ANDA SEDANG MEMBACA

28

Sokernet@Mamak: Craven Café Bukit Antarabangsa

Panel Pengulas:
1) Nazri
2) Pipiyapong
3) Lucius Maximus

Datang Lambat:
1) Jorji (tunggu kelulusan permit dari orang rumah)

Tidak Hadir Tanpa Maaf:
1) Fdausamad (tetamu datang beraya mengejut)
2) Luca De Ketiak (pergi rumah terbuka mengejut)

Jemputan Khas:
1) Pakkordi (wakil Liverpool untuk dianjing)
2) Zan (wakil Liverpool untuk dianjing)
3) Dila Raden (pemerhati bebas)
4) Stam Mustapha (pemerhati bebas)

Perlawanan 1: Manchester United lawan Liverpool

Sinopsis: Venue awal forum perdana ehwal bola ini sepatutnya dilangsungkan di Restoran Ali Maju Ukay Perdana tapi ditukar saat-saat akhir ke Craven Café Bukit Antarabangsa. Alasan penganjur majlis, Nazri ialah kerana Bukit Antarabangsa nampak macam ‘international’ sikit. Tapi aku saspek dia ada hutang roti kosong dengan teh ‘o’ tak settle lagi dengan Ali Maju, tu yang kena senarai hitam kot.

1 Sepak mula perlawanan antara Manchester United menentang kelab bawahan, Liverpool. Ini bukan menganjing ya memang betul Liverpool ‘bottom half’ liga. Lainlah Blackpool yang lawan dengan Chelsea, yang itu kira perlawanan ‘top half’ liga.

10 Seperti biasa Manchester United bermula garang dan Fernando Torres nampak macam K Nanthakumar je gayanya. Pun begitu Pakkordi dan Zan nampak optimis, muka tu ada terpancar aurau ‘this is our season’ versi ke berapa entah. Nazri macam biasa awal-awal dah menganjing. Dila Raden dan Stam Mustapha lebih banyak berdiam sesuai status sebagai pemerhati bebas kot. Pipiyapong pula diam-diam ala ‘ART’ konon, tak pun mungkin masih trauma dengan gol lewat Darren Bent malam sebelumnya.

20 Awal-awal lagi ayam tambatan Liverpool bernama Fernando Torres dah nampak cam haram mainnya. Aku bilang Torres ni dah tak boleh pakai. Zan dan Pakkordi nampak bersetuju. Pemalas, tambah Pakkordi lagi. Dalam pada itu aku tekankan adalah lebih baik andai Roy Hodgson bawa masuk Bobby Zamora dari mamat bernama Paul Konchesky yang nampak tak berapa boleh pakai. Ya, Liverpool perlukan pemain yang rajin dan kerja kuat macam Zamora.

25 Dari pengamatan mata kasar aku, dalam Liverpool hanya Dirk Kuyt dan Steven Gerrard saja yang rajin serta kerja kuat. Dulu ada Yossi Benayoun, tapi dia buat pilihan bijak ke Chelsea. Gerrard bila lagi?

30 Ada undian keluar di TV bertanya jika Joe Cole bakal menjaringkan gol malam ini. Gilalah, Joe Cole masuk Liverpool macam bintang lagaknya. Joe Cole je pun, masa Chelsea dulu pun bukan regular 1st eleven aku cakap lepas pada Pakkordi. Heh ada prospek kena taji dengan otai nanti.

35 Zan bertindak meninggalkan sidang majlis secara tiba-tiba. Beli rokok katanya padahal Craven Café pun ada jual rokok. Nak pergi usha awek la tu kot.

40 Luca De Ketiak melaporkan dari Taman Medan ada rumah terbuka mengejut. Memang ketiak betul!

41 GOL! Berbatov menanduk baik tendangan sudut Giggs sambil Torres membelai belakangnya. Konchesky pantas mengambil tugas penjaga gol Liverpool dari Reina dengan cuba menghalang bola di atas garisan menggunakan tangan. Dasar Scouser! Nazri tersengih macam kambing. Pakkordi dan Zan tepuk dahi. Dila Raden dan Stam Mustapha diam sebagai pemerhati bebas. Pipiyapong masih ART. 1-0

45 Sini banyak MILF, kata Zan meyimpulkan prestasi keseluruhan Liverpool babak separuh masa pertama. Tukar topik konon!

Tamat Separuh Masa Pertama. Tindakan Zan bangun membeli rokok tadi membuatkan pertahanan Liverpool sedikit goyah. Pakkordi pula sibuk melayan anjingan Nazri. Dilaporkan Jorji dalam perjalanan ke Craven Café untuk menajamkan barisan anjingan Manchester United. Mungkinkah Liverpool memerlukan Benayoun separuh masa kedua? Oh lupa, Benayoun dah sayonara ke Chelsea.

50 Ketibaan Jorji setelah mendapat lampu hijau dari orang rumah. Kena makan dulu, basuh pinggan, duduk diam-diam katanya sebelum orang rumah tegur “kata nak pergi tengok bola?”.

