Memaparkan catatan dengan label liverpool - sandarkan pada kenangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label liverpool - sandarkan pada kenangan. Papar semua catatan
36

Di Mana Liverpool? - Satu Penghinaan Terancang!








Gambarajah di atas diambil dari Daily Mail dan hari ini turut dicetak dalam mukasurat 39 akhbar tempatan iaitu New Straits Times.

Abdul merasa kecewa dan tersinggung dengan tindakan Daily Mail dan New Straits Times yang langsung tidak mengambil kira sensitiviti para peminat Liverpool sehingga mengabaikan kelab bersejarah itu dari gambarajah The Title Run-in ini. Kenapa kedua-dua Manchester dimasukkan berserta Arsenal, Chelsea dan Spurs tetapi tidak Liverpool? Kenapa?!

Dengan itu Abdul telah bertindak pantas membuat laporan polis dan berharap pihak polis boleh mengambil tindakan segera ke atas Daily Mail dan New Straits Times! Abdul juga akan mengemukakan saman berjumlah RM500 JUTA kepada kedua-dua akhbar tersebut kerana telah mendatangkan kemaluan yang amat besar buat Liverpool dan penyokongnya!

UPDATE - 11:36AM 4th March 2010

Latest police report that I lodged is:

JTRAZAK/001895/11

Lodged the above police report today, against Daily Mail and New Straits Times for embarrassing Liverpool and its fans.

To Papa @ King Abdullah of Saudi Arabia

Please help me to sue this two newspapers and don't forget to bank in USD1 billion to my Al-Rajhi Bank account number.

Prince Abdul Sokernet
52

Sokkermik #5 - Lord of the Kop End - Return of King Kenny

Obefiend Weiland Sabtu, Januari 08, 2011 , ,


HYEAHHHHHHHH!!



53

The Twelfth Man - The Facts




Lagenda Orang Ke-12


Sempena perlawanan antara kelab Klasemen dan kelab pertengahan table hujung minggu ini, ada baiknya kita berbicara tentang mitos orang ke 12. Di A Field, penyokong kelab kedua terbesar di Merseyside suka sembang kencang (macam Pidomat) tentang kehebatan penyokong tuan rumah. Mengikut cerita mitos setanding Hikayat Malim Deman dan Mahabharata penyokong penuh diusi ini, kehadiran lebih 40 ribu penyokong Liverpool akan memberikan advantage seakan ada pemain ke 12 diatas padang. Setiap kali menang game besar di A field mereka akan mula menceritakan tentang kehebatan 12th Man mereka. Hujung Kop yang dipenuhi retards dan bin-dippers lah yang selalunya mendapat pujian. What's the big fucking deal about The Kop End anyway? Semuanya useless macam gelang magnetik Fiona.

Aku dah naik bosan dengan cerita bohong ni sampai dah berbuih taik telinga mendengarnya. Kalau ada sorang lain penyokong Liverpool menceritakan kepada aku tentang orang ke 12 , aku akanpergi singgah rumah Pipiyapong pinjam spanar, pergi rumah Lucius pinjam dubuk liar dan akhir sekali rumah Bart Ahmad pinjam minyak racing grade satu liter. Kemudia aku hentak kepala fan liverpool tadi sampai koma dengan spanar Pipi. Biarkan dubuk liar Lucy gigit tubuh pengsan si penyokong tadi sebelum bakar mayat dia macam gaya tradisional orang Banting. You know, like what they did to Sosilawati.



Lately kalau korang perasan keberkesanan The 12th Man ini tidak lagi kelihatan. Soalannya mengapa? Well aku akan bagitu kenapa The 12th Man tidak lagi efektif. Sebabnya ialah kelab Klasemen MUFC ada 12th, 13th, 14th dan 15th men diatas dan ditepi padang dalam SEMUA game tak kira home atau away. Kalau foul dia kata tak foul. Patut gol linesman kata offside. Kalau nak kalah dia bagi masa tambahan berlebihan untuk seri. Mana boleh 12 orang kamu lawan 15 orang Man United! Pasal itu lah Man United kelab terbaik EPL. Mana ada kelab lain ada advantage on the field macam diorang. Oleh itu redhakan sahaja when Fergie knock you off your fucking perch!



Time keeper man, linesemen dan ref semua menjunjung titah Sir Ferg

7

Siri Kenali Pemain Afrika








Nama: Benjani Mwaruwari
Asal: Zimbabwe
Minuman Kegemaran: Milo Ais (Milo tabur atas)
Makanan Kegemaran: Nasi Goreng Kampung Telur Mata 2 Kuning Kasi Cair
Pemimpin Idola: Robert Mugabe
Pemain Idola: Nando Torres
Pengurus Idola: Uncle Roy
Kelab Idola: Liverpool FC
Kegiatan Masa Lapang: Bersantai di rumah sambil menonton Astro B.yond
45

Martin Škrtel Yang Sngal


Apa ke mangkok si botak ni?


