ANDA SEDANG MEMBACA

61

Oh Manchester!

Nampaknya musim ini Manchester United dipaksa berkerja keras hingga ke penghujung musim. Walau berbaki 1 perlawanan pun, selagi boleh di Matematikkan oleh Pak Alex, aku tetap yakin bersama Manchester United. Walau jelas, pengadil perlawanan dan FA Inggeris mencuba sedaya upaya menidakkan kejuaraan ke 19 Manchester United musim ini, The Red Devils tetap akan turun sebagai pencabar utama puncak klasemen.

Pengantunggan 4 perlawanan untuk Rio Ferdinand tetapi tiada apa-apa tindakan untuk kesalahan yang sama dilakukan Gerrad. John Terry 'bebas' selepas melakukan terjahan keras keatas Milner tetapi jika Vidic, bukan kad merah, silap-silap kene lokap! Linesman yang sengaja membiarkan Drogba menjaringkan gol offside dan beberapa penalti yang tidak dilayan serta banyak lagi kecuaian pengadil yang menggorbankan 'mata' penting.

Semenjak awal musim jika dihalusi, jelas Manchester United tidak bernasib baik dengan mutu pengadilan (dalam masa yang sama, 1,2 kelab lain mendapat nasib yang baik) . Mungkin juga selepas kutukan keras Pak Alex terhadap Riley the Lazy, pengadil menjadi 'bias'. Beberapa pengadil telah dikenalpasti sangat mencurigakan keputusannya, malah pengadil dan penjaga garisan yang 'memenangkan' Chelsea di Old Trafford baru-baru ini telah di kurangkan tanggungjawab mereka - dengan hanya boleh mengadili perlawanan TIDAK PENTING. Hukuman yang secara tidak langsung mengiyakan kesalahan mereka.

Tidak mudah menjadi pengadil. Pierluigi Collina, pengadil botak dari Itali juga ada melakukan kesilapan walau diiktiraf sebagai terbaik dunia. Untuk Manchester United, mutu pengadilan menyumbang sebanyak 79% punca kepada kedudukan sekarang, ditambah dengan beberapa siri kekalahan/seri yang tak sepatutnya seperti kepada Liverpool, Everton, Burnley, Blackburn..
Walaubagaimanapun, musim belum habis lagi, Chelsea belum juara dan Manchester City wajib dikalahkan jika mahu perkiraan matematik masih boleh digunapakai.

Neville vs Tevez?

Hanya ada satu kaler di Daerah Manchester, iaitu MERAH. Noisy neighbour harus didiamkan. Mancini, yang cuba bermain 'mindgames' bersama 'The Guru of The Mindgames' Pak Alex harus dimalukan di Eastlands. Beliau membuat kenyataan yang beliau mahu Rooney bermain pada perlawanan derby ini. Beliau mahu Man City menang ketas pasukan Manchester United yang kuat. Beliau tidak mahu alasan 'tanpa Rooney boleh la menang'.

Memang diatas kertas, serta momentum sekarang, Man City punya kelebihan untuk menang. Tevez dan Adebayor sedang top form. Bahagian tengah, mereka ada Gareth Barry, Patrick Vieira and Nigel De Jong. Mereka nampak lebih bertenaga. Siapa nak jaga atau kejar Bellamy?
Harap-harap Wayne Bridge bermain malam esok, ada jugak 'lobang' mudah untuk dibolosi!

Tetapi Manchester United punya beberapa faktor luarbiasa yang selama 20 tahun ini mendominasi EPL dan Daerah Manchester itu sendiri. Mereka punya kegigihan luarbiasa, mentaliti untuk menang yang luarbiasa, pengalaman yang luarbiasa dan yang paling luarbiasa ialah strategi dari kepala Pak Alex. 1England tahu. Mungkin hanya Mancini yang belum tahu dan akan disekolahkan esok. Mungkin..

Aku predict satu perlawanan yang sengit. Tapi the solid back four akan menyelamatkan Manchester United. Jadi 0-3 cukup untuk buat Mancini insaf. Itupun jika teori aku tentang mutu pengadilan yang mahukan pasukan lain menjadi juara musim ini salah.

Semuanya bergantung kepada mutu pengadilan esok.

