Memaparkan catatan dengan label Perak Darul Ridzuan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perak Darul Ridzuan. Papar semua catatan
17

Walaupun Yob Tewas, Nasril Nourdin Tetap Hensem

LuciusMaximus Isnin, April 18, 2011 , , , , ,




Yob terima kekalahan di Stadium Shah Alam dengan hati terbuka. Ater udoh namanya pun away game, lawan Red Giants lagi. Happy Warriors pun datang Stadium Perak berdamor dibuatnye, ini kire okay la Yob kena 1-0 je. Ape deme nak heran?

Ulasan perlawanan nanti teman buat kendian. Teman masih nunggu gambor perlawanan dari Yob dan Yong semua. Biase le bola kite ni yeh, 2 ke 3 hari pun idok ngomben-ngomben lagi reportnye!

Teman cuma nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada penjaga gol Yob, Mohd Nasril Nourdin yang udoh pun mencecah umor 25 tahun semalam. Ater udoh besor panjang mike ni rupenye ye?



Nasril Nourdin keluor perut mak tanggei 17 April 1986 di Lumut, Perak. Ngaji dulu kat Sekolah Sukan Bukit Jalil dan abih ngaji je teruih bersama dengan skuad Seladang seawal dari tahun 2005 lagi. Yob Nasril ni juga pernah bermain untuk skuad bawah 23 Malaysia. Pasukan senior je belum lagi, tapi hari tu ada ceritenye dalam Astro Arena yang Nasril Nourdin ni bercita-cita nak bermain untuk pasukan senior. Khairul Fahmi Che Mat, mike jaga-jaga, udoh le hari tu ngutip buah nyor kat Ipoh!

Pernah diceritekan orang kampung teman, Blackburn Rovers masa tahun 2006 dulu pernah nelepon Steve Darby (pengurus Yob masa tu) bertanya kan hal si Nasril Nourdin ni. Mike Riggs, chief scout di Blackburn Rovers berminat nak test kepoweran Nasril Nourdin. Tapi masalahnya ialah Malaysia berada dalam ranking FIFA ke-148 dan syarat-syarat EPL pula kata deme hanya menerima pemain dari negara ranking 70 dan ke bawah.

Apa nak buat Yob, tak ada rezeki gamaknye.

Bior pun begitu, Nasril Nourdin kabornye buat masa ini bahagia dengan skuad Seladang. Dan persembahan meyakinkan oleh Yob Nasril ini telah mendapat kepercayaan Cikgu Jan yang teruih meletakkan beliau di gawang Seladang.

Teman dan Sokernet sekali lagi mengucapkan Selamat Hari Jadi buat Nasril Nourdin dengan ucapan semoga panjang umor dan murah rezeki, keghoje tu bior le nangkap bola aje jangan ngutip buah nyor pulak!

Ater, udoh ke mike motong kek deghoyan?

24

Tahukah anda, Yob?

LuciusMaximus Jumaat, April 15, 2011 , , , , ,




"Ater setiap yang beranak di segenap pelusuk negeri teman ini, yang jantan namanye Yob, yang betine namanye Yong, deme ini tidaklah lain makannye kecuali deghoyan dengan tempoyak, dan tidaklah lain pasukan pilihannye melainkan skuad Seladang ajenye"
- Undang-Undang Tubuh Negeri Perak (Fasal 7)

Yob tenang seperti biasa. Pasukan teman idak le kecoh kahwin dengan artis atau sibuk digosipkan dengan artis. Pasukan teman keghojenye main bola ater itu aje le yang dibuat deme sejak adanye langit dan bumi (dan juga padang bola). Deme tak pernah bergebang misi 3 piale ke ape ke. Kalau elok bebenor mainnye, deme menang piale. Kalau idak berape elok gayanye, deme menten je dalam Liga Super. Abih musim Liga Super deme sibuk musim deghoyan. Tapi nama nak kena relegated tu idak le sama sekali.