Whai Martin Škrtel. Aku tau ngkau kmaruk nak mnjaringkal gol. Tpi jnganlah smpai dua-dua gol ngkau nak tpau? Ptut bleh tmpat ktujuh skarang trpaksa stel dtempat ksepuluh. Lain kli jgan jringkan gol untuk phak lwan ok Škrtel. Trpaksa Ckgu Jnnah post gmbar anjng-anjng lgi skali

From this



To this?



Sementara itu Lennon have the final say. peace yo peace yo!



Imagine there's no klasemen
It's easy if you try
No teams below us
Above us only Newcastle
Imagine all the scousers
Living for today...

Imagine there's no United
It isn't hard to do
Nothing to kill or die for
And no Everton too
Imagine all the people
Living life in peace...

You may say I'm a dreamer
But I'm not the only one
I hope someday you'll join us
And Liverpool will be as one
33

Jenis-Jenis Klasemen







Klasemen Dalam Kenangan


Kawan - Kawan Klasemen


Kempunan Nak Klasemen


Menang Tapi Tak Klasemen



Kalah Tapi Masih Klasemen!



Hehehe.

30

Ricardo Fuller + Kanye West >> Torres >> Drogba



Kenangan manis Kanye dan Ricardo

Minggu lepas antara ayat yang ditasbihkan peminat Liverpool ialah "We have turn a corner" . "Dua mata sahaja dibelakang Spurs" , "We want our CL place back " serta "Nando is back to his best". Bab buat cogan kata memang pandai ye Liverpool? Kalah cogan kata "Q Bistro" tempat budak-budak Sokernet lepak malam tadi. Betul tak Luca? Ha ha ha!

Tengah minggu haritu draw dengan Wigan. Hari ni kalah pula dengan Stoke di Brittanica. Oh jangan dilupakan penangan Northampton dan Blackpool dengan ucapan silalah kembali ke bottom 3 secepat mungkin.





Video Kelip Pilehan Bersama



27

Rebiu: Can Mali Can

LuciusMaximus Isnin, November 08, 2010 , , ,

Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can
Ketipung Payung


SMS dari Carlo Ancelotti sebelum perlawanan.

Kasi can la Liverpool menang, ye dak?

Siyes ke?

Siyes la. Takkan nak biar kelab bersejarah dan berprestij terus kat ambang relegasi? Karang yang seronok Gary Neville juga.

Okay la. Kasi can.


Maka Chelsea memulakan perlawanan tanpa kelibat dubuk liar, The Drog. Ramires dimasukkan di bahagian tengah bersama Zhirkov, dua posisi yang lazimnya diisi oleh Lampard dan Essien.

Bukan pandang rendah. Sekadar kasi can.

Awal perlawanan, Chelsea bermain dengan rentak yang lebih perlahan sementara Liverpool nampaknya cuba mencari gol seawal mungkin. Menyedari The Reds begitu bersemangat untuk menjaringkan gol seawal mungkin, The Blues dengan murah hati membuka ruang.

Minit ke-11, Terry dan Cech sepakat untuk memberi Torres peluang merembat gol pertama. Ini namanya hidup bermuafakat dan bertolak ansur.

Sebaik saja gol pertama dijaringkan, Chelsea bertukar kepada gear tinggi dan mula melajukan rentak permainan. Kedua pasukan saling menyerang pun begitu di sebalik The Reds mendahului, Anfield masih sunyi dari lagu keramat You’ll Never Walk Alone.

Bothered? Bukan ada Dennis Wise dengan Vinnie Jones.

Atas semangat setiakawan dan menghargai lagu yang bagus, Branislav Ivanovic memberi peluang buat Torres untuk sekali lagi merobek gawang Chelsea. Gol minit ke-44 dibiarkan dengan sahaja oleh Cech. Kasi can katanya.

Barulah Anfield bergema dengan lagu keramat mereka.

Separuh masa kedua mempunyai wajah berbeza apabila jaguh klasemen, Chelsea mula bertaring. Dubuk liar The Drog dimasukkan untuk memberi latihan pertahanan buat para pemain Liverpool. Kemudiannya King Carlo meletakkan Bosingwa mengganti Ivanovic di sebelah kanan, untuk memberi kelebihan overlapping di kedua belah sayap Chelsea. Sturridge dimasukkan sebagai pilihan terakhir untuk menggandakan kuasa serangan berantai.

Liverpool banyak bertahan di separuh masa kedua dan ini bersesuaian dengan apa yang telah direncanakan oleh King Carlo. Yakni memberi latihan kepada Liverpool untuk bermain dalam tekanan serangan dari pihak alwan yang dikepalai oleh seekor dubuk liar. Untuk Chelsea pula, bermain dalam keadaan ketinggalan dua gol dan terdesak untuk mengejar adalah bagus sebagai persediaan pusingan kalah mati Champions League nanti.