61 Ulasan:

R.K berkata...

setelah sekian lama baru komen mutu pengadilan ? Masa menang ta de bising pulak ? haha
what goes around come around !
ghua ingat match seri la , ManU back four sedang tak jadi sangat . ManC punye player boleh shot dari jauh apa .. kadang-kadang la masuk tapinya . hehe . gud luck lah Manchester-Manchester .

deus X machina berkata...

m.u 3 m.c 1
1 tevez la kot
keh keh

Syahrul Fitri berkata...

M.U = MencariAlasan United

Mr. Shcomey™ berkata...

believe!

Kabakoga berkata...

etihad top four
tevez rule the derby
haha
no rooney = damnman u

beron berkata...

haha awat blom game da bg alasan nih..ni da tmakan mind game mancini nih

mangifera berkata...

owh...lupa pulak pengadil jugak jadi faktor last time ManU menang dengan ManCity. remember the weird extra time? yang Owen score last minute tu?

79%? Wahahaa. aku rasa 79% tu adalah probability ManU takleh menang kalau Rooney tak main. sape setuju? hahahahaha.

dah2 la tu ManU fans oi. Memang ada ketidakadilan pengadil di sana sini, bukan ManU je yang kena...kalau tanya fans kelab lain, semua pun pernah kena. Kalau pengadil "sengaja" nak screwed ManU because of Fergie, aku rasa logik sangat sebab mulut Fergie memang tak bertapis. Karma is a bitch!

hanuman berkata...

aku stuju...mmg sakit man u nk menang tanpa rooney...aku kata city menang 2-1...

Shankly berkata...

wpun aku anti man utd - tapi time² skrg aku vote utk man utd -
Bookie meletakkan Man Utd menang 1 - 0 or 2 -1 .

pokya berkata...

manu mmg terkenal dengan kelab mencari alasan.. kalah je nk bagi alasan... kalah je nk bagi alasan, ref la, patot penalti la, patutnye pemain lawan dpt kad merah la... mcm2.. bkn fergie je bg alasan, tapi semua fan manu akan memberi alasan same.. haha

R.K berkata...

shank , masih nak kejar forth place ke ? haha

Shankly berkata...

# r.k

It's not mathematically impossible to get fourth and with Manchester City and Tottenham both capable of blowing themselves up, Liverpool shouldn't give up until it's 100% certain. - Liverpoolf enco news

R.K berkata...

selamat berjuang Liverpool .. kalau second last match mathematically masih layak fourth place , baru sedap tengok game macam tuh , kan ....
oke-oke .. ni cerita manchester-manchester .. !
^^"

Jarr berkata...

Rio patut gi lokap dulu..isap dadah.rilek je terlepas?benda senang, tabur kat tangan snort kot idung, aku consider tu FA terlepas pandang je la...Gerrard tak isap dadah, dia belasah org je,lagi macho.wakakakakakaka...

ok serius plak, honestly issue beli ref ni dah jadi lumrah bila team tu kat atas.seperti yg dibincangkan dengan talkizcheap, issue ni akan jadi besar bila team tu kat atas and yes ref selalu buat mistake bila game man u, fans man u kena admit ni.mistake seperti, extra time yg sama panjang dengan bullet train...mata tetiba buta kalau D box Man u...mata tetiba buntang kalau D box lawan, kena lutut pon ckp kena tangan,muka tak bersalah.Neville tackle org melambung ke angkasa dlm D box takde pape...pulak SAF pressure 4th official..mamat tu plak cepat gelabah...SAF menjaga kepentingan club dan dia mmg gile nak menang..isem.

skang chelsea kat atas, same issue akan timbul.what goes around, comes around...apa pun selamat berambat kpd Man U dan Chelsea utk ke puncak klasemen...

salam pagi dari saya...

mrWann berkata...

go..go..man city...
down..down..man utd..

hahahahaha..

scootrulez77 berkata...

j orji,
maila datang rumah..boleh tengok HD ...

PakCu berkata...

pakcu setuju dgn jarr..fair n cool punya komen..
tabik lu jarr.. ( tapi gua xleh luopa time masa mula join sokernet lu mcm dah nak bertumbuk dgn komentar lain hahaha )

Emmet Muhamad berkata...