Yob dan Seladang, sejak dari azali lagi dan sejak dari M Karathu belum jadi Datuk M Karathu, adalah pasukan yang low profile kata orang putih. Tak pernah kecoh dapat pemain bertaraf bintang atau pemain muka jambu. Dasar pembelian pemain Yob sangat mudah, siapa yang gemor makan deghoyan atau tempoyak, deme boleh main untuk Seladang. Tak percaye? Mike tanye Jang Jung!


Deme idak kahwin dengan artis!


Teman tau, dalam bolasepak Malaysia ini apok segala bola ialah tak lain dan tak bukan Red Giants. Udah bermacam piala dijulang deme, jenis yang Liverpool pun tak mampu nak julang ceritenye. Anak sedare Pak Jabit yang keghoje pejabat SUK Selangor tu pernah cerite kat teman, di Selangor FA nun deme simpan piale bukan dalam kabinet lagi dah, tapi dalam gudang! Punya la banyak piale deme menang sampai udah tak terbela gayanye.

Teman tabik. Teman tabik sama Red Giants. Nak banding dengan Seladang teman memang tak tercelen kata orang kampung teman. Tapi itu dari segi fakta dan sejarah aje le ye. Ateh padang, hah lain ceritenye kome!


"Oh kome, deghoyan dah berbunge" - nyanyi Cikgu Jan minggu sudah


Besok di Shah Alam, Yob akan berdepan dengan Red Giants. Tapi Yob tenang setenang air muka Cikgu Jan. Bukan baru kali pertama Yob berdepan dengan Red Giants. Udah tak terkire banyaknye!

Mengikut sumber yang teman dengor, barisan kesebelasan Yob berada dalam keadaan tip-top. Selepas kemenangan bergaye ke atas Happy Warriors dan mengayamkan Khairul Fahmi Che Mat macam ayam KFC (M) Holdings, Seladang terus bernafsu untuk menyondol Red Giants. Ater?


Kiper Kelantan yang femes sedang mengutip buah nyor


Teman yakin, Hantu Kak Limah dan Hantu Piala FA 1992 akan merasuk Yob sekalian esok untuk merampas puncak klasemen Liga Super dari Red Giants. Tidak mustahil asalkan Red Giants tidak keluarkan senjata mesum seperti di bawah yang Sabah pernah gunakan ke atas Yob di Likas minggu lalu.




Bab macam ni, Yob bergoncang sikit.

*Gambor-gambor dari Perak FA dan simpanan peribadi teman
25

Tahniah Abe Dan Mek Kelate Kerana Berjaya Akhirnya Memenangi Piala Malaysia Dan Menempa Nama Dalam Sejarah Bolasepak Malaysia

LuciusMaximus Khamis, November 04, 2010 , , , , ,



Dari Azizol Abu Hanifah serta Yob dan Yong seluruh Perak.

Juara 7 kali Piala Malaysia, juara 2 kali Liga Super dan juara 2 kali Piala FA.


Ipoh Mali Talak Sombong.
23

Gempar! Jang Gelabah, Red Warriors Panik Selepas Yob Umum Jurulatih Baru

LuciusMaximus Selasa, Oktober 26, 2010 , , , ,
Norizan yakin penggunaan bola ajaib bakal menjadikan Yob kuasa yang disegani lawan dan taulan


Perak FA, pasukan bolasepak paling Yob dalam scene bolasepak Malaysia mengumumkan perlantikan Norizan Bakar sebagai jurulatih baru mereka untuk musim 2011.

Bekas pemain bolasepak kelahiran Perlis, Norizan Bakar dikatakan pilihan paling tepat untuk mengendalikan skuad Seladang berdasarkan pengalaman beliau yang bukan kecil anak.

Norizan Bakar mengemudi Singa Utara menjuarai Piala Malaysia tahun 2004 dan naib juara Piala FA tahun 2003. Beliau juga pernah menjawat jawatan jurulatih skuad bolasepak Malaysia dan muncul pemenang pingat gangsa Sukan Sea Manila 2005, berjaya ke separuh akhir Kejohanan Bolasepak ASEAN 2007 dan layak selaku tuan rumah dalam Piala Asia 2007.