Pepe Reina cemerlang di gawang, menafikan rembatan jarak dekat Malouda pada minit ke-66 setelah menerima lorongan cantik dari The Drog. Sementara itu seorang lagi pemain bernama Palang Gol juga turut cemerlang bila berjaya menghalang percubaan Anelka kemudiannya.

Secara keseluruhan, ianya permainan yang baik. Liverpool menguasai separuh masa pertama dengan kebijaksanaan Torres sementara Chelsea pula menyerlah di separuh masa kedua tetapi dinafikan oleh keutuhan pertahanan Liverpool di bawah kelolaan Carragher.

Mungkin ianya bukan bolasepak sebenar dari sudut Manchester United. Kerana bolasepak sebenar bagi mereka ialah tidak kalah tapi banyak seri dengan kelab entah mana-mana. Mungkin juga bukan bolasepak ART mengikut kaca mata Arsenal. Kerana bolasepak ART bagi mereka ialah kalah mengejut dengan kelab entah mana-mana

Dengan 3 mata penuh, Liverpool naik ke tangga ke-9. Ia satu perkembangan sihat yang dialu-alukan oleh Chelsea yang seperti biasa, masih klasemen.

Ya masih klasemen. Kerana hanya Chelsea yang mampu menghalang Gary Neville dari mencecah angka 19.

“Chelsea tak rugi pun hilang 3 mata today” – SMS dari Jannah Liverpool.

Betul. Apa ada hal?
7

Amanat Ian Rush Kepada Peminat Sandarkan Pada Kenangan

LuciusMaximus Ahad, November 07, 2010 ,

“You can’t keep on living in the past. Just the same as Liverpool, the club, can’t keep living in the past. So basically, just keep quiet and say nothing more about my club.”
45

Prebiu: Liverpool Lawan Chelsea

LuciusMaximus Sabtu, November 06, 2010 , ,




Tepuk amai-amai
Belalang kupu-kupu
Torres jangan nangis
Drogba beli susu

Susu lemak manis
Santan kelapa muda
Liverpool dapat telur
Chelsea terklasemen

Chelsea telah memenangi 2 EPL, 3 FA Cup, 1 League Cup dan 1 Community Shield semenjak Liverpool kali terakhir memenangi sebarang piala.

1 Februari 1992, Dennis Wise dan Vinnie Jones bertandang ke Anfield dan melekatkan kad bertulis "We're bothered" di atas papan tanda 'This Is Anfield' sebelum perlawanan. Chelsea menang 2-1 kemudiannya.

"I don't think anyone is intimidated by Liverpool any more. Their reputation has almost disappeared" - Graeme Le Saux (otai The Blues)

16

'Liverpool' 4 - Werder Bremen 0: Skuad Sejarah Mengganas Di Eropah!

Tak senonoh la uols ni cakap Liverpool tak main kat Champions League! I kan ada, I kan Liverpool, tulen taw! Cuma sekarang I tak pakai tali leher merah je dah, I pilih kaler biru lak. Baru Keep The Blue Flag Flying High! Hiks!
28

Sokernet@Mamak: Craven Café Bukit Antarabangsa

Panel Pengulas:
1) Nazri
2) Pipiyapong
3) Lucius Maximus

Datang Lambat:
1) Jorji (tunggu kelulusan permit dari orang rumah)

Tidak Hadir Tanpa Maaf:
1) Fdausamad (tetamu datang beraya mengejut)
2) Luca De Ketiak (pergi rumah terbuka mengejut)

Jemputan Khas:
1) Pakkordi (wakil Liverpool untuk dianjing)
2) Zan (wakil Liverpool untuk dianjing)
3) Dila Raden (pemerhati bebas)
4) Stam Mustapha (pemerhati bebas)

Perlawanan 1: Manchester United lawan Liverpool

Sinopsis: Venue awal forum perdana ehwal bola ini sepatutnya dilangsungkan di Restoran Ali Maju Ukay Perdana tapi ditukar saat-saat akhir ke Craven Café Bukit Antarabangsa. Alasan penganjur majlis, Nazri ialah kerana Bukit Antarabangsa nampak macam ‘international’ sikit. Tapi aku saspek dia ada hutang roti kosong dengan teh ‘o’ tak settle lagi dengan Ali Maju, tu yang kena senarai hitam kot.

1 Sepak mula perlawanan antara Manchester United menentang kelab bawahan, Liverpool. Ini bukan menganjing ya memang betul Liverpool ‘bottom half’ liga. Lainlah Blackpool yang lawan dengan Chelsea, yang itu kira perlawanan ‘top half’ liga.

