ANDA SEDANG MEMBACA

22

Prebiu: Piala FA

Lucius Maximus Sabtu, April 10, 2010 , , ,
Wembley, Wembley, we're the carefree Chelsea FC and we're going to Wembley!

Kecuali Manchester United, Arsenal dan Liverpool tidak berpeluang ke Wembley musim ini. Kesian.

Chelsea pula sudah pasti menjejak kaki ke Wembley macam biasa untuk saingan separuh akhir Piala FA. Menentang Aston Villa yang 2 minggu sudah dibelasah 7-1 di Stamford Bridge.

Tidak banyak pasukan yang pernah bermain di Stadium Wembley semenjak ianya dimodenkan. Perlawanan malam ini akan meletakkan Chelsea setahap dengan Manchester United sebagai pasukan yang telah bermain sebanyak 7 kali di Wembley baru. Portsmouth yang akan berentap dengan Tottenham Hotspur esok bakal bermain buat kali ke-4, Spurs pula kali ke-3 manakala Villa malam ini menjadikan rekod permainan mereka di Wembley baru kepada 2.

Untuk rekod, Arsenal pula hanya pernah bermain sekali saja di Wembley baru, sama seperti kelab setaraf yang lain iaitu Luton dan Yeovil. Kesian.

Villa pastinya turun dengan azam baru serta niat membalas dendam. Tapi berbekal keyakinan menumpaskan angkatan setan minggu lepas, aku menilik kemenangan 2-0 buat Chelsea. Biasa-biasa je, mana boleh tiap-tiap hari nak menang 7 gol ye tak?

Kalau sah menang, pergi Wembley lagi, buat kali ke-8. Pergh.

Bukit Jalil, Bukit Jalil, we're the Kejor Yeop Kejor and we're not going to Bukit Jalil!

Aku tersentuh dengan cerita yeop Nazri di bawah mengenai salah satu 'greatest comeback in Malaysian football' iaitu kemenangan Perak dalam edisi sulung Piala FA pada tahun 1990.

Ya, ketika era kegemilangan Liga Semi-Pro, FAM mengambil keputusan untuk menganjurkan satu kejohanan kalah-mati mengikut acuan FA Cup di England. Maka muncullah Piala FA buat penyeri senario bolasepak tempatan.

Perlawanan akhir edisi sulung Piala FA menemukan Perak dan Selangor di Stadium Merdeka. Selangor pada masa itu salah satu pasukan terkuat dan baru sahaja menjuarai Divisyen 1 tahun 1989. Perak pula merupakan pendatang baru Divisyen 1 setelah di promosi naik kerana menjadi naib juara Divisyen 2 pada tahun 1989.

Selangor pada masa itu diperkuatkan denga gandingan 2 tonggak utama Zainal Abidin Hassan dan Dollah Salleh. Sementara itu di gawang ialah Karel Stromsik, pemain import dari Czechoslovakia (sekarang Slovakia) yang pernah bermain di Piala Dunia 1982.

Perak pula ketika musim 1989 merupakan salah satu pasukan yang bermain tanpa pemain import. Tapi pernah 2 kali ke separuh akhir/suku akhir Piala Malaysia jika tidak silap, tapi kedua-duanya disekat oleh Kedah (yang dari tahun 1987 hingga 1989 berentap dan tewas 3 kali berturut-turut kepada Kuala Lumpur di perlawanan akhir).

M Karathu yang menjadi pengurus Perak pada tahun 1990 sedar bahawa skuad Seladang sudah cukup baik dengan pemain tempatan tetapi tidak cukup bagus tanpa pemain import. Tanpa berlengah, tahun 1990 menyaksikan kemasukan benteng kukuh dari Korea Selatan, Jang Jung dan dua lipas kudung Myanmar iaitu Aung Naing dan Kyi Lwin. Bersama P Ravindran (The Kinta Express), anak muda Taiping bernama Muhammad Nidzam Adzha di bahagian serangan dan tidak lupa pemain tengah terbaik Malaysia, Azizol Abu Haniffah, Perak pada masa itu boleh dikira sama kuat dengan FC Barcelona.

Serius.

Walaupun tidak banyak harapan diletakkan, Perak bagaimanapun berjaya ke akhir Piala FA untuk berentap dengan Gergasi Merah Kuning, Selangor.

Sehari sebelum perlawanan, rakan sekelas aku berbangsa Cina mengemukakan pertaruhan bernilai RM1 untuk perlawanan ini. RM1 untuk budak Darjah 4 masa itu boleh dikira satu pertaruhan yang boleh menentukan hidup atau mati. Tapi atas semangat Seladang yang membara, aku menerima pertaruhan tersebut.

Malam perlawanan, aku satu keluarga terpacak depan peti TV. Dalam tempoh 45 minit pertama Selangor telah mendahului 2-0. Arwah Abah masa tu hampir mengeluarkan kuasa vetonya untuk beralih kepada menonton pita video gusti yang beliau sewa dari kedai petang tadi, ada British Bulldog dan Ultimate Warrior katanya. Lagi best dari tengok Perak kena ratah dengan Selangor, tambahnya lagi.

Aku ingatkan Alex Ferguson saja yang ada 'hair dryer treatment', rupanya M Karathu pun ada juga. Entah syarahan Tamil apa yang dibaginya masa waktu rehat, Perak muncul pada separuh masa kedua dengan semangat yang lain macam. Macam Seladang jantan yang bernafsukan haiwan (ate, dah namanya pun Seladang tu haiwan).

Dari ketinggalan 2 gol, Perak menyamakan kedudukan. Kemudian tidak cukup dengan itu 2 gol lagi diledakkan oleh entah siapa aku pun dah lupa untuk memastikan Piala FA menjadi milik Perak.

