ANDA SEDANG MEMBACA

88

Slot Mari Bersama Abang Fakta – Nando Torres, Hebat Sangatkah Dia?

(Kita hentikan budaya main-main header ini sebelum kem Tottenham Hotspur atau Fulham turut serta. Apalah sangat takat menang buat header ART tapi menang pialanya tak ke mana. Budaya-budaya ART ni kegemaran geng Arsenal, Thierry Henry dan Pipiyapong je. Tapi kalau nak harapkan ART memang tak ke mana. Tak percaya tanya Vincent van Gogh)

Hari tu aku ada pos satu entri menganjing budak-budak Liverpool. Memang musim 2010/11 ini aku fokuskan untuk menganjing Liverpool (musim 2009/10 khas untuk menganjing Arsenal kalau masih ingat pos aku yang kontroversi dulu).

Macam biasalah bila menganjing akan ada yang cuba untuk menegakkan benang yang basah, masih lagi nak pertahankan pemain manja mereka bernama Fernando Torres. Maka pengomen-pengomen tegar Sokernet yang guna simbol Ayam Brand dalam profail blogger mereka (Shankly, Mukmin Selamat, Jarr, Freemen dan beberapa kerat lagi) mulalah bermain dengan fakta.

Macam-macam bendalah diungkit, Drogba skor 88 gol sebab dah banyak mainlah, Drogba lagi lama dengan Chelsea bandingkan Torres dengan Liverpool-lah, zaman Scolari dulu Drogba langsung tak skor-lah, Torres selalu cederalah, Drogba tak hensem macam Torreslah dan banyak lagi. Semuanya untuk menangkis bila aku letak gambar Drogba tak pakai baju ucap tahniah pada Torres.

Okay, nak main fakta sangat? Kita ulang balik:


TAHNIAH FERNANDO TORRES ATAS KEJAYAAN MENJARINGKAN GOL KE-50 BERSAMA LIVERPOOL


Dari Diego Forlan, 88 gol bersama Atletico Madrid, 1 Europa League, 1 UEFA Super Cup


Heh, Diego Forlan. Kenapa Forlan? Sebab kita nak main fakta sikit.

Forlan berpindah ke Atletico Madrid dari Villareal tanggal 30 Jun 2007, setelah khabar angin mengenai kemungkinan Fernando Torres meninggalkan Vicente Calderon menjadi semakin nyata. Dengan harga berjumlah EUR21 juta, Forlan menjadi pilihan pengurus masa itu Javier Aguirre untuk mempertajamkan barisan serangan Los Colchoneros.

Pelaburan yang dibuat Aguirre terbukti satu tindakan yang bijak kemudiannya kerana pada 4 Julai 2007 Torres secara sah menyertai Liverpool dengan bayaran perpindahan berjumlah EUR31 juta (GBP26.5 X 1.2 dengan Luis Garcia sebagai pertukaran kepada Atletico Madrid). Bayaran perpindahan untuk Torres merupakan satu rekod perbelanjaan tertinggi oleh Liverpool dan buat Atletico Madrid, ianya merupakan bayaran perpindahan tertinggi pernah mereka terima.

Dibandingkan jumlah perpindahan antara Forlan dan Torres, Atletico Madrid memperolehi keuntungan secara kasar berjumlah EUR10 juta. Lebihan ini kemudiannya dibelanjakan untuk mendapatkan khidmat Simao dari Benfica dan Jose Antonio Reyes dari sebuah kelab ART di London.

Dengan ini lengkaplah rombakan yang berlaku buat kedua-dua kelab England dan Sepanyol. Torres yang pernah mengepalai Atletico Madrid berpindah ke Liverpool dalam apa yang dipercayai beliau sebagai sebuah kelab besar dan bersejarah. Forlan pula mencuba nasib di Atletico Madrid, 9 La Liga dan 9 Copa del Rey bukti ia bukanlah sebuah kelab kecil jika hendak dibandingkan dengan Liverpool.