KEH KEH KEH,ADE HATI LAGI NAK MENANG

BILE DA CICIR, MULE LA, REF PULAK YANG SALAH.

XTRA TIME SEJAM TYME LWN CITY ARI TU SALAH REF JUGAK KE? KALU XTRA TIME TAK LAME, TAK MENANG DAH MAN.U NGAN CITY HARI TU

Jarr berkata...

pakcu - hahahaha tu aku anggap kenangan manis di sokernet, org org sini semua cool...brilliant. :)

aishah aurelia berkata...

apa nak dikata lagi.
pengadil biasala kena marah.
semua manager penah marahkan pengadil.
tapi fergie ni hari2 dia marahkan pengadil.
usahkan pengadil, kita pun kalau kena marah hari2 pun jadik fed up.
mesti ada rasa nak sabotaj je kan.

petik daripada imbasan mangifera, rasa nak imbas plak manu-chelsea musim lepas, ke atau 2 season lepas. lupa plak.
extara time 1 min, tp gol tevez min ke 2. apa citer tu? sejarah.

Pet Shop Boys berkata...

Hooligan Man City lagi interesting...so Im gonna go for Tevez and the gang...

Shankly berkata...

x yah gadoh gadoh -
Man Utd pasukan yg luar biasa ..
based on history derby - Man utd is the winner !!.

and Ancoletti is best manager so far and Chelsea juga akan menang esok. Lampard , anelka tgh top form skrg ohh.
bookie prediction - Chelsea 2 - 0 hotspurs

oh pasal² Liverpool x yah aah bising² -
x yah susah² wat review or analisis. :))
liverpool mcm biasa - main ngan pasukan bawahan-
kompom membelasah.

Raiden berkata...

ahh ManCHEATER biasa la, salah orang nampak, salah sendiri sorok..aku setuju label ke 3, dak2 MU memang poyo!!

FS berkata...

apa punya alasan la deyyy? salahkan mutu pengadilan.adoiii....

pakkordi berkata...

Sir Alex ni kuat makan sirih waktu game tu perangai macam macha.

adijaya berkata...

tertarik dengan ayat penutup artikel "semuanya bergantung kepada mutu pengadilan esok" - ya, pengadil memang salah satu faktor penentu hasil akhir sesuatu game. tapi.. faktor rooney tak main tu lebih besar pengaruhnya utk manchester derby nanti. harap-harap man city menang dan sekaligus menutup peluang man utd mengejar kejuaraan tahun ni. takkan diorang nak kalah kat eastland kot. paling cikai pun seri la. tapi sis shankly kata united menang, jadi kena hormat la keputusan bookie. apa-apa pun, sape yg nak try jadi bookie atau predict final table EPL season ni, bleh cuba kat sini: http://tinyurl.com/apakah-tilikan-anda

Raiden berkata...

tak sabar nak tengok Hulk vs Shrek aka Tevez vs Rooney..dua2 kaler hijau haha..

luZezA berkata...

sendiri bikin,sendiri tanggung la..sebab mulut celupar, team binasa..selamat untuk pak alex yaa..


itu hari memang ade meeting tergempar persatuan2 refree di euro,pasal mulut celupar pak alex kritik kwn2 depa..persatuan itu telah membuat keputusan untk memboikot team pak alex ferguson..kuikuikui....selamatkan la mu

farwalis berkata...

sejak-sejak kebelakangan ni senyappppp je fans2 keliling aku..

kehkehkehkeh pengadil rupanya.

Karipap Sardin berkata...

adijaya :

SIS shankly? Hahahahaa...komen yg sungguh pedas

Muhammad Fadhli berkata...

jgn jadikan kekelahan sebagai alasan mutu pengadilan..reff tu pun manusia..ade mase luck tuk man u jugak hasil dari pertolongan reff..

mambangmabuk berkata...

biasalaa laa kalau bebudak manure ckp ref salah or team lawan menang nasib..mmg ayat2 biasa..xbleh terima kekalahan..looooser.

Acai berkata...

alaaa, biasalah..kalau ngah kalah memanglah nak cari alasan lain pengadil biaslah, tipulah, tak adillah bagai..team lain selalupun kena gak camtu beb..

Prediction aku Mancity 2 - 0 Manutd..

