Memaparkan catatan dengan label harapan terakhir umat manusia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label harapan terakhir umat manusia. Papar semua catatan
31

Yang Hak Mengatasi Yang Bathil

LuciusMaximus Khamis, November 01, 2012 , ,



Referee United.


1) Hari ini kita semua bangun kepada pagi yang sejuk dan nyaman, unggas berkicauan dan terbang riang, kucing dan anjing berbaik-baik, LRT berjalan lancar, drebar teksi sudi membawa anda ke destinasi yang dituju dengan menggunakan meter sementara bos tidak pula bising bila anda masuk lewat. Semuanya kerana umat manusia kini gembira setelah beroleh kemenangan.

2) Chelsea menumpaskan Manchester United dengan jaringan 5-4 selepas masa tambahan dalam saingan League Cup. Ramai peminat Manchester United mendakwa bahawa Chelsea menurunkan kesebelasan utama menentang barisan pemain muda Manchester United kerana respek terhadap Red Devils. Yang sebenarnya, Chelsea memberikan respek kepada penaja League Cup, yakni Capital One.

3) Kalau pun ada juga yang masih mendakwa Chelsea menang guna 1st team lawan 2nd team Manchester United, haruslah mereka ini sedar bahawa hari Ahad lepas, Manchester United menang menggunakan 12  (14 mengikut mazhab lain) pemain melawan Chelsea dengan hanya 9 pemain.

4) Lee Mason tidak dibayar selumayan Mark Clattenburg nampaknya. Mungkin duit dah habis banyak ke Clattenburg agaknya.

5) Tiga kali Manchester United mendahului tetapi tiga kali juga Chelsea mengikat kedudukan. Dibolosi oleh pemain seperti David Luiz, Gary Cahill dan Eden Hazard adalah perkara normal. Tetapi ianya adalah penghinaan bila dibolosi oleh Daniel Sturridge dan pelari marathon Kenya, Ramires.

6) Secara agregat Chelsea-Manchester United kini terikat 7-7 hasil dari 2 perlawanan. Yang terjamin ialah satu lagi perlawanan di Old Trafford musim ini (dan kemungkinan perlawanan lain dalam FA Cup atau Champions League). Ini adalah persaingan baik lawan jahat atau umat manusia lawan setan yang maha hebat, bukan Arsenal lawan Reading.

7) Juara bertahan, Liverpool kalah dengan Swansea. Nampak percaturan bijak Swansea di situ dengan menghantar Brendan Rodgers ke Anfield?

8) Yang dah lama tak bergelar juara, Tottenham Hotspur kalah dengan Norwich. Nampak percaturan bijak Chelsea di situ dengan menghantar AVB ke White Hart Lane?

9) Dengan Chelsea menang dan Manchester United, Liverpool serta Spurs kalah maka ini bermakna tak ada siapa peduli pasal Arsenal-Reading lagi dah. Hangat tahi ayam je cerita menang 7-5 ni.

10) Bring on Leeds United.
70

Perjuangan Menentang Kuasa Kejahatan Tidak Pernal Mengenal Erti Sudah

LuciusMaximus Isnin, Oktober 29, 2012 , , ,




Ayam tambatan Red Devils


Aidiladha baru saja berlabuh pergi. Ramai juga yang berkesempatan melaksanakan ibadah korban, sementara yang tidak berkesempatan turut berkorban diet dengan memakan daging korban atau berkorban masa dengan memandu 20 kilometer sejam di lebuhraya bertol ciptaan kerajan Barisan Nasional. Semua ini manifestasi korban sebenarnya. Berkorban dalam melakukan perjuangan menentang kuasa kejahatan dan hasutan syaitan.

Sesungguhnya perjuangan menentang kuasa kejahatan tidak akan pernah mengenal erti sudah. Chelsea contohnya, sebagai kelab Harapan Terakhir Umat Manusia, masih terus berjuang menegakkan yang hak dan menghancurkan yang batil walaupun sudah menjulang Champions League. Usaha menentang kuasa kejahatan, hasutan syaitan, perancangan Illuminati tahap tertinggi mahu pun komplot sulit Freemason mesti berterusan kerana umat manusia tidak mempunyai harapan lain melainkan kepada singa-singa Aslan dari Chelsea.

