Memaparkan catatan dengan label mainan budak-budak arsenal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mainan budak-budak arsenal. Papar semua catatan
38

Korunk Apa Cer?




Putera Boateng: Korunk jangan ingat King Henry je boleh terbang!




Robinho: Mana dia Pipiyapong? Mana? Kata power sangat!
Putera Boateng: Sabor abang Robinho, sabor. Pipi tu budak lagi!



Robin Van Persia-sia: Cilake lawan dengan orang tua pun boleh kalah!
King Henry: Cilake main dengan budak-budak macam mana nak menang?



Pak Berahim: There is only one Fly Emirates, kakaka!
King Henry: Yes, gol! AC Milan power! Season depan aku on loan kat sini aje la!
81

Arsenal Kelab Bebudak Emo






Arsenal Kelab Bebudak Emo adalah satu label dan kepercayaan yang telah bersemadi kukuh dalam sejarah kewujudan Sokernet. Label atau kepercayaan ini bukan direka-reka, tetapi wujud kerana sikap Arsenal sendiri yang memang selalu berperangai kebudak-budakan dan emo sentiasa.

Apakah dosa saya kepada Arsenal?

Yang terbaru, Emmanuel Adebayor sekali lagi dikatakan telah menjadi mangsa perangai bebudak emo Arsenal ini. Dalam perlawanan North London Derby hari Ahad sudah, cacian dilemparkan ke atas Adebayor yang menyentuh mengenai tragedi serangan hendap ke atas bas pasukan bolasepak Togo pada Januari 2010. Adebayor terselamat dari kejadian serangan hendap tersebut tetapi menanggung trauma melihat rakan-rakannya yang maut.

Adebayor - Diserang hendap komunis sama seperti yang pernah dialami polis Bukit Kepong

"Lagu yang mereka nyanyikan ke atas saya memang satu penghinaan tetapi adakah saya terkejut? Sama sekali tidak. Saya sedih dan kecewa tetapi tidak hairan dengan perangai penyokong Arsenal yang macam bebudak emo," jelas Adebayor sewaktu dihubungi Sokernet.

Emmanuel Adebayor pernah bermain untuk Arsenal selama 3 musim bermula dari 2006. Tetapi oleh kerana Arsene Wenger dan Arsenal berperangai Haji Bakhil Bin Haji Kedekut, mereka enggan menaikkan gaji Adebayor walaupun mamat Togo ini banyak menyumbangkan gol untuk Arsenal. Ini memaksa Adebayor memberi kata dua kepada si kedekut Arsene Wenger, "Ade bayor ke takde bayor? Kalau takde bayor gua blah pergi Manchester City". Seperti biasa Arsene Wenger 'takde bayor' gaji lebih sikit memaksa Adebayor blah ke Manchester City yang 'ade bayor' gaji lebih.

Jasa kepada Arsenal dibalas dengan kerusi makcik basuh kain

Perpindahan Adebayor ke Manchester City telah dicop Judas oleh para bebudak emo Arsenal. Mereka menghina Adebayor kerana mengejar kemewahan sama seperti mereka pernah menghina Ashley Cole yang blah ke Chelsea sebelum ini. Tapi bebudak emo Arsenal tidak sedar pemain macam Adebayor dan Cole bukan mahu mengejar kemewahan semata-mata tetapi juga mengejar piala. Sebab yang sama juga kenapa Kolo Toure, Cesc Fabregas, Samir Nasri dan Gael Clichy blah. Mereka tidak berminat duduk di Emirates dan tengok Arsene Wenger melakukan The Mighty Transition tapi piala haram tak pernah menang dah nak masuk 7 tahun!

Gael Clichy - Hidup lebih ceria setelah meninggalkan Tadika Emirates
Ashley Cole - Tidak percaya pada ajaran sesat The Mighty Transition

Tetapi bagi bebudak emo Arsenal semua pemain ini tetap dicop Judas kerana tidak mempercayai tuhan Arsene Wenger dan berpegang pada akidah In Arsene We Trust. Dan sebagai sebuah kelab bebudak emo selama-lamanyalah para pemain ini akan dimaki hamun dan dihina bila mereka bermain menentang Arsenal. Tengok sajalah pada Ashley Cole, dah berapa tahun punya cerita sampai sekarang tak habis lagi. Padahal sejak Cole blah dari Arsenal, mamat ni dah menang 1 EPL, 3 FA Cup dan 1 League Cup (satu Cup saja Cole terlepas iaitu Cheryl Tweedy). Tapi Arsenal sejak Ashley Cole blah haram tak pernah menang apa-ap Cup pun.

