ANDA SEDANG MEMBACA

71

Prebiu: Tottenham Hotspur Lawan Chelsea, Dan Lain-Lain

Sebelum itu, kita ke pesanan penaja.

Chelsea Umum Kit Baharu – Lebih Ganteng Dan Sukses!


Chelsea dan adidas telah melancarkan kit musim 2010/11 yang akan diguna pakai buat kali pertama dalam perlawanan terakhir EPL menentang Wigan Athletic di tempat sendiri.

Samsung masih kekal sebagai penaja utama setelah perbincangan untuk meletakkan tulisan ‘Sokernet’ di dada setiap pemain Chelsea menemui jalan buntu.

Sempena itu kempen pengiklanan ‘Made from 100% Chelsea’ turut dilancarkan. Artis pop dan peminat Chelsea, Sir Peter Blake bertanggungjawab mereka bentuk kempen tersebut. Sir Peter juga pernah terlibat dalam mereka bentuk atwork untuk album Beatles, Sgt. Pepper’s Lonely Hearts Club Band dan juga album Oasis, Stop The Clocks.

Pergh!

Jersi terbaru Chelsea ini bakal menggunakan teknologi terbaru adidas, TechFit yang digunakan buat kali pertama dalam bolasepak kelab. Ini berbeza dengan jersi 2010/11 Liverpool yang masih menggunakan teknologi zaman batu kapur, ClimaCool.

Adakah Liverpool dianaktirikan oleh adidas? Atau tidak cukup bajet untuk dapatkan teknologi yang terkini? Kesian.

Mengikut sumber dalaman Sokernet di adidas, TechFit merupakan satu teknologi fabrik terkini yang membantu meningkatkan kepantasan pemain, kesinambungan daya tahan yang lebih lama dan melipat gandakan propriosepsi (menatang apakah ini?). Ini dicapai dengan mewujudkan keharmonian otot-otot dan memfokuskan tenaga yang menjana pecutan mendadak dan memberikan keberhasilan kuasa maksimum.

Serius bai.

Satu laman promosi interaktif boleh dilayari di adidas yang menceritakan banyak mengenai latar belakang kit terbaru ini dan juga Chelsea. Macam asal-usul jalur merah Chelsea, perlawanan epik menentang Dynamo Moscow yang menarik 100,000 penonton, kaitan dengan Pensioners, kenapa Chelsea dikenali sebagai Los Numerados di Amerika Selatan dan juga rekod jaringan terbesar perlawanan peringkat Eropah.

Tempahan kini dibuka. Jorji khabarnya dah tempah satu, sekali dengan nameset Kakuta.

Derbi Manchester

Esok kita semua bakal disajikan dengan sepak mula awal yang menemukan Manchester City dan Manchester United.

Peri pentingnya perlawanan ini sangat jelas bagi kita semua. City perlu menang untuk memastikan peluang mereka ke Champions League terus bersinar. United pula perlukan 3 mata untuk terus mengejar Chelsea.

Wayne Rooney dijangka bakal diturunkan esok, satu langkah terdesak dari Pak Alex setelah melihat persembahan cemerlang, gemilang dan terbilang Dimitar Bebal-Betul di Ewood Park. Aku jangkakan mamat Rudeboy tumbukan padu ke udara ini akan terhincut-hincut keluar padang esok dan punahlah harapan Piala Dunia buat England.

Dengan Roberto Mancini sebagai nakhoda, Carlos Tevez dalam keadaan yang terbaik, kelebihan bermain tempat sendiri dan pentingnya untuk City menjarakkan kedudukan dari Spurs, aku jangkakan mereka akan berjuang habis-habisan malam esok. Apatah lagi tiada yang lebih indah untuk City melainkan dari menafikan peluang menjuarai EPL buat jiran dan musuh ketat mereka.

Man City menang. Itupun kalau pengadil tak bagi masa tambahan sampai 1 jam untuk Pak Alex.

Derbi London

Hampir 5 jam selepas sepak mula di Eastland, Spurs pula memulakan saingan menentang seteru London mereka, Chelsea.

Spurs bakal turun penuh keyakinan setelah menundukkan Sekolah Sukan Arsene Wenger 2-1 manakala Chelsea pula perlu memastikan tiga mata penuh untuk terus mengukuhkan kedudukan di puncak klasemen.