Jarr berkata...

kick off piala malaysia bila?

gua berkata...

pegi mampus mancity!pegi mampus chelsea!pegi mampus l'pool!

aimantakkisahpon berkata...

gua ni lagi sorang mau cari gaduh, rilek la woiii...

aku rasa la, banyak2 yg anti manyoo ni asal2nya sebelum mula sokong mana2 team depa la ni, baik chelsea fan, arsenal fan, liverpool fan, atau lain2, mula2 sekali bukan sokong sangat pun, tp sebab BENCI kat manyoo, last2 tersokong la plak team yg menjadi pencabar sengit manyoo.

aku tak nampak plak penyokong blackburn kat sini, sebab blackburn tak perform, sebab tu takda yg cakap berapi kutuk manyoo dan sokong blackburn. tp ingat blackburn juga pernah juara EPL season 1994/95. season lepas tu merudum jatuh tangga 7, padan muka, manyoo plak juara.

Season 95/96 tu juga penyokong newcastle hangat hati kutuk manyoo abes, bayangkan 12-point lead habih manyoo kikih, sapa lagi kalau bukan cantona the king!

so bagi aku, nak kutuk team kutuk berpada2, bawak2 la tengok sejarah dan fakta. apa2 pun Allah murka pada manusia yg menanam perasaan benci sesama manusia...insaflah! Hari ni hari Jumaat.

aimantakkisahpon berkata...

kalu gua ni sokong manyoo, aku tak iktiraf. manyoo fan bukan camni...

beliabencibungwahab berkata...

mmt gua nih nk join mat villa men hell in a cell lwn bung nih..kre nk man handicap match la nih eyh..ingt bole mng ke haa..haahahahha..

Jarr berkata...

gua bespren lucy main counter strike :D

Kap berkata...

Alex jr. bersuara sudah.

Mohd berkata...

gua rasa jorji saje bg entry mcm nih..nk tgk camne reaksi anti2 manyoo..akhirnya tercapai jua cita2 lu jorji..tahniah!!

gua tgk kat sokernet nye entry nih lebih kpd provok je..padehal bg org yg cool xde pape pn..kutuk jela..bola je pn..tp bg yg fanatik..pehhh die nye hangin tuh..dasyat gile..
pantang cuit sket..mulalah itu ini..smpi kutuk penulis tak hengat..adehhh

ermm cpt jugak rakyat msia nih melenting ye!!
=)

talkIZcheap! berkata...

shankly... jgn la bagi prediction Man Utd menang, pasal ko selalunye predict salah... haw haw!!

Viera ngn Bridge injured kalo ikut eurosport...

kenapa pak alex selalu kritik ref? pada pndapat aku, sebab dia jer yg berani, hehehe... He got's ball, manager lain tadak... huhu

*berani kerana benar!!

SpitFire berkata...

yeah betul!!! Manager paling berani.... PAK ALEX

aku sokong ckp aimantakkisahpon
KEBANYAKKAN penyokong chelsea nie terdiri drpd org2 yg da tensen tgk man utd amik title tiap2 tahun..
(haha tensen padan muka)

so sbg langkah melepaskan kegeraman pilihan terdekat sudah tentu la si CHELSEA... '

aku respek aa penyokong liverpool sbb KEBANYAKKAN drpd diaorg nie setia. tgk ah liverpool tungang terbalek.. totap setia.. (kesian jugak kekadang haha)

lagipown aku bek dgn penyokong2 liverpool
suma coool2 jew..


arsenal men cantek tp x itu x bermakna gerenti dpt cup
chelsea phy tinggi.. tp game bapak buring..
liverpool nie kekadang pawee sesangat kekadang mcm hampas...

man utd lak spirit tinggi tu sbb aku suka..