57 Nani menggegar palang! Dengan pantas aku timbulkan kembali teori ‘Liverpool is Leeds in the making’. Kalau sekali ini Liverpool masih gagal layak ke Champions League atau menang EPL, kelab ini bakal bungkus macam Leeds United. Zan hanya menarik asap rokok dengan panjang. Pakkordi usha macam nak makan aku, kot?

59 GOL! Belum habis palang bergegar akibat rembatan Nani, tiba-tiba Berbatov melakukan magik hasil hantaran lintang Nani. Lipat maut Berbatov memukau Reina yang terpaku macam biasa. Jorji dan Nazri terus menganjing, Pakkordi dan Zan dua-dua hanya mampu menyalakan api rokok. 2-0

60 Gol kedua Berbatov memang tak patut, ulas Zan. Aku berkira-kira jika Rooney dapat menjaringkan gol malam ini. Jorji memang dah depan mata, bila lagi nak tengok aksi tumbukan padu ke udara secara live?

63 Penalti! Torres jatuh lagi macam biasa, dah mengalahkan Drogba aku tengok. Evans dapat kad raya dari pengadil dan…

64 GOL! Gerrard pantas merembat sepakan penalti menundukkan Van Der Sar. 2-1

66 Liverpool ada peluang comeback, kata Pakkordi. This is our season, tambah Zan pula. Pipiyapong bangun untuk top-up nasi kandar, makan nasi malam-malam ni ART katanya.

67 Torres tersungkur lagi, memang tak sia-sia Liverpool beli dari Atletico Madrid, setelah dihalang oleh O’Shea. Pengadil sekali lagi melayangkan kad raya buat pemain Manchester United. Tendangan percuma di bibir kotak penalti buat Liverpool

69 Kalau Gerrard skor konfem dia cium kamera kata Jorji.

70! GOL! Rembatan Gerrard melepasi celah O’Shea dan Fletcher kemudian terus ke gawang Manchester United. Gerrard berlari pantas ke kamera terdekat dan mencumbuinya dengan penuh syahwat. 2-2

75 Kamera ialah satu-satunya benda yang dapat dicium Gerrard musim ini, jelas Jorji. MILF meja belakang memang hot, tambah Nazri. Aku toleh dan nampak MILF berbaju kuda belang.

80 Manchester United kembali mengatur rentak. Pipiyapong habis makan nasi. Hairan juga aku makan nasi malam-malam tapi kurus kering juga, mesti ada berdampingan dengan hantu raya aku syak.

84 GOL! Berbatov melakukan hatrik. Semua pakcik-pakcik sekitar Craven Café tepuk dahi. Tinggal 6 minit dan adakah Liverpool akan kembali mengikat Manchester United? 3-2

90 Masa tambahan selama 4 minit. Ada peluang comeback kata Pakkordi. This is our season, tambah Zan pula.

90+4 Pengadil Howard Webb meniup wisel penamat. Permainan bolasepak sebenar jelas Jorji. Nasi sini sedap ulas Pipiyapong. Balik layan bini lagi bagus kata Pakkordi. Okay balik dulu esok nak kerja adalah pemerhatian bebas dari Dila Raden. Kekalahan Liverpool bermakna mereka kini berada hampir dengan zon penyingkiran. Memang liga baru bermula tapi apakah kebarangkalian Liverpool tersingkir dari EPL musim ini? Zan hanya mampu terkedu mendengar soalan aku sedang Nazri pula gelak terbahak-bahak. Ah, sandarkan pada kenangan sudah.

Perlawanan 2: Chelsea lawan Blackpool

Sinopsis: Jorji kata perlawanan Chelsea membosankan tapi atas sebab yang tidak diketahui masih berada di Craven Café untuk perlawanan kedua. Adakah Chelsea akan menang dan kekal di klasemen? Melihat kepada prestasi Liverpool sebentar tadi nampaknya Chelsea bakal menang mudah ke atas Blackpool, adik-beradik se-pool kata Zan.

9 Kami terlepas sepak mula dan gol pertama Chelsea oleh Salomon Kalou. Mamak Craven Café boleh tertayang lumba kereta untuk 9 minit yang pertama. Apa ingat kami semua pengulas dari Racingnet ke?

11 Chelsea punya permainan membosankan, kata Jorji lagi.

12 GOL! Malouda menerima lorongan Drogba dan menyumbatkan gol kedua Chelsea. Masih ada baki 78 minit lagi. 2-0

20 Secara efektifnya perlawanan ini sudah ada pemenangnya. Mungkin ini yang dimaksudkan oleh Jorji sebagai bosan kerana selepas hanya 12 minit memang sah Chelsea menang dan kekal di puncak klasemen.

30 GOL! Ashley Cole memintas bola dan membuka peluang buat Drogba menyumbatkan gol ke-3. 3-0

35 Nazri dan Zan khusyuk berbual tentang Sosilawati dan ladang Datuk peguam di Banting. Pipiyapong duduk diam mendengar penuh ART.

