ANDA SEDANG MEMBACA

64

Rebiu: Tottenham Hotspur 2 – 1 Chelsea, Dan Lain – Lain

Lucius Maximus Isnin, April 19, 2010
Masih di puncak klasemen walaupun tewas. Sila rujuk laman berikut untuk kedudukan liga terkini.

Memang tidak dinafikan Chelsea kelihatan seperti tertekan bermain di White Hart Lane. Pertama mungkin kerana kemenangan Manchester United dalam Derbi Manchester beberapa jam sebelum bermulanya Derbi London. Kedua hakikat Derbi London di White Hart Lane yang tidak pernah dimenangi Chelsea semenjak 2005. Laporan lanjut boleh dirujuk pada pautan berikut.

Tidak dinafikan juga Spurs bermain dengan cukup cemerlang. Mereka nampaknya telah bangkit dari kekalahan perlawanan separuh akhir Piala FA kepada Portsmouth sebelum ini (sila rujuk). Kemenangan ke atas Arsenal (rujuk pautan) nampaknya berlarutan dengan satu lagi kemenangan ke atas seteru London mereka. Laporan lanjut perlawanan dengan Chelsea dari perspektif Spurs boleh dirujuk di sini.

Namun begitu Chelsea masih di depan dan dengan baki tiga perlawanan, salah satunya menentang Liverpool, The Blues perlu menang semua untuk menjamin kejuaraan liga. Football Association ada menyediakan jadual rasmi di laman EPL.

Glory, Glory Manchester United

Derbi Manchester berkesudahan dengan gol 90+3 dari Paul Scholes. Tidak dapat dipastikan jika pihak pengadil sekali lagi berkomplot menjatuhkan Manchester United dalam perlawanan ini seperti yang didakwa oleh kem Manchester United di Sokernet. Berikut ulasan perlawanan dari sudut Manchester United sendiri.

Manchester City yang tewas di tempat sendiri kini jatuh tangga ke-5 EPL di belakang Spurs. Kekalahan pastinya memberikan tekanan buat Roberto Mancini yang perlu memastikan City layak ke Champions League atau bakal dilucutkan. Untuk laporan perlawanan dari pandangan City, bolehlah ke laman berikut.

Ooh Aah Arsenal

Klik sini untuk jawapannya. Tak berani aku nak tulis apa, dia punya marah memang lain macam kali ni.

Nombor 4

Di saat Chelsea dan Manchester United terus mengejar kejuaran liga, perebutan tempat ke-4 EPL nampaknya semakin rancak dan meluas.

Arsenal kini dengan tidak sengaja berpotensi menghuni tangga ke-4 EPL seandainya mereka meneruskan kecemerlangan untuk kalah kesemua baki 3 perlawanan. Mereka masih perlu berdepan Manchester City, Blackburn Rovers dan Fulham yang kesemuanya boleh dikira perlawanan sukar untuk The Gunners. Tambahan pula Arsene Wenger secara rasmi sudah pun mengaku kalah dalam saingan mahkota dan mungkin kini beliau lebih berminat untuk mengelak dari jatuh ke tangga ke-4 liga. Untuk semua jadual perlawanan Arsenal, boleh berkunjung ke laman berikut.

Tottenham Hotspur yang buat sekian lama dibelakang Manchester City kini telah mendahului pesaing mereka dan kini berada dalam kedudukan terbaik bukan saja untuk menduduki tangga ke-4, malahan juga memintas Arsenal. Begitu juga dengan Man City, yang perlu menang kesemua perlawanan mereka.

Spurs masih perlu berdepan Manchester United manakala Manchester City pula melawan Arsenal, dan kedua-dua Spurs dan Man City bakal bertemu satu sama lain pula pada 5 Mei nanti. Tidak ada pautan laman untuk perenggan ini.

Sementara itu, Aston Villa juga masih lagi berpeluang secara matematik untuk layak ke Champions League. Sekurang-kurangnya itulah harapan Martin O’Neill seperti yang dilaporkan oleh Goal.com.

