. heheheheh

pakkordi berkata...

CSR yang diwar-warkan selalunya tak ikhlas.

deus X machina berkata...

naseb baik CSR ni tak disiarkan secara langsung

Shank berkata...

*off topic -

guwa skrg ada kat LDU - balik cuti CNY.

aktiviti ttp balik LDU . mancing hahahaha.

Liverpool / EPL next match - guwa skip . Tgklah klu ada live broadcast dr lautan silam. maybe guwa bleh ulas.hahahaha

skmt bercuti and CNY to all the Reds n sokernet.

Dewajiwa berkata...

CSR
See Ass Are. terbaik.

dueng berkata...

cool head lucy. cool head. nice one.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...