40 Pemerhati bebas Stam Mustapha bergerak pulang. Balik Banting nak bunuh dan bakar orang katanya. Panel pengulas bersembang pasal polis Malaysia, lebih banyak mengutuk dari memuji.

41 GOL! Malouda meledakkan gol ke-4 Chelsea dan ke-2 buat dirinya. Ah terklasemen dibuatnya. 4-0

45 MILF kuda belang lalu sebentar. Boleh kacau dibuatnya.

Tamat Separuh Masa Pertama. Perbincangan dah melalut ke Sejarah Melayu, Kesultanan Melayu Melaka dan cerita pasal parang terbang. Semua ahli panel berbincang rancak kecuali Pipiyapong yang tetap diam-diam ART.

46 – 90 Sepanjang babak kedua perlawanan Chelsea menyerang Blackpool bertali arus dan hampir menambah jaringan jika tidak pertahanan kental Blackpool. Kesemua pengulas lebih banyak fokus kepada perbincangan mengenai parang terbang dan sebagainya. Petanda awal semua pengulas kem lain sudah putus harapan mencabar The Blues.

(Nota kaki: Sebarang kekhilafan dalam artikel ini memang disengajakan)

28 Ulasan:

mat berkata...

same old L'pool supporter.. this is our season..hahaha.
our season to get relegated kew??
LOL

kuzer berkata...

ada lagi edisi menganjing liverfoolians....
jerat mencium kamera dgn penuh syahwat...hahahaha ayt xley blah...

Emmet Muhamad berkata...

memang style ulasan kali ni, ada 'ART'

Zinedine Zaiddin berkata...

Ini menganjing Liverpool n Pipi sekaligus ni..HAHA!

dewajiwa berkata...

MILF kuda belang. potong selera.

Zinedine Zaiddin berkata...

Ini menganjing Liverpool n Pipi sekaligus ni..HAHA!

Lann Shaukani berkata...

Kahkahkah..

jejari manis berkata...

nasi kandar malam2 mmg tune

r.k berkata...

ape tugas panel pengulas pipiyapong ? cis , tinggi ART beliau ni , bukan tahap adik-adik nak paham .

Jiraya berkata...

drogba menjaring kan gol smpi terduduk. art habis.abe drog badan ketak.terbaik.gol hari raya.

Luca De Ketiak berkata...

futsal sokernet edisi memotong lemak2 lepas raya.

hari: jumaat
tarikh: 24/9/2010
masa: 10 - 12 malam.

pung pang pung pang tak guna.
sila datang bersama orang tersayang..

Diaz berkata...

"Pipiyapong bangun untuk top-up nasi kandar, makan nasi malam-malam ni ART katanya"

Pasni aku nak belanja pipi makan nasi kandar Tajudin kat Penang...mmg kompem art!

Lagu ini saya tujukan kepada semua pengomen2 tegar sokernet...(aku copy paste dari liriklagu.com)


Dari sebuah desa
Berbekal gitar tua
Datang ke ibukota
Dengan penuh harapan
Menjadi seorang biduan( 2X )

Oh biduan pujaan
Pujaan tua muda
Kau ditaburi cahya
Dan sinar kekaguman
Dan riuhnya tepukan ( 2X )

Meskipun kau tersenyum
Namun orang pun tahu
Apa isi hati mu
Tatkala kau lagukan
Lagu mu lagu sedih
Perjalanan hidup mu
Ditinggal kekasih mu ( 2X )

( ulang korus )

( ulang 2 & korus & korus & 1 )


Sekian.

Obefiend Weiland berkata...

DILA RADEN pun ada!

mak aih..

Alke berkata...

lu punye statement "Liverpool is Leeds in the making" memang mengerikan la...wa yang GGMU tak dapat bayangkan Liverpool jadi macam Leeds....puhhh..kalu jadi..memang gua anjingkan LFC sepanjang hayat...kekekeke..Rafa hampeh ye...mari kite tengok Roy Hodgson lak....

pakkordi berkata...

Cilakak!

pakkordi berkata...

Cilakak!

henrymevez berkata...

Dia menyanyi pulak dah budak ni...


@pakkordi : wa caya sama lu! :)

j or ji berkata...

kahkahkah!

ater, milf banyak sangat tu,mau kene gantung terus permit teman yob!

Nazri berkata...

MILF kuda belang tu memang mantap. Tak terfokus.

ijan berkata...

pipi mndiamkan dri plak...
bgn la perthankn rosicky 2...
haihh

handlebasikal berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
handlebasikal berkata...

menajamkan barisan anjingan Manchester United..

kahkahkahakahakha

Jarr berkata...

najis berat la korang ni....main anjing anjing.

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

woof! woof!

hantuLongkang berkata...

aahh.. aku nak terajang sekor2... miahaha

Hidup Sihat berkata...

off topik,
t-shirt sokernet baru je sampai rumah aku.
terima kasih abang posmen!

Hidup Sihat berkata...

@luka di ketiak

lokasi?

alan zed berkata...

ini clash of the titans, brader...

pasukan meriam sengal & singa biru tidak ada dalam ini gambar...

hahaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...