Dalam musim bolasepak 2007/08, yang pertama buat kedua pemain bersama kelab baru mereka, Torres dilihat lebih berjaya dengan menjaringkan 33 gol dari 46 penampilan buat Liverpool, sedan Forlan hanya 23 gol dari 53 penampilan. Kemudian prestasi Torres merudum, hanya 17 gol dari 38 penampilan pada musim 2008/09 dan 22 gol dari 32 penampilan pada musim 2009/10. Sedang Forlan pula mencetak 35 gol dari 45 penampilan dan 28 gol dari 56 penampilan buat musim 2008/09 dan 2009/10.

Untuk musim ini, Forlan telah menjaringkan 2 gol dari 2 penampilan sedan Torres hanya 1 gol dari 4 penampilan. Rekod kedua-dua pemain buat masa ini adalah pada kadar berikut:

Fernando Torres – 73 gol dari 120 penampilan (purata 0.61)
Diego Forlan – 88 gol dari 156 penampilan (purata 0.56)

Purata gol setiap penampilan Torres baik sedikit berbanding Forlan, tetapi Forlan lebih banyak menghasilkan gol dan bermain untuk kelabnya. Kelebihan ini berpunca dari kelemahan Torres sendiri yang sentiasa dibayangi kecederaan dan kegagalan unit rawatan Liverpool untuk memastikan penyerang utama mereka berada dalam keadaan terbaik dengan lebih kerap.

Seperkara lagi yang perlu diambil kira ialah rekod jaringan Forlan bersama Atletico Madrid. Dengan 88 gol setakat ini, Forlan hanya perlukan 3 gol untuk menyamai rekod Torres sebagai penjaring ke-10 tertinggi untuk Atletico Madrid (gol Torres bersama Atletico Madrid ialah 91). Tambahan satu lagi dan Forlan menyamai rekod Manolo dan pastinya dalam musim 2010/11 ini bakal menyingkirkan Torres dari senarai 10 penjaring tertinggi Atletico Madrid.

Sedang Torres, dengan hanya 73 gol setakat ini masih memerlukan 57 gol buat menyamai Jack Parkinson (penjaring ke-10 tertinggi Liverpool).

Dari fakta di atas kita dapat menilai siapa yang lebih berjaya bersama kelab baru mereka. Dan untuk Atletico Madrid dan Liverpool, kita boleh mengagak siapa telah melakukan pembelian yang bijak dan berhemah.

Jika fakta dan statistik ini tidak cukup, maka kita hanya perlu menilai kejayaan setiap pemain bersama kelab baru mereka.

Diego Forlan sejak menyertai Atletico Madrid kini telah berjaya mengucupi trofi Europa League dan UEFA Super Cup. Fernando Torres pula masih belum mengucupi apa-apa trofi bersama Liverpool dan kini hanya menunggu masa untuk mengikut jejak Steven Gerrard dalam melakukan tabiat tak senonoh yakni mengucupi lensa kamera.

Persoalannya:

1) Adakah Fernando Torres tersilap besar ketika meninggalkan Atletico Madrid dan memilih Liverpool dengan menyangka kelab Merseyside ini lebih besar dan bersejarah dari Atletico Madrid?

2) Adakah Liverpool tersilap besar kerana membeli Fernando Torres dan bukannya abang Diego Forlan yang lebih mantap, macho dan tidak lembik hingga mudah tercedera macam si Nando?

3) Siapa yang sengal sebenarnya? Torres atau Liverpool? Atau bekas idola pujaan Kpites sekalian, Rafa Benitez?

Hanya Shankly, Mukmin Selamat, Jarr, Freemen dan sebagainya saja yang mampu menjawab persoalan ini.

p/s: Hari tu saja aku letak 'Gol Ke-50 Bersama Liverpool' sebab Jannah dah tulis macam tu dulu. Adik Kardio tak payah la marah-marah, dalam bab menganjing dan membakar ni, lagi sedap bila kita 'quote' sebijik balik apa pengulas kem lain cakap

88 Ulasan:

Alke berkata...

