ANDA SEDANG MEMBACA

17

Walaupun Yob Tewas, Nasril Nourdin Tetap Hensem

LuciusMaximus Isnin, April 18, 2011 , , , , ,




Yob terima kekalahan di Stadium Shah Alam dengan hati terbuka. Ater udoh namanya pun away game, lawan Red Giants lagi. Happy Warriors pun datang Stadium Perak berdamor dibuatnye, ini kire okay la Yob kena 1-0 je. Ape deme nak heran?

Ulasan perlawanan nanti teman buat kendian. Teman masih nunggu gambor perlawanan dari Yob dan Yong semua. Biase le bola kite ni yeh, 2 ke 3 hari pun idok ngomben-ngomben lagi reportnye!

Teman cuma nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada penjaga gol Yob, Mohd Nasril Nourdin yang udoh pun mencecah umor 25 tahun semalam. Ater udoh besor panjang mike ni rupenye ye?



Nasril Nourdin keluor perut mak tanggei 17 April 1986 di Lumut, Perak. Ngaji dulu kat Sekolah Sukan Bukit Jalil dan abih ngaji je teruih bersama dengan skuad Seladang seawal dari tahun 2005 lagi. Yob Nasril ni juga pernah bermain untuk skuad bawah 23 Malaysia. Pasukan senior je belum lagi, tapi hari tu ada ceritenye dalam Astro Arena yang Nasril Nourdin ni bercita-cita nak bermain untuk pasukan senior. Khairul Fahmi Che Mat, mike jaga-jaga, udoh le hari tu ngutip buah nyor kat Ipoh!

Pernah diceritekan orang kampung teman, Blackburn Rovers masa tahun 2006 dulu pernah nelepon Steve Darby (pengurus Yob masa tu) bertanya kan hal si Nasril Nourdin ni. Mike Riggs, chief scout di Blackburn Rovers berminat nak test kepoweran Nasril Nourdin. Tapi masalahnya ialah Malaysia berada dalam ranking FIFA ke-148 dan syarat-syarat EPL pula kata deme hanya menerima pemain dari negara ranking 70 dan ke bawah.

Apa nak buat Yob, tak ada rezeki gamaknye.

Bior pun begitu, Nasril Nourdin kabornye buat masa ini bahagia dengan skuad Seladang. Dan persembahan meyakinkan oleh Yob Nasril ini telah mendapat kepercayaan Cikgu Jan yang teruih meletakkan beliau di gawang Seladang.

Teman dan Sokernet sekali lagi mengucapkan Selamat Hari Jadi buat Nasril Nourdin dengan ucapan semoga panjang umor dan murah rezeki, keghoje tu bior le nangkap bola aje jangan ngutip buah nyor pulak!

Ater, udoh ke mike motong kek deghoyan?

17 Ulasan:

Pet Shop Boys berkata...

Satu artikel yang mantap, berkesan dan menusuk perasaan!

pizli.mw berkata...

Steve Darby dulu cakap kalau Nasril ni terpilih dia nak carikan wife orang putih so that takde masalah nak main kat England.. Tapi setakat itu je la temang dengornye sebab lepaih tu memang tak tau apa ceritenye.

Gua! berkata...

3rd! hahaha

shahirahkhairudin berkata...

walau kekalahan ini sedikit sebanyak menusuk kalbu teman, (sebab teman konpiden menang) namun begitu teman pun terima kekalahan ini dengan hati yang terbuka.

apedehal !

LS berkata...

terbaik terbaik :) selamat hari jadi bradah!

Khuzrin Kamarudin berkata...

pasal ranking tu betol ke? dulu masa thaksin pegang man city.. dia pernah bawak masuk keeper dari thailand..

Triplei berkata...

harap nasril tingkat kan prestasi lagi, badan tu bagi kurus sikit sbb senang sikit nak terobang tgkp bola.

K.Devan paling suka sbb dpt kalah kan team hebat cam Perak

Pe pon Yob4ever La. Teruskan prestasi yg bagi sbb liga panjang lagi.

Tengku Firmino berkata...

basic rules..negara ranking atas 70 mmg susah nk dapat permit..tambah wakil negara pon payah..Kalau macam malaysia, kene selalu wakil negara then bakat yang ada luar biasa..kalau takat biasa2 aje..mmg tak dapat den nak tolong..kurang2 mcm messi, neymar..baru diaorang leh bg treat as special kes..