Apa cerita pula dengan kelab penuh sejarah? Fara Benitez perlu memastikan tiga mata penuh menentang West Ham United malam ini atau Liverpool boleh melupakan harapan tempat ke-4. Untuk mengimbau sejarah kegemilangan Liverpool FC, dengan sukacitalah ke pautan berikut.

Jangan Jadi Lembu, Atau Kerbau

Nia apa hal pula kecoh pasal cerita lembu tapi tunjuk kerbau? Tengin benor le pun kalau lembu dengan kerbau pun tak boleh nak beza!

Kalau dah aku cerita pasal lembu tapi tunjuk kerbau, janganlah pakai otak lembu malas nak berfikir. Jangan pula jadi macam perangai kerbau dicucuk hidung, mengikut ke mana saja tali ditarik.

Ini mentaliti Bumiputera ni, tolonglah buang. Jangan main nganga mulut je, semua nak kena suap.

Aku tulis artikel bolasepak bukan tulis tesis untuk PhD. Kalau tesis untuk PhD memanglah setiap fakta yang aku guna kena rujuk kepada sumbernya. Tapi ini artikel bolasepak, berapa juta artikel bolasepak luar sana yang ditulis siap ada rujukan?

Kalau nak buat macam tu, jawabnya jadi macam artikel ni. Setiap satu aku bagi pautan laman lain.

Sekarang ceritanya senang je. Aku dah tulis berjela-jela pasal teknologi jersi tersebut, buat apa aku nak suruh kamu pergi baca benda yang sama di laman lain? Dan sudah aku sebut terang-terang, kalau mahu tahu latar belakang jersi itu dan kisah kelab bolasepak tersebut, bolehlah rujuk ke laman yang disediakan.

Sendiri faham ini blog satira bolasepak. Tapi sendiri mahu hentam orang macam ini disertasi untuk PhD. Lepas tu bila kena batang hidung balik, kecoh nak cakap ini blog satira. Ajenye biut!

Siapa yang terasa pedas, minum air.

64 Ulasan:

Red Doss berkata...

hahahaha.....tu la..suka2 je ngata kt penulis..kan dh kena..pedas..pedas...

Holden Caulfield berkata...

aisey lucy..ni la akibatnya bila orang terlalu ambik serius pasal bolasepak..pasal bola sanggup kaji sejarah salatus saladin la,pasal bola sanggup jadi ahli saintis kaji teknologi techfit..macam-macam..

cuba nkoram anggap ini cuma hiburan..takde la masalah bergaduh2 pasal benda2 macam ni.aku dituduh sebagai ibrahim nami bila aku lompat dari MU ke barca(sebab bosan dengan ketuanan inggeris dalam senario bolasepak),tapi bagi aku senang je - team mana yang main cantik,team tu yang aku tengok.

aku tengok bola bukan sebab aku nak tambah tension,aku nak hilangkan tension.lagipun buat apa aku kaji sejarah ke,jadi saintis kaji techfit ke kalau aku tak dapat apa-apa dari pasukan yang aku sokong tu,betul tak?

Jarr berkata...

jap jap..lucy kau rasa ada konspirasi tak ref kasi red card kat terry nak suruh man u close gap?tapi entry kali banyak gila pautan...wkakakaakkaakakakaa.hahahaa tengin - jakun?perghak?hahahhaa

beliabencibungwahab berkata...

brader lucy angn sepoi2 bhse pg2 nih..jrng2 trjd nih..hehehehe..

Speed Junkie berkata...

Uish...lucy ni pun marah lain macam jugak nih...mcm arsene jgk...

chill bro, chelsea still top, eventho man u dah dekat dah tu. Aku still rase Chelsea favourites sbb Lpool bile xde Torres usually mcm sengal je...silap2 nak dpt europa league pun x lepas heheh

boxsystem berkata...

hahaha konspirasi? lol.

btul la tu jarr. konspirasi gak player2 arsenal kasi bolos 3 gol.

terry tu dah due lama sangat dah. banyak kali escape punishment. gerrard pon same. it is about time lah. ade orang panggil karma.

bak kata orang-orang tua:

buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

atau pun .. nyanyian kumpulan scorpions:

what you give ... you get back ..

lucy, rileks ah. jangan touching sangat bro. wat derk dah ah. orang cakap .. kita rilek suda.

minggu ni memang minggu fan mu. kite tengok je la minggu depan. hohoho.

boxsystem berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Oh Me berkata...

marahnya Lucy hehe....Sabor sabor Chelsea still on top on the game.