Sumber dalaman Sokernet dalam Perak FA yang enggan dikenali mendedahkan pemilihan Norizan Bakar dibuat atas saranan Arsene Wenger.

“Kami turut menyenaraikan calon lain seperti Roy Hodgson dan Rafa Benitez tetapi setelah panel pemilih menimbang kesemua calon, kami merasakan Norizan Bakar adalah calon terbaik untuk Yob,” jelas sumber dalaman yang enggan dikenali itu.

Norizan Bakar akan dibantu penolong jurulatih Chong Yee Fatt dan Talib Saidi selaku jurulatih penjaga gol.

Perak menyasarkan 4 trofi untuk musim 2011 yakni Piala Malaysia, Liga Super, Piala FA dan UEFA Champions League.

Ajenyer ye!
57

Saingan Suku Akhir Piala Malaysia - Yob Tarik Diri

LuciusMaximus Ahad, Oktober 10, 2010 , , ,
Keme udoh banyak kali menang pialanye kome, ater bagi can le pulak kat kome, ye dak?


Negeri Sembilan lawan Perlis
Negeri Sembilan juara Piala Malaysia sebanyak 2 kali akan bertemu dengan skuad Singa Utara yakni Perlis yang juga telah menjulang Piala Malaysia sebanyak 2 kali. Kedua-dua pasukan pernah bertemu dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2006 yang memihak kepada Perlis dengan kemenangan 2-1, tetapi untuk musim 2010 Negeri Sembilan jelas lebih kuat berbanding Perlis. Pun begitu harus diingat sekalipun menang 3-2 sebelum ini dalam saingan Liga Super ketika menentang Perlis di Paroi, Negeri Sembilan tunduk pula bila bertandang ke Kangar (Perlis menang 2-0). Atas kertas Negeri Sembilan dilihat sebagai pilihan utama tetapi dalam bolasepak Malaysia segalanya mungkin. Jika Shukor Adan mengamalkan teknik menendang mengikut arah telur, ada kemungkinan Perlis mampu membuat kejutan.


Pahang lawan Kedah
Kedah yang bangga dengan pencapaian Double Treble mereka musim 2007 dan 2008 kini bukanlah lagi kuasa bolasepak yang digeruni seperti beberapa tahun dulu. Kejayaan Double Treble mereka dan rekod 4 kejuaraan Piala Malaysia kini lebih kepada hanya kenangan, sesuai dengan slogan pasukan yang berbunyi 'Biar Jasa Jadi Kenangan' (macam Liverpool pun ada). Namun berdepan dengan anak-anak ikan Sultan Bola, Kedah dijangka mempunyai laluan yang agak mudah. Itu pun jika skuad Tok Gajah, juara Piala Malaysia 2 kali, tidak secara tiba-tiba mendapat pertolongan dari Sultan Bola. Pastinya ramai peminat bolasepak Malaysia yang neutral lebih cenderung memilih Kedah muncul pemenang. Ya ramai yang masih tidak puas hati dengan tindakan Sultan Bola 'menyelamatkan' Pahang dari penyingkiran Liga Super awal musim 2010.

Johor FC lawan Terengganu
Johor FC muncul pasukan kelab tunggal yang layak ke suku akhir, di saat pasukan negeri Johor pula terus merudum jatuh. Dan di sebalik kejayaan ini ura-ura sudah terdengar bahawa Johor FC bakal diserap dan digabungkan dengan Johor musim depan. Ya inilah keunikan bolasepak Malaysia. Kelab yang berjaya dipaksa bungkus dan diambil alih oleh persatuan bolasepak negeri yang gagal melahirkan pasukan bolasepak mereka sendiri. Apa punya tur? Terengganu yang satu-satunya kejuaraan Piala Malaysia mereka ialah pada 2001 dijangka tidak ada masalah mengatasi Johor FC. Irfan Baktu tu dah macam Claudio Ranieri rupanya.

