ANDA SEDANG MEMBACA

23

Gempar! Jang Gelabah, Red Warriors Panik Selepas Yob Umum Jurulatih Baru

LuciusMaximus Selasa, Oktober 26, 2010 , , , ,
Norizan yakin penggunaan bola ajaib bakal menjadikan Yob kuasa yang disegani lawan dan taulan


Perak FA, pasukan bolasepak paling Yob dalam scene bolasepak Malaysia mengumumkan perlantikan Norizan Bakar sebagai jurulatih baru mereka untuk musim 2011.

Bekas pemain bolasepak kelahiran Perlis, Norizan Bakar dikatakan pilihan paling tepat untuk mengendalikan skuad Seladang berdasarkan pengalaman beliau yang bukan kecil anak.

Norizan Bakar mengemudi Singa Utara menjuarai Piala Malaysia tahun 2004 dan naib juara Piala FA tahun 2003. Beliau juga pernah menjawat jawatan jurulatih skuad bolasepak Malaysia dan muncul pemenang pingat gangsa Sukan Sea Manila 2005, berjaya ke separuh akhir Kejohanan Bolasepak ASEAN 2007 dan layak selaku tuan rumah dalam Piala Asia 2007.

Sumber dalaman Sokernet dalam Perak FA yang enggan dikenali mendedahkan pemilihan Norizan Bakar dibuat atas saranan Arsene Wenger.

“Kami turut menyenaraikan calon lain seperti Roy Hodgson dan Rafa Benitez tetapi setelah panel pemilih menimbang kesemua calon, kami merasakan Norizan Bakar adalah calon terbaik untuk Yob,” jelas sumber dalaman yang enggan dikenali itu.

Norizan Bakar akan dibantu penolong jurulatih Chong Yee Fatt dan Talib Saidi selaku jurulatih penjaga gol.

Perak menyasarkan 4 trofi untuk musim 2011 yakni Piala Malaysia, Liga Super, Piala FA dan UEFA Champions League.

Ajenyer ye!

23 Ulasan:

Nazrin Saad berkata...

fes

LuciusMaximus berkata...

Korang kalau tak main benda fes-fes ni tak sah kot

Jorji berkata...

tumponyer yob? (ntah apa maknanya tah!)

"kami bermain dengan baik" - ayat kegemaran Norizan Bakar bila kalah dalam setiap perlawanan semasa jadi coach Malaysia.

Ater?

AH7 berkata...

baik sangat

Unknown berkata...

ayat saranan arsene wenger tu ok lagi. tp yg roy hdgson dan rafa benitez jd calon aku x tahan.. kne bahan gak lvpool wlaupun mng mggu ni

Ejoi berkata...

Razali Umar Kandasamy jangan dijual. Mamat tu ada potensi jadi Drogba Liga Super.

Norizan kena ambil contoh pendekatan seperti jurulatih Perak yang lepas-lepas (Tony Netto dan Karl Hanz Weigang). Cara permainan yang mereka terapkan memang berkesan dan sesuai.

Ater, takkan main long ball dan clearance tak tentu hala macam skuad Jang?

Satu lagi :Mana pergi geng pemain kompang yang iring pemain Perak masuk padang setiap kali ada match di waktu kegemilangan Perak baru masuk divisyen 1 Semi Pro dulu?

Amir_naufal berkata...

bagi Azizul Abu Haniffa lah coach...sedangkan Komunis pun boleh dimaafkan, apatah lagi anak Teluk Anson...

Luca berkata...

"layak selaku tuan rumah dalam Piala Asia 2007"

kah kah kah
ini pun mau amik kira ka

akulafix berkata...

aku doakan perak boleh pegi semi final piala malaysia 2011..tak kan nak bagi ke selangor je merasa ke semi final....

The Sharkox berkata...

@amir: lam tak dengor kabo si azizul abu hanifa. ni legend perak dulu ni..teman pun teluk anson jugak

Din Guerreroz berkata...

ada harapan yob nak beli rooney lagu ni... target Uefa Champion league tu... ceroh mase depan Perak... hehheh... Kejor Yob Score!!!

drizzt berkata...

kejor yob jgn tak kejor ... haha .. cikgu jan bagi aku okla as a coach ... harap2 yob dpt beri saingan pada team lain thn depan

Jiwa Kacau berkata...

eh ada lagi team perak ni...

meor-name-depan-ku berkata...

Kes Menteri besor dah lame abis...
sekarang, main bola balik...

hellghast berkata...

ape kejadahnya piala UEFA Champions League???!!!!
yob memang bikin gempar...hahaha!!!

kitt berkata...

first round aku baca ingatkan Chow Yuen Fatt yg jadik asst coach tu..haha.

steady cikgu jan.!

rasta berkata...

holla

avid berkata...

in norizan we trust

r.k berkata...

silap-silap nak start season , Liverpool beli Chekgu Jan . ater ?

Steady Yob !

talkIZcheap! berkata...

Wenger yg sajest??

trophyless ler jawabnya 5 season...

oni berkata...

fan perak kat stadium tak main kompang youp!

salamat_sabtu berkata...

kejor le yoep...

Unknown berkata...

mcm mka seladang..mmg kenan seladang..kejor yoeb kejor mcm seladang,krooh kroohh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...