Hidup Chelsea, Hidup Chelsea.

Jarr berkata...

box - minggu depan aku lawan kau eh?merujuk kpd game liver vs chelsea.

liverpool takde striker...ade pon mengarut,ngog.aku rasa nemeth lagi bagus dari ngog..takpun Kuyt main depan balik..mcm dulu.

a8jnme berkata...

hhaa..tu la, kalu nak link aje pening baca..dah x satira hoh..jangan sampai kena letak appendix ke glossary pulak nanti..

Glory2!

P.O.N.G berkata...

jarr.....aku 'terpaksa' sokong team ko yg tak brape ada masa depan tu jarr.....lanyak la chelsea tu yek....ko no phone benitez??aku ada....kalau aku call dia tak layan...mungkin kalau ko tepon..dia layan kot...

boxsystem berkata...

jarr .. aku rasa ko silap. minggu depan aku sokong ko. aku tak penah pun jadi fan chelsea. aku fan mu la jarr.

aku ske baca artikel2 kat sokernet ni. terhibur. baca2 komen pun lagi menggelikan hati. hehe.

Jarr berkata...

pong - takde masa depan ye?hahahahhahaa..siol kau pong.takpe takpe, nanti gua call rafa ckp jgn nak mengharap torres sgt..ramai lagi buleh main.

box - oh maaf bro :D
hahaha...tgkla game this week mcm mna..honestly dengan keadaan skang, i have to admit,that Liver mmg banyak depends ngan Torres..takde torres je jadi gampang.tak salah kalau org ckp Liver banyak bergantung ngan Torres sebab dia je ada ability utk score..Gerrard terumbang ambing..aquilani fragile nak mampus,automatically aku tak letak harapan apa apa game chelsea nanti, europa pon mcm jauh jer nampak.dah 2x torres tak dpt main against his old club..dulu injured jugak.

tp ape pon faith aku ttp kuat ngan Liverpool.wheeee..

SFB berkata...

hmm lg 3 game. Gile la EPL ni. season ni terlebih plak twist & turn dia.

Maybe Chelsea kalah sebab Mamat Villa kata dh confirm menang kot? Jinx.

Ataupun Shankly bayar bookie baek punye?

Kene report dlm Aduan Rakyat ni, kasi Karam Singh siasat nape jadi mcm ni.

kui kui kui...

Luca De Ketiak berkata...

beliabencibungwahab tls kmn mcm nk anta sms kt mkwe.

akhi lucy..
lu tengoklah sape tu.. muslimin united. ni mseti puak2 sekolah agama la ni... dulu dia tu mesti ada cita2 nak pegi palestin gak tapi tak tau mana satu dome of the rock ngan masjidil aqsa.

mulut kat lembu tangan tunjuk kerbau.. keh keh keh..

SFB berkata...

Jarr-- Standard la tu kalu nk harap pada satu player yg mantap, aku pun cuak je season ni MU mengharap pada Rooney je.

Player lain kalu Roo x main mcm x semangat aku tgk.

Kalu Pak Alex tak cucuk duit kat BSN nk beli player season depan, mmg deng la.

huhu

P.O.N.G berkata...

jarr:ko call rafa kat MAxis...Celcom dia off....Digi kena potong....kim salam...cakap kat dia..."caiyok...caiyok...."

sfb: aku setuju ngan part Shankley...sebab dia kenal banyak bookie...