Tapi aku tak nafikan esok bakal menjadi laluan getir buat The Blues, yang kali terakhir menang di White Hart Lane dalam saingan EPL ialah pada musim 2005/06.

Kemenangan juga penting buat Spurs untuk terus menyaingi Manchester City. Spurs mempunyai rekod tempat sendiri yang agak baik, cuma tewas 3 perlawanan setakat ini.

Tetapi Chelsea juga tidak kurang hebat dan dari 7 perlawanan menentang kelab-kelab London dalam EPL musim ini, masih lagi belum tewas.

Rekod pertemuan Chelsea dan Spurs dalam semua perlawanan, Chelsea menang 59, Spurs menang 48 dan seri sebanyak 33 kali.

Tilikan esok? Chelsea menang, lebih ikut perasaan sebenarnya.

Dan Lain-Lain

Wigan Athletic menentang Arsenal dengan The Latics perlu menang untuk keluar dari zon penyingkiran dan The Gunners pula mahu terus menghidupkan peluang menjuarai EPL. Oleh kerana Pipiyapong khabarnya sibuk mahu pasang pendakap gigi, aku tolong tilikkan.

Wigan menang. Tapi menang sorak je.

Portsmouth, yang sudah layak ke Championship League (tolong ambil perhatian, Championship League dan Champions League dua benda berbeza!) meraikan kunjungan Aston Villa. Bermain tanpa apa-apa, fokus Avram Grant lebih tertumpu ke akhir FA Cup pastinya dan di sini aku menjangkakan kemenangan untuk Villa.

Tuah pula tidak begitu menyebelahi Liverpool, yang bakal menentang West Ham United di Anfield. Memang 3 mata lebih memihak pada Liverpool tapi harus diingat, The Hammers masih belum layak ke Championship League dan mereka pastinya tidak berminat untuk layak pun.

Bermain untuk menyelamatkan diri, West Ham bakal berhempas pulas untuk sekurangnya mencatat keputusan seri. Dan itulah juga tilikan aku sekali ini, lagi pun peminat Chelsea mana yang tak sayang Gianfranco Zola?

Keadaan pastinya akan lebih panas jika Everton menang ke atas Blackburn Rovers di Ewood Park. Saingan EPL musim ini cukup mendebarkan dari Chelsea di puncak klasemen hinggalah ke Everton di tangga ke-8.

Sila pastikan stok kacang Menglembu dan Nescafe anda di rumah cukup sepanjang hujung minggu ini jika menonton di rumah. Bagi mereka yang kerap ke mamak, harap buat tempahan awal agar tidak kecewa di kemudian hari.

Awek-awek yang tak minat bola, harap jangan kacau balak-balak anda semua!

71 Ulasan:

Abu berkata...

Lucius , artikel lu buat gua terbahak bahak !....
Teruskan~

hanuman berkata...

agak2 1manchester nk suruh rudeboy main berapa mnt ari ni?ekekekek

Raiden berkata...

haha weekend nie memang giler la, penggila bola memang tidak boleh diganggu hatta awek dan ibu mertua sekalipun..lepas derby manchester, derby london lak..fuhh mahsyukk..dan chelsea leading 7 point lak dengar kata..peghh..

afterc berkata...

"tolong ambil perhatian, Championship League dan Champions League dua benda berbeza!"

Penegasan ke..hehehe. League Championship la..wakakaka

NikLas berkata...

agak2 mamat yg jd model jersi kat atas tu main lg x kat Chelsea season depan???

pakkordi berkata...

TechFit. Sedap nama produk yang kedengaran macam bunyi kelentit.

Climacool ka TechFit ka kelentit ka, tahun depan jersi Liverpool dah 50% halal. Shankly dah order?

Jarr berkata...

pakkordi - hahahahahahahahahaah brilliant.

BanDeLa berkata...

kelentit haram di tayang di khalayak ramai.....kehkehekh
mmg perangai chelSEX...kehkehkeh

Shankly berkata...

bigfour menang bergaya minggu nie.
chelsea Man Utd Arsenal &
Liverpool Winnnn !!!

Acai berkata...

Kalau aku jadi liverpool mesti kecik ati sebab tak dapat teknologi terkini dari adidas,hehe..:)

Aku rasa kalau rooney injured malam ni dan dia tak dapat main piala dunia, dalam masa sama Manutd tak menang EPL, memang satu england benci Alex Furguson termasuk MU Fan..Pastu diapun bersara..