Selangor lawan Kelantan
Red Giants bertemu Red Warriors. Di satu sudut ialah sebuah pasukan yang penuh dengan sejarah dan kejuaraan, 32 Piala Malaysia, 6 kejuaraan liga dan 5 Piala FA. Sementara di satu sudut lagi ialah sebuah pasukan yang masih tercari-cari tempat mereka dalam sejarah bolasepak Malaysia, belum ada Piala Malaysia, kejuaraan liga mahu pun Piala FA. Kedua-duanya mempunyai kumpulan penyokong fanatik yang ramai, di satu pihak berbangga dengan Stadium Shah Alam mereka yang hebat, di satu pihak lagi hanya mempunyai stadium biasa-biasa saja dan gemar pula membakar stadium orang lain. Di antara keduanya penuh dengan bintang bolasepak terkemuka dunia, macam Amri Yahyah yang pernah membuat Edwin van der Sar terketar lutut atau Akmal Rizal yang pernah sekelab dengan Jose Luis Chilavert. Siapakah yang bakal menang dalam pertarungan ini nanti? Berapakah mercun yang akan diletupkan? Berapa banyak pula kerusi stadium yang akan dibakar? Kita nantikan debarannya!


KEMASKINI: LUCIUS TERKHILAF ATAU SULTAN BOLA YANG SUCKS?

Kedah lawan Terengganu? Atau Johor FC yang lawan Terengganu? Pahang lawan siapa pula? Sultan Bola yang dah berpuluh tahun jadi Presiden FAM ini tiada siapa nak lawan ke?!

Siapa juara Kumpulan B yang sebenarnya? Pahang atau Terengganu? Antara mereka ini siapa pula yang akan menghadap wakil Kumpulan C, Johor FC dan Kedah?

Ini adalah keajaiban bolasepak Malaysia saudara-saudari sekalian. Buat perlawanan malam minggu dan pagi Ahad buka laman FAM dan masih belum ada kemaskini atau keputusan rasmi yang boleh kita gunakan. Okay, pejabat FAM tutup hari Ahad tapi kalau mahu kemaskini laman sesawang dari istana Sultan Bola pun boleh. Ke Sultan Bola belum bangun lagi?

Benda yang macam ini yang membuatkan bolasepak kita sucks. Diulang, SUCKS! Sokernet baru nak beri sokongan padu dan cuba menghangatkan saingan Piala Malaysia tapi FAM masih tidur. RTM sendiri pun malam tadi dah pening kepala, siapa juara Kumpulan B yang sebenarnya?

Dari Wikipedia, kedudukan Kumpulan B dilaporkan seperti berikut

Pahang 3W 1D 2L 10GF 8GA +2GD 10 Points
Terengganu 3W 1D 2L 10GF 7GA +3GD 10 Points

Ikut perbezaan jaringan sepatutnya Terengganu di atas (kelebihan 3 gol berbanding 2 untuk Pahang), tetapi RTM dan Wikipedia melaporkan Pahang adalah juara Kumpulan B. Ini tidak mustahil jika pengiraan kedudukan mengambil kira rekod pertemuan dalam kumpulan antara Pahang dan Terengganu.

14 September Terengganu 1 - Pahang 3
3 Oktober Pahang 0 - Terengganu 2

Jika dilihat pada agregat kedua-dua pasukan terikat dengan 3 gol masing-masing, tetapi jika diambil kira sistem gol tempat lawan (away goal rule) sebagai tiebreaker maka Pahang dikira sebagai juara kumpulan mengatasi Terengganu.

Soalannya sekarang ialah tiebreaker yang mana menjadi pilihan utama FAM dan bagaimana aturannya. Kita tahu dalam mana-mana penentuan kedudukan dalam peringkat kumpulan atau liga mata yang dikutip menjadi penentu kedudukan. Tetapi bagaimana jika kedua-dua pasukan mengutip jumlah mata yang sama? Adakah goal difference dijadikan tiebreaker pertama, atau goal scored atau goal against? Atau perlu diambil kira "higher number of goals scored away from home in the group matches played among the teams in question" (seperti yang digunakan dalam Champions League musim 2006/07, Rule 4.05).