Jarr berkata...

credibility player tu yg kita nak..kita nak team pikir, ok bila mamat ni takde tak semestinya kita takleh main mcm bese.aku suka tgk Liver season lepas walaupun kalah 4 point ngan man u akhir season, tapi semangat satu team tu..melawan.masa tu gerrard injured tak main pon boleh menang lagi...kalah 2 je whole season,tapi badi seri satu kontena wahahahah.tapi masuk season ni bebetul nampak mengharapkan accuracy passing gerrard walaupun obviously banyak Masch,Aquilani,Maxi ngan Lucas (oh i hate to say this) yg membantu...

hopefully dengan berundurnye Hicks & Gillet season ni,dan perlantikan martin broughton sebagai chairman baru dpt membawa perubahan.Cepat setel, cepat reconstruct balik the whole team.Aurelio,Yossi,Lucas & Babel out.

aku caya we will bounce back.

iampali berkata...

biasa la lucy..derang ni poyo bagus.enjoy game sudah la.xyah nak rendah2kan orang.true fans la, true club la wtf?!!ko sapot kelab ko diam2 pastu kutuk2 team lain kalau derang kalah and belagak bila team korang menang.abih cite..

saya vote lucy sebagai PM!!

Jarr berkata...

lupa nak ckp, masalahnya chairman baru Liverpool ialah Chelsea nye season ticket holder.wakakakakaaka...demn.

nasr berkata...

jarr, futsal sokernet ari tu ko ada main tak? team mane? aku rase kalo mellor ada lagi jar, sure striker LV xmnjadi mslah.. hehehee..

Jarr berkata...

Nasr - futsal tu hari gua tak main.mana ade team :D.Mellor tu ok sebenarnye, peluang je takde,sama mcm pongolle.

ni komen org dlm Liver kat satu forum,dunno how true it is,tapi komen gini mmg menceriakan isnin aku, utk sementara waktu,wahahahaa.

"For the past 3 years i have been going to work day in and day out... Meeting the owners on many occasions, these guys have no interest in the club and wanted to make profit like they do in america through Advertisements, Televisions etc etc... Anyway the value of the club is beyond imagination, 600 - 700 million is what they will take... I for one for the past 3 years can advise, liverpool have made profits! they are in a better financial position then clubs such as Manchester United and Chelsea who have debts closer to 800million.. This summer we shall all be in for a shocker, i resume work on tuesday and the news around the board is that, there is already 5 potential buyers with big money and plans not forgetting all liverpool supporters. Rafa will be given 60 - 75million spending however Riera, Degen, Ngog, Aurelio will help make up that sum. Turan, David Villa, David Silva, Gary Cahill are definately in contention to sign... Already talks before world cup are going on and as staff we have been told David villa and David Silva will be a sign of maybe 45million for the both of them. Already have seen David silva in the box at anfield on three occasions!! YNWA.... (Truth will be revealed soon, do not worry LFC FANS we will once again be on top of ENGLISH football)"

Pet Shop Boys berkata...

good job jarr....kau ni tak kerja ke?

Jarr berkata...

hari isnin aku banyak meeting...presentation depan,laptop aku sokernet...wakakakakakaka..

Lullaby berkata...

literature review kau memang rabak la lucy,membuktikan sindiran yang cukup pedas dari post lepas. hahaha.

Shed Ultras berkata...

ate ..yob lucy udoh mengamok..tumpor lah kome...

pakkordi berkata...

Rafa memang nak kena tendang.

Shankly berkata...

hmm .. spt mana politik -
biarpun tak nmpk tp majoriti anda sudah tahu apa sbnrnya berlaku

begitu juga dgn bolasepak.
suka or tdk , setuju or tdk - Bookie andalah syarikat yg berdaftar , diiktiraf dan bayar cukai dgn kerajaan england ( dan negara² eropah )
meskipun ada tersasar - diluarjangkaan - cthnya liverpool and stoke city .

knp Man Utd , chelsea , Liverpool and arsenal mesti berlawan di penghujung musim ?? knp tothem, aston villa and city??
why ?? Why ?? knp pasukan bawah hull ,
burnley , wigan mesti lwn top table team ?? why ?? adakah sbb kasta ??
knp barcelona tiba² draw?? real madrid menang menang dan menang lagi ..?? why why..
knp tenerife , xerez , valadolid dan malaga mesti lwn barca & real madrid ?? why why??
agrhhh ..

sbb .. bookie turut sama dlm susun jadual !!!
top table akan kejar kejuraan liga
boottom utk mengelakan relagate .

*diluarbataspemikiranbookie - Liverpool jatuh middle club , stoke city dijanka bootom club tp jadi save- save club and west ham jatuh jadi bottom club.