Pet Shop Boys berkata...

baguslah buku KARIPAP CINTA tu....bermutu, penuh mesej dan pengajaran. serta menghiburkan

penulisnya mesti penyokong Liverpool.

Oh Me berkata...

"Aku rasa kalau rooney injured malam ni dan dia tak dapat main piala dunia, dalam masa sama Manutd tak menang EPL, memang satu england benci Alex Furguson termasuk MU Fan..Pastu diapun bersara.."

tak payah menang liga pun satu England dah benci dengan Pak Alex Chewing Gum ....hahaha...

abeih berkata...

roooney men or x samo je....kalah tetap kalah....

adijaya berkata...

memang sudah dijangkakan, artikel lucius maximus memang top gila. aku buka sokernet hari-hari pun tunggu artikel lucy dan tunggu komen 2 kupang jarr je. penulis-penulis lain pun best jugak, tapi diorang berdua yg buat sokernet jadi naik prestij skit. artikel mantap, penuh info sampai teknologi adidas pun dibincangkan, statistik lengkap dan description padat - (tolong ambil perhatian, Championship League dan Champions League dua benda berbeza!). paling kreatif tu kata-kata akhir buat awek. diharapkan penulis arsenal buat la posting best jugak, baru sedap nak komen.

pakkordi berkata...

jarr: Fan liverpool semua brilliant. Kan shankly?

Red Doss berkata...

klu rooney main m.u blh menang kot...

napa xde prebiu game lpool,x penting ke? :p

aimantakkisahpon berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
aimantakkisahpon berkata...

lucy made the biggest blunder of the season, sure adidas marah pasni...

lucy kata:
"Jersi terbaru Chelsea ini bakal menggunakan teknologi terbaru adidas, TechFit yang digunakan buat kali pertama dalam bolasepak. Ini berbeza dengan jersi 2010/11 Liverpool yang masih menggunakan teknologi zaman batu kapur, ClimaCool.

tula lucy, hg main google jaa.. kalau hgpa klik balik link lama promosi tu, tengok bab explore the kit, chelsea new kit pun belasah pakai climacool daa....

appara lucy, aku bet, lepas ni hg kena fire dari jadi promo officer, hg takat buat prediction kat astro awana boleh laa...huahuahaahaaa

aimantakkisahpon berkata...

khas utk pipi,
http://www.teamtalk.com/gallery/17852/5713310/Today-s-back-pages

R.K berkata...

aiman , link lama ? L A M A ?
yang ghua tahu season ni memang climacool .
season depan techfit . dalam techfit ni ada unsur climacool sikit.
istilah dia , revolusi eh , inovasi .
from climacool dia adjust ++ jadi techfit .

("^_)

Mohd berkata...

cayalah lucy..
saspek same lu..mmg terbaek!!
haha

Okidoki berkata...

tak perlu risau dengan propaganda jersey terbaru Chelsea.

Yang penting ialah statistik jualan jersey kelab2 bolasepak tajaan Adidas menunjukkan jualan jersey Liverpool paling unggul berbanding jualan bagi Real Madrid, Chelsea dll.

NikLas berkata...

patotla LiberFool dh nk kena jual. jum geng2 sokernet..kumpul dana,kita pakat beli sikit sorang.

Shankly... lu xnk beli gak ke??

aimantakkisahpon berkata...

r.k: artikel laman promosi yg lucy kasi dalam entry tu...

Lucius Maximus berkata...

Encik Aimantakkisahpon,

Dari laman sesawang Chelsea FC sendiri:

"Adidas again have pushed the boundaries in the development of apparel technology to help give Chelsea players the edge on the pitch. For the first time in club football, adidas TechFit™ features directly in the playing shirt."

"TechFit™ technology is only incorporated into the Chelsea FC team kit, and is not in the replica kit. Fans will be able to buy the replica kit featuring adidasClimaCool™ technology."

http://www.chelseafc.com/page/LatestNews/0,,10268~2024893,00.html

Dalam dunia jersi bolasepak, kita selalu merujuk kepada dua jenis jersi, authentic dan replica.

Authentic ialah jersi sebenar yang dipakai oleh pasukan atau kelab.