Ya. Tak akan lah kita nak harapkan Arsenal yang terlalu lemah dan naif? Sekonyong-konyong ayam tambatan RVP mereka berjaya ditarik sebegitu mudah masuk ke ruang angkasa syaitan. Nak harapkan Liverpool? Kah kah kah!

Maka tidak hairanlah pertembungan kuasa baik dan jahat malam tadi disaksikan penuh debar oleh penyokong Arsenal, Liverpool dan QPR. Semua mengharapkan Chelsea untuk menang kerana mereka sudah putus asa dengan janji sia-sia pasukan masing-masing.

Tetapi Manchester United seperti biasa turun dengan segala armada kegelapan mereka. Tidak cukup dengan tentera berpakaian alas meja, Alex Ferguson turut membawa masuk ayam tambatan baru Red Devils, Mark Clattenburg.

Ini tidaklah menghairankan sebenarnya. Manchester United tidak pernah menang perlawanan EPL di Stamford Bridge sejak kali terakhir pada April 2002. Chelsea juga merupakan satu-satunya pasukan dalam sejarah EPL yang mencatat lebih banyak kemenangan (13) berbanding kekalahan (12) dalam menentang Manchester United. Patutlah Alex Ferguson membawa pemain kesayangan beliau Mark Clattenburg dalam kunjungan kali ini.

Seperti biasa, kuasa kejahatan terus terlebih dulu menguasai pertarungan. Dalam tempoh 12 minit mereka sudah pun 2 gol di hadapan, itu pun terima kasih kepada bantuan David Luiz berambut singa dan seekor Judas dari Arsenal. Tapi tidaklah Chelsea bergelar juara Eropah dan pemusnah Barcelona jika tidak boleh bangkit kembali.

Gabungan trisakti di bahagian tengah terdiri dari Hazard-Oscar-Mata menghidupkan persefahaman jitu mereka lantas membuatkan Wayne Rooney kelihatan seperti Fakri Saarani. Red Devils tertekan dalam asakan bertali arus, terpukau dengan corak permainan yang tidak mengharapkan bantuan pengadil atau penjaga garisan. Nasib baik kecemerlangan De Gea sedikit sebanyak membantu mempertahankan ruang angkasa syaitan dari dibolosi.

Namun tidak lama. Melalui satu aksi sepakan percuma yang hanya boleh kita lakukan dengan bantuan mesin bernama PS3, Mata memperdaya De Gea untuk merapatkan jurang. Kemudian masuk waktu rehat dan apabila perlawanan kembali bersambung, Ramires pula mengikat kedudukan 2-2. Peminat Liverpool dan Arsenal semua bangun bersorak.

Kemudian, di saat tertekan inilah pemain baru Manchester United mula beraksi. Mark Clattenburg, yang telah diceraikan isterinya serta pernah digantung FA kerana beban hutang peribadi yang melampau menjalankan tugas dengan melayangkad kad merah buat si Serbia Ivanovic dan Nando Torres, yang pertama kerana menjatuhkan Ashley Young dan yang kedua kerana dijatuhkan oleh Jonny Evans. Nampak permainan dia di situ? Nampak?

Chelsea bermain dengan hanya 9 orang. Menentang bukan 11, bukan 12 tetapi 14 aparat-aparat kuasa kejahatan. Pun begitu Manchester United nampak masih terlalu lemah dan Wayne Rooney masih seperti Fakri Saarani. Di saat inilah Mark Clattenburg memainkan peranan untuk gol ketiga dan penyelamat Red Devils. Umat manusia telah dianiaya sekali lagi!

Chelsea kecundang. Tetapi itulah adat hidup berjuang. Ada menang dan ada kalah. Dan selalunya kalah ini apabila pihak lawan membawa masuk 'pemain' seperti Anders Frisk, Tom Henning Ovrebo dan yang terkini pastilah Mark Clattenburg. Sebagai sebuah pasukan bola yang digeruni kawan dan lawan, adalah perkara biasa apabila syaitan seperti Manchester United (dan Barcelona) perlu bermain jahat semata-mata mahukan kemenangan duniawi.

2 kad merah, 1 gol ofsaid, 9 lawan 14. Itulah yang diperlukan oleh Manchester United semata-mata untuk mendapat 3 mata di Stamford Bridge. Pun begitu, Chelsea masih tetap klasemen. Apa ada hal?