Shankly berkata...

aku rasa lucy period. maklum time gini org dtg bulan nie emosi sikit.. hahahaha

kareem berkata...

aduii...ni pehal byk komen psal liverpool plak kat sini...adeii..xyah citer bykla..bosan lak aku tgk..
Dingin pun dah surrender beb..kehkehkeh

adijaya berkata...

hahaha.. pertama kali dalam sokernet aku tengok artikel yg disertai dengan sedozen pautan. memang top la lucy. sekali tengok macam buat journal pun ada. kalau hantar kat espn, confirm colette wong baca dalam sportcenter mlm ni. ni la pengajaran buat aiman, sama ada kisah atau tidak, jangan la duk perbesarkan isu yg kecik. kan tak pasal² jadi glamer kat sini. dalam seminggu dah 2 org jadi famous, termasuk mamat villa yg tiba-tiba menghilang.

tapi yg paling sedih adalah arsenal yg tidak menang satu piala pun dalam 5 musim terakhir. takpe la, in arsene we trust. tahun depan kita start balik. kira arsenal dah ok kot, tak membazir duit. teringat petikan yg fazura cakap kat extra time hari tu: "pelik la tgk arsenal ni, dlm 5 tahun terakhir asyik duk top 4 je. padahal tak beli player mahal pun. kalau liverpool, beli aquilani mahal-mahal, tak dapat gak masuk UCL."

kareem berkata...

steady la fazura...betul gak ape die ckp tuh..

NikLas berkata...

huk huk huk.. baru hr ini ku rasa keperitan yg sudah berbulan2 dilalui olen fan yg berjalan ramai2(YNWA). perit jugak rupanya.. tp xpe, at least dapat gak main CL next season... kalau x dpt main CL lagi la bertambah perit kn

Shankly berkata...

niklas - arsenal empty folder this season . :))

talkIZcheap! berkata...

nasib baik korang tak dibayar gaji yer, Lucy... kalo tak, ko ambik je la gaji penulis2 kem lain tu... huhu

dh lengkap semua team ko cover... (termasuk Spurs...)

*lagi, banyak lagi link yg kita mau!! wakaka!!

pakkordi berkata...

Correct gua kalau gua silap:

Betting online akan tutup lepas 80minit permainan berlangsung. Arsenal kena 3 biji lepas minit ke 80.

----------------------------------------------
Mari kita layan filem arahan Prof Razak Mohaideen lagi real.

NikLas berkata...

Shankly..;arsenal duit x empty... kayo.

kalu kenangan bergunung..tp duit xde, sampai nk jual kelab... CL xdapek masok... buek sakit hati je. baik jalan sorang2

beliabencibungwahab berkata...

luca de ketiak: beliabencibungwahab tls kmn mcm nk anta sms kt mkwe...

ok la bero..lepas ini gua tulis penuh-penuh ok..itu pun kalau bungwahab and mat villa tidak marah..hahahahaha..

ayobkelubi berkata...

lucius : ini bermakna penulisan lu mmg ada orang amik peduli. boleh buat buku beb!.

korang ni..jersi punya hal pun leh jadi isu..alih-alih beli yang siam punya jugaaaaa..rileks jon..

kepada pengurusan sokernet : musim dah nak abis...mahu diteruskan untuk piala dunia pula ker?.

Jarr berkata...

aku dengar ramai jadik british time world cup nanti ekk?bagus confident level yg tinggi...accent tu jaga, jgn kantoi.agagagaga...

Kelon Eric Bana berkata...

aku rasa player chelsea semua tak in dengan pengadil nama Pak Dowd (baca Daud).

Rajin betoi nak keluar kad merah suseke hati!!

dewajiwa berkata...