Replica ialah jersi seakan jersi sebenar tetapi tanpa bahan atau kualiti setaraf jersi sebenar. Itulah sebab namanya pun replica.

TechFit telah digunakan secara meluas oleh banyak pasukan kebangsaan, antaranya Jerman. Chelsea ialah kelab bolasepak pertama yang menggunakan teknologi TechFit dalam jersi mereka.

Laman adidas yang aku rujuk itu, direka khusus untuk para pembeli macam kita semua. Yang dijual disitu hanyalah replica dan pastinya 100% ClimaCool. Sebab itu dia tak cerita pasal TechFit kat situ.

Aku pinjam balik ayat hang:

"tula aiman, hg main baca jaa.. kalau hg tak malas macam melayu, buat research sikit pasal kit tu, chelsea new kit yg authentic pakai techfit daaa....

appara aiman, aku pesan, lepas ni hg fikir dulu sebelum fire pengulas sokernet, hg takat baca metro macam melayu lain boleh laa...huahuahaahaaa"

Sekian, aku susun 10 jari mohon maaf andai terlanjur kata. Tapi ni nak habaq mai kat hang, hang yang cari pasai dulu.

Aiman mungkin tak kisah, tapi aku kisah.

fikiranlicin berkata...

Techfit ni persipura dah guna sezen lepas. Chelsea kelab eropah pertama yg guna, Persipura kelab dunia pertama guna. Apa da..

adijaya berkata...

semoga kisah encik aimantakkisah ni menjadi pengajaran buat para pembaca yg lain. jangan duk main hentam je penulis kat sini. tadi saje je aku tak nak jawab, sebab tunggu jawapan lucy yg lebih details. dah la lucy penulis faveret aku, dia pi hentam macam tu je.

I Am Legend berkata...

aku habaq hang dah sarang tebuan toksah dok jolok, awat hang ketegaq sangat aiman oi!!!

aimantakkisahpon berkata...

Lucy, hg memang mantapp. aku pun silap main tengok dekat link hg aja. tu la, hg jugak salah pasai cerita amik kat tempat lain, hg bagi link lain. aku bantai baca kat link hg bagi ja laa...

apa2 pun, adidas dah reply email aku, dia bagitau natang propriosepsi tu adalah utk membantu peningkatan aliran darah secara mendadak ke seluruh organ2 badan yg dibaluti fabrik yg ada unsur techfit, ini bagi memastikan ejakulasi tenaga yg tinggi utk menghasilkan kuasa maksimum yg diperlukan semasa bermain.

aku rasa, kalau adidas bagi spenda techfit jugak kat player chelsea, season depan byk la cerita skandal tibai bini kawan pulak....muahaaa...

aimantakkisahpon berkata...

aku bukan apa, lenkali cerita biaq terang, orang kedah kata.

ni dok habaq cerita lembu, tangan dok tunjuk kat kerbau, mau ka orang tak konpius. tapi aku respek lucy, dia baguih, dia cerita elok2. mmg sah semua penulis kat sokernet ni ada phd bolasepak, mantap mantappp!

kareem berkata...

aiman pengganti mamat villa?kehkehkeh

Susuhunanan berkata...

climacool tu replica la..mcm yg korg beli kt kedai tu la...sblm & skang ni kalo adidas player issue nye "formotion"...sesape collector untong ar yg ade formotion..hehe...so pasni techfit plak..para collector cepat carik lobang...keh keh keh

Kay berkata...

yeay.! perak kena belasah dengan Selangor.
maaf lucy. haha

Besi Karat berkata...

climacool ka techfit ka,korang bukan pakai buat main bolasepak pun.setakat pakai sambil layan sokernet,amendanya.

kah kah

123 berkata...

besi karat, mane ko tau diorg x men bola??

ahmad razif yang rok berkata...

betul kata Susuhunanan...liverpool this season punye player issue adalah Formotion, bukan Climacool...jenis Formation kalau orang macam kita ni memang tak berapa digalakkan untuk dipakai time main bola petang petang...mmg la sedap dipakai tapi ni jersey jenis tak berjahit...tak macam jenis replica...kalau koyak mahupun tercalar memang alamat berlinang la air mata...aku selalu pakai player issue pun time tengok wayang dgn bini :)

Buza berkata...

ni kes aimantakkisahpon samadengan BUNGWAHAB

anakrantau98 berkata...