10 Seperti biasa Manchester United bermula garang dan Fernando Torres nampak macam K Nanthakumar je gayanya. Pun begitu Pakkordi dan Zan nampak optimis, muka tu ada terpancar aurau ‘this is our season’ versi ke berapa entah. Nazri macam biasa awal-awal dah menganjing. Dila Raden dan Stam Mustapha lebih banyak berdiam sesuai status sebagai pemerhati bebas kot. Pipiyapong pula diam-diam ala ‘ART’ konon, tak pun mungkin masih trauma dengan gol lewat Darren Bent malam sebelumnya.

20 Awal-awal lagi ayam tambatan Liverpool bernama Fernando Torres dah nampak cam haram mainnya. Aku bilang Torres ni dah tak boleh pakai. Zan dan Pakkordi nampak bersetuju. Pemalas, tambah Pakkordi lagi. Dalam pada itu aku tekankan adalah lebih baik andai Roy Hodgson bawa masuk Bobby Zamora dari mamat bernama Paul Konchesky yang nampak tak berapa boleh pakai. Ya, Liverpool perlukan pemain yang rajin dan kerja kuat macam Zamora.

25 Dari pengamatan mata kasar aku, dalam Liverpool hanya Dirk Kuyt dan Steven Gerrard saja yang rajin serta kerja kuat. Dulu ada Yossi Benayoun, tapi dia buat pilihan bijak ke Chelsea. Gerrard bila lagi?

30 Ada undian keluar di TV bertanya jika Joe Cole bakal menjaringkan gol malam ini. Gilalah, Joe Cole masuk Liverpool macam bintang lagaknya. Joe Cole je pun, masa Chelsea dulu pun bukan regular 1st eleven aku cakap lepas pada Pakkordi. Heh ada prospek kena taji dengan otai nanti.

35 Zan bertindak meninggalkan sidang majlis secara tiba-tiba. Beli rokok katanya padahal Craven Café pun ada jual rokok. Nak pergi usha awek la tu kot.

40 Luca De Ketiak melaporkan dari Taman Medan ada rumah terbuka mengejut. Memang ketiak betul!

41 GOL! Berbatov menanduk baik tendangan sudut Giggs sambil Torres membelai belakangnya. Konchesky pantas mengambil tugas penjaga gol Liverpool dari Reina dengan cuba menghalang bola di atas garisan menggunakan tangan. Dasar Scouser! Nazri tersengih macam kambing. Pakkordi dan Zan tepuk dahi. Dila Raden dan Stam Mustapha diam sebagai pemerhati bebas. Pipiyapong masih ART. 1-0

45 Sini banyak MILF, kata Zan meyimpulkan prestasi keseluruhan Liverpool babak separuh masa pertama. Tukar topik konon!

Tamat Separuh Masa Pertama. Tindakan Zan bangun membeli rokok tadi membuatkan pertahanan Liverpool sedikit goyah. Pakkordi pula sibuk melayan anjingan Nazri. Dilaporkan Jorji dalam perjalanan ke Craven Café untuk menajamkan barisan anjingan Manchester United. Mungkinkah Liverpool memerlukan Benayoun separuh masa kedua? Oh lupa, Benayoun dah sayonara ke Chelsea.

50 Ketibaan Jorji setelah mendapat lampu hijau dari orang rumah. Kena makan dulu, basuh pinggan, duduk diam-diam katanya sebelum orang rumah tegur “kata nak pergi tengok bola?”.

57 Nani menggegar palang! Dengan pantas aku timbulkan kembali teori ‘Liverpool is Leeds in the making’. Kalau sekali ini Liverpool masih gagal layak ke Champions League atau menang EPL, kelab ini bakal bungkus macam Leeds United. Zan hanya menarik asap rokok dengan panjang. Pakkordi usha macam nak makan aku, kot?

59 GOL! Belum habis palang bergegar akibat rembatan Nani, tiba-tiba Berbatov melakukan magik hasil hantaran lintang Nani. Lipat maut Berbatov memukau Reina yang terpaku macam biasa. Jorji dan Nazri terus menganjing, Pakkordi dan Zan dua-dua hanya mampu menyalakan api rokok. 2-0

60 Gol kedua Berbatov memang tak patut, ulas Zan. Aku berkira-kira jika Rooney dapat menjaringkan gol malam ini. Jorji memang dah depan mata, bila lagi nak tengok aksi tumbukan padu ke udara secara live?

63 Penalti! Torres jatuh lagi macam biasa, dah mengalahkan Drogba aku tengok. Evans dapat kad raya dari pengadil dan…

64 GOL! Gerrard pantas merembat sepakan penalti menundukkan Van Der Sar. 2-1

66 Liverpool ada peluang comeback, kata Pakkordi. This is our season, tambah Zan pula. Pipiyapong bangun untuk top-up nasi kandar, makan nasi malam-malam ni ART katanya.