Soalannya, sistem tiebreaker mana yang menjadi pilihan FAM? Jawapan terbaik mungkin ada pada RTM yang mengatakan (malam tadi) Pahang adalah juara Kumpulan B dan bukannya Terengganu. Tetapi selagi FAM tidak memberikan kenyataan rasmi atau paling tidak mengemaskini laman sesawang mereka, susah untuk mencari sumber rujukan yang sahih.

Soalan kedua, macam mana bolasepak Malaysia hendak maju kalau peminat bolasepak tidak diberikan maklumat yang sepatutnya oleh FAM? Suratkhabar hari ini pun hampir tiada jawapan kerana tidak tahu mahu letak Pahang atau Terengganu sebagai juara Kumpulan B.

Soalan ketiga, Sultan Bola mana? Tidur lagi ke? Dah petang Ahad dah ni woi!
36

YOB 4 EVER

Nazri Jumaat, Oktober 08, 2010 , , ,

Bagi saya era terbaik Perak mempunyai pemain import pada ketika mereka memiliki Jang Jung, Aung Naing dan Kyi Lwin. Ini kerana ketiga-tiganya memang menjadi tunggak yang membantu anak tempatan (pemain Perak) pasukan menjadi antara team bola digeruni ketika itu.

Sejak dulu saya gagal mencari gambar-gambar Kyi Lwin dan Aung Naing di internet.

Ketika pulang ke Ipoh haritu saya cuba untuk menggodek balik kotak-kotak lama saya. Namun banyak keratan akhbar dan majalah melibatkan gambar dan berita pasukan Perak yang saya simpan telah hilang akibat proses pindah rumah beberapa kali oleh keluarga saya.

Yang tinggal hanya memori saya menampal poster trio import ini di tepi dinding bilik ketika saya berusia sekitar 9 ke sepuluh tahun (jika ingatan ini tidak salah).

Pasuka Perak akhir-akhir ini dibelenggu banyak masalah dan tidak sekuat dahulu. Namun sebagai anak Perak, sudah tentulah saya menyimpan harapan agar pasukan sokongan saya ini kembali gah dan berupaya untuk menitik Selangor seperti dahulu :P.

Cuma saya boleh berbangga Perak menjadi satu-satunya pasukan yang tidak pernah miss Piala Malaysia sejak era Semi Pro tanpa bantuan Sultannya. Cak!

Sumber gambar: Yeob4ever

Ater?

Trivia: Sebelum manager tahun 1992 ni jadi manager Perak, Mak saya selalu bawak saya dan adik-adik ke kliniknya untuk diperiksa dan diberi ubat. Dahulu, anaknya hot. Sekarang tidaklah saya tahu.
14

Pesanan Buat Jang Sekalian

LuciusMaximus Khamis, Oktober 07, 2010 , , , ,

Kome jangan ingat kome terer. Baru menang Piala Malaysia 2 kali udoh cakap besor. Ni teman nak ngabor, member teman Acapan ni apok sedare K Nanthakumar ngan Razali Umar Kandasamy. Burung kenari udoh teman buat cicoh tempoyak malam tadi, jangan sampei rusa pulak teman keghojekan! Tumpo kome!
31

Legend

LuciusMaximus Rabu, September 29, 2010 , , ,
Sebenornye kalau kome nak tau, M Karathu ni lagi legend. Tapi keme peminat Kejor Yob Kejor maleh nak bising je, ajenye ye!
22

Prebiu: Piala FA

LuciusMaximus Sabtu, April 10, 2010 , , ,
Wembley, Wembley, we're the carefree Chelsea FC and we're going to Wembley!

Kecuali Manchester United, Arsenal dan Liverpool tidak berpeluang ke Wembley musim ini. Kesian.

Chelsea pula sudah pasti menjejak kaki ke Wembley macam biasa untuk saingan separuh akhir Piala FA. Menentang Aston Villa yang 2 minggu sudah dibelasah 7-1 di Stamford Bridge.