gua suka manchester city menang. nanti kat anfield, kami titik chelsea. mana tau dapat 5 berbalas 0.

europa league pun okeh jugak. dapat juara europa league. kemudian kalahkan juara champion league masa european super cup. kira popopower tu.. macam zenit st petersburg kalahkan manchester united.

lepas tu scholes score pakai tangan sebab desprate mau menang. ahakss !!

adijaya berkata...

game paling best rasanya tadi. berdebar mcm arsenal lwn wolves hari tu.

aimantakkisahpon berkata...

yessssssssssssssssss!!!!

mana mau scholes guna tangannnn? kepala dia lagi mantapp daaa!

aimantakkisahpon berkata...

gila nerve, aku ingat dah nak seri dah tu! believeeee!!!

aimantakkisahpon berkata...

Noisy neighbours finally put to sword, and more incentive for spurs to win this evening. gila mantappp....

nazri/jorji, aku tunggu entry hgpa, ulasan baikk punya oraitt!

BanDeLa berkata...

rasa macam raya pertama jer hari nie....
weeeeeee

talkIZcheap! berkata...

aimantakkisahpun: pakai 'standing leg' je pon Scholes masih bleh score, huhu...

I Am Legend berkata...

lembu jugak si aiman ni..

adik, propriosepsi tu deria, bukan natang yang meningkatkan peredaran darah. komponen techfit yang tingkatkan kadar propriosepsi, thus in this case proprioception (dalam inggeris) is the end result, not the mean to achieve the result as you implies.

propriosepsi/proprioception adalah penderiaan kelas ketiga yang memberikan maklumbalas dalaman tubuh kita dan posisi organ-organ badan.

tapi ko bukan kisah pon...

iKHwAn berkata...

wakakakakakakak.. CHELSEX MAIN MALAM NI DGN CORAK LEBIH GANTENG DAN SUKSESS.. CONGRATZ TERRY FOR CHELSEX.. HEHE

one berkata...

http://www.geostring.com/?1105446 FREE REGISTER AND GET UR MONEY. EASY

palytoh berkata...

tangan terry sungguh berbisa.. tackle beliau pun ade umphhh.. merah sekaleyyy...

XD

PS : hebat diranjang juga..

aimantakkisahpon berkata...

weh legend, hg ni pun spesis mamat villa jugak ka, rilek la bro, dah nama pun satire blog, takkan semua hg nak amik fact semata2. hg nak facts, bukak baca buku alam dan manusia darjah 3 la bro.

terry memang hebat! apa2 pun aku nak ucap kat dia selamat makan koci dgn minum coke masa next week's game kat stoke. tak pun bawak bini pi portmeirion dulu beli pinggan mangkuk, dah dekat tu...

beliabencibungwahab berkata...

chelsea will be all out for the next 3 games..2 hame and away at anfield..hope yg ivan ngn ashley cole akn boost chelsea nye performance..gle cuak da nih 3 games lg tggl..hahahahaha..btw men kt hart lane mmg hard..haha..

blitz berkata...

senyap je semua.. mana supporter chelsea yang kecoh2 sangat aritu.. nak leading 7 point la konon..

talkIZcheap! berkata...

@belia: tu la pasal... semua team top 3 tgh cuak nie... 3 matches lagi, kita tengok siapa yang kena!! :D

beliabencibungwahab berkata...

haha..akn jd mnrk kalo situasi bunkface nih jd mcm nih..

man u : mng 2 seri 1 = 83
chelsea: mng 2 klh 1 = 83
liverpool: aaaaa..mls ar nk kire (jgn mrh eyh..haha..)

mke pnntuan oleh GD..waaaahh..suspender la gua..haha..

tp gua ttp sokong chelsea..hehe..

palytoh berkata...

Liga BPL memang terbaek..

dari ladang mak siti

XD

al-rashid berkata...

come on chelsea..!!!yeargh!!

iKHwAn berkata...