67 Torres tersungkur lagi, memang tak sia-sia Liverpool beli dari Atletico Madrid, setelah dihalang oleh O’Shea. Pengadil sekali lagi melayangkan kad raya buat pemain Manchester United. Tendangan percuma di bibir kotak penalti buat Liverpool

69 Kalau Gerrard skor konfem dia cium kamera kata Jorji.

70! GOL! Rembatan Gerrard melepasi celah O’Shea dan Fletcher kemudian terus ke gawang Manchester United. Gerrard berlari pantas ke kamera terdekat dan mencumbuinya dengan penuh syahwat. 2-2

75 Kamera ialah satu-satunya benda yang dapat dicium Gerrard musim ini, jelas Jorji. MILF meja belakang memang hot, tambah Nazri. Aku toleh dan nampak MILF berbaju kuda belang.

80 Manchester United kembali mengatur rentak. Pipiyapong habis makan nasi. Hairan juga aku makan nasi malam-malam tapi kurus kering juga, mesti ada berdampingan dengan hantu raya aku syak.

84 GOL! Berbatov melakukan hatrik. Semua pakcik-pakcik sekitar Craven Café tepuk dahi. Tinggal 6 minit dan adakah Liverpool akan kembali mengikat Manchester United? 3-2

90 Masa tambahan selama 4 minit. Ada peluang comeback kata Pakkordi. This is our season, tambah Zan pula.

90+4 Pengadil Howard Webb meniup wisel penamat. Permainan bolasepak sebenar jelas Jorji. Nasi sini sedap ulas Pipiyapong. Balik layan bini lagi bagus kata Pakkordi. Okay balik dulu esok nak kerja adalah pemerhatian bebas dari Dila Raden. Kekalahan Liverpool bermakna mereka kini berada hampir dengan zon penyingkiran. Memang liga baru bermula tapi apakah kebarangkalian Liverpool tersingkir dari EPL musim ini? Zan hanya mampu terkedu mendengar soalan aku sedang Nazri pula gelak terbahak-bahak. Ah, sandarkan pada kenangan sudah.

Perlawanan 2: Chelsea lawan Blackpool

Sinopsis: Jorji kata perlawanan Chelsea membosankan tapi atas sebab yang tidak diketahui masih berada di Craven Café untuk perlawanan kedua. Adakah Chelsea akan menang dan kekal di klasemen? Melihat kepada prestasi Liverpool sebentar tadi nampaknya Chelsea bakal menang mudah ke atas Blackpool, adik-beradik se-pool kata Zan.

9 Kami terlepas sepak mula dan gol pertama Chelsea oleh Salomon Kalou. Mamak Craven Café boleh tertayang lumba kereta untuk 9 minit yang pertama. Apa ingat kami semua pengulas dari Racingnet ke?

11 Chelsea punya permainan membosankan, kata Jorji lagi.

12 GOL! Malouda menerima lorongan Drogba dan menyumbatkan gol kedua Chelsea. Masih ada baki 78 minit lagi. 2-0

20 Secara efektifnya perlawanan ini sudah ada pemenangnya. Mungkin ini yang dimaksudkan oleh Jorji sebagai bosan kerana selepas hanya 12 minit memang sah Chelsea menang dan kekal di puncak klasemen.

30 GOL! Ashley Cole memintas bola dan membuka peluang buat Drogba menyumbatkan gol ke-3. 3-0

35 Nazri dan Zan khusyuk berbual tentang Sosilawati dan ladang Datuk peguam di Banting. Pipiyapong duduk diam mendengar penuh ART.

40 Pemerhati bebas Stam Mustapha bergerak pulang. Balik Banting nak bunuh dan bakar orang katanya. Panel pengulas bersembang pasal polis Malaysia, lebih banyak mengutuk dari memuji.

41 GOL! Malouda meledakkan gol ke-4 Chelsea dan ke-2 buat dirinya. Ah terklasemen dibuatnya. 4-0

45 MILF kuda belang lalu sebentar. Boleh kacau dibuatnya.

Tamat Separuh Masa Pertama. Perbincangan dah melalut ke Sejarah Melayu, Kesultanan Melayu Melaka dan cerita pasal parang terbang. Semua ahli panel berbincang rancak kecuali Pipiyapong yang tetap diam-diam ART.

46 – 90 Sepanjang babak kedua perlawanan Chelsea menyerang Blackpool bertali arus dan hampir menambah jaringan jika tidak pertahanan kental Blackpool. Kesemua pengulas lebih banyak fokus kepada perbincangan mengenai parang terbang dan sebagainya. Petanda awal semua pengulas kem lain sudah putus harapan mencabar The Blues.

(Nota kaki: Sebarang kekhilafan dalam artikel ini memang disengajakan)
87

Slot Mari Bersama Abang Fakta – Nando Torres, Hebat Sangatkah Dia?