Perlawanan malam tadi ada pemenang dan pihak yang tewas. Tetapi meminjam kata-kata seorang lagenda Chelsea yang cukup dihormati ramai:

It's a disgrace, it's a fucking disgrace!
26

Sasaran Pembelian Chelsea Untuk Musim Panas Nanti

LuciusMaximus Isnin, Februari 06, 2012 ,



Untuk perpindahan musim panas nanti aku harap AVB dan Roman Abramovich bersedia untuk memecah bank bagi mendapatkan khidmat pemain di atas.

Kalau duit dalam bank tak cukup, boleh jual Nando Torres, Super Frank dan Captain Marvel untuk kaver.

Tak cukup juga, kita jual Stamford Bridge.

Pemain berkaliber seperti di atas sangat-sangat diperlukan. Cepat sebelum Arsenal beli dulu.
17

Lawan Manchester-Manchester Yang Sebenar!

LuciusMaximus Selasa, Ogos 23, 2011 , ,


Power sungguh Manchester-Manchester ni! Tak apa, nanti jumpa Singa London baru deme tau!
37

Harapan Terakhir Umat Manusia (Dan Liverpool)















Adik Jack Wilshere, penggemar cekelat udang dan anak ikan Pipiyapong pernah berkata dengan penuh yakin bahawa Arsenal mempunyai peluang menjuarai EPL musim ini.

Tapi menyandarkan harapan kepada sekumpulan budak-budak berkulup samalah seperti menyandarkan kenangan pada sekumpulan pemain-pemain bersejarah.

Ya, kalau Liverpool ialah sandarkan pada kenangan maka Arsenal ialah kelab sandarkan pada harapan.

Macam biasa, untuk Chelsea memastikan Arsenal tidak menduduki tangga ke-2 EPL mereka hanya perlu hantar seorang pemain.


Sturridge - Jelmaan Dubuk Liar


Perebutan puncak klasemen seperti biasa menjadi taruhan antara dua kelab bolasepak paling power, Manchester United dan Chelsea. Manchester United macam kita tahu ialah Setan Merah yang terus mahu mengekalkan hegemoni dan daulat kerajaan syaitan di muka bumi ini. Dan Chelsea macam ialah penyelamat terakhir umat manusia.

Seluruh England sekarang mengharapkan pada Chelsea untuk menghalang Manchester United. Liverpool, Manchester City, Blakcburn Rovers dan semua kelab EPL lain kini bergantung harapan pada Chelsea. Kecuali Arsenal kerana mereka masih lagi berpegang pada 'In Arsene We Trust'.

Tetapi dengan hanya tinggal 4 perlawanan lagi ianya bukanlah mudah. Nasib baik Chelsea ada Nando Torreh, si dubuk albino.

Bring it on!



45

Prebiu: Fikirkan Boleh!





Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh!

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh!


Wolves 0 - Chelsea 9!
36

Harapan Terakhir Umat Manusia – Siri Ke-2

LuciusMaximus Selasa, Disember 14, 2010 , , ,


Aslan kembali


Dari pos asal bertarikh 24 Mac 2010, ketika Chelsea dan Manchester United bersaing merebut puncak klasemen dengan sejumlah 101 komen sehingga kini.

“Industri filem dan drama banyak memaparkan kisah-kisah perjuangan umat manusia menentang kuasa jahat. Kisah macam Chronicles of Narnia, Solomon Kane, Blade, Spawn, Lord Of The Ring, Gaban mahu pun Ultraman.


Motif perjuangan mereka semua sama, menegakkan kebenaran dan menentang kejahatan. Amar makruf nahi mungkar. Macam slogan Pekida, tapi tanpa elemen Abang Long.


Kuasa-kuasa jahat ini pula muncul dalam bermacam bentuk. Macam raksaksa Gorgon, pontianak, Lucifer, Sauron, Freemason dan Manchester United. Pendek kata sebarang organisasi bawah tanah yang mempunyai hubung kait dengan syaitan. Atau setan.


“Tarik Gaban ke ruang angkasa setan!”


Bahaya. Tengok apa jadi pada Liverpool di Old Trafford, kononnya Theatre of Dreams tapi sebenarnya ‘ruang angkasa setan’.