Tidak banyak pasukan yang pernah bermain di Stadium Wembley semenjak ianya dimodenkan. Perlawanan malam ini akan meletakkan Chelsea setahap dengan Manchester United sebagai pasukan yang telah bermain sebanyak 7 kali di Wembley baru. Portsmouth yang akan berentap dengan Tottenham Hotspur esok bakal bermain buat kali ke-4, Spurs pula kali ke-3 manakala Villa malam ini menjadikan rekod permainan mereka di Wembley baru kepada 2.

Untuk rekod, Arsenal pula hanya pernah bermain sekali saja di Wembley baru, sama seperti kelab setaraf yang lain iaitu Luton dan Yeovil. Kesian.

Villa pastinya turun dengan azam baru serta niat membalas dendam. Tapi berbekal keyakinan menumpaskan angkatan setan minggu lepas, aku menilik kemenangan 2-0 buat Chelsea. Biasa-biasa je, mana boleh tiap-tiap hari nak menang 7 gol ye tak?

Kalau sah menang, pergi Wembley lagi, buat kali ke-8. Pergh.

Bukit Jalil, Bukit Jalil, we're the Kejor Yeop Kejor and we're not going to Bukit Jalil!

Aku tersentuh dengan cerita yeop Nazri di bawah mengenai salah satu 'greatest comeback in Malaysian football' iaitu kemenangan Perak dalam edisi sulung Piala FA pada tahun 1990.

Ya, ketika era kegemilangan Liga Semi-Pro, FAM mengambil keputusan untuk menganjurkan satu kejohanan kalah-mati mengikut acuan FA Cup di England. Maka muncullah Piala FA buat penyeri senario bolasepak tempatan.

Perlawanan akhir edisi sulung Piala FA menemukan Perak dan Selangor di Stadium Merdeka. Selangor pada masa itu salah satu pasukan terkuat dan baru sahaja menjuarai Divisyen 1 tahun 1989. Perak pula merupakan pendatang baru Divisyen 1 setelah di promosi naik kerana menjadi naib juara Divisyen 2 pada tahun 1989.

Selangor pada masa itu diperkuatkan denga gandingan 2 tonggak utama Zainal Abidin Hassan dan Dollah Salleh. Sementara itu di gawang ialah Karel Stromsik, pemain import dari Czechoslovakia (sekarang Slovakia) yang pernah bermain di Piala Dunia 1982.

Perak pula ketika musim 1989 merupakan salah satu pasukan yang bermain tanpa pemain import. Tapi pernah 2 kali ke separuh akhir/suku akhir Piala Malaysia jika tidak silap, tapi kedua-duanya disekat oleh Kedah (yang dari tahun 1987 hingga 1989 berentap dan tewas 3 kali berturut-turut kepada Kuala Lumpur di perlawanan akhir).

M Karathu yang menjadi pengurus Perak pada tahun 1990 sedar bahawa skuad Seladang sudah cukup baik dengan pemain tempatan tetapi tidak cukup bagus tanpa pemain import. Tanpa berlengah, tahun 1990 menyaksikan kemasukan benteng kukuh dari Korea Selatan, Jang Jung dan dua lipas kudung Myanmar iaitu Aung Naing dan Kyi Lwin. Bersama P Ravindran (The Kinta Express), anak muda Taiping bernama Muhammad Nidzam Adzha di bahagian serangan dan tidak lupa pemain tengah terbaik Malaysia, Azizol Abu Haniffah, Perak pada masa itu boleh dikira sama kuat dengan FC Barcelona.

Serius.

Walaupun tidak banyak harapan diletakkan, Perak bagaimanapun berjaya ke akhir Piala FA untuk berentap dengan Gergasi Merah Kuning, Selangor.

Sehari sebelum perlawanan, rakan sekelas aku berbangsa Cina mengemukakan pertaruhan bernilai RM1 untuk perlawanan ini. RM1 untuk budak Darjah 4 masa itu boleh dikira satu pertaruhan yang boleh menentukan hidup atau mati. Tapi atas semangat Seladang yang membara, aku menerima pertaruhan tersebut.