(Kita hentikan budaya main-main header ini sebelum kem Tottenham Hotspur atau Fulham turut serta. Apalah sangat takat menang buat header ART tapi menang pialanya tak ke mana. Budaya-budaya ART ni kegemaran geng Arsenal, Thierry Henry dan Pipiyapong je. Tapi kalau nak harapkan ART memang tak ke mana. Tak percaya tanya Vincent van Gogh)

Hari tu aku ada pos satu entri menganjing budak-budak Liverpool. Memang musim 2010/11 ini aku fokuskan untuk menganjing Liverpool (musim 2009/10 khas untuk menganjing Arsenal kalau masih ingat pos aku yang kontroversi dulu).

Macam biasalah bila menganjing akan ada yang cuba untuk menegakkan benang yang basah, masih lagi nak pertahankan pemain manja mereka bernama Fernando Torres. Maka pengomen-pengomen tegar Sokernet yang guna simbol Ayam Brand dalam profail blogger mereka (Shankly, Mukmin Selamat, Jarr, Freemen dan beberapa kerat lagi) mulalah bermain dengan fakta.

Macam-macam bendalah diungkit, Drogba skor 88 gol sebab dah banyak mainlah, Drogba lagi lama dengan Chelsea bandingkan Torres dengan Liverpool-lah, zaman Scolari dulu Drogba langsung tak skor-lah, Torres selalu cederalah, Drogba tak hensem macam Torreslah dan banyak lagi. Semuanya untuk menangkis bila aku letak gambar Drogba tak pakai baju ucap tahniah pada Torres.

Okay, nak main fakta sangat? Kita ulang balik:


TAHNIAH FERNANDO TORRES ATAS KEJAYAAN MENJARINGKAN GOL KE-50 BERSAMA LIVERPOOL


Dari Diego Forlan, 88 gol bersama Atletico Madrid, 1 Europa League, 1 UEFA Super Cup


Heh, Diego Forlan. Kenapa Forlan? Sebab kita nak main fakta sikit.

Forlan berpindah ke Atletico Madrid dari Villareal tanggal 30 Jun 2007, setelah khabar angin mengenai kemungkinan Fernando Torres meninggalkan Vicente Calderon menjadi semakin nyata. Dengan harga berjumlah EUR21 juta, Forlan menjadi pilihan pengurus masa itu Javier Aguirre untuk mempertajamkan barisan serangan Los Colchoneros.

Pelaburan yang dibuat Aguirre terbukti satu tindakan yang bijak kemudiannya kerana pada 4 Julai 2007 Torres secara sah menyertai Liverpool dengan bayaran perpindahan berjumlah EUR31 juta (GBP26.5 X 1.2 dengan Luis Garcia sebagai pertukaran kepada Atletico Madrid). Bayaran perpindahan untuk Torres merupakan satu rekod perbelanjaan tertinggi oleh Liverpool dan buat Atletico Madrid, ianya merupakan bayaran perpindahan tertinggi pernah mereka terima.

Dibandingkan jumlah perpindahan antara Forlan dan Torres, Atletico Madrid memperolehi keuntungan secara kasar berjumlah EUR10 juta. Lebihan ini kemudiannya dibelanjakan untuk mendapatkan khidmat Simao dari Benfica dan Jose Antonio Reyes dari sebuah kelab ART di London.

Dengan ini lengkaplah rombakan yang berlaku buat kedua-dua kelab England dan Sepanyol. Torres yang pernah mengepalai Atletico Madrid berpindah ke Liverpool dalam apa yang dipercayai beliau sebagai sebuah kelab besar dan bersejarah. Forlan pula mencuba nasib di Atletico Madrid, 9 La Liga dan 9 Copa del Rey bukti ia bukanlah sebuah kelab kecil jika hendak dibandingkan dengan Liverpool.

Dalam musim bolasepak 2007/08, yang pertama buat kedua pemain bersama kelab baru mereka, Torres dilihat lebih berjaya dengan menjaringkan 33 gol dari 46 penampilan buat Liverpool, sedan Forlan hanya 23 gol dari 53 penampilan. Kemudian prestasi Torres merudum, hanya 17 gol dari 38 penampilan pada musim 2008/09 dan 22 gol dari 32 penampilan pada musim 2009/10. Sedang Forlan pula mencetak 35 gol dari 45 penampilan dan 28 gol dari 56 penampilan buat musim 2008/09 dan 2009/10.

Untuk musim ini, Forlan telah menjaringkan 2 gol dari 2 penampilan sedan Torres hanya 1 gol dari 4 penampilan. Rekod kedua-dua pemain buat masa ini adalah pada kadar berikut:

Fernando Torres – 73 gol dari 120 penampilan (purata 0.61)
Diego Forlan – 88 gol dari 156 penampilan (purata 0.56)

Purata gol setiap penampilan Torres baik sedikit berbanding Forlan, tetapi Forlan lebih banyak menghasilkan gol dan bermain untuk kelabnya. Kelebihan ini berpunca dari kelemahan Torres sendiri yang sentiasa dibayangi kecederaan dan kegagalan unit rawatan Liverpool untuk memastikan penyerang utama mereka berada dalam keadaan terbaik dengan lebih kerap.