Satu-satunya Cup yang terlepas dari tangan Ashley Cole - Rugi, rugi...

Sebab itulah dalam Sokernet, label Arsenal Kelab Bebudak Emo sentiasa digunakan bagi memberikan sedikit cahaya keinsafan buat penyokong Arsenal yang sudah tidak lagi menemui jalan pulang. Pun begitu, walaupun sudah berbuih mulut aku dan pengulas Sokernet lain dalam menginsafkan bebudak emo Arsenal, ianya tetap tidak akan berjaya selagi Arsene Wenger terus memimpin Arsenal kerana perangai emo ini menurun dari si kedekut lagi gila ini!

Bermula dari perangai berak tepi padang

Membawa kepada perangai baling botol air
Kemudian perangai menghempas bola

Udoh ghope orang gila talak

Sifat merajuk tak tentu hala

Baik di Manchester atau di White Hart Lane

Alex Ferguson: Sudah-sudahlah tu, orang tua buat perangai merajuk buruk rupanya!

Dipersilakan adik Adijaya untuk emo di ruangan komen!
17

The Mighty Transition



Hmmm...


Khas buat adik-adik Arsenal, abang kasi link sekali lagi pasal kenapa Arsenal tak menang piala.



Okay, jangan tak baca pulak. Soalan pasal ni nanti ada keluar PMR tawww!

Nota tambahan:

Baca balik entry ni: http://sokernet.blogspot.com/2011/03/manchester-not-dead.html dan kalian akan jumpa bangang ni.

23

Perbezaan BARCA dan ARSENAL Bila Menghadapi Kekalahan




Tak perlu tulis panjang.


BARCELONA - Gerard Pique dipeluk cium WAG beliau penyanyi latina Shakira



ARSENAL - Fabregas dipeluk cium Professor



Even in losing Barcelona players still win......... Fuck 'em!
29

Copa Del Rey, London Derby, Bla di Bla Blues...... Sergio Ramos Tangan Mentega.



Seputar Bolasepak


Syabas Real Madrid atas kemenangan mereka semalam dalam Copa Del Rey. That is one nil to El Especial Uno. Aku layan game ini semalam di mamak sambil diselangi Norf Lahndahn Derby yang aku yakin bakal dianggap sebagi one of the all time classics. Klasik kerana seperti biasa pasukan Taski London Utara Wenger fakap dan membenarkan Synagogue Rabbi Redknapp berkongsi mata dengan mereka. Kegagalan Arsenal untuk kill the game membenarkan Harapan Terakhir Umat Manusia FC memintas mereka ke tempat kedua liga kerana perbezaan gol. Chelsea dengan mudah membenam Birmingham tanpa bantuan goal Fernando Torres.

To be honest aku tak paham kenapa orang selalu gembar gemburkan perlawanan antara Madrid dan Barca. Aku tak nampak apa yang bagus sangat. Crowd? Sokongan di Anfield ketika derby Merseyside lebih hebat sampai naik bulu roma aku dengar nyanyian YNWA dari Kop End. Aku seorang hater kelab Liverpool but god damn.... you have to admit those bin dipping hubcap stealers know how to create an atmosphere. Tak perlu banner gergasi , tak perlu baling mercun, tak perlu bakar kerusi stadium, tak perlu gochoh perasan gedebe dan tak perlu bakar flare macam siamang untuk tunjukkan mereka penyokong tegar. Shame the same can't be said about a group of un-evolved Neanderthals from a state in the East who called themselves the Happy Warriors. Now those sons of budus are the perfect specimens of compensating for their lack of silverware with violence. Sebijik macam penyokong Chelsea yang menggelarkan diri mereka Chelsea Head Hunters. Ketika zaman gelap Chelsea jarang memenagani apa-apa gelaran, CHH terkenal sebagai firm hooligans yang cukup ganas. Trademark Chelsea Head Hunters ialah "giving ya a Chelsea smile". Kalau nak tahu apa kejadah Chelsea smile sila Google atau tengok filem Green Street Hooligans.

Link
Anyway kembali kepada kisah Copa Del Rey semalam. Dearie me what a shit fest. Sebelum ini aku ingatkan Manchester United ialah kelab yang paling cocksuking dalam hal referee intimidation. Nampaknya aku salah. Barcelona dan Real mempunyai set pemain yang paling tak hormat referee pernah aku tengok. Foul tak teruk mana tapi semua player layangkan imaginary yellow card untuk memaksa pengadil memberikan kad. Yang peliknya si pengadil tak pulak layangkan kad kuning kepada players kedua-dua kelab overated ini. Weird shit.