Malam perlawanan, aku satu keluarga terpacak depan peti TV. Dalam tempoh 45 minit pertama Selangor telah mendahului 2-0. Arwah Abah masa tu hampir mengeluarkan kuasa vetonya untuk beralih kepada menonton pita video gusti yang beliau sewa dari kedai petang tadi, ada British Bulldog dan Ultimate Warrior katanya. Lagi best dari tengok Perak kena ratah dengan Selangor, tambahnya lagi.

Aku ingatkan Alex Ferguson saja yang ada 'hair dryer treatment', rupanya M Karathu pun ada juga. Entah syarahan Tamil apa yang dibaginya masa waktu rehat, Perak muncul pada separuh masa kedua dengan semangat yang lain macam. Macam Seladang jantan yang bernafsukan haiwan (ate, dah namanya pun Seladang tu haiwan).

Dari ketinggalan 2 gol, Perak menyamakan kedudukan. Kemudian tidak cukup dengan itu 2 gol lagi diledakkan oleh entah siapa aku pun dah lupa untuk memastikan Piala FA menjadi milik Perak.

The comeback kings.

Kejuaraan Piala FA tahun 1990 tiba pada waktu yang memang dinantikan oleh penyokong Perak. Sebab sebelum itu 20 tahun sudah berlalu semenjak Perak kali terakhir memenangi Piala Malaysia (1970) dan melalui zaman kemerosotan yang lama.

Ikut kata orang, kemenangan Piala FA itu menjadi asal-usul wujudnya lagu 'Ipoh Mali' yang dinyanyikan mengikut nada When The Saints Go Marching In. Perak satu-satunya pasukan bolasepak Malaysia yang menyanyikan lagu sedemikian mirip seperti kelab-kelab England dan Eropah.

Juga ikut kata orang, slogan 'Kejor Yeop Kejor' juga lahir dari ejekan penyokong Selangor bila mana mereka mengejek Perak ketika ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama.

Esoknya aku berbasikal ke rumah Liew Jia Beng untuk menuntut wang pertaruhan bernilai RM1. Wang tersebut aku belanjakan secara berhemah dengan membeli seekor ikan laga Siam.

Itu kali pertama dan terakhir seorang Cina berminat mahu bertaruh perlawanan bolasepak tempatan. Sekarang semua hanya nak main EPL atau Piala Dunia sahaja.

Perak kembali menjulang Piala FA pada tahun 2004, bergelar naib juara ketika edisi 1991, 2002 dan 2005. Juga menjuarai Piala Malaysia 1998 (yang aku saksikan sendiri di Bukit Jalil) dan 2000, bergelar juara liga musim 2002 dan 2003.

Semenjak di promosi naik ke liga tertinggi pada tahun 1989, Perak satu-satunya pasukan yang masih belum pernah disingkir dari liga semenjak bermulanya era profesional.

Secara kolektif, Perak telah menjuarai Piala Malaysia sebanyak 7 kali, Piala FA (2) dan kejuaraan liga (2). Hanya Selangor mendahului Perak dari segi kutipan semua tiga kejuaraan tersebut.

Tapi malam ini Perak tidak hadir ke Bukit Jalil. Semenjak krisis kewangan 2007, ditambah pula dengan kekalahan kepada Kedah dalam saingan Piala Malaysia dan Liga Super tahun yang sama, skuad Seladang tidak lagi segah dulu.

Namun aku yakin barisan pemain muda yang ada hari ini bakal membawa Perak kembali ke mercu kejayaan, dan puncak klasemen.

Untuk malam ini, biarpun Kedah kerap menjadi duri dalam daging dan seteru utama Perak, tapi sokongan aku kepada Kedah sejajar dengan semangat keutaraan. Lagi pun aku pernah menetap di Kedah, Negeri Sembilan tak pernah.

Pulun Kedah Pulun. Biar Jasa Jadi Kenangan!
19

IMBAUAN FINAL FA

Memandangkan kedua-dua pasukan yang masuk final tahun ini saya kurang mahu ambil peduli (baca: kerana Perak adalah pasukan sorakan saya), maka saya cuba menghangatkan suasana dengan mengimbas perlawanan akhir Piala FA yang saya kira ANTARA comeback terklasik dalam sejarah mana-mana final Kejohanan dalam Malaysia.