Seperkara lagi yang perlu diambil kira ialah rekod jaringan Forlan bersama Atletico Madrid. Dengan 88 gol setakat ini, Forlan hanya perlukan 3 gol untuk menyamai rekod Torres sebagai penjaring ke-10 tertinggi untuk Atletico Madrid (gol Torres bersama Atletico Madrid ialah 91). Tambahan satu lagi dan Forlan menyamai rekod Manolo dan pastinya dalam musim 2010/11 ini bakal menyingkirkan Torres dari senarai 10 penjaring tertinggi Atletico Madrid.

Sedang Torres, dengan hanya 73 gol setakat ini masih memerlukan 57 gol buat menyamai Jack Parkinson (penjaring ke-10 tertinggi Liverpool).

Dari fakta di atas kita dapat menilai siapa yang lebih berjaya bersama kelab baru mereka. Dan untuk Atletico Madrid dan Liverpool, kita boleh mengagak siapa telah melakukan pembelian yang bijak dan berhemah.

Jika fakta dan statistik ini tidak cukup, maka kita hanya perlu menilai kejayaan setiap pemain bersama kelab baru mereka.

Diego Forlan sejak menyertai Atletico Madrid kini telah berjaya mengucupi trofi Europa League dan UEFA Super Cup. Fernando Torres pula masih belum mengucupi apa-apa trofi bersama Liverpool dan kini hanya menunggu masa untuk mengikut jejak Steven Gerrard dalam melakukan tabiat tak senonoh yakni mengucupi lensa kamera.

Persoalannya:

1) Adakah Fernando Torres tersilap besar ketika meninggalkan Atletico Madrid dan memilih Liverpool dengan menyangka kelab Merseyside ini lebih besar dan bersejarah dari Atletico Madrid?

2) Adakah Liverpool tersilap besar kerana membeli Fernando Torres dan bukannya abang Diego Forlan yang lebih mantap, macho dan tidak lembik hingga mudah tercedera macam si Nando?

3) Siapa yang sengal sebenarnya? Torres atau Liverpool? Atau bekas idola pujaan Kpites sekalian, Rafa Benitez?

Hanya Shankly, Mukmin Selamat, Jarr, Freemen dan sebagainya saja yang mampu menjawab persoalan ini.

p/s: Hari tu saja aku letak 'Gol Ke-50 Bersama Liverpool' sebab Jannah dah tulis macam tu dulu. Adik Kardio tak payah la marah-marah, dalam bab menganjing dan membakar ni, lagi sedap bila kita 'quote' sebijik balik apa pengulas kem lain cakap
53

Liga Juara-Juara: MSK Zilina Dapat Laluan Mudah Ke Akhir!

Kumpulan A Internazionale Werder Bremen Tottenham Hotspur FC Twente

Kumpulan B Olympique Lyon SL Benfica Schalke 04 Hapoel Tel-Aviv

Kumpulan C Manchester United Valencia Rangers Bursaspor

Kumpulan D FC Barcelona Panathinaikos FC Kobenhavn Rubin Kazan

Kumpulan E Bayern Munich AS Roma FC Basel CFR Cluj

Kumpulan F Chelsea Olympique Marseille Spartak Movska MSK Zilina

Kumpulan G AC Milan Real Madrid Ajax Amsterdam AJ Auxerre

Kumpulan H Arsenal Shakhtar Donetsk SC Braga Partizan Belgrade

Liga Juara-Juara musim 2010/11 kembali lagi! Untuk mereka yang kurang arif, Liga Juara-Juara ini disertai oleh kelab-kelab yang merupakan juara bolasepak Eropah. Kelab yang tidak bergelar juara pula selalunya disuruh main dalam Europa League, sejenis liga buang karan.

Berdasarkan percaturan di atas, kelab Slovakia MSK Zilina dilihat mempunyai harapan cerah untuk bergelar juara.

Sementara itu di Anfield…










59

Tahniah Spurs! Welcome To The Club

LuciusMaximus Khamis, Ogos 26, 2010
Tottenham Hotspur menang ke atas BSC Young Boys malam tadi dengan jaringan 4-0 sekaligus layak ke peringkat kumpulan Champions League dengan agregat 6-3. Peter Crouch menjaringkan hat-trick, tak sia-sia ‘tiang lampu’ ni blah dari Liverpool.

Dengan kejayaan ini, Spurs secara sah menyertai 3 kelab England yang lain yakni Chelsea, Manchester United dan Arsenal dalam membawa bendera Three Lions ke dalam saingan Champions League.

Tahniah Spurs! Memang sah anda layak menyertai Club Big 4.