Tidak dapat dinafikan umat manusia kini di zaman kegelapan. Perpecahan sesama kita selama ini digunakan oleh kuasa jahat untuk mengambil kesempatan ke atas umat manusia. Perlahan-lahan, Manchester United telah bersedia untuk memastikan kuasa jahat terus berkuasa buat musim ke-4 berturut-turut.


Persoalannya, siapakah yang mampu menghalang kelab setan ini? Pahlawan zaman silam bernama Liverpool? Sandarkan pada kenangan. Anak-anak muda idealis yang bertenaga yakni Arsenal? Masih mentah macam Pipiyapong.


Harapan terakhir kita semua terletak di bawah kibaran panji berwarna biru dengan lambang seekor singa. Macam Aslan dalam Chronicles of Narnia, singa yang berjuang menentang kejahatan demi kebenaran. Amar makruf nahi mungkar.”

Siri Ke-2

Dan begitulah yang telah ditakdirkan oleh Sang Pencipta, sekali lagi kita umat manusia berdepan zaman getir dan penuh pancaroba. Belum genap setahun dari kisah ‘Harapan Terakhir Umat Manusia’ yang asal, sekali lagi kita bercakap mengenai Harapan Terakhir Umat Manusia. Kali ini siri ke-2.

Sesungguhnya gelombang Setan Merah itu sesat lagi menyesatkan. Didalangi pertubuhan haram seperti Illuminati dan Freemason juga gerakan Zionis, ejen-ejen mereka pantas melakukan perbuatan hina dan terkutuk untuk meletakkan dunia aman ini di bawah panji-panji kerajaan syaitan.

Kita telah melihat satu demi satu pasukan cuba menjalankan tugas membendung kuasa penjarahan kerajaan syaitan ini. Tapi satu demi satu mereka akhirnya tunduk kepada Setan Merah. Pahlawan zaman silam Liverpool terlalu menyandarkan pada kenangan. Sedang anak-anak muda Arsenal tampil dengan snood dan…

Tidak ada lagi kuasa kebaikan yang mampu berdiri di antara umat manusia dan kerajaan syaitan. Tiada melainkan satu pasukan yang satu masa dulu pernah menghalang hegemoni Setan Merah.

Chelsea.

Ya, beberapa bulan yang lalu Chelsea muncul juara EPL dan menghalang Manchester United dari kejuaraan liga ke-19, memaksa bapak setan Pak Alex menyambung karier beliau sebagai pengunyah gula-gula getah tepi padang dan menghentikan tumbukan padu ke udara oleh Jorji. Kini sekali lagi tugas tersebut digalas oleh Chelsea.

Macam 24 Mac dulu, ibarat Aslan, Chelsea sang singa adalah penyelamat tunggal umat manusia. Sang singa dan seekor dubuk liar sebenarnya.

Pertembungan dua kuasa bolasepak ini bakal menggegar dunia menjelang Ahad ini. Dan disebalik pertembungan itu adalah harapan semua umat manusia yang lain, merangkumi semua fahaman dan kepercayaan, dari Arsenal hinggalah ke West Ham United (mengikut susunan abjad).

Entri Bonus – Harapan Terakhir Umat Liverpool

Tidak dapat tidak, harapan terakhir umat Liverpool terletak di atas bahu Chelsea. Mengaku sajalah.

Nak harap pasukan sendiri yang menghalang Manchester United dari kejuaraan liga ke-19 atau Gary Neville dari tersengih macam kerang busuk 19 kali, atau Rudeboy Rooney menumbuk padu ke udara 19 kali atau Jorji, Nazri dan Fdausamad buat entri berlagak 19 hari berturut-turut? Kirim salam.

Nak harapkan Arsenal? Mereka bungkus pagi tadi dalam lilitan kelemasan snood sendiri. Manchester City? Huru-hara. Tottenham Hotspur? Belum tentu. Tak kan nak sandarkan harapan pada Newcastle United kot? Tahun 90-an dulu bolehlah.

Maka Chelsea adalah harapan terakhir umat Liverpool. Musim lepas kami melakukannya dengan menafikan angka 19 buat Manchester United. Dan nampaknya musim ini sekali lagi Chelsea memikul tugas yang sama.

Kami tidak menang Champions League 5 kali, tapi kami masih harapan terakhir umat Liverpool.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...