Setuju?

Siapa ingat lagi?

Betulkan saya jika tersilap, antara nama-nama besar tahun itu untuk pasukan Perak adalah Nizam Adha Yusof, Azizol Abu Haniffah, trio import terbaik Perak - Aung Nain, Kyi Lim dan Jang Jung. Yang lain saya sudah teragak-agak adakah mereka bermain pada tahun itu atau tidak.

Tahunnya 1990, saya ketika itu berusia 10 tahun. Waktu di mana saya perlu ikut abah saya jika mahu ke stadium, dan malam itu, abah saya mengambil keputusan untuk tidak ke stadium kerana beliau bukan kaki-bola.

Sedih bukan?

Tapi arwah Pak Su saya sebaliknya, beliau peminat hard-core pasukan Perak. Ke stadium Perak itu sudah selalu.

Tapi final malam itu beliau tidak ke stadium. Ini ada hubungkaitkan dengan sejarah Perak gagal ke final Piala Malaysia dua kali (atau tiga? sudah lupa) kerana disekat oleh Kedah pada tahun-tahun sebelum itu, di mana dia antara barisan penyokong Perak yang hadir di stadium.

Insiden kegagalan itu menghasilkan teori - DIA MEMBAWA BAD LUCK pada pasukan Perak.

Maka dia dirumahnya pada malam final.

Lantas kami sekeluarga, yang ketika itu tinggal di Kg. Pasir Putih bergerak menuju ke rumahnya di Greentown (barisan rumah yang belum dirobohkan dan sekarang didirikan Greentown Mall, ya adik-adik pelapis generasi Ipoh, Greentown Mall suatu ketika dahulu adalah sebuah kawasan perumahan kerajaan).

Di dalam kereta, saya mendengar lintas langsung menerusi radio Ipoh.

Ah holy damn! Perak ketinggalan 0-2. Apa kes ni?

Kami sampai di rumah Pak Su ketika perlawanan separuh masa pertama berbaki beberapa minit. Mak Su dan Emak saya melayan menyiapkan makanan.

Saya duduk di depan abah dan Pak Su bersama adik-adik dan sepupu-sepupu.


Dan separuh masa kedua bermula - dimana bermulalah - MAGIC.

Tapi sebelum itu sakit jantung dahulu tatkala Zainal Abidin menjaringkan gol ketiga Selangor, yang hanya kemudian dibatalkan (saya rasa offside).

Jujurnya saya sudah lupa siapa yang menjaringkan gol-gol kebangkitan Perak. Namun ada video Youtube di bawah untuk sumber rujukan penjaring-penjaring pasukan Perak.

Namun apa yang masih ingat, gol pertama Perak dijaringkan agak awal, menyaksikan harapan kembali untuk pasukan Perak.

Kemudian datang gol kedua membuatkan hati saya melonjak dan Pak Su bertepuk tangan.

Ya, kini sudah 2-2. Maka peluang kedua-dua pasukan kembali 50-50.

Kami kembali rilek sambil makan-makan.

Dan Zasss!!! Gol ketiga. Pak Su sudah yahoo di kerusinya.

Kini Perak mendapat kelebihan.

Selangor kembali mengasak dan Perak perlu mempertahankan kelebihan itu.

Kelebihan satu gol tak selamat, dan...

Gol keempat membuatkan Pak Su melompat dari kerusinya dan menjerit-jerit bagai anak kecil. Saya maintain cool sebab ada abah dan mak.

Selangor terkulai malam itu.

Perak mencatat sejarah sebagai pasukan pertama memenangi Piala FA.

Dan penjaring-penjaring gol pasukan Perak itu menewaskan Karel Stromsik, penjaga gol yang pernah menjadi idola Peter Cech, penjaga gol terbaik dunia sekarang.

Dibuang sentimen kenegerian, saya percaya Final Piala FA 1990 menjadi antara final klasik Malaysia.

Entah bila saya dapat kembali ke stadium Bukit Jalil menyokong pasukan negeri sendiri.

Harap tahun depan Perak kembali kuat.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...