ANDA SEDANG MEMBACA

17

Berita Tergempar! Terkini! Terkejut! Tereksklusif!

West Ham United Bakal Kembali Sebagai Kuasa Bolasepak Utama!

Ini ada satu berita panas, lebih panas dari pisang goreng atau karipap. Sokernet telah dimaklumkan bahawa malam tadi ketika rakyat Malaysia sedang nyenyak tidur, taiko AirAsia iaitu Tony Fernandes telah mengambil alih West Ham United.

Serentak dengan pengambil alihan yang tidak terjangka ini, Tony Fernandes juga mengumumkan bahawa beliau telah berjaya mendapatkan khidmat pemain-pemain berikut untuk bersama dengan West Ham United musim depan.

Sokernet ada gambar intipan eksklusif majlis pengumuman pemain baru yang diadakan secara rahsia di Upton Park.

Rio Ferdinand meninggalkan Manchester United malam tadi!
Frank Lampard sah bakal menyertai kebangkitan West Ham United
Paolo Di Canio antara penyerang berpengalaman yang akan bersama West Ham United musim depan
West Ham United rembat 3 tonggak Chelsea sekaligus-Joe Cole, Frank Lampard & John Terry

Okay, yang sebenarnya mereka semua berkumpul untuk perlawanan penghargaan untuk pengarah The Academy of Football, Tony Carr. Tony Carr ialah jurulatih skuad remaja paling gempak dalam England dan The Academy of Football ialah akademi bolasepak paling marbeles.

Siapa tak kenal Tony Carr dan The Academy of Football milik West Ham United, dia memang tak cool.

Oh, West Ham United menang lawan Academy All-Stars 5-1. Gianfranco Zola pun ada main bai!

17 Ulasan:

Jarr berkata...

jersey baru west ham kah itu?

Obefiend Weiland berkata...

zola is a legend!

btw.. kalau west ham bukan selling club gua rasa memang tarahal top 4. tapi kesian asik jual academy member kepada kelab besar

except for Lampard. Bapak dia pembantu Happy Harry masa dia di WH. everytime dia main fans maki dia kerana kononnya nepotism. Lampard dibuang keluar kelab kerana ini

good on you superfrank!

fairuz berkata...

west ham memang produced pemain england yang gempak²...

sayangnya kewangan dieorang tak begitu kukuh...

I Am Legend berkata...

eh jangan cakap camtu

nanti peminat gunners marah sebab dorang rasa arsenal punya akademi paling gempak dalam alam semesta! hehehe

R.K berkata...

ghua ingat rumors oleh obe .
3 sekali ? hebat betul kelab tu . haha

adijaya berkata...

betul tu i.a.l, arsenal juga termasuk dalam kelab yg mempunyai akademi terbaik, biarpun bukan di alam semesta, at least kat england. tengok team gempak kat EPL, semua ada player arsenal. chelsea ada cole, liverpool pernah beli pennant, sehinggakan team ayam jantan bertenggek satu kaki pun mempunyai bentley.

dan malam tadi spurs telah memecahkan rekod 20 tahun (baca: DUA PULUH TAHUN) untuk layak ke champions league. semoga next year liverpool pun boleh pecah rekod 20 tahun mereka.

yang paling sedih adalah adebayor, toure dan tevez. biarpun gaji mereka bertiga lebih mahal daripada gaji satu skuad portsmouth, mereka meneruskan musim kedua tanpa champions league. dah elok-elok duk kat team kuat, nak pindah. sekarang terimalah main europa league, menemani stevie g dan el-nino tahun depan. good luck!

Sang Karipap berkata...

Kejar duit dan elaun agaknya..padan muka deme..keh3

siapa_aku ??? berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
siapa_aku ??? berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
siapa_aku ??? berkata...

adijaya -

harap² Hotspurs x mcm Everton .. masuk UCL .. pesta semacm.. alih² qualify pun tak lepas ..hahahaha

p/s ini baru betul 2 diats typing errrrorrr

fairuz berkata...

ops..aku terlupa pasal akademi arsenal. haha..

I Am Legend berkata...

aiseh aku sarkasam je sebab aku rasa arsenal academy taklah hebat sangat kot?

azlan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
azlan berkata...

x ada update dr kem Spurs???

Kay berkata...

rilek la guys. takkan jadi mcm kes everton dulu. aku konpiden spurs akan layak secara terus ke grouping 32 pasukan tanpa play-off.
yg play-off nanti their bitter rival de arsenel.
percayalah...hehe

Raiden berkata...

haha gua ingat photoshop rupenye betul2..kalo dikumpul bekas pemain dia dulu mau menang EPL kot West Ham nie..

dude berkata...

yeo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...