The comeback kings.

Kejuaraan Piala FA tahun 1990 tiba pada waktu yang memang dinantikan oleh penyokong Perak. Sebab sebelum itu 20 tahun sudah berlalu semenjak Perak kali terakhir memenangi Piala Malaysia (1970) dan melalui zaman kemerosotan yang lama.

Ikut kata orang, kemenangan Piala FA itu menjadi asal-usul wujudnya lagu 'Ipoh Mali' yang dinyanyikan mengikut nada When The Saints Go Marching In. Perak satu-satunya pasukan bolasepak Malaysia yang menyanyikan lagu sedemikian mirip seperti kelab-kelab England dan Eropah.

Juga ikut kata orang, slogan 'Kejor Yeop Kejor' juga lahir dari ejekan penyokong Selangor bila mana mereka mengejek Perak ketika ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama.

Esoknya aku berbasikal ke rumah Liew Jia Beng untuk menuntut wang pertaruhan bernilai RM1. Wang tersebut aku belanjakan secara berhemah dengan membeli seekor ikan laga Siam.

Itu kali pertama dan terakhir seorang Cina berminat mahu bertaruh perlawanan bolasepak tempatan. Sekarang semua hanya nak main EPL atau Piala Dunia sahaja.

Perak kembali menjulang Piala FA pada tahun 2004, bergelar naib juara ketika edisi 1991, 2002 dan 2005. Juga menjuarai Piala Malaysia 1998 (yang aku saksikan sendiri di Bukit Jalil) dan 2000, bergelar juara liga musim 2002 dan 2003.

Semenjak di promosi naik ke liga tertinggi pada tahun 1989, Perak satu-satunya pasukan yang masih belum pernah disingkir dari liga semenjak bermulanya era profesional.

Secara kolektif, Perak telah menjuarai Piala Malaysia sebanyak 7 kali, Piala FA (2) dan kejuaraan liga (2). Hanya Selangor mendahului Perak dari segi kutipan semua tiga kejuaraan tersebut.

Tapi malam ini Perak tidak hadir ke Bukit Jalil. Semenjak krisis kewangan 2007, ditambah pula dengan kekalahan kepada Kedah dalam saingan Piala Malaysia dan Liga Super tahun yang sama, skuad Seladang tidak lagi segah dulu.

Namun aku yakin barisan pemain muda yang ada hari ini bakal membawa Perak kembali ke mercu kejayaan, dan puncak klasemen.

Untuk malam ini, biarpun Kedah kerap menjadi duri dalam daging dan seteru utama Perak, tapi sokongan aku kepada Kedah sejajar dengan semangat keutaraan. Lagi pun aku pernah menetap di Kedah, Negeri Sembilan tak pernah.

Pulun Kedah Pulun. Biar Jasa Jadi Kenangan!

22 Ulasan:

hanuman berkata...

aku rs ada la dlm 3-1 mlm ni..

Shankly berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Raiden berkata...

siot betul skuad yob skang, tak kuat mcm dulu..seb bek Chelsea ad, dapat le pengubat di hati, kehkeh..Wembley, here we come!!

pakkordi berkata...

Keeper kedah macam mat romeo.

shan keli berkata...

ampa sembang macam hawaq!aku tengalung sekoq2 baru tau!

Holden Caulfield berkata...

MU bukan dah pergi ke masa League Cup dulu..
lu jangan salah statement bro..

keh keh keh!

Holden Caulfield berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Luca De Ketiak berkata...

keeper kedah tu tak abis wat lawak.. time main ngan m'sia dulu pun wat lawak..

takpe, terhibur gua.

palytoh berkata...

holden caulfield "kantOi" di situ haha XD

"Kecuali Manchester United, Arsenal dan Liverpool tidak berpeluang ke Wembley musim ini. Kesian."

bace balik..kehkehkeh..

talkIZcheap! berkata...

semoga chelsea dpat repeat match malam nie, hehe :p

Raiden berkata...

3-0, gua malas cakap banyak..konpem Double season nie..KTBFFH!!

aishah_conteng_je berkata...

semoga selamat sampai ke destinasi buat orang kedah di stadium tadi. god play. penyokong kedah lebih berhemah dari kelantan tempoh hari.


hoben jang hoben!!!

den isytiharkan cuti seminggu~

aishah_conteng_je berkata...

eh..kan dah silap..suko bonar
*good play.

tak pernah tengok bola sebedebar tadi selepas chelsea dan mu tahun 2006

apo pun..jangan jobo jang

talkIZcheap! berkata...

lemau la Villa!! huhu TT

talkIZcheap! berkata...

kutuk penyokong Kelantan, aku mmg takleh bekap... huhu TT

rob_ berkata...

betol la statement tu..except Manure,the other two big four cannot made it to Wembley this season

kareem berkata...

lvpool memang tak pernah jejak wembely baru...keh3...

kareem berkata...

bengap gak Holden Caulfield nih...keh3

popo berkata...

Wembley baru yang pertama, Celski julang trofi..Millenium terakhir juga dimenangi Celski

Karipap Sardin berkata...

Awat shankly x komen..? Tau2 delete lak komen dia..hahaha

andymanjoi berkata...

aku rasa pahang pun tak pernah turun liga ...

(ate nak buat camne asyik terselamat je)

semoga perak jadi power macam barcelona taun akan datang...

Jarr berkata...

owh skang ade kiraan brape kali main wembley baru eh?cool...

bunyinye mcm dpt multiple orgasm main kat wembley baru, mungkin aku patut tukar plan trip Seville 2012 aku ke wembley, buleh orgasm sana...wheeeeeee...aku nak jejak kaki 18 ratos kali...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...