FROM ZERO TO HERO..

kareem berkata...

ah shankly ni tetibe puji melangit MU ngan chelsea. Mentang-mentang team die nak fight no.4 sama-sama Man City ngan Spurs...Sudahlah shankly..berpijak la di bumi nyata kawan...hahaha

mizu_sama berkata...

spit..
game chelsea boring eh?ooo..walaupun dah jaringkan gol terbanyak dalam liga masih boring?kalau mcm tue EPL boring la season nie kan. Leader league pun main boring.hahahaha

Pak alex manager berani?dia ada SIR.org respek la.dia otai lama,org respek la.tapi kalau silap cakap,dia kena jugak gantung.haha

Fan Man U ckp pasal reff?aik..sejak bila korang dah tau undang2 bola sepak?sebelum2 nie reff berpihak kat korang,korang pura2 buta tak pe pulak. masih pertikai gol drogba off side?gol macheda guna tangan reff tak nampak mcm mana? sudah la..korang mmg one man team. game lawan blackburn,kalau ada rooney,mau korang menang 3,4 gol.hahahaha

SpitFire berkata...

mizu. bkn aku je ckp game chelsea buring k... expert pundits pown ckp mende yg sama..

wei setakat berbakul2 gol tp suma mcm adik aku men bek tayah..... BORING BORING.. uwaaaaaaaa btw jauh la sgt beza gol man u ngan chelsea


chelsea x lama kat atas.. phy tinggi tp semangat mcm anak ayam... hahahahaah (mampus ah komen2 gile2 camnie bola je kan...) kikiki

anakrantau98 berkata...

gua suka manchester city menang. nanti kat anfield, kami titik chelsea. mana tau dapat 5 berbalas 0.

europa league pun okeh jugak. dapat juara europa league. kemudian kalahkan juara champion league masa european super cup. kira popopower tu.. macam zenit st petersburg kalahkan manchester united.

lepas tu scholes score pakai tangan sebab desprate mau menang. ahakss !!

talkIZcheap! berkata...

abrhamovic pon ckp chelsea boring, ape citer tu??

so, bila ref buat salah kat team lain dan favor United, team lain bleh bising, bila ref buat silap kat United,dan favor team lain, United kena diam? sejak bila ref buat decision favor kat team korang, korang plak yang bising?

bagi aku satu manager yg mengaku ref buat silap dan favor team dia, kecuali Van Gaal yg ngaku gol Klose lawan Fiorentina tu off-side...

ChesterChaz berkata...

ape2 pon man u menang 1-0.. sekian.. hehe
ohh lupa chelsea kaloh la pulokk..
heh!

sito berkata...

hahaha..

man utd menang = xnk salahkan pengadil? sebab da menang kan?
(man city vs man utd..3-4..injury time 5 mins..owen score 90+5.28..final wisel..90+6lebih)

man utd kalah = salahkan pengadil...
(drogba offside b4 die score..hahaha..padan muka kau..)

hahaha..

talkIZcheap! berkata...

semalam injury time +3, Scholes score 90+3, +4 lebih baru ref tiup... apsal Man City takleh score??

Owh, here a news flash for you, we play to the whistle, not time!! wakakakak!!

SpitFire berkata...

papepown semalam ref bg KAD MERAH bek punyer kat Terry wakakaka.. puas ati aku.. dah la handball..

boxsystem berkata...

menunggu update dari obefiend + pipiyapong. lol.

COYS!

gua berkata...

sial betul penyokong chealsex! ko punye player bangang2 duk diamlah! main mcm gampang!dah kalah pi mati dalam jambanlah!

Jarr berkata...

hhahahahahahah "gua" mmg menceriakan lah...

boxsystem berkata...

jarr, budak baru nak naik tu.

btw, bukan ke Rio kene gantung 8 bulan dulu?

Jarr berkata...

ha'ah dia mmg kena gantung..rileks main ps2 (masa tu ps2) kat rumah....

gua berkata...

ahhhhh kau diammm!! xde sape berhak iktiraf sape kat sini..kau minat team kau,kau layan..toksah nk bangga2 ilmu pengetahuan ko msg2 psl bola..ini blog satiralah bodo!

Jarr berkata...

hahahhahahaa..."gua" takyah lah membodohkan org.nanti tuhan marah, no good :D.semua layan team memasing la ni..hang jgn tak menunjukkan ciri ciri satira langsung...hahahahaa..jom gi layan teh sarbat meh.

jebat derhaka berkata...

MEN PS2?APA BARANG DERR..CARI GIRL2 LA...HAHAH

amanbanjar berkata...

tevez bukan power sangat pun.hari tu lawan man.utd pun kalah.man.utd dah sah power terlampau sangat.minit2 akhir2 boleh gol.tengok paul scholes dah ua boleh jaringkan gol lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...