To make a long story short Ronaldo menjaringkan gol yang memberi real kemengan Copa Del Rey pertama dalam masa 13 tahun! Penyokong Real bertempik kegirangan berlebih-lebihan macam penyokong Liverpool lepas seri dengan Arsenal tempohari . Jose buat muka mintak penumbuknya tetapi lupa melakukan knee slide. Rambut Guardiola memutih lagi sebanyak 13%. Messi masih lagi pemain terbaik dunia dan Sami Khedira masih lagi kelihatan seperti Milan Baros.



Selepas perlawanan terus ada perarakan bas atap terbuka untuk Real. Ini mungkin celebration menang piala paling laju pernah aku tengok. Tapi tidak apa. Selebret awal kerana menang adalah lebih baik dari ada bas atap terbuka tapi tak menang langsung. Amirite scousers?

Anyways....... sedang Sergio Ramos seronok mengimbang piala diatas kepala, tiba-tiba piala terjatuh dan dilanggar bas. Awesome! That is probably one way to make sure tahun depan tak ada team boleh memenenangi Copa Del Rey tahun depan!






133

Kalau Dah Namanya Arsenal...





Bangang!


"I don't know if it is long ball or a rugby kick but it worked for them. In England a lot of team create chances like that and it works. We just have to put the ball on the floor and try to play football. It was disappointing to lose because I think we were much the better team. Arsenal made the football, the other team refuse to play football, they were lucky to score with a long ball" - Cesc Fabregas

Terjemahan Melayu:
"Saya tidak tahu jika ianya hantaran jauh atau tendangan ragbi tetapi ia berkesan buat mereka. Di England banyak pasukan mencipta peluang sebegini dan ia berkesan. Kami hanya perlu meletakkan bola di atas padang dan cuba bermain bolasepak. Ia amat mengecewakan untuk kalah kerana saya rasa kami merupakan pasukan yang lebih bagus. Arsenal menjadikannya bolasepak, tetapi pasukan yang satu lagi enggan bermain bolasepak, mereka bernasib baik dapat menjaringkan gol dengan hantaran jauh"

Encik Cesc Fabregas, selamat datang ke England. Mungkin Fabregas ini baru main dengan Arsenal hari Selasa lepas, tapi bila aku periksa balik dia ini rupanya 'reject' Barcelona yang telah pun bersama Arsenal sejak tahun 2003.

Tapi bila difikirkan kembali 8 tahun di England ini bersama dengan Arsenal, di bawah pengurus yang digelar jurulatih terbaik dekad pertama kurun ke-21 bernama Arsene Wenger. Hanya Arsenal dan Arsene Wenger saja di England yang setiap kali kalah akan kompelin pasukan lawan tidak bermain bolasepak. Maka apa nak hairan kalau mamat Fabregas ini pun dah membawa tabiat bangang Arsenal dan Arsene Wenger ini.

Apa benda bolasepak ini sebenarnya? Apa objektif bermain bolasepak? Kenapa setiap kali kalah Arsenal akan bagi alasan pasukan lawan tidak bermain bolasepak? Bangang apa bagi alasan macam ini?

Dalam bolasepak bila kau kalah memang kau boleh bagi seribu satu alasan. Kena laser ke, pengadil kayu ke, dubuk liar kena malaria ke, Fergie's time ke, apa-apa saja alasan ikut suka hati mak bapak kau. Tapi ada satu alasan yang bangang lagi gampang dan sangat tidak jantan bila digunakan yakni kalah kerana pasukan lawan tidak bermain bolasepak.

Bolasepak ada peraturan dan undang-undang. Objektif bila bermain bolasepak ialah untuk menang mengikut peraturan dan undang-undang tersebut. Dan sukacita aku mengingatkan 'menang dengan bermain cantik atau ART' bukanlah sebahagian dari peraturan atau undang-undang tersebut.

Ayat bangang macam yang dikeluarkan oleh Cesc Fabregas hanya menguatkan lagi kepercayaan aku selama ini bahawa Arsenal semenjak berada di bawah Arsene Wenger sudah berubah menjadi kelab ratu cantik dan budak-budak emo.

Bangang, bangang, bangang!

(Sila bergaduh di ruangan komen)

48

Apa Tractor Boys Ni? Tak Ada Rasa Respek Langsung!

LuciusMaximus Khamis, Januari 13, 2011 , ,


Patutlah Sir Alf Ramsey dan Sir Bobby Robson kena kanser sampai meninggal. Patutlah Roy Keane yang konon samseng pun kelam-kabut cabut lari dari Ipswich Town.

Budak-budak Tractor Boys ni memang tak ada rasa respek langsung pada pengurus pasukan. Dah lama main tanpa pengurus, siap kalahkan pasukan yang pengurusnya telah dinobatkan oleh Persekutuan Antabangsa Statistik dan Sejarah Bolasepak sebagai Jurulatih Terbaik Dekad Pertama Kurun Ke-21!

Respek sikit. Jangan jadi bangang. Bangang, bangang, bangang!

Respek!

33

Jenis-Jenis Klasemen







Klasemen Dalam Kenangan


Kawan - Kawan Klasemen


Kempunan Nak Klasemen


Menang Tapi Tak Klasemen



Kalah Tapi Masih Klasemen!



Hehehe.

50

Kita Kembali Ke Siaran Seperti Biasa!







Gol kemenangan dan kad merah - Apa ada hal?

Isnin lepas, aku cakap konsistensi dan resilien adalah perkara paling penting untuk menang EPL. Tidak apa Chelsea kalah satu perlawanan berprofil tinggi asal menang dengan semua perlawanan celah gigi yang lain.

Sore loser piece of crap, kata ahli-ahli pencinta sejarah.

That sore loser piece of crap terus kekal klasemen dan kembali menjarakkan mata dengan pesaing terdekat. Dari 2 mata kini kepada 4 mata.

Apa ada hal?

Sebelum perlawanan, si dubuk liar The Drog disahkan menghidap malaria. Jika penyakit seperti ini melanda pemain lain seperti Nando Torres contohnya, mungkin dah RIP. Tetapi tidak buat The Drog, seekor dubuk liar dari Negara Pantai Gading.

King Carlo macam biasa menurunkan barisan yang mirip di Anfield tempoh hari. Fulham mungkin bukan kelab elit bersejarah, tetapi ini adalah Wset London Derby dan apa saja boleh berlaku.

Super Frank masih tercedera tetapi Michael Essien sudah kembali untuk memberikan kelebihan fizikal buat Chelsea di bahagian tengah. Dan hanya 30 minit diperlukan untuk The Blues berada di depan melalui tandukan Essien. Pada minit ke-90, Essien menyempurnakan kemenangan Chelsea dengan mendapatkan kad merah untuk dirinya sendiri.

Apa ada hal?

Chelsea kini mengumpul 28 mata dari 12 perlawanan dan macam biasa, klasemen. Para penyokong kem Chelsea di Sokernet sudah boleh kembali berlagak.

Aiseh terlupa. Memang sepanjang masa berlagak pun.

Bolasepak Sebenar

Seri 0-0 pada perlawanan sekitar Subuh waktu Malaysia adalah salah satu ciri-ciri bolasepak sebenar. Tak percaya? Tanya Manchester United.

Seri muka sungguh.

Bolasepak ART

Semalam kalah, hari ini menang, esok kalau kalah jangan terkejut pula. Tak percaya? Tanya Arsenal.

Wigan Athletic

Bukanlah sebuah kelab bolasepak elit bersejarah. Main di tempat sendiri musim ini pun baru hanya menang sekali. Sekarang berada dalam zon penyingkiran, hanya nombor 3 dari dasar liga.

Bukan nak pandang rendah, tapi untuk mana-mana kelab yang mengaku kuasa besar EPL, lawatan ke Stadium DW wajib dikira sebagai 3 mata dalam tangan. Seri tidak boleh diterima, kalah jauh sekali.

Tapi siapa-siapa kelab yang dok bersembang ‘a striker reborn’, ‘a team reborn’, ‘this is our year’, ‘every year is also our year’ dan ‘sejarah’ tapi bila pergi sana dan cuma dapat seri muka, jadahnya?

Sore loser piece of crap-lah itu kelab.
19

Mencari Pipistuta

Darren Bent (atas vespa) bakal menjalankan road tour mencari Pipistuta, legend bolasepak Arsenal dan Kuala Lipis
8

Theo Walcott dan Kakaknya

Obefiend Weiland Ahad, Ogos 08, 2010 ,
Siapa lagi macho? lu rasa?

Theo dan Hollie Walcott. Apa kes ni? Akak lagi macho dan tough dari adik lelaki. Yo Theo.. sila ambik tips dari kakak lu.



23

Game Kegemaran Pipiyapong

Kita semua tahu Perancis layak ke Piala Dunia hasil air tangan Thierry Henry.

Agak-agak anda boleh melakukan lebih hebat dari Le Cheat? Boleh cuba nasib di Ireland v France Online Game.

Rekod peribadi aku, France 67-1 Ireland.

p/s: Dengar cerita Pipiyapong lama menyepi sebab tengah layan main game ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...