Lucy, steady bro.
takkan kena side-effect Chelsea tetiba merudum kot. heheh. next match mesti menang punya.

tapi entri nie memang kena gaya. kasi pedas pedas punya. memang kalau banyak link macam nih, mampus tak layan nak baca tapi gua still go on baca sebab nak tau apa penyebabnya. akhirnya terjawab. haha. good points. good intepretation. nicely executed.

zulhafixi berkata...

ape celaka gua dah macam bace wikipidea dah..
sape yg suh lucy wat cengginih? sape?
meh sini gua kasik penampo..
kehkehkeh

aimantakkisahpon berkata...

wahhh, hebat aku... lucy dont take serious ok. aku tau hg bukan marah, itu tanda hg responsive, hebat2... to lucy, rileks broo, bawak bertenang...

kalau dibaca balik komen2 aku, takdak la aku cari pasai dgn hg lucy, except pasal aku salah link techfit tu, danpastu isu komen satira aku pasal propriopsi natang apakebendaaa tu, si mamat legend tu yg gigih cari makna betul natang proposi tu... so tadak hal la sangat, at least aku buat hg lebih informative, tengok berapa banyak hg punya sumber rujukan...muahaaa ini baru mantapp.

p/s: ka hg marah sangat ni sebab chelsea kalah?

aimantakkisahpon berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
aimantakkisahpon berkata...

luca da ketiak kata:
"tengoklah sape tu.. muslimin united. ni mseti puak2 sekolah agama la ni... dulu dia tu mesti ada cita2 nak pegi palestin gak tapi tak tau mana satu dome of the rock ngan masjidil aqsa."

weh, kalau ya pon nak komen, jgn kaitkan dgn isu agama, takkan sorang muslim tak kenal masjidil aqsa, pasai profile foto aku pun hg nak buat isu ka? rileks la bro...

FreeMen berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
FreeMen berkata...

korang ni pun. mcm ni pun buleh gaduh. haha.

rilek lucius. walaupun kem berlainan tp wa suka penulisan lu. lebih humor dan tidak terlalu keras joke tu.

Abu berkata...

ni kes aiman tak kisah pon adik beradik BUNGWAHAB!!

P.O.N.G berkata...

apa lagi...RUMBLE la wehhhhhhhhhhhhh....warghhhhhhhhhhh!!!!( ala-ala ultimate worrior time ketaq nk menang...)

blitz berkata...

pong : tak cukup org lagi nak rumble.. bung wahab dgn mamat villa dah missing in action..

P.O.N.G berkata...

kalau bungwahab tu tak pe la....dah dikenali tahap IQ....tp...siapa objek yg bernama mamat villa nih...dah lama aku tunggu..tak de kuar pun.....

BraderDiego2 berkata...

Tiada apa yang lebih riang daripada melihat seorang penulis sokernet ni yang berhempas pulas nak saiko team lain, akhirnya sendiri yang emo macam datang bulan.

Eheh..

al-rashid berkata...

cayalah lucy..!!!~
aumm..!!

beliabencibungwahab berkata...

ultimate warrior..gile x bole belah..undertaker la weyh baru masyukk..hahahaha..

E berkata...

sy suka baca sume entry luxius maximus

Karipap Sardin berkata...

p.o.n.g:

object bernama mamat villa? masih operate utk buang PMS dia la kot..hahahahaha

geng2 sokernet:

alang2 nak rumble kita rumble laa budak2 yg duk poyo2 nak wat tesis phD tu..hahaha

Encik Bebo berkata...

abg lucy jangan emo k?hahahaha...and next time jangan suke suki kate org lain emo.kan dah kena batang idung sendiri..:p

Raiden berkata...

kahkah keras + pedas la ayat lu lucy..

nie blog satira, jangan le berkire sangat kome nie ponn, kalo nak pegi amik PhD sains sukan, tulis le journal, tesis banyak mane pon..

kō⋅rŏxx berkata...

Tu la, orang nak ajar, asyik tak kisah aje kejenye. Salah sendiri nak deflect kat orang lain. Dasar bodoh sombong.

Kepada Incik Lucy, kipidap! *tepuktepuk*

zOnt berkata...

cayala lucy...jgn kasi org pijak pala lu suka2 ati je orait?!

kareem berkata...

zont, pala mana satu tuh?

Popo berkata...

hahah paku dulang paku serpih...

sendiri mau igt..jgn suke sgt..

jebat derhaka berkata...

kata org dia yg lebihhh..ni lepat buruk sap ni tinggal kat sini.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...