Pemain kalau dtg dari luar mcm argentina pun belum tentu dpt permit..mcm sebastian leto, mark gonzalez dr chile(liverpool), dong (man u) dan ramai lagi

Azwraith Tinto berkata...

Syabas Penyokong Selangor, yob2 berasa selamat aje di stadium shah alam hritu. nak parking gheta sekali pun xde hal.. habis game ambik gambor same2. kalau ke pantai timur, usah harap le kot.

hellghast berkata...

kalau tak mau kena bakor ye tak? hahaha!!!

zu berkata...

bagi aku, suasana kat stadium tu memang terbaik. penyokong kedua-dua pasukan pun sangat sporting antara satu sama lain. mungkin kerana susah nak predict team mana yang akan menang.
tapi yang tak berapa nak terbaik nya aku tengok ialah corak permainan kedua-dua pasukan. masih belum tahap menghiburkan.
basic pass and hold pun masih banyak yang kantoi lagi. silap tu memang la ada. tapi minimumkan la. takde la nampak sangat.
goalie selangor baju tak kotor pun. macam rilek je layan tempe goreng kat gol.
camne aku tak tau yg goalie perak ni sekampung ni?

rashideeshukri berkata...

gua tengok fans Perak suma beradat datang. walaupun ramai, situasi terkawal, semangat kesukanan jelas gua nampak. syabas fans Perak.

kalah menang lain citer. kalau setakat 1-0 Perak kalah dengan Selangor kat Shah Alam, gua yakin Selangor boleh terkincit gak lawan Perak kat Ipoh nanti. Liga Super, apa-apa pun boleh jadi.

Razali Umar tu dah macam Yaya Toure dah gua tengok.

mus berkata...

MU kalah takder yg nak menganjing ker? lemah btol la... nak kutuk pun takut ker?

GGMU

phyzL berkata...

xde sape kesah manU kalah..macam normal jer.xde pape yg berlaku pon..nextt..

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

tapi yang tak berapa nak terbaik nya aku tengok ialah corak permainan kedua-dua pasukan. masih belum tahap menghiburkan. - zu

Bagi saya, The Yobs boleh dikatakan bermain baik pada malam tersebut. Jangan dilupa, bahawa pasukan The Yobs sekarang ini kebanyakkannya pemain muda, jadi untuk mengharapkan mereka dapat bermain sebaik pasukan di bawah kendalian Tony Netto adalah tidak adil buat masa ini. Berilah sedikit masa untuk mereka memperbaiki corak permainan dan persefahaman. Mereka sudah berada di landasan yang betul.

Untuk pasukan Selangor, secara peribadi saya berasa sedikit hairan kenapa sebuah pasukan yang dianggotai oleh beberapa pemain kebangsaan dan pemain yang sudah lama bermain untuk Liga Super gagal untuk memberikan permainan yang bagus dan setimpal dengan latarbelakang pasukan tersebut. apapun ini petanda baik kepada semua pasukan di dalam Liga Super bahawa tiada pasukan yang boleh digeruni dan peluang untuk setiap pasukan memberikan kejutan adalah cerah.

Razali Umar tu dah macam Yaya Toure dah gua tengok. - rashideeshukri

Balotelli The Yobs pada malam itu nampaknya kurang menyerlah akibat ketiadaan sokongan dari bahagian tengah pada separuh masa kedua. Pada saya, kegagalan The Yobs untuk menguasai tengah pada separuh masa kedua adalah punca kepada ketumpulan serangan dan kekalahan mereka malam itu.

PS - Syabas diucapkan kepada penyokong The Yobs pada malam itu kerana terus bersorak untuk Cikgu Jan and the Boys sehingga lampu limpah stadium Shah Alam dipadamkan. Memang emosional dan menyentuh perasaan apabila melihat kesemua pemain The Yobs memberikan penghargaan sebanyak 2 kali kepada penyokong The Yobs yang tidak berhenti bersorak dan terus berada di dalam stadium sehingga Cikgu Jan and The Boys masuk ke bilik persalinan.

Memang The Yobs kalah dalam perlawanan malam itu, namun penyokong The Yobs menang sorak!

The Yobs, The Great!

Berto berkata...

aku rasa game itu hari agak membosankan, 2nd half baru nmpak idop sikit.

pasal Nasril Nordin ni, makin berisi plak aku tgk dia ni, pastu lambattt je bergerak nak sepak bola. fan perak yg duduk blakang aku kemain marah, suruh nasril ni cargas skit

Streetwizer berkata...

apa2 hal pun nasril bukannya samir nasri...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...