Sementara itu di Anfield…










32

Cap Ayam Revisited

LuciusMaximus Selasa, Ogos 24, 2010 ,

Kita ulang kembali gambar nostalgia ini sempena meraikan ketewasan Liverpool. Ya, sandarkan pada tin sardin Ayam Brand!
35

YEZZZZZZZZZAAAAAAAAAAAAAA

Man City 3 - 0 Liverpool



8

Review Lambat - Liverpool 2- 0 Robotnicki

Agregat 4-0

Yeaah!!! Liverpool layak meneruskan saingan seterusnya didalam Liga Europa. Tahniah! Sedang pemain kelab lain membuang masa bermain perlawanan persahabatan, kelab terbaik di England (citation needed) sudahpun bermain dua game kompetetif sebelum Liga Barclay bermula. ini menunjukkan kesungguhan pasukan dari Mersey untuk memastikan tahun ini pastilah sangat adalah tahun mereka. Dengan pembelian Joe Cole , bekas pemain berkaliber dari pasukan Chelsea - Liverpool menunjukkan mereka masih sebuah kelab besar. Jika Liverpool bukan kelab yang hebat masakan seorang pemain bangku simpanan The Blues mahu berpindah kesana?

Apa-apapun dalam perlawanan semalam, Liverpool menganyang pasukan berkaliber Robotnicki 2-0. Gol dijaringkan oleh David Ngog dan Steven Gerrard. Nampaknya keputusan pihak pengurusan Liverpool untuk melantik Roy Hodgson membuahkan hasil serta merta. Roy menggunakan pengalaman luas beliau didalam Europa League dari musim lepas dengan jayanya.

Walaupun perlawanan semalam tidak ditayangkan secara langsung di kaca LCD mamak, pihak Sokernet berjaya mendapatkan rakaman ekslusif ehsan Shankly, pengomen kental dan penyokong Liverpol paling hardcore di Sokernet. Terima kasih der.




45

Pesanan Khidmat Masyarakat - Peminat Sandarkan Pada Kenangan Digesa Jauhi Jersi Baru Liverpool

LuciusMaximus Khamis, April 08, 2010 ,

Pihak Sokernet telah berjaya menghubungi jabatan agama petang tadi untuk bertanyakan satu soalan penting.

Tidak, kami bukan bertanya kadar zakat tahun ni agak-agak berapa.

Tapi kami bertanya apakah hukum haram riba itu sama beratnya dengan hukum haram ke atas arak?

Jawapan yang pihak Sokernet terima ialah riba itu hukumnya haram, sama seperti arak. Seperti arak juga keharaman riba itu meliputi mereka yang memberi, mengambil atau terlibat dengan riba. Malahan mudarat dari sistem riba itu boleh menjadi lebih umum dari arak kerana ianya melibatkan segenap lapisan masyarakat, meruntuhkan ekonomi, menindas orang miskin dan mengancam kestabilan sosial.

Sokernet tidak berniat untuk berceramah agama tetapi atas tanggungjawab sosial, pihak Sokernet suka menekankan di sini bahawa bagi peminat-peminat Liverpool yang pernah memboikot jersi Liverpool kerana ada tulisan Carlsberg, sebaik-baiknya konsistenlah dalam pegangan anda dan boikotlah jersi Liverpool yang ada tulisan Standard Chartered juga.

Bagi mereka yang tidak pernah peduli, bolehlah terus membeli Carlsberg dengan kad kredit Standard Chartered anda.

Cuma aku nak tanya satu benda je, apasal awal gila Liverpool dah keluar jersi musim depan? Apa musim 2009/10 kamu semua dah habis awal ke?
25

ALL TOGETHER NOW - YA A AWWWW!!!! (DENGAN UPDATE)

UPDATE DI BAWAH


Alaa, tak menang cup takpe, janji menang 4-1 dengan Man U, dulu kata mereka.

Alaa, menang dengan Liverpool dan menang cup, tahun ni, kata kita, okey le tu.

Saya pernah kata, kehinaan satu-satu team bila mamat di bawah ini score.


Tanya Pipiyapong, macam mana peritnya hati.

Ah, kali ini memang terang lagi bersuluh kami kem Manchester United nak riak habis-habisan, poyo, bongkak dan segala perkataan yang kamu bencikan itu.

Kepada pasukan "Sandarkan Pada Kenangan", teruskan hidup anda dengan tabah, kami dedikasikan lagu di bawah untuk anda.

Ye, kita kalah 1-4 di Old Trafford tahun lepas, ye la ye la..., 'Sandarkan Pada Kenangan...'


Oh juga...

YA A AWWWW!!!!

UPDATE! UPDATE!

Ni apa pula cerita team yang dok sebut klesemen klesemen ni. Raya Puasa dah lepas, Raya Krismas dah lepas, Raya Cina pun dah lama habis,

Sambut alam ria cuti sekolah ke Lucius dan Obe? nak klesemen apanya lagi dah ni?

Terima kasih kepada encik rapper kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...