Awek-awek yang tak minat bola, harap jangan kacau balak-balak CHELSEA anda semua! Dorang tgh bengang tu.. Di khuatiri dorang akan terikut jejak TERRY n AShley cole.. korang jugak yg susah.

talkIZcheap! berkata...

apsal kira Liverpool wey? kire Arsenal la... sian diorang...huhu

SpitFire berkata...

pergh PERFECT WEEK UTK MANCHESTER UNITED hihihi..

aku da ckp chelsea nie phy tinggi tp semangat mcm anak ayam..

x dinafikan em yu mungkin jd mangsa tottenham pasni

tottenham punya cara men fluid abes
itu klu si ape nama rusia tu aku da lupa dem!
palykovic?.. aargh ape2 je la..

klu si mamat nie mcm rooney ade la dlm 4-1...

beliabencibungwahab berkata...

corak pemainan yg agk seimbang bg aku cme nsb x mnyblhi chelsea..bkn xde lngsng shot2 mnrk dr chls tp 1 pown x msk..tmbh lg terry kne red card..ferreira myb adlh the weakest point..2 sng je bale kongker blh knn 2..ape2 pown defend agk cuai smlm ns seb bek counter attck diorg x cnvrt 2 goal..hish..ape2 pown pasnih 2 game home yg agk mdh n liv kt anfield..kalo men mcm men ngn man u myb bole mng..hehehehe..

aishah aurelia berkata...

hampir 24 jam berlalu setelah perlawanan yang membawa kegembiraan dan juga kekecewaan.
namun belum lagi dilihat ada entri baru yang masuk.
mungkin penulis2 dari kem berkenaan masih sibuk, out station atau pun apa2 je la.
atau juga mungkin penulis dari kedua-dua kem tersebut bermain dengan sangat berhati-hati.
kedudukan yang genting dengan baki tiga perlawanan di samping analisis perlawanan mendatang yang agak sukar dengan frasa 'apa-apa pun boleh jadi'.
faktor yang mungkin menyebabkan penulis-penulis kem tersebut agak ragu-ragu untuk mengepos entri yang mendabik dada.

liverpool-chelsea
spurs-manu

juara bpl mungkin antara pasukan yang menang di tempat lawan.

blitz berkata...

man utd spurs main kat old trafford la..

aimantakkisahpon berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
palytoh berkata...

apa kes arsengal kalah ni weh.. adesla..

XD

kareem berkata...

lucy salah predict game arsenal..kahkahkah...ade hati nak ganti john dyke konon..

talkIZcheap! berkata...

kes terkeluar dari title race la gamaknye... huhu

*Arsenal did it again, surrender two goals lead... :D

BraderDiego2 berkata...

Player Chelsex pakailah jersey TechFit bertatahkan emas dan permata, dan disulami dengan benang sutera korea sekalipun, kalau main dah bengap tu bengaplah jugak.

beliabencibungwahab berkata...

@braderdiego2: blom pki lg la ngog..n lg..gua x ske nk mmbongokkn team..unless team 2 duk bwh..nih team 2 da mmg kt ats..still nk pnggl bengap gak ke..kalo team bengap nih bengap, da lme da man u cium cup BPL 5 6 game b4 dis..nih pown msh race lg ngn man u..so sape yg bengap skrg..lu ke team bengap 2..haaaahaaha..pg2 jgn emo2 bro jom pkne nsk lmk..haha..

beliabencibungwahab berkata...

bola itu blt..sdgkn arsenal lead 2-0 pown leyh klh 3-2, apth lg chlsea klh kt WHL n man u score last 30 seconds..bola nih mmg gle..hehehe..

Jarr berkata...

Pengajaran: kita bleh buat prediction, dan anggap prediction sebelum sebelum ni kebetulan sahaja kalau mengena.Bookie pon mcm tu, bukan nye dorang pandai baca game,main hantam jer.dorang tgk pattern.

so skang result dah kuar, man u menang derby,chelsea kalah,arsenal blunder nak dekat dekat end season ni (biasa).BPL mmg gini every season, penentuan juara mmg sampai game last..lainlah kalau tinggal 3 game top team gap point sampai 13 bulehla nak berkokok.3 last game ni mmg crucial gila babas alagappas utk team2 yg berambat.

korang patut beli Kapten Tsubasa,dia power.Tak caya tgk dia main bola kat astro ceria.

beliabencibungwahab berkata...

owh..latest news torres injured smpi 5 6 mnggu..ktnye laa..kalo btl la mmg pluang kt chlsea laaa..defend2 leyh la relax2 ckt..ngog je kn..kuyt la ckt..ahahaha..

Mr. Shcomey™ berkata...

kapten tsubasa boleh buat tendangan helang. keh3. tendangan helang ke namenye. lupa plak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...