Lucius, jangan lupe, Sir Alex juga menangis dalam diam. Forlan ala2 menganjing dia di World Cup 2010. Syukur Man Utd tetap Hebat......

zexter berkata...

n1 lucius

Jiraya berkata...

yang penting saya sayang abe drog sudah

Fikri: Kacaknya! berkata...

Mana Kardio ni?

muaz berkata...

Abe Drog lagi tough dari Nando la.. tgk ketul2 tu.. aku saspek lepas dia main bola, dia tag team dgn anak laurance fishburne plak, si monica bikin "Who lets the drog in"

mat berkata...

Si polan (Forlan) ni jugak lah yg score time lwn liberfool smpai liberFool out europa cup... pendek kata, si polan ni lah yg knock out liberFool.. eh, Torres x buat pape ke time game tu??? gua lupa la

j or ji berkata...

Terima kasih abang fakta.

Aku komited setiap musim nak menganjingkan Liverpool. Suka saya tambah disini, Torres dan Gerrad adalah sama. mereka tiada nafsu untuk menang piala.
Kuyt nak keluar liverpool, mascherano pun keluar...mereka jauh lebih berwawasan dari torres. torres=fabregas jugak...
dua2 suka kelab tak menang piala.

Shankly berkata...

naper tak compare Forlan di Manyuu ngan AtMadrid.

fakta tu tak abis - cuba check lagi or wikipedia lagi ..
sblm forlan .. torres ..sblm Toress.. Hasselbank ..sblm hasselbank..?????
apkah persamaan mereka .. top score ahhh.. sbb ATMadrid guna single striker kah kah kah kah .

Pernah tak forlan kena operation 2 kali .
kah kah kah ..

Mukmin Selamat berkata...

1)Waktu Torres jadi kepten dekat Atl. Madrid, dekat armband dia ade tulis "you'll never walk alone", dia anggap yang Liverpool tu Atl. Madrid England.
Dia berpindah pun sebab dia suka kelab tu dari kecik, ternyata Nando bukan pemain yang ke kelab takde dijiwa dia. Football = love. bukan macam setengah player yang terkinja-kinja ke kelab besar,tapi di-boo penyokong sendiri.

3)Salah siapa? Tom & George,Chairman kelab yang super-dungu.

FdausAmad berkata...

Hi Jorji,

Jom melepak di fesbuk...

adijaya berkata...

saya nak try jawab kuiz yg diberikan, mana tahu dapat hadiah bubur lambuk utk berbuka puasa dari lucius.

persoalannya:

1) adakah torres tersilap besar ketika meninggalkan atletico dan memilih liverpool?
beliau membuat pilihan tepat kerana gaji yg didapat di anfield jauh lebih besar serta berpeluang main champions league. tapi 2 tahun terakhir mcm takde ape je. finish 7th last term dan tahun ni maybe out of top 4 lagi. typical liverpool.

2) adakah liverpool tersilap besar kerana membeli torres dan bukannya abang diego forlan?
diorang tak beli forlan kerana mamat ni dulu pernah flop kat sebuah kelab england. dan tidak lama kemudian kelab tu beli berbatov, juga mengalami nasib sama mcm forlan, flop total. typical man utd.

3) siapa yang sengal sebenarnya? torres atau liverpool? atau rafa benitez?
saya serahkan kpd abg jarr dan kak linda utk menjawab soalan ini.

sekian.

Jarr berkata...

kah kah kah..typical bila bermain dengan fakta.
Fact is fact.Satu pon tak lari fakta yg Lucius kemukakan.
Torres ade jiwa Liverpool, dan bukan kesilapan dia atau kesilapan sapa sapa.Passion towards football tu mendlm.He wore the armband for a reason.Bukan sekadar nak hint yg dia akan ke Liverpool.

And yes, anggapan dia Liverpool kelab besar dan bersejarah tu tepat.Takde salah langsung.Dan dia nak menang sesuatu dengan Liverpool.Kalau dia takde passion for football dah lama gi kelab mcm Chelsea or Man Citeh.

The culture, the people and the family of Liverpool. That makes him stay.Actually ni propaganda Lucius dlm menyemarakkan sesi menganjing dan membakar.Tapi nak kena post jugaklah..kalau tak jari ni parkinson je tak menaip pape.

Linda mana linda?Janji nak buka pose sesama ari ni.

p/s: Lucius, minggu ni aku nak buka pose ngan Ayu, kau nak ikut?

Jarr berkata...

oh ye lupa nak ckp, kalau El Nino tak hebat atau Gerrard juga tak hebat.Takde la Chelsea or Man "Al Jibroni" Citeh meroyan nak beli..ye dak?

mat berkata...

Torres nk sgt blah dari bersejarah ni, tp xde sape pun nk bli dia season ni coz slalu je cedera (karang kalu beli jd mcm Hargrieves pulak), so stay jelah musim ni... liberFool fan dh buta ati, x nampak niat Torres yg suci murni tu... nanti bila Torres dh blah, akan terciptalah satu sejarah lagi, Pemain Berbakat Yang X Pernah Menang Apa2 kat Andfield.. hahaha

Jarr berkata...

mat...mat...hati kau keras.

Pet Shop Boys berkata...

Kenapa semua orang takut dengan Liverpool ni?

Liverpool tak menang apa2 pun still kena bahan. hahaha....

blitz berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
blitz berkata...

membahan liverpool tak semestinya bermaksud takut.. liverpool kan kelab paling lawak antarabangsa sekarang ni..

Jarr berkata...

lawak kat mana tu blitz?keh keh keh
Honestly peristiwa beach ball tu mmg lawak bangsat arr..selain tu aku tak nampak tang mana lawaknye...ehek ehek ehek.

Jiraya berkata...

Liverpool = History Channel

Jarr berkata...

History Channel - Freemason

Oh Me berkata...

Chelsea belanja sakan pun takkan menang Champs league...

Apatah lagi kalau abang Drogba score 88 gol.

itu yang mereka cemburu sangat dengan Liverpool tu haha...

Setakat jaguh kampung menang liga dan FA cup bolehlah...

Panas....

Mukmin Selamat berkata...

lawak lagi tengok drogba merajok.
kah kah kah!

pakkordi berkata...

drogba buat-buat muka macam nak kena sepak tu lawak jugak.

beliabencibungwahab berkata...

oh me: abes belanje yang dikeluarkan liverpool untuk membeli torres tu ade la membuahkan hasil lah eyh..berape cup menang da tuh..haaaaaaaarhahaha..paling tidak ada gak piala nak kucup dari mengucup lensa kamera yee dak..haha..peace no war..=)

Pet Shop Boys berkata...

Sudah2lah tu fan Liverpool tak payahlah nak melawan balik...

telan jelah bulat2 apa fan Chelsea fan Man u (fan Arsenal takde, mereka cool) nak kutuk...

Liverpool boleh kena kutuk tapi Chelsea dan Man U tak boleh kena sentuh lansung....

sejak dari dulu blog ni berat sebelah, tapi nak lepak kat sini gak....telan jelah hehehe...

well anyway Mascherano tu apah pun idak. Im glad hes leaving. Aku tak rasa dia power lah. Season lepak punya suwey sebab dialah aku rasa. Asyik main kasar je.

talkIZcheap! berkata...

"kalau El Nino tak hebat atau Gerrard juga tak hebat.Takde la Chelsea or Man "Al Jibroni" Citeh meroyan nak beli..ye dak?"

Chelsea ngn Man Citeh pon mmg tak hebat jugak, so mmg nak la beli player yg sama je tak hebatnye...

"diorang tak beli forlan kerana mamat ni dulu pernah flop kat sebuah kelab england. dan tidak lama kemudian kelab tu beli berbatov, juga mengalami nasib sama mcm forlan, flop total. typical man utd."

mana ko dapat fakta ni adijaya?? Ko kena letak la sampai habis senarai striker flop kat Yunaited, Solksjaer, Andy Cole, Hughes, Cantona, Sharingam, Niseterooy, Devid Bekap... mana ko letak??

-aku yg emo-

Jarr berkata...

Izz, kau nak emo gi blog aku.:)

linda radzi berkata...

Laa sekarang ni bukan ke bukak citer pasal drogba dan torres ke?
Apa jadah masuk forlan gak ni.
Nak compare antara forlan dgn torres ke?
Macam mana statistic dikira?
Ratio goal per appearance ke?

Tajuk utamanya ialah;
Langit tak selalu cerah.

“Dalam musim bolasepak 2007/08, yang pertama buat kedua pemain bersama kelab baru mereka, Torres dilihat lebih berjaya dengan menjaringkan 33 gol dari 46 penampilan buat Liverpool, sedan Forlan hanya 23 gol dari 53 penampilan. Kemudian prestasi Torres merudum, hanya 17 gol dari 38 penampilan pada musim 2008/09 dan 22 gol dari 32 penampilan pada musim 2009/10. Sedang Forlan pula mencetak 35 gol dari 45 penampilan dan 28 gol dari 56 penampilan buat musim 2008/09 dan 2009/10. “

Menurut ‘copy paste’ di atas,
Dapat dilihat bahawa musim pertama adalah waktu gemilang torres, berbanding forlan.
Lepas tu, forlan pulak naik, torres merudum.
So apa ada hal?
Drogba juga penah melalui zaman gelap ketika di bawah ancelloti.
Dan selepas itu dia recovered dan menyondol kasut emas.
So kita sebagai fan, kena la percaya dan yakin akan ketibaan saat itu.
Takkan kita nak kutuk player sendirik plak. Ok! Pengecualian untuk lucas leiva.
Itu dah kira cek n belen la tu.
Ratio gol torres masih lagi mendahului forlan.
Ah! Taknak la copy paste lagi.

Seperti yang alex fergushit selalu quote ‘ronaldo harus dapat lebih perlindungan dari referee yang telah saya bayar.’
Jadi adakah anda fikir torres telah mendapat perlindungan yang sewajarnya?
Oh mungkin sebab rafa tak bayar referee.
Mungkin sebab tu jugak masa tambahan pun tak banyak dapat.
Seawal musim pertama torres di BPL,
Mungkin tiada perhatian yang serius diambil oleh barisan defender team lawan.
Membuatkan torres ala2 scoring for fun gitu.
Di musim kedua, setelah melihat apa yang torres ada,
Barisan pertahanan sudah mula mengeluarkan satu fatwa:
Torres bukan untuk dikejar atau dilawan, tetapi untuk dijatuhkan.
Ya. Kalau torres tak jatuh, memang disaster.

Jadi? Nak salahkan torres atau pasukan perubatan?
Atau nak salahkan referee bila torres injured?
Jangan.
Salahkan rafa benitez kerana taknak kuar duit untuk ikut cara fergushit. Bayar ref!
Tapi dah nak injured, nak buat camne.
Main chess pun kadang2 bertelor gak dahi sebab kena baling dgn castle.

“Shankly - naper tak compare Forlan di Manyuu ngan AtMadrid.

fakta tu tak abis - cuba check lagi or wikipedia lagi ..
sblm forlan .. torres ..sblm Toress.. Hasselbank ..sblm hasselbank..?????
apkah persamaan mereka .. top score ahhh.. sbb ATMadrid guna single striker “

Dia gunakan forlan mungkin sebab persamaan kelab la kot. Dan persamaan season transfer. Takkan nak guna drogba, malu laa.. mana layak.
Kira apa yang forlan dah sumbangkan secara individu dan berpasukan setelah mengganti torres di ATM.
Cerita awalnya ialah battle antara drogba dan torres.
Tapi tiba2 xtau camne plak forlan boleh kuar ni.
Comparekan je la drogba dengan torres.
Mula2 ucapan tahniah tu datang berserta gambar drogba, ni alih2 gambar forlan plak.
Kalau nak bandingkan forlan waktu dgn manure dulu,
Ah jangan bandingkan la.

Sekadar pandangan saya yang bias ni.

linda radzi berkata...

mak aaaiiii..
panjangnya!
tak perasan la boleh panjang camni.
sori semua.

Pet Shop Boys berkata...

Hai Linda...berbuka mana malam ni? boleh join?

linda radzi berkata...

ops!! saya nak buka dah ni..
ari ni x pose! hahaha

pakkordi berkata...

linda radzi ni kalau tak "butch", boleh angkat motor kapchai sebelah tangan.

ayobkelubi berkata...

aku bab fakta ni kalau main dgn lucius malas dah nak bersuara.

penat baca fakta.

keh keh keh..

teruskan menganjing liverpool. yewwhhaaaa!.

frwls berkata...

kahkahkah aku paling suka bila Drogba dah nazak kena dengan Evans masa lawan MU.

gaya lakonan dah macam nazak dah, tapi...... bila bangun laju lak berlari..

88 gol! lakonan terbaik! Drogba memang berharga.

opsss lupa kita mana boleh usik gang-gang chelsea kat sokernet ni.

Zinedine Zaiddin berkata...

Lagipun kena tengok jugak corak game yg diamalkan liga England, liga Spain..memang jauh beza..

Pendek kata...sama-samalah kita memperbanyakkan amalan dalam bulan Ramadhan ni..hahaha

Oh Me berkata...

Ok consider that Drogba and Forlan is better or way better than Torres.

So what?

gua berkata...

alar brader2.ini sume bergantung pada team jugak. klau keseluruhan team tu main bagus, striker pun dptlah score. klau team dh mcm cilakak, gile hapa striker nk bawak lari bola sorang2 dr tiang gol ke ujung padang..

Jiraya berkata...

yang penting forlan dan the drog score masa world cup........

blitz berkata...

gua : maknanya skrang ni.. liverpool main macam cilakak la ek.. tu sbb torres tak dpt score banyak.. gitu la maksudnya ek? hehehe..

jarr gua tgk rileks je jawab komen.. memang respek.. tp akak linda ni asyik sentap je.. lek lek la kak.. luci gurau-gurau je tu.. takyah la sentap sangat.. tahu la tak puasa.. hehe..

Mukmin Selamat berkata...

kalau yang penting skor dekat world cup,
torres cium cup tu penting ke tak?

dewajiwa berkata...

yes.. apa sangat la kalau ye pun si Drogba tu hebat sikit dari Torres?

pasal Forlan,
Forlan memang bagus pun sebab tu MU beli. aku minat mamat nie. cool macam Francesco Totti kat AS Roma. problemnya si Forlan nie playmaker. main kat EPL dia macam ikut arahan atau terikat dengan strategi (lebih kepada backup player). mana nak blah. ATM tu ibarat ruang untuk dia tunjukkan talent dia sebab kelab tu sangat bagus nilai teamwork. macam AS Roma juga.

Jiraya berkata...

forlan: bagus, drogba: bagus, torres:bagus tapi selalu sakit kaki

FreeMen berkata...

salam ramadhan. sabtu balik kampung jumpa sumandak yeah yeah yeah.

secara jujur aku dah tak berapa gemar dgn fernando torres. seorg player berprofil superstar jika injury prone, sangatlah useless. kita bayar utk dia bermain secara handal. jika prestasi beliau berterusan begini. ada baiknya di jual. at least buleh la cari striker lain yg lebih berguna. demi liverpool. YNWA.

mat berkata...

kalau dh injury prone tu,x leh berjalan sorang2 lah ye, kena papah gitu(baru gua paham falsafah YNWA ni)...

meor-name-depan-ku berkata...

agi bog babae babae....bayott!!!

agi bog babae.. babae... bayott!!!

blitz berkata...

freemen : tu yg aku tak faham tu bila akak linda sentap tulis "Barisan pertahanan sudah mula mengeluarkan satu fatwa:
Torres bukan untuk dikejar atau dilawan, tetapi untuk dijatuhkan." ... aku rasa torres tk pernah la ditackle teruk selama ni.. tk tahu la kalu aku tak perasan kan..

meor-name-depan-ku berkata...

abi kog babae..babae.... bayot!!!

blitz berkata...

apa kata compare forlan masa kat MU dengan ngog..

hantuLongkang berkata...

apa ke firaun compare forlan ngan torres pulak ni.. itu hari beria2 nk mencelah compare torres ngan drogbai..alih2 masuk forlan.. drogbai tak mmpu ke lwn rekod torres? miahaha..

lgpun, entri jannah pasal 50 gol, bkn 50 cup.. 88gol drogba dr brp appearances? 50 gol (liga) torres dr brp appearances? dah2, jgn main2 sama fakta gol torres ngan drogbai.. bikin malu je... kalo fakta cup tu bole la jugak.. hahahah

~ 1st time ada acc blogger.. harap kasi tunjuk ajar.. xpun, kasi duit raya pon orait ~

meor-name-depan-ku berkata...

abi kog babae... babaeee...... baaayooottt!!!

adijaya berkata...

kepada hantulongkang,

statistik EPL untuk kedua-dua player:

'dog'ba - 88 gol daripada 169 penampilan - ratio 0.52
torres - 57 gol daripada 82 penampilan - ratio 0.69

ratio membuktikan secara jelas bahawa torres lebih baik daripada diving dog.
(EPL sahaja tau)

kalau untuk world cup:
drogba - score sebijik
forlan - score 5, assist 1
torres - tak score

drogba - bawa balik awek africa
forlan - bawa balik golden ball
torres - bawa balik piala dunia

sekian.

meor-name-depan-ku berkata...

Tam-is og mga pahiyom, ika raw ilaron

Abi kog babae...babae....babae.....

Kamen Rider berkata...

sedap plak aku tgk poll kat sokernet ni.
aritu Man u leading.

Jiraya berkata...

kira ok apa bawa balik awek, dapat barang baik hehehehehe

hantuLongkang berkata...

@adijaya
50 gol torres yg dimaksudkan jannah ialah 50 gol yg diskor kat Anfield sahaja(dlm sumer matches) masa lwn WBA haritu.. sj nk bakar drogbai miahaha
anyway, thanks for the info...

P.O.N.G berkata...

wat pe nk compare2...scott ollerenshaw lg best...(tulis komen sambil berlari lari anak)

meor-name-depan-ku berkata...

babae.......babae.....

Diaz berkata...

aku saspek penulis entri ni ada penyakit gusi sensitif la...tu yang sanggup habiskan masa terluang utk tulis benda2 camnih...giler skema...

anyway, striker paling best kat EPL adalah Van Persie dan David Nugent...enuff said...tak lama lagi arsene akan bid nak beli rodatiga, mesti arsenal menang semua piala la lepas tu, termasuk Piala Malaysia.

Klu nak compare The Dog ngan Torres, mesti la The Dog best sikit, pasal menang banyak piala, torres satu haram pun takde...ini fakta. Tp Torres lebih hensem dan bergaya drp The Dog, malahan lepas The Dog kena halau drp Chelsea nnt, ini juga fakta, Torres akan terus lagi menjaringkan gol di dalam EPL. Tp dengan Liverpool atau kelab lain tu, Wallahualam...

Kepada encik entri, tolong la jangan berlagak sangat. Chelsea tu pun bukannye lebih besar drp Athelico Madrid pun...Klu nak amik fakta, Atletico ada menang EUFA Super Cup, Chelsea apa ada? Setakat domestik boleh la cakap gebang...kakaka

p/s: Klu tak tahu apa itu EUFA Super Cup, sila google sendiri...ko kan banyak masa yang tak berguna.....

Diaz berkata...

Adijaya, jangan cakap pasal statistik...malu aku wei...

ROBBIE VAN PERSIE - 48 gol daripada 134 perlawanan - ratio korang kira sendiri, tapi macam negatif dah aku rasa...

jamsarisabian berkata...

pergh..diaz nih ada chance nak kene se-entry dua dengan Lucy nih..haha..

Jiraya berkata...

chelsea baru nak bertapak nak menang bnyk cup....bagi la dulu domestik....dah bosan gie pulak international....yg penting hitam itu emas...iklan rokok perilis...

MaOi berkata...

adijaya ni sibuk ngan statistik drogba ngan torres.. kasi up la statistik striker arsenal tgk..

kareem berkata...

diaz ni budak baru kat sini ke luci?Gua arap lu dah ready counter die balik ngan entri2 lu...

.Gory. berkata...

Ok, sedkiti saja. Apa yang aku baca di atas, pertama. Liverpool perlukan perlindungan dari referee?

Torres injured bukan masa game. Injured masa game pun terkehel sendiri

kardio berkata...

Kepada Abang Lucius,

Lain kali janganlah pakai ikut-ikut je ye. Diri sendiri juga yang malu. Abang Lucius kan ada status yang hendak dijaga.

Walaupun begitu, terima kasih atas fakta yang diberikan. Nampak bersungguh-sungguh benar, tapi sekurang-kurangnya abang ada juga mencuba. Tak macam pengulas ManU. Nama je 3 orang, tapi masing-masing penakut bukan main lagi.

Sampai sekarang takut nak jawab soalan mudah saya.

blitz berkata...

kardio : lu pun sampai skrang tak jawab soalan mudah gua..

gory : tu la yg gua cuba musykil bila akak linda sentap cakap Torres perlukan perlindungan dari referee..

Jon Paghiz berkata...

diaz ni aku rasa tak lama lagi kena bedal.

meor-name-depan-ku berkata...

Hahahahahah........
kikikikiki........
heheheheheheh..........

R.K berkata...

sejak bila bolasepak jadi permainan individu ?

incik neng berkata...

apsal cam syok je tengok liverpool kene bahan?macam tgh makan siakap tige rase plak, nak buat hobi baru ah~

jamsarisabian berkata...

antagonist bru naik, diaz n kardio..haha..habeslah kalau lucy mengamuk..sorang satu dapat satu entry ilmiah kang..

meor-name-depan-ku berkata...

butang baju melayu hilang!!!

Nazri berkata...

Kardio sila behave

henrymevez berkata...

Haha, aku sungguh ceria baca semua komen hari ni...menyesal lak rasa lambat online, klu tak mesti best...

Fakta yang brader luci kasi nih mmg betul, kredit gak kat dia sbb tulis panjang2...bravo dude!

Anyway, kita tengok jer la nnt, samada forlan nak masuk epl semula atau tak...haha

zan berkata...

Apa ko mengarut ni Meor?
Jom layan bazar stadium! hahahah

meor-name-depan-ku berkata...

zan, kat sini banyak yang tegar.

muaz berkata...

Lu org jgn lupe, gyan da masuk sunderland.. masak la lu org.. sekali dia sondol evans, tergolek beb..

Lann Shaukani berkata...

ai kardio :)

Wahida Jumaat berkata...

ak syg kak linda... :)

Heysátan berkata...

kelakar btul lah...kenapa nak bermain dgn fakta lg dh kalo mmg dh fakta..kenapa fakta yg "secubit" masih cuba nk berlawan dgn fakta yg "bersejarah"? Ibarat menegakkan konek kecik drogba yg basah tegak semula?

Lann Shaukani berkata...

heysatan punya komen last cukup padu! haha

encik azuwan berkata...

Tapi torres mmg betul-betul ho-liau!!..

alan zed berkata...

Jawapan soalan kuiz :-

1. tidak.

2. mungkin...

3. er, kardio?

Nabil Hussein berkata...

aiseh..sebagai peminat kedah fc dan spurs.tiada ruang untuk berkata2.har har har.

linda radzi berkata...

hahaha banyak betul kalau nak counter pasal torres ni..
tapi kita rilek je laa..
banyak sgt dah komen kat entri ni..
tapi kalau lucius yang bagi fakta atau apa2 statement, itu tidak akan saya lawan.
bukan taknak lawan atau betah.
mungkin juga saya tak sanggup nak lawan atau tak sanggup nak bukak sokernet ni dengan satu entri khas mengenai saya..
hehehe tak sanggup mak oooiii....

talkIZcheap! berkata...

@zed: Lu mmg class! wakaka!! :DD

pjoe berkata...

shevchenko apa